hafizi This user has been deleted
|
Kalau begitu, manusia terpaksa hidup susah. Manusia hanya mampu hidup macam orang Badwi atau orang asli (aborigjne). Hidup dalam gua. Hendak makan, petik buah hutan. Hendak minum, cari sungai. Gambarkan betapa susahnya hidup kalau halangan terlalu banyak. Selagi halangan-halangan ini tidak dibuang atau ditawan, maka tidak akan ada pembangunan dan kemajuan. Kita tidak boleh bina rumah atau bangunan. tidak ada jalan, tidak ada jambatan, kenderaan, kapal, ladang-ladang pertanian, ladang ternakan dan sebagainya. Jadi hutan perlu ditebang. Bila diusahakan, jadilah kampung. Hidup cara kampung pun masih susah lagi. Kena usahakan jadikan bandar. Mula-mula bandar kecil dan tidak berapa moden. Kemudian bandar dibesarkan dan dimodenkan lagi. Barulah maju dan membangun.
Pembangunan dan kemajuan ini bolehlah diibaratkan sebagai mahmudah. Halangan-halangan seperti hutan, sungai, gunung, paya dan laut bolehlah diibaratkan sebagai maz-mumah. Selagi halangan-halangan tidak dibuang, selagi itulah tidak wujud pembangunan. Begitu juga, selagi mazmumah (halangan lahir) tidak dibuang selagi itulah tidak akan wujud mahmudah (pembangunan lahir).
Yang susahnya ialah hendak bangunkan insaniah. Berbeza dengan membangunkan material, membangunkan insaniah mazmumahnya atau halangannya tidak nampak. la mazmumah atau halangan batin. Kemajuan mahmudahnya atau rohaniahnya juga tidak nampak. Sebab itu ia lebih sukar. la memerlukan orang Tuhan untuk tunjuk jalan, iaitu para rasul, para nabi dan para mujaddid. Paling tidak pemimpin yang bertaqwa. Mazmumah atau halangan dalam membangunkan insaniah di antaranya ialah sombong, tamak, pemarah, pendendam, bakhil dan macam-macam lagi. Semuanya kita tidak nampak. Itulah penghalang untuk kita bangunkan insaniah seperti mana juga hutan, gunung, sungai, laut, paya dan padang pasir itu adalah penghalang untuk kita bangunkan material.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Itu sebab untuk menghadapi halangan-halangan atau mazmumah pembangunan lahir yang nampak oleh mata, cukup dengan ilmu dunia. Cukup dengan ahli falsafah, ahli fikir, ahli sains dan cerdik pandai yang menggunakan ilmu otak atau Hmu akal. Tetapi untuk menghadapi dan me-musnahkan mazmumah batin agar dapat dibangunkan insaniah supaya insaniah bertamadun, ia memerlukan ilmu yang special atau khas iaitu ilmu wahyu. llmu ini otak tidak mampu teroka. la adalah satu ilmu yang tidak ada campur tangan manusia secara umum. Supaya manusia dapat menjadi hamba Tuhan dan dapat kebahagiaan di Akhirat. Dalam waktu yang sama, Tuhan benarkan juga kita membuang mazmumah dunia untuk membangunkan material agar kita juga dapat merasa bahagia dan senang di dunia. Membuang mazmumah dunia itu tidak salah.
Pembangunan insaniah ini susah, payah dan berat kerana sukar hendak membuang mazmumah batin. Mazmumahnya tidak nampak. Mazmumahnya terlalu jahat. Manusia boleh membuat kemajuan dunia yang berbagai-bagai dalam jangka waktu yang singkat tetapi untuk mengubah watak, sikap dan perangai manusia dari jahat kepada baik, dari sombong kepada merendah diri, dari pemarah kepada pemaaf dan pengasih, dari bakhil kepada pemurah, ini bukan senang. Tiga puluh, empat puluh atau lima puluh tahun dididik, belum tentu boleh berjaya. Sebab itu Rasulullah ada bersabda:
Maksudnya: "Kalau ada orang kata Gunung Uhud su-dah berubah, walaupun kita tidak tengok, percaya saja-lah. Tetapi kalau ada orang berkata, 'Si Polan itu sudah berubah,' jangan terus percaya. Tengok dulu."
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Bukan mudah untuk mengubah insaniah. Gunung lebih mudah untuk diubah. Berapa banyak gunung telah ditarah dan diratakan. Dibangunkan bandardan pekan. Tetapi maz-mumah dalam hati manusia bukan sahaja tidak dapat dibuang malahan bertambah merebak dan bercambah dari hari ke hari. Sebab itu Allah datangkan orang-orang-Nya iaitu para rasul dan nabi, para mujaddid dan pemimpin-pemimpin yang bertaqwa. Selain mereka itu, sekalipun bijak, tidak akan mampu membangunkan insaniah sekalipun terhadap anak dan isteri mereka sendiri.
Sekarang, bila kita sebut tentang Islam Hadhari, tamadun Yang ditumpukan dan disebut selalu hanyalah tamadun material sahaja sedangkan tamadun insaniah tidak dihiraukan. Hutan dalam hati kita terbiar. Ada ular, ada singa, ada harimau dan ada gajah. Mungkin ini adalah kerana tamadun insaniah susah dan sukar untuk dibangunkan. Oleh itu orang bagi keutamaan kepada yang mudah dan senang iaitu tamadun material Tetapi kalau pemimpin benar-benar taham, akan ditubi betul-betul pembangunan insaniah ini. Sebab walaupun lebih susah, ia lebih penting dan bermakna. la bukan sahaja sumber kebahagiaan di Akhirat. la juga boleh membawa ketenangan di dunia walaupun hidup serba kekurangan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
TAMADUN MESTI BERDISIPLIN DAN BERPERATURAN
Islam itu dikatakan agama fitrah. Bila dikatakan fitrah, ia adalah satu pakej yang ada dalam diri manusia iaitu akalnya, nafsunya, rohnya dan jasadnya. Ini satu pakej yang sandar-menyandar, kuat-menguatkan dan perlu-memerlukan. Setiap satunya tidak boleh bertindak sendiri-sendiri.
Roh berperasaan seperti suka, benci, senang dan lain-lain-nya. Nafsu merangsang atau mendorong. Akal memikirkan perasaan tadi dan bila didorong oleh nafsu, ia akan fikirkan kaedah atau cara, lalu diarahkan fizikal untuk melaksanakannya. Fizikal hanya ikut sahaja. Dengan wujudnya fenomena ini, manusia itu berubah dan maju dari masa ke masa.
Berdasarkan ini, rupanya tabiat semula jadi manusia ia berkemajuan. Dengan adanya pakej tadi iaitu akal, nafsu, roh dan jasad, manusia berkemajuan. Tidak seperti haiwan. Haiwan, dulu telanjang sekarang pun telanjang. la tidak berubah sebab tidak ada pakej kemajuan dalam dirinya. Kalau pokok kayu, lagilah. Langsung tidak ada perasaan, akal atau nafsu.
Manusia tidak begitu. Manusia berubah-ubah. Jadi maju ke maju sampai menjadi canggih. Kalau manusia hidup seribu tahun lagi, entah apa kemajuan yang manusia akan buat. Kereta mungkin bukan yang macam ada sekarang. Kapal terbang pun entahlah apa bentuknya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ASM kepada semua forumners yg dikasihi,
saya mengizinkan sdr-sdri untuk copy dan paste kuliah Abuya ini ke dalam sebrg aplikasi perisian komputer...
mungkin itu lebih memudahkan sdr-sdri untuk membacanya tanpa perlu selalu memasuki thread ini...
sebagai perkongsian maklumat : (khusus utk disimpan di dalam MS Word)
1. anda hanya perlu buka satu new document di dalam Microsoft Word
2. kemudian, anda copy kuliah di dalam thread ini.
3. kemudian pergi ke MS Word, dan klik paste
4. kemudian anda klik SAVE pada MS Word dan berikan nama fail yg anda SAVE tersebut.
Kaedah ini adalah setara dengan semua perisian di dalam komputer seperti Lotus WordPro, WordPad dsbnya....
sekian sekadar berkongsi info....:ah: harap dapat membantu... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Watak manusia itu bertamadun. Tuhan cipta manusia begitu. Oleh itu adalah salah kalau watak itu dinafikan atau dikorbankan. Salahlah kalau sifat Hadhari (berkemajuan) manusia itu dihalang. Kalau dihalang, ia satu penzaliman. Kalau tidak, untuk apa Tuhan jadikan watak itu. Bila Tuhan telah menjadikan manusia berwatak Hadhari, ertinya Tuhan benarkan manusia itu bertindak dan berusaha untuk maju. Tidak boleh dihalang atau disekat.
Cuma, kerana kasih sayang Tuhan, Dia tidak mahu kita semata-mata maju sahaja kerana dalam kemajuan itu ada bahayanya. Dorongan untuk maju itu, kalau sudah ada, sudah baik. Tetapi Tuhan itu penyelamat. Dia kasihan kepada hamba-hamba-Nya. Dia mahu hamba-hamba-Nya maju tetapi jangan ada huru-hara. Majulah tetapi jangan ada kesan negatif atau gejalanya. Jangan ada jenayah dan penzaliman. Sebab itu Tuhan buat peraturan. Hendak maju boleh tetapi ada syarat-nya. Ada disiplinnya.
Islam itu juga dikatakan agama yang selamat dan menyelamatkan. Bukan setakat selamat sahaja tetapi selamat dan menyelamatkan. Kita selamat dan orang lain pun selamat sama. Sebab itu agama Tuhan ini dinamakan Islam (yang bermaksud selamat dan menyelamatkan). Kalau setakat selamat sahaja tentulah agama ini dinamakan sahaja Salmun, iaitu selamat. Untuk selamat dan menyelamatkan itulah ia perlu disusun dan diperundangkan, didisiplinkan dan dibuat peraturan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
ASM abg hafizi,
terima kasih le coz beri kebenaran kat kami-kami ni simpan dlm word....nantikan tati post dalam emel kat kengkawan tati...supaya bleh kongsi kuliah yg sgt baik ni....di samping tu bleh buat koleksi tati....
kami ni kurg dapat info yg baik cam ni....tima kasih pada abuya ye....:hug: |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
ASM tati,
terimakasih pd sdri...
sebenarnya sayapun tak pernah jumpa Abuya...sayapun sebenarnya nak ucapkan terimakasih byk-bk pada abuya...sebab kuliah beliau yg begitu berkesan dihati....
apa yg saya lakukan disini adalah atas dasar tgjawab dan keyakinan saya bhw kuliah yg dipaparkan di sini berupaya membuka hati dan minda kita utk mengenal Allah SWT dan mencintai rasulullah SAW...di setiap kuliah yg diberi itulah visi dan misi yg ingin disampaikan oleh Abuya...
Abuya tidak minta apa-apa dari kita..abuya hanya mahu kita meningkatkan kecintaan kepada Allah SWT dan rasulNya..itu sahaja...beliau tidak minta disanjung dsbnya....
tetapi selalunya, bila sesuatu ilmu itu diberi dengan ikhlas dan Allah meredhainya, akan timbul satu perasaan kasih sayang yg sukar utk digambarkan kepada Abuya..itulah yg banyak berlaku pada pensimpati Abuya seperti saya...sehingga org tuduh macam-macam...padahal tak pernah masuk jemaah, malah jumpa Abuyapun tak pernah...tapi saya redha..biarlah apa org nak katapun..
keprihatinan sdri saya hargai....saya harap sdri teruskan minat sdri utk membaca kuliah dari Abuya... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Contohnya, hendak maju boleh, tetapi jangan ada rasuah. Orang ramai benci pada rasuah. Jangan bergaduh dan jatuh-menjatuhkan. Apa ertinya maju kalau kita bergaduh. Boleh maju tetapi jangan bergaul bebas lelaki perempuan. Sebab, kalau sudah bebas bergaul, tiada ertinya maju. Nanti dalam maju ada penzinaan, ada pelacuran, ada perogolan dan lain-lain. Tidak akan ada erti apa-apa kemajuan yang dicapai. Kalau tidak ada peraturan, akhirnya nanti, semua ikut naik.
Maju naik, jenayah pun naik. Maju naik, krisis pun naik. Maju naik, dedah-mendedah aurat pun naik.
Yang dikatakan Islam Hadhari itu, bukan maju sahaja atau disiplin sahaja tetapi kemajuan dengan berdisiplin. Kemajuan dapat dan disiplin pun dapat. Itulah Islam Hadhari. Itulah Islam yang selamat dan menyelamatkan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
UMAT ISLAM MESTI BERTAMADUN BERSAMA AKHLAK YANG MULIA
Untuk selamat di dunia dan di Akhirat, umat Islam mesti membangun, berkemajuan dan bertamadun bersama akhlak yang terpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disiplin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun berjaya dan megah di dunia, di Akhirat akan rugi dan kecundang. Kerana segala usaha dan kemajuan itu tentunya tertolak dan tidak diterima oleh Tuhan. Nerakalah padahnya.
Selain itu, jika umat Islam membangun dan berkemajuan tanpa akhlak, ketenangan, keselamatan, keharmonian dan kesempurnaan hidup yang diidamkan tidak akan tercapai. Kemajuan itu hanya setakat memperolehi kemudahan hidup atau bermewah-mewah sahaja. Kerana apabila pembangunan dan kemajuan yang dibangunkan tidak bertunjangkan iman dan taqwa dan tidak bersama akhlak yang mulia, ia ada side effectnya yang tidak baik. la tidak terlepas dari gejala masyarakat yang tidak sihat, jenayah dan kemungkaran. la tidak terlepas dari berlakunya perpecahan, jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati, pergaduhan dan lain-lain lagi. Maka dengan itu, kekuatan umat Islam tidak akan kekal lama.
Kemajuan fizikal semata-mata, tidak kira betapa hebatnya akan cepat jatuh dan musnah kalau orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah mereka.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Tambahan kepada itu, kemajuan yang dicapai tanpa akhlak yang mulia, akan menyebabkan bangsa-bangsa lain di dunia benci. Bangsa-bangsa lain di dunia mengutuk dan sakit hati. Musuh nanti banyak. Inilah yang berlaku kepada bangsa Eropah, Amerika dan Rusia. Di zaman kemegahannya, mereka kuat tetapi dunia benci dengan mereka. Mereka maju tetapi dunia tidak senang. Dunia akui mereka berilmu dan maju tetapi dunia benci perangai dan akhlak mereka yang mirip kepada perangai haiwan.
Di dalam kemajuan dan tamadun mereka, mereka mem-bawa bermacam-macam penyakit dan masalah kepada dunia. Tidak ada bahagian dunia yang tidak diserang oleh penyakit-penyakit dari Barat dan Amerika seperti penzaliman, pendedahan aurat, pelacuran, disko, pergaulan bebas, perjudian, minum arak, tidak hormat ibu bapa, menyayangi binatang dan membenci manusia, homoseks, lesbian dan seribu satu macam penyakit kekufuran dan moral.
Apakah bentuk kemajuan, pembangunan dan tamadun yang mahu diperjuangkan oleh umat Islam? Adakah serupa seperti yang telah dicipta oleh Barat, Amerika dan Komunis? Kalau itulah bentuk tamadun yang hendak diperjuangkan, tidak payahlah kita menyebut atau merujuk kepada Al Quran dan Sunnah. Tidak payahlah kita bersusah-susah dengan Islam Hadhari. Cukup dengan kita ikut nafsu sahaja.
Umat Islam mesti berjuang dan membangunkan kekuatan-nya yang tersendiri yang mempunyai satu bentuk dan identiti yang tersendiri yang unik, yang dapat mengatasi Barat dan Amerika tetapi disenangi dan disukai oleh manusia sejagat dan yang memberi banyak kebaikan dan manfaat dunia dan Akhirat.[/b]
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Ini bukan perkara baru bagi umat Islam. Umat Islam pernah membina tamadun dan peradaban fizikal dan spiritual yang bertahan beratus-ratus tahun lamanya. Tamadun Islam pernah membawa manusia kepada keamanan dan keharmonian. Mereka menguasai dunia tetapi tetap disenangi. Mereka di guru yang dihormati, penaung yang melindungi dan adil dalam melayani. Tetapi semua itu sudah hilang. Namun prinsip dan kaedahnya masih ada tetapi tersembunyi dalam Al Quran dan As Sunnah. Kita wajib keluarkannya kembali.
Tamadun berkait rapat dengan Addeen iaitu cara hidup (way of life) sama ada cara hidup di peringkat individu mahupun di peringkat masyarakat. Mari kita bincang beberapa aspek tentang Addeen atau cara hidup ini berpandukan kepada beberapa ayat Al Quran.[/b]
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Tamadun yang Selamat
Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pembangunan dan tamadun material dan fizikal itu boleh memberi kehidupan dan kemudahan hidup kepada manusia. la boleh memenuhi tuntutan dan keperluan hidup manusia. Tetapi itu bukan segala-galanya. Sekadar itu sahaja belum boleh men-jamin keselamatan, kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Apatah lagi untuk mem-peroleh keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat kelak.
Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang di-bangunkan itu tidak bertunjangkan iman dan taqwa, ertinya kita telah memutuskan diri kita dari Tuhan. Maka Tuhan pula akan berlepas diri dari kita. Tuhan itu penyelamat, pelindung dan pembela. Tuhan mengajar, memandu dan memimpin kita ke jalan yang selamat dan sejahtera. Tetapi dengan syarat kita menyerah diri pada-Nya dan mengikut jalan-Nya. Kalau kita berpaling, maka Tuhan akan tinggalkan kita. Kita akan terdedah kepada jalan nafsu dan syaitan.
Justeru itu, risiko yang kita akan tanggung sangat berat. Bermacam-macam masalah akan timbul daripada usaha kita sekalipun usaha kita itu berjaya. Nampak lahirnya hebat, gah, cantik, indah, mempersona tetapi kemajuan itu akan me' makan diri dan menyusahkan kita. Akan hilang kasih sayang |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Ibarat pemuda yang berkahwin dengan seorang gadis yang cantik, berpelajaran, bangsawan, hartawan tetapi mulutnya celupar, suka merajuk, curang, tidak setia, tidak boleh di-kawal, melawan dan berbagai-bagai karenah lagi. Memang hajat untuk beristerikan perempuan cantik tercapai. Orang lain melihat pun iri hati dan cemburu. Namun demikian, betapa teruk dia makan hati dan memendam rasa. Habis masa melayan kehendak isteri dan terseksa jiwa berhadapan dengan karenahnya. firman Allah SWT:
Maksudnya: "Barang siapa yang berpaling dari mengingati Aku, baginya hidup yang sia -sia. " (Thoha: 124)
Ini kerana tamadun lahiriah semata-mata, ia dekat dengan nafsu. la sangat dicintai oleh nafsu manusia sedangkan nafsu itu watak semula jadinya sangat jahat. Firman Allah lagi:
Maksudnya: "Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. " (Yusuf: 53)
Ertinya nafsu itu sangat cenderung kepada kejahatan. Di antara kejahatannya ialah rakus, tamak, bakhil, gelojoh, melulu, mementingkan diri, angkuh, suka berfoya-foya, cenderung kepada perempuan, makan-minum, harta kemewahan, Pangkat, darjat dan sebagainya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Kalau kemajuan dan tamadun lahiriah tidak ditunjangi oleh iman dan ketaqwaan, ia akan terpengaruh oleh nafsu dan akan disalahgunakan dan akan merosakkan manusia. la akan melahirkan manusia yang sombong, bangga diri, tamak, bakhil, mementingkan diri, yang suka menindas, yang zalim yang membazir, suka mengumpul dan menompok-nompok harta, menghina orang, lupa Tuhan, lupa Akhirat dan seribu satu macam kejahatan lagi.
Penyakit-penyakit atau kejahatan ini akan menimbulkan reaksi seperti rasuah, dendam, sakit hati, dengki, krisis, jatuh-menjatuhkan, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan kemuncaknya ialah bunuh-membunuh.
Kalau sudah begitu, hilanglah kasih sayang, retak per-paduan, terkuburlah ukhuwah dan berakhirlah keharmonian. Keamanan dan keselamatan yang diidamkan hanya tinggal impian semata-mata. Hanya tamadun Hadhari sahaja yang bertunjangkan iman dan ketaqwaan yang akan selamat dan menyelamatkan.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Membangun dan Berkemajuan Mesti Atas Nama Tuhan
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Bacalah dengan nama TuhanMu yang mencipta..." (Al Alaq: 1)
Ramai yang memahami ayat ini hanya mengikut maksud yang tersurat sahaja iaitu bacalah Al Quran dengan niat kerana Allah. Tetapi kalau dikupaskan dengan lebih luas, istilah bacalah di sini bermaksud carilah Umu. Mencari ilmu itu pula mestilah dengan nama Tuhan iaitu kerana Tuhan, ikut cara yang Tuhan mahu dan dipergunakan ilmu itu ke jalan Tuhan. Mencari ilmu itu pula bukan semata-mata untuk mengumpulkan ilmu. llmu itu adalah untuk membina kemajuan, untuk membangun, untuk berjuang dan membina tamadun. Semua ini mesti dibuat atas nama Tuhan, iaitu atas nama iman, ketaqwaan, kerana Allah, dengan cara yang Allah mahu dan untuk mendapat keredhaan Allah.
Kita dilarang mencari ilmu untuk tujuan-tujuan yang lain seperti hendak jawatan, nama, glamour, kekayaan dan sebagainya. Lanjutan kepada itu, kita juga dilarang menggunakan ilmu untuk membangun dan berkemajuan bagi tujuan lain selain kerana Allah dan untuk mendapat keredhaan Allah. justeru itu, tamadun yang kita hendak tegakkan berdasarkan ilmu yang ada pada kita tidak boleh terkeluar dari syarat-syarat yang telah Tuhan tetapkan dalam syariat-Nya.
Tuhan melarang kita membangun, berkemajuan dan bertamadun untuk diri, bangsa atau negara, atau kerana megah, kerana mahu dihormati, kerana mahu berlumba-lumba dan untuk disanjung dan dipuji. Ini semua sia-sia sahaja, tidak ada nilai di sisi Allah, tidak ada pahala dan Allah berlepas diri dari kita. la dianggap syirik khafi dan di Akhirat, kebaikannya tertolak.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Cara Hidup yang Selamat dan Menyelamatkan
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Agama pada di sisi Allah itu adalah Islam." (Al Imran: 19)
Mengikut pada maksud lahir, ayat ini bermakna agama yang Tuhan terima atau redha itu adalah agama Islam. Justeru itu orang yang berfahaman sedemikian merasa cukup dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang Islam dan membuat dan melaksanakan rukun Islam yang lima.
Di sini kita tidak boleh silap faham. Agama di dalam ayat ini bukan setakat pegangan dan kepercayaan. Agama di dalam ayat ialah Addeen atau cara hidup (way of life). Sama ada cara hidup itu di peringkat individu atau pun di peringkat masyarakat.
Cara hidup di peringkat individu ialah yang ain dan di peringkat masyarakat ialah yang kifayah. Cara hidup di peringkat individu ialah yang bersangkut paut dengan iman ketaqwaan, ketuhanan dan ibadah khususiah yang bertujuan untuk membina iman, jiwa dan akhlak. Cara hidup di peringkat masyarakat pula ialah yang bersangkut paut dengan ibadah umumiah atau pembentukan sistem hidup seperti sistem ekonomi, pendidikan, masyarakat, kebudayaan, kesihatan, kemajuan, pembangunan dan sebagainya.
Cara hidup di peringkat individu adalah peranan manusia sebagai hamba bersabit hubungannya dengan Tuhan (Hablumminallah). Di peringkat masyarakat adalah peranan manusia sebagai khalifah yang bersabit hubungannya dengan sesama manusia (Habiumminannas).
Kedua-dua hubungan ini adalah di dalam rangka membina tamadun. Di peringkat individu untuk membina tamadun rohaniah dan di peringkat masyarakat untuk membina tamadun lahiriah.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Islam di dalam ayat ini pula bukan setakat agama Islam itu sendiri. Bukan juga setakat penyembahan, rukun atau hukum-hakam. Islam di sini bermaksud selamat dan menyelamatkan. Bukan setakat selamat. Kalau selamat tentu Tuhan akan sebut Salmun. Islam bermaksud kita selamat dan orang lain selamat. Jadi, kalau dikupas secara terperinci, ayat ini membawa maksud yang tersirat seperti berikut:
|
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
JANGAN AMBIL SELAIN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Barang siapa yang menghendaki selain Islam sebagai cara hidup, sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan di Akhirat, ia menjadi orang yang rugi." (Ali Imran: 85)
Manusia itu bermula dari diri dalamnya. Apa yang dilahirkan itu adalah buah. Sebelum boleh mengaddeenkan kehidupan lahirnya, manusia mestilah terlebih dahulu mengaddeenkan diri dalamnya, iaitu bermula dari akalnya, kemudian nafsunya dan hatinya.
Setelah akalnya, nafsunya dan hatinya terdidik bertunjangkan iman, tapwa dan rasa bertuhan, barulah akan lahir buahnya iaitu deenul Islam atau cara hidup Islam. Selain deenul Islam atau cara hidup Islam, Tuhan tidak terima. Akibatnya manusia akan rugi. Rugi itu maksudnya akan di-lempar ke dalam Neraka.
Dalam hendak membina tamadun dan cara hidup, umat lslam tidak ada pilihan. Umat Islam mesti kembali kepada cara hidup Islam. Kalau tidak, cara hidup atau tamadun itu t]dak akan diterima Tuhan. Tambahan lagi, kalau mengikut cara hidup atau tamadun yang dicipta akal manusia, ia akan merosakkan kehidupan manusia itu sendiri dan manusia akan dalam kehinaan dan penderitaan.
Apa pun, tamadun itu mesti bermula dari pembinaan insan atau pembinaan diri dalam manusia yang merangkumi akal, nafsu dan hati.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Hendaklah kamu masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya. " (Al Baqarah: 208)
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Apakah kamu mengambii sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tidak ada balasan bagi orang yang melakukan demikian itu melain-kan akan ditimpa kehinaan di dunia. Manakala diAkhirat akan dicampakkan pada azab yang pedih. " (Al Baqarah: 85)
Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya: "Bukan sifat mukmin lelaki mahupun perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka)." (Al Ahzab: 36)
Islam itu satu sistem keselamatan. Kalau Islam itu tidak diarnbil atau diamalkan keseluruhannya, akan ternafilah keselamatan yang dijanjikan oleh Islam. Kita tidak boleh beriman dengan sesetengah ayat Quran dan kufur dengan sesetengah-nya. Kita tidak boleh amalkan sesetengah ayat Quran dan meninggalkan sesetengahnya. Kita tidak boleh campur aduk-kan sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Tuhan.
Sistem Islam itu adalah penawar. Sistem-sistem yang lain adalah racun. Kita tidak boleh campurkan racun dengan penawar dan kemudian menganggapnya sebagai ubat. Kalau kita berbuat begitu, bukan sahaja penyakit yang ada tidak akan sembuh, bahkan akan timbul pula berbagai-bagai penyakit yang lain.
Kalau kita berjaya mengamalkan Islam keseluruhannya iaitu berjaya menegakkan cara hidup dan tamadun Islam, baik yang lahir mahu pun yang batin, maka Tuhan janjikan apa yang difirmankan Allah SWT dalam Quran:
Maksudnya: "Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan." (As Saba': 15)
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
| |
|