CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aza

ANTARA TABLIQ DAN AL-ARQAM

 Close [Copy link]
Post time 7-7-2005 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 6-7-2005 06:05 PM:


Ok, Kenapa kita mengucap dua kalimah syahadah?, kenapa tidak satu kalimah sahaja?. LAAILAHAILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH

Apabila kita telah menyebut MUHAM ...


aku paling explaination yg nih kuman. barakallah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2005 12:46 PM | Show all posts

Insyaallah sila teruskan aza...semuga ada manafaatnya. ;)

[size=1.5]
Turunnya Al-Quraan yang tidak ada keraguan di dalamnya,  dari Tuhan semesta alam.(As-Sajdah:2)


[ Last edited by kuman on 7-7-2005 at 12:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Sufism This user has been deleted
Post time 7-7-2005 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 7-7-2005 10:24 AM:
ok kalau kuman memang orang tabligh...nak tanya sikit...

korang tak rasa serbasalah ker pada anak bini..sebabnya...tinggalkan dorang berbulan2 atas alasan nak berdakwah...memang bagus alasan ber ...


ha ah persoalan di atas sama gak la rasanya dgn yg dimusykilkan oleh masyarakat terhadap jemaah rufaqa.

Dah la kekdg tu org2 rufaqa ni beristeri lebih dari satu...mrk juga keluar hingga ke luar negeri...mcm mana agaknya abuya settlekan masalah anak2 buahnya yg tinggal2 anak bini nih...

Rasa2nya kak mawar leh jawab kot sbb dia wakil muslimah rufaqa kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 01:56 PM | Show all posts
tak leh ke bini lebih satu?
Reply

Use magic Report

ZORRO_05 This user has been deleted
Post time 7-7-2005 04:02 PM | Show all posts
Asslkm, semua!

Nampak gaya dah jadi perang buku, cut & paste ni!!

Come on, men!. K/o tahu la.. kamu Arqam & Tabligh ni org baik2, byk amal soleh, dll.

Kita tak ada masa nak baca posting yg berjela2 tuu!. Just bagi conclusion kan baik?. Sbb yg nak dilihat bukan ilmu yg ada pada diri/jemaah seseorang itu, ttp amal praktikal yg tercermin pd fizikal dia!. Termasuk jemaah dia, dan ketuanya sekali!.

Itu yg kita nak tenggok perbezaan di sini.

Sbb bagi org beriman, sekilas ikan di air.. dah boleh baca dah samada perjuangan yg dilagang tu berjalan betul atau tempang. Dan apakah sesuai pulak dgn kehidupan moden di alaf 21 ni, yg menjadi bingung kpd semua orang!

Kalau pendakwah/daei pun binggung tidak tahu di mana duduk, mcmana dia nak bawa org/negara kembali kpd Tuhan Rabbul 慉lamin?.


Nak tanya sikit.. saja nak tahu teknik dakwah, relevan atau tidak, berdakwah dgn org2 yg masih liar & lupa daratan.

Org Tabligh boleh masuk, berdakwah dlm night-club ke?. Berdakwah dgn suasana yg penuh harmoni & mesra sekali.

Kot terikat dgn adab2 Gaz yg nampak keras, mcm pepatung tuu!.
Reply

Use magic Report

ZORRO_05 This user has been deleted
Post time 7-7-2005 04:10 PM | Show all posts
Apa beza Arqam & Tabligh?. Satu persoalan yg menarik.. Sbb jika kita kupas betul2 antara kedua2 jemaah ini, akan akhirnya keluar keputusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2005 09:37 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by ZORRO_05 at 7-7-2005 04:10 PM:
Apa beza Arqam & Tabligh?. Satu persoalan yg menarik.. Sbb jika kita kupas betul2 antara kedua2 jemaah ini, akan akhirnya keluar keputusan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 12:43 AM | Show all posts

nak tanya kuman

Meriah sungguh forum kita ni sbb mcm2 ada... macam Astro lak :lol

Kuman, saya nak tanya satu. Boleh tak kuman cerita sikit ttg Tabligh dan Politik, terutama politik Malaysia.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2005 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 7-7-2005 09:37 PM:


1. Jemaah Tabligh keluar di jalan Allah buat pengorbanan tinggal-tinggalkan bini manakala Arqam buat bisness sambil tambah-tambah bini.

2. Jemaah Tabligh mengamalkan hidup se ...


Hang masuk Jemaah Apa?

Jemaah Syiah ker alias Ahmainejad atau Ayatolah Khomenis?:cak:





:music:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2005 08:38 AM | Show all posts
hmm...

jangan ler bertekaq...bincang ler cara elok.. jangan dok tuduh sana..sana tuduh sini....

kalau sesapa ( TABLIQ atau AL-ARQAM)  rasa dia betui dia bagi pendapat cara dia....

biaq orang luaq yang hitung mana satu yang dia rasa adalah yang terbaik..

kita umat islam beb jangan dok tuduh menuduh..dah ler orang luaq ( orang kapiaq) dok tuduh islam jer kejam kalau ada apa2 berlaku ( cth baru2 ni bom kat london) korang lak kat sini dok gaduh gak...

abis lagu mana islam nak maju ( aku dah insaf takmo gaduh2 hehehhe )

so mari laa kita BERSATU PADU!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 08:40 AM | Show all posts


Muzakarah dah jadi mujadalah.. Jadi, Gravediger ikram sajalah diaorang baik-baik ,

Maaf ustaz nazhulus..bab politik malaysia saya tak mahu sentuh, nanti tak berkesudahan. Saya menarik diri dari perbincangan ini.
Reply

Use magic Report

Sufism This user has been deleted
Post time 8-7-2005 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 8-7-2005 08:40 AM:


Muzakarah dah jadi mujadalah.. Jadi, Gravediger ikram sajalah diaorang baik-baik ,

Maaf ustaz nazhulus..bab politik malaysia saya tak mahu sentuh, nant ...


Tu la kuman, sufi dah cakap dah...kalau puak2 yg suka hentam org ni masuk mana2 topik, abih rosak topik org yg memolek nih.

Mrk perasan mrk dah bagus sambil hina2 org. Kalau nak beri pendapat yg bercanggah antara tabligh dan arqam pun, cukup la setakat mcm tatie dan zorro tu...tak keterlaluan atau emosional kerana masing2 ada point memasing. Bukan sampai bermujadalah mcm grave dan mata pena berdua nih...bagi panas forum aje tapi tak menambah info apa2 pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by aza at 2005-7-8 08:38 AM:
hmm...

jangan ler bertekaq...bincang ler cara elok.. jangan dok tuduh sana..sana tuduh sini....

kalau sesapa ( TABLIQ atau AL-ARQAM)  rasa dia betui dia bagi pendapat cara dia....

biaq orang luaq yang hitung mana satu yang dia rasa adalah yang terbaik..

kita umat islam beb jangan dok tuduh menuduh..dah ler orang luaq ( orang kapiaq) dok tuduh islam jer kejam kalau ada apa2 berlaku ( cth baru2 ni bom kat london) korang lak kat sini dok gaduh gak...

abis lagu mana islam nak maju ( aku dah insaf takmo gaduh2  hehehhe )

so mari laa kita BERSATU PADU!!!!!!!!!!!


OK kita kembali kepangkal jalan, matlamat kita adalah taqwa, Allah swt kasih kepada orang2 yang bertakwa, Nabi muhammad saw dan para2 sahabatnya adalah orang2 yang paling bertaqwa,  perdebatan bernafsu tidak akan membawa faedah, ia melemahkan iman dan kebenaran akan menjadi kabur. Kita kembali kepada Al-Quran dan hadis.

UCAPAN TERBAIK.
[size=1.5]
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)


Perkataan yang terbaik adalah menyeru manusia supaya kembali kepada Allah swt. Ini kita kena renungkan, Mungkar yang paling besar adalah syirik kepada ALLAH. Allah swt boleh mengampunkan dosa yang lain, tapi dosa syirik kepada Allah tidak akan diampun diakhirat nanti. Kita kena yakin bahawa hanya Allah swt sahaja yang berkuasa, makhluk tidak berkuasa, jika kita mampu menggerakkan jari kita dengan bebas itu sebenarnya dengan izin dari Allah. Kebenaran milik Allah, Ilmu milik Allah, kita tidak ada apa2, apa yang Allah swt berikan kepada kita perlulah kita syukuri setiap hari. Diri kita, Harta kita semuanya milik Allah. Jadi, Allah maha kaya, tidak berhajat kepada suatu apa pun. Andai semua manusia ingkar kepada Allah, tidak terjejas kemuliaan Allah swt sedikitpun, andai semua manusia taat kepada Allah, kemuliaan Allah swt tidak terusik sedikitpun. Kemuliaan Allah sentiasa sempurna.

Nikmat yang paling besar adalah nikmat iman dan islam, jika tiada iman seseorang tiada nilai sisi Allah. Nabi muhammad saw diutus kepada manusia untuk menyeru manusia supaya mentauhidkan Allah swt.

Tiga perkara perlu dibuang dalam hati seseorang jika mahu menjadi orang2 yang bertaqwa.

1. Syirik  
2. Sifat keji  
3. Maksiat

Jika perkara ini dibuang dari dalam hati, insyaallah lahir taqwa didalam hati.
Sebagai seorang islam kita perlu tahu apakah sebab2 yang menjadikan Allah swt kasih kepada seseorang.
diantaranya:
1. Allah swt kasih kepada hamba2nya yang suka bertaubat
2. Allah swt kasih kepada hamba2nya yang suka memperbaiki amal
3. Dan lain-lain

Siapakah yang tidak bahagia apabila Allah swt telah kasih kepadanya? ;)
cermin2 diri kita yang serba doif ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by aza at 8-7-2005 08:38 AM:
hmm...

jangan ler bertekaq...bincang ler cara elok.. jangan dok tuduh sana..sana tuduh sini....

kalau sesapa ( TABLIQ atau AL-ARQAM)  rasa dia betui dia bagi pendapat cara dia....

biaq ora ...


betul setuju dengan aza...kenapa nak bertekak..cuba bawak bincang elok-elok...

tatie rasa ini bukan pertandingan atau penilaian untuk tunjuk jemaah mana yg lebih baik...sebab kalau kita betul jujur dengan perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWt, maka kita sama-samalah memperbaiki mana yg tiris, mana yg lompang, mana yg vakum....nasihat menasihati, tegur menegur dgn hikmah dan berhemah supaya setiap perjuangan dapat dimantapkan...

walau berlainan kaedah, Tabligh dengan Cara Dakwah dengan mengimarahkan masjid,....dan Rufaqa memilih cara dengan mendekati masyarakat melalui ekonomi, sosial, pengurusan manusia menggunakan pendekatan teknologi terkini dan kaedah semasa, itu ibarat satu rahmat dari Allah SWT kepada Malaysia bumi tercinta ini....di mana masih mengalir semangat, darah dan airmata pejuang-pejuang kebenaran yg meniti di jalan yg sudah di beri panduan oleh Allah SWT dan rasulNya...

INGAT LER...musuh kita yg paling utama ialah nafsu yg ada dalam diri, syaitan yg seringkali mengekori, Yahudi yg tidak pernah berhenti menyesatkan dan Misionaires/Kafir  yg sentiasa siapsiaga berperang dengan umat Islam melalui perang psikologi, mental dan fizikal....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by Sufism at 8-7-2005 09:17 AM:


Tu la kuman, sufi dah cakap dah...kalau puak2 yg suka hentam org ni masuk mana2 topik, abih rosak topik org yg memolek nih.

Mrk perasan mrk dah bagus sambil hina2 org. Kalau nak beri pendap ...



setuju dengan sufism....udah ler bertekak ajer kat sini....apa yg kuman hantar tu elok kandungannya..kenapa nak panaskan thread dgn hentam-menghentam?....apa kehe nyer ?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 09:50 AM | Show all posts
Ikhwan di kalangan muslimin ini satu nikmat Allah....marilah kita sama-sama menjaganya..

Allah berfirman (ditulis dlm rumi krn kelemahan saya):
Wa'tashimu BihablilLahi Jami'an Wala tafarraqu
Wazkuru Ni'matAllahi 'Alaikum Iz Kun Tum A'da An
Faalla fabaina Quluu Bikum Fa Ash Bah tum Bini' Matihii IkhwaaNaa
Al Quran- Surah Ali Imran ayat 103

Allah berfirman lagi:
Walaa takuu nu kallazi na tafarraqu wakhtalafuu mim ba' dima jaaa ahumul baiyinaat. Waulaaa ika lahum 'aza bun 'azhim.
Al Quran- Surah Ali Imran ayat 105

Allah berfirman lagi:
Tilka Ayaatullahi Nat lu haa 'Alaikabil Haq. Wamallahu Yuriidu Thulman Lil A'lamin
-Surah Ali Imran ayat 108

Ikhwan di kalangan muslimin ini satu nikmat Allah....marilah kita sama-sama menjaganya..

[ Last edited by always_typo on 8-7-2005 at 09:52 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2005 09:53 AM | Show all posts

Bagaiman untuk bersatu?, Nabi muhammad saw adalah contoh dan ikutan yang terbaik. Nabi muhammad saw berjaya menyatukan muhajirin dan Ansar,  semua puak2 dan dan suku dalam bangsa arab melalui sunnahnya.

Dengan sunnahnya hati2 dapat disatukan, semua cara hidup telah ditunjukkan oleh rasulullah saw, tak ada yang tertinggal, jadi para2 sahabat sentiasa mempelajari sunnah2 baginda dan mengamalkannya dalam kehidupan. Walaupun mereka datang dari berbagai puak dan suku, ada yang kaya, miskin, mulia dan hina, apabila sunnah diamalkan dalam hidup semuanya menjadi samarata. Yang mulia disisi Allah hanyalah yang paling TAQWA.

Setiap sunnah yang diamalkan bukannya percuma atau sia2, tetapi ada ganjaran disii Alllah. Jadi disini cara Rasulullah saw mesti ada kejayaan. Pada hari ini kebanyakan orang2 kita mengambil idola2 dari dunia barat sebagai ikutan, itulah sebab kita tidak dapat bersatu.

Tidak satu fikir dan tidak satu hati. Jadi kita kena kembali kepada Al-quran dan hadis, dimana didalam Al-quran menyuruh kita menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan ikutan.

Satu sunnah baginda diamalkan secara istiqomah zaman kerosakan umat diberi 100 pahala mati syahid oleh Allah swt.

[size=1.5]
Dan ta'atilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat.(Ali-Imran:132)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 10:02 AM | Show all posts
MARI BERJUANG IKUT CARA RASULULLAH SAW.

Makna Jihad Menurut Islam

Umumnya orang faham erti berjihad adalah berperang untuk membela agama Allah, bangsa dan negara. Ramai di antara mereka yang berperang itu tidak mengerjakan solat dan puasa, tidak menutup aurat atau sampai meninggalkan solat dan puasa demi berperang melawan musuh. Dalam kefahaman mereka kalau mereka mati dalam perang melawan musuh itu, maka mati syahid walaupun tidak mengerjakan solat.

Sebenarnya bukan itu makna jihad. Berperang hanya satu bahagian kecil dari jihad dan dibuat bila sudah tidak ada alternatif lain. Erti jihad menurut Islam adalah bersungguh-sungguh memerah tenaga, akal fikiran bahkan jiwa raga serta segala kekuatan-kekuatan lahir seperti ekonomi, harta kekayaan, pangkat, jawatan, pengikut dan lain-lain untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Kalimah Allah Itu Apa?

1. Kalimah Allah yang besar sekali adalah Zat Allah. Memperkatakan Zat Allah, ertinya memperjuangkan aqidah atau tauhid. Dengan kata-kata yang lebih luas berjihad adalah memperjuangkan Tuhan supaya orang kenal, cinta dan takut dengan Tuhan.

2. Setelah itu Kalimah Allah adalah syariat-Nya. Bila kita kata memperjuangkan syariat Tuhan, syariat Tuhan itu banyak jenis dan tarafnya. Syariat ada yang menjadi rukun, rukun Islam atau rukun syariat. Bila dikatakan rukun Islam atau rukun Syariat, ada lima iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bila mampu.

Ada satu jenis jihad yang selamat menyelamatkan, tidak membunuh dan tidak melukai badan orang, tidak memerlukan harta benda yang banyak tetapi bernilai tinggi di sisi Allah iaitu mengorbankan perasaan. Mengorbankan perasaan itu dianggap jihad, bererti yang membuatnya mendapat pahala jihad.

Mengapa dia dianggap jihad? Kerana ia ada hubungan dengan melawan nafsu. Hadis mengatakan bahawa peperangan melawan nafsu itu satu jihad, bahkan satu jihad yang besar. Mengorbankan perasaan itu dianggap jihad kerana ada hubungan dengan berjuang melawan nafsu. Melawan nafsu itu adalah jihad yang paling besar.

Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam. Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?

Kita cuba ambil satu ayat Quran, Allah berfirman:

Terjemahannya: "Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang-orang beriman itu dirinya dan harta-hartanya dengan balasan Syurga. " (At-Taubah: 111)

Itu tawaran Tuhan, kerana jihad itu besar maka disuruh beli. Jihad itu ada yang lahir ada yang batin. Dari segi lahirnya jihad menentu hidup mati Islam. Kalau ada jihad hiduplah Islam, kalau tidak ada jihad matilah Islam. Dari segi batin, jihad menentukan seseorang itu terbangun insaniahnya atau sebaliknya. Tidak ada jihad, punah-lah insaniahnya.


Jihad secara lahiriah semua sudah tahu, tetapi Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad maknawi, jihad nafsu. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Terjemahannya: "Kita baru balik dari satu peperangan maha kecil untuk menuju satu peperangan yang maha besar. "

Peperangan yang lebih besar itu ialah peperangan melawan nafsu, jihad melawan nafsu. Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan yang besar iaitu perjuangan melawan nafsu. Kita duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain hari ini. Tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.


BERSAMBUNG


(kuman.....kita sama-sama kongsi minda dari rufaqa dan jugak tabligh)...
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 8-7-2005 10:04 AM | Show all posts
Mujadalah atau sikap suka bertekak ni adalah satu tabiat sebenarnya. Susah nak lepaskan tabiat ini kerana sudah sebati didalam jiwa seseorang. Seperti orang yang suka minum arak atau hisap rokok.  Jika otak yang suci telah dipengarui alkohol dan kimia dalam rokok yang akan menyebabkan ketagihan, begitu juga dengan jiwa yang suci yang dicemari dengan tabiat suka bertekak. Kalau tak dapat rokok atau bertekak mereka akan seperti cacing kepanasan. Ada saja yang tak kena.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 10:51 AM | Show all posts
SOLAT:
Dewasa ini orang2 islam sendiri yang meruntuhkan agama, rata2 didalam dunia umat islam bilangannya ramai, tetapi hanya lebih kurang 1% yang sembahyang jamaah di masjid bagi sesuatu Qariah.

Kemungkaran yang paling besar selepas SYIRIK ialah meninggalkan SOLAT 5 waktu. Pernah saidina Umar ra berkata sewaktu sakit diakhir hayatnya"tidak ada bahagian dalam islam bagi oarng yang tidak solat", perkataan ini perlu kita renungkan. Solat 5 waktu adalah tiang agama, siapa yang tidak melakukannya dia telah meruntuhkan agama didalam dirinya. Solat adalah hadiah dari Allah swt. Dengan perantaraan solat orang2 islam dapat mengambil sesuatu keperluan dari khazanah Allah swt. Solat adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah saw. Solat adalah pembeza antara iman dan kufur(hadis). Diakhirat, yang pertama2 sekali akan disoal ialah solat, baik solat baiklah amalan lain, buruk solat buruklah yang lain. Solat yang kusyu' dapat mencegah kemungkaran.

Allah swt berjanji akan memberikan 5 ganjaran kepada orang2 yang memelihara solatnya.
1. Berkat rezekinya
2. Diangkat siksa kubur.
3. Mendapat buku catitan dipadang masyar dengan tangan kanan(Selamat)
4. Meniti titian sirat pantas seperti kilat
5. Masuk surga tanpa hisab(hitungan).

Solat menjadi penghapus dosa2, dosa2 besar kena bertaubat dulu. Ketenangan akan diperolehi dengan solat, orang yang bersolat dimasjid kemudian pulang kerumah, dia membawa bersama rahmat kerumahnya.
Sahabat2 rasulullah apabila ada masalah mereka menyelesaikan dengan bersolat. Apabila solat ditinggalkan atau dicuai2kan ketenangan akan hilang, rezeki menjadi tidak berkat, rahmat akan jauh dan Allah swt murka. Solat yang dilakukan hendaklah dengan penuh kusyuk dan kudhu', sifat dalam sembahyang dibawa keluar sembahyang. Iman adalah seperti akar dan solat menjadi tiangnya, selepas itu perintah Allah yang seterusnya.

Rasulullah saw adalah maksum, bagaimanapun beliau bersolat sehingga bengkak2 kakinya. Marilah kita sama2 berusaha untuk membetulkan solat kita dan memberi nasihat akan kepentingan solat kepada ahli keluarga kita dan kawan2 kita. Jika dengan nasihat kita seseorang itu jadi bersolat kebajikannya dapat juga dalam catitan amalan kita. Insyaallah..
[size=1.5]
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat , yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu'min itu.(At-Taubah:112)

Setelah kematian, orang2 kafir iman mereka menjadi 100%, tetapi iman ketika ini tidak lagi bernilai sebab semua manusia imannya 100% . Orang kafir meminta kepada Allah supaya mereka dihantar kembali kedunia untuk melakukan Amal soleh. Mereka telah yakin dan menyesal, tetapi Allah swt tidak menerima permintaan mereka.
[size=1.5]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-sajdah:12)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066462 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list