CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rami_ayyash

Ajaran Sesat Ayah Pin (freshNectar, snipersnake, Gravedigger, leotazz818)

[Copy link]
Post time 17-7-2005 03:55 PM | Show all posts
ayah pin ni apebenda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PakMalay This user has been deleted
Post time 17-7-2005 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by Bobipoppo at 17-7-2005 03:55 PM:
ayah pin ni apebenda?


Pak Sedara Snake dan Grave...

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2005 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 17-7-2005 04:03 PM:


Pak Sedara Snake dan Grave...




hrmm.. di thread2 lain, hang dok ajak orang buat kebajikan, jangan dok fitnah... tapi pada hakikatnya... di thread ini.. hang dok tabur fitnah... hrmm.... :stp:

kepada pembaca2 sekalian.. tepuk dada tanya selera....


p/s: ayahpin tu ada sedara ke? hrm... lain kali baca latar belakang ayahpin tu (sebagai rujukan tambahan untuk menjawab persoalan2 ayahpin terhadap islam)... jangan dok fitnah2 je..
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 17-7-2005 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 17-7-2005 04:10 PM:



hrmm.. di thread2 lain, hang dok ajak orang buat kebajikan, jangan dok fitnah... tapi pada hakikatnya... di thread ini.. hang dok tabur fitnah... hrmm.... :stp:

kepada pembaca2 sekalian..  ...


Aik terasa ker?

Ingat  Snake dan Grave sahaja yang terasa pedas..Rupanya ada insan lain sama..

Biasalah tu banyak Multinick...Dah jadi amalan Takiyah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2005 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 17-7-2005 04:21 PM:


Aik terasa ker?

Ingat  Snake dan Grave sahaja yang terasa pedas..Rupanya ada insan lain sama..

Biasalah tu banyak Multinick...Dah jadi amalan Takiyah...
[/co ...



silalah tanya kepada mod sekiranya anda ingin mengetahui saya ini seorang multinick ataupun tidak... ...

kerana diriku lebih berharga... hehehehhehe

dah tak ada modal ke... sehinggakan menuduh seseorang itu multinick... sila baca post2 saya terdahulu... daku ialah seorang newbie di dalam forum ini... tarak caya? tanya itu ustaz nahzaluz.. atau anda sendiri mendustai mod... (napa tak kata yang mod tu multinick gak) ...


:ketuk: :ketuk: :ketuk:

bila jiwa tiada makna, maka kata-kata memberikan maksud yang tiada...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by freshNectar at 2005-7-17 03:32 PM:
diharap kepada orang yang mau berforum tentang abuya dapat membuka thread sendiri..terima kasih


Ya. Sila hormat pada tuan punya thread. Thread ni bincang/bagi info dsbnya ttg ayahpin shj. Harap maklum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Tok_gawo This user has been deleted
Post time 18-7-2005 04:03 AM | Show all posts
Originally posted by freshNectar at 17-7-2005 03:33 PM:
Gambar : ayah pin bersama dengan pengikut-pengikutnya..



...


makin lama makin ramai orang kampung yg terpengaruh dengan ajaran sesat
ayah pin ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 07:56 AM | Show all posts
Dia dah mengaku keluar islam...sapa yg jadi pengikut dia sama le mcm dia....mengaku imam mahadi (pemimpin akhir zaman)  ni...bukan dlm islam jer ada kristian pun ada claim pekara yg sama ....dlm agama lain pun ada..cuma ayat yg digunakan tu jer berbeza...xpacaya cuba tanya deme tu..

Haru sungguh deme ni ..lagiler haru kalau kita tak pasal2 cari gaduh sesama sendiri dek kerana cerita ayah pin.

[ Last edited by zy on 18-7-2005 at 08:06 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 18-7-2005 08:54 AM | Show all posts
Salam,

Kesilapan besar Ayah Pin ialah beliau dulunya mengaku Islam sebagai agamanya di Malaysia. Sepatutnya beliau awal-awal lagi isytihar diri beliau keluar dari agama Islam sebelum merwar-warkan penubuhan 'kerajaan langit'.

Seseorang yang sudah masuk Islam tak dibenarkan keluar/murtad kecuali dibunuh mengikut pendapat jumhur ulama (serupa dengan kumpulan mafia).
http://www.ladang.net.my/modules ... article&sid=808

Tapi pendapat tersebut ditolak oleh kerajaan Malaysia kerana tidak releven dan melanggar kedaulatan perlembagaan negara yang memegang prinsip kebebasan agama. Jadi, apabila Ayah Pin telah mengisytihar dirinya keluar daripada agama Islam maka undang-undang syariah tidak boleh digunapakai ke atas beliau kerana perlembagaan Malaysia membenarkannya.

Mengikut undang-undang sivil, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau tidak menyuruh orang melakukan kejahatan duniawi cuma beliau diminati dan diikuti kerana dikatakan mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi, rasul kerajaan langit, imam mahadi, dan dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan penganut agama lain.

Hanya satu cara sahaja untuk menghalang tugas beliau sebagai imam mahadi iaitu menuduh beliau dan pengikutnya akan menjadi kumpulan militan atau pengganas sebagaimana yang dilakukan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_06.htm
Maka ISA lah jawapannya.

[ Last edited by sauber on 18-7-2005 at 09:04 AM ]
Reply

Use magic Report

deepjunior This user has been deleted
Post time 18-7-2005 09:05 AM | Show all posts
kenapa dia kata kerajaan langit, kalo nama kerajaan langit knapa dia duk kat darat?
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 18-7-2005 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by deepjunior at 18-7-2005 09:05 AM:
kenapa dia kata kerajaan langit, kalo nama kerajaan langit knapa dia duk kat darat?


Mungkin menongak ke  langit kot !!!

Sebab terpengaruh dengan pepatah Melayu..

1.Punggok Rindukan Bulan..
2.Angan2 Mat Jenin Bila memanjat kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 01:48 PM | Show all posts
Ayah Pin nie mmg terkeluar dari Islam.... sila rujuk harian metro semalam...gambar ayah pin di batu caves... sembah berhala.....
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 18-7-2005 01:54 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Teman ada sikit KEMUSHYKILAN mengenai tindakkan Jabatan AGAMA terhadap Ayah PIN nie.

1. Kenapa menunggu 4 tahun sebelum nak ambil tindakkan padahal hanya seminggu sahaja utk merobohkan surau di Bangi dan Mesjid di Trengganu.
2. Kenapa menunggu siasatan lebih mendalam padahal terus jer pukul/belasah org2 REFORMASi dlm masa bbrp jam.
3. Menembak MATI 8 org pengikut Ibrahim Libya TETAPI membiarkan Ayah PIN dan orang2 nya lepas lari.

Ini yg teman KURANG FAHAM skit akan TINDAKKAN KERA-jaan.

Wsalam
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 18-7-2005 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost99 at 18-7-2005 01:54 PM:
Assalamualaikum semuer,

Teman ada sikit KEMUSHYKILAN mengenai tindakkan Jabatan AGAMA terhadap Ayah PIN nie.

1. Kenapa menunggu 4 tahun sebelum nak ambil tindakkan padahal hanya seminggu s ...


Apa nak diherankan..

Sebab kena latih jadi KERA dulu baru layak dapat tittle RAJAAN..
Reply

Use magic Report

niceghost99 This user has been deleted
Post time 18-7-2005 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 18-7-2005 14:44:


Apa nak diherankan..

Sebab kena latih jadi KERA dulu baru layak dapat tittle RAJAAN..


Pandai Pak Malau.....SYABAS.
:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 03:45 PM | Show all posts

utk yg bersekolah kerajaan dan reti BI

Sky Kingdom structures torched

News Update By K. SUTHAKAR
KUALA TERENGGANU: A mob of about 30 people went on a rampage, torching structures and smashing vehicles and house windows within Ayah Pin's Sky Kingdom commune in Jerteh at 5am today.

The mob also set fire to Ayah Pin's Pajero and smashed four other vehicles parked inside the area.

The sect leader Ariffin Mohamad, 65, better known as Ayah Pin, left the commune last night.  

According to witnesses members of the mob were armed with parangs, sticks and plastic bags believed to contain petrol.  

"They smashed our house windows but the people were not harmed.  

"They told us not to get involved and we didn't want to confront them," said a follower of Ayah Pin.

Police have cordoned off the area, while the Federal Reserve Unit personnel arrived at the site at 9.30am to control some 100 protesters gathered there.


the torched PAJERO.ermm.. cult leaders do like pajero, dont they ;)


Ayah Pin follower Wan Mohd Husni Wan Abu Bakar, 33, showing a plastic packet containing petrol found near the commune's assembly hall. The perpetrators also set rubber tyres alight and threw them into the building.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 18-7-2005 04:59 PM | Show all posts
Mungkinkah ini perbuatan pengikut ayah pin sendiri atas jalan konspirasi supaya mendapat simpati rakyat Malaysia? Rasanya, agak mustahil ada umat Islam Malaysia bertindak ganas dan bersendirian seperti mana yang berlaku di London dan Iraq.

Ataupun telah lahir jiwa militan dan pengganas dikalangan segelintir rakyat Malaysia atas nama Jihad. Ini merupakan satu petanda buruk bagi Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 05:04 PM | Show all posts
erm..sympathy...we cant rule out that possibility..
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 18-7-2005 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 2005-7-18 04:59 PM:
Mungkinkah ini perbuatan pengikut ayah pin sendiri atas jalan konspirasi supaya mendapat simpati rakyat Malaysia? Rasanya, agak mustahil ada umat Islam Malaysia bertindak ganas dan bersendirian sep ...


Dlm kes spt ayah pin ini, teringat saya masa pengharaman arqam   dulu......satu hari di sg penchala, entah dari mana seorang hamba Allah muncul dan mengamuk sakan dgn menghentak2 kereta sambil memaki-hamun kerajaan kerana mengharamkan arqam. Sekali imbas seolah2 individu tersebut berlagak spt penyokong arqam yg kononnya marah sgt dgn tindakan kerajaan terhadap arqam.

Kami yg berada di situ terpinga2...ttp oleh kerana kami semua mmg diajar oleh abuya jgn sekali2 menimbulkan huru-hara atau tindakbalas terhadap kerajaan ekoran pengharaman....cepat dapat mengagak, individu tersebut mungkin dihantar utk memprovok ahli2 arqam agar bangun mengamuk. Jadi kemungkinan atas dasar militannya kami (jika terikut2 provokasi spt itu), lagi senang kami kena 'tindakan' dgn kerajaan.

Jadi kemungkinan peristiwa ayah pin ini juga merupakan senario spt yg dialami oleh arqam dulu. Jadi bila pengikut2nya dah dikatakan mengganas, ADA SEBAB utk kerajaan bertindak cthnya masuk ISA ke, sbb nak dakwa ayah pin atas dasar menyelewengkan agama Islam sukar kerana ayah pin dah istihar keluar Islam...

wallahualam
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 19-7-2005 08:12 AM | Show all posts
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_05.htm

Polis kenal pasti lelaki bertopeng ceroboh `Kerajaan Langit'

KUALA TERENGGANU 18 Julai - Polis telah mengenal pasti kumpulan lelaki bertopeng yang menceroboh dan menyerang markas ajaran sesat Ayah Pin di perkampungan `Kerajaan Langit' di Batu 13 Hulu Besut, awal pagi ini.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner I, Hussin Ismail berkata, siasatan awal yang dilakukan turut mendapati beberapa penduduk tempatan dipercayai turut terbabit dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi ini.

Menurut beliau, sebanyak 40 hingga 50 orang dipercayai terlibat dalam serangan tersebut dan mereka bersenjatakan parang, kayu, batang besi dan minyak petrol.

``Kita sudah panggil beberapa orang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dan sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di sini, malam ini.

Dalam kejadian itu, kumpulan lelaki tidak dikenali tersebut telah membakar dan merosakkan beberapa replika gergasi termasuk replika payung kuning, cerek, kendi, bulan sabit dan dewan perhimpunan.

Sebuah kereta Pajero milik Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Mohamad, 65, turut dibakar. Ayah Pin bagaimanapun dikatakan tiada di tempat kejadian ketika serbuan dilakukan.

Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan serbuan ke atas markas Ayah Pin itu ada kaitan dengan perhimpunan penduduk yang berlangsung pada pagi ini.

``Kita juga percaya motif serangan itu berpunca dari rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu dengan kewujudan perkampungan tersebut,'' tambahnya.

....................

Bukanlah saya hendak menyokong ajaran ayah Pin yang terang-terang bertentangan dengan Alquran tetapi kita tidak seharusnya mengambil penyelesaian cara militan atau pengganas. Sudah jelas ayah Pin tidak melakukan apa kesalahan undang-undang di Malaysia, dia punya tarekatnya sendiri sebagaimana tarekat agama hindu dan buddha. Adakah kita hendak membakar kuil-kuil hindu dan buddha hanya kerana mereka mengamalkan agama kepercayaan mereka sendiri sebagaimana yang berlaku di Afghanistan ?

Pengikut-pengikut ayah pin tidak dipaksa mempercayai ajaran pin tetapi merekalah yang sendiri menyesatkan diri mereka sendiri. Inilah bahayanya jika kita bertaklik buta, beramal berdasarkan adat semata-mata.

Jabatan agama haruslah proaktif berdakwah memberi penjelasan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan ajaran ayah pin. Gunakan forum dan debat perdana, panggil mereka yang berkenaan (termasuk ayah pin) bagi menjelaskan perkara ini. Terangkan kepada rakyat jelata bahawa ayah pin bukanlah imam mahdi tulen yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Berikan hujah aqli dan naqli supaya rakyat dapat berfikir dan memahami siapa imam mahdi yang sebenar.

Semoga tiada lagi lar yang nak mengaku imam mahdi versi Malaysia selepas ayah pin?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068910 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list