ok baru tahu pasal dana ni
gigih google
https://kkmm.gov.my/program-sema ... da-24-disember-2020
Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah telah menyerahkan surat tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik kepada 48 individu dan syarikat di Kompleks KKMM pada 24 Disember 2020. Sesi penyerahan secara maya itu melibatkan 54 projek industri muzik berjumlah lebih RM5.54 juta. DKD Muzik akan memberikan fokus kepada tiga objektif iaitu menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran muzik yang berdaya saing dan membangunkan modal insan yang berkualiti bagi perkembangan bakat serta potensi. Selain daripada itu, ia turut menumpukan kepada usaha membangunkan industri muzik yang memberi impak ekonomi yang positif. DKD yang dahulunya dikenali sebagai Dana Industri Kandungan Digital (DIKD) mula diperkenalkan pada April 2015 sebagai kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang telah dilancarkan pada tahun 2012. Menyedari potensi ekonomi dan karya kreatif yang dapat dibangunkan melalui industri muzik, KKMM memperluas skop DKD kepada industri muzik mulai tahun 2020
|