CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: fleurzsa

Jom Bincang Ayat Al Maidah : 5

[Copy link]
Post time 30-1-2006 11:15 AM | Show all posts
salam

saya pun ahli kitab jugak
pasal kalau ada sesiapa membacakan saya KITAB
YANG DITURUNKAN ATAS MUKA BUMI INI
maka saya akan MEMBENARKANNYA

kalaulah saudara mengatakan PAUL menulis
dan menyeru manusia beramal kepada apa yg ditulisnya
sama jugak dgn masyarakat ISLAM kini
yang TUHAN DAN NABI suruh dan larang
tak terbuat, yang BIDAAH BERMAHARAJALELA
persoalan yang lebih BESAR dan BAIK yg lebih perlu dibincangkan
yang remeh dan tak penting diperbesarkan
amacam
serupa tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2006 07:02 PM | Show all posts
Para ulama berselisih pendapat tentang penafsiran Ahlul Kitab dlm ayat ini:

(1.) Sebahagian ulama berpendapat bahawa Ahlul Kitab yg dimaksud dlm ayat ini adlh khusus Bani Israil. Di antara yg berpendapat demikian adlh Al-Imam Asy-Syafi抜 rahimahullah sbgmana dinukilkan oleh Al-Baihaqi rahimahullah dlm Ma抮ifatus Sunan wal Atsar (5/309) berkata: 揝iapapun yg berasal dr Bani Israil yg memeluk agama Yahudi dan Nasrani maka wanitanya boleh dinikahi dan sembelihannya boleh dimakan. Sedangkan siapapun yg memeluk agama Yahudi dan Nasrani dr kalangan Bangsa Arab atau selainnya (dr kalangan Ajam) maka wanitanya tidak boleh dinikahi dan sembelihannya tidak halal utk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 10:16 PM | Show all posts
Panjang betul tulisan skywalker.

Masalahnya, skywalker, bila orang Nasrani golongan trinity sembelih binatang, dia sembelih dengan nama "our Lord Jesus Christ", manakala Al Maidah ayat 3 kata, "Diharamkan kepada kamu bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah...... "
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2006 09:11 AM | Show all posts
Disini adlh tulisan Dr Yusuf Qaradhawi berhubung dgn sembelihan ahlil kitab... semoga menambah kefahaman kita..

Sembelihan Ahli Kitab

Kita tahu bagaimana Islam sangat keras menganai persoalan penyembelihan dan menganggap ia sgt penting. Hal ini adlh kerana orang2 musyrik Arab dan pengikut2 agama lain telah menjadikan penyembelihan termasuk persoalan ibadah, bahkan termasuk persoalan keyakinan dan pokok kepercayaan agama.

Oleh kerana itu sembelihan, mereka jadikan sbg satu cara utk berbakti kpd tuhannya, maka disembelihnya binatang utk berhala atau dgn menyebut nama tuhannya. Kemudian datanglah Islam menghapus cara2 ini dan mewajibkan utk tidak menyebut kecuali asma' Allah, serta mengharamkan binatang yg disembelih utk berhala dan dgn menyebut nama berhala.

Kemudian setelah ahli kitab yg asal bertauhid itu telah banyak dipengaruhi oleh perasaan2 syirik dan samasekali tidak melepaskan dr kesyirikannya yg dahulu, hingga org Islam menganggap, bahawa mereka tidak boleh lagi bergaul dan bertemu dgn mereka sbgmana halnya terhadap orang2 musyrik lainnya, maka Allah memberikan kelonggaran (rukhsah) kpd mereka utk makan makanan ahli kitab sbgmana halnya dlm persoalan perkawinan. Hal ini ditegaskan Allah dlm firmanNya yg merupakan ayat terakhir, iaitu:

"Hari ini dihalalkan yg baik2 buat kamu dan begitu juga makanan orang2 yg pernah diberi kitab (ahli kitab) adlh halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka." (al-Maidah: 5)

Maksud ayat di atas secara ringkas: bahawa hari ini semua yg baik, halal buat kamu, kerana itu tiada lagi apa yg disebut: Bahirah, saibah, washilah dan ham. Dan makanan ahli kitab pun halal buat kamu sesuai dgn hukum asal dimana samasekali Allah tidak mengharamkannya, dan sebaliknya makananmu pun halal buat mereka.

Jadi kamu boleh makan binatang yg disembelih dan diburu oleh ahli kitab, dan sebaliknya kamu boleh memberi makan ahli kitab dgn binatang yg kamu sembelih atau yg kamu buru.

Islam bersifat keras terhadap org musyrik tetapi terhadap ahli kitab sangat lunak dan mempermudah, kerana mereka ini lebih dekat kpd org mu'min, sebab sama2 mengakui wahyu Allah, mengakui kenabian dan pokok2 agama secara global. Justeru itu kita dianjurkan utk menaruh mawaddah terhadap mereka, boleh makan makanan mereka, boleh kahwin dgn perempuan2 mereka dan bergaul dgn baik bersama mereka.

Sebab kalau mereka itu sudah bergaul dgn kita dan memeluk Islam dgn penuh keyakinan dan kesadaran, mereka akan tahu bahawa agama kita itu agama mereka juga dlm pengertian yg lebih tinggi, lebih sempurna bentuk-bentuknya dan lebih bersih lembaran-lembarannya dr segala macam bida'ah, kebatilan dan persekutuan.

Perkataan makanan ahli kitab adlh suatu ungkapan yg bersifat umum, meliputi seluruh macam makanan: sembelihannya, biji-bijiannya dan sbgnya. Semua ini halal buat kita, selama barang2 tersebut tidak termasuk kategori haram, kerana zatnya spt darah, bangkai dan daging babi. Semua ini tidak boleh kita makan dgn ijma' ulama, baik barang2 tersebut makanan ahli kitab ataupun milik org muslim.

Sampai di sini selesailah pembicaraan kita tentang masalah binatang yg halal dan haram. Sekarang tinggal yg perlu utk diterangkan kpd orang2 Islam beberapa masalah yg sgt penting, iaitu:


Cont..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2006 09:12 AM | Show all posts
1: Binatang yg Disembelih Utk Gereja dan Hari-Hari Besar

Apabila tidak terdengar suara dr ahli kitab itu sebutan nama selain Allah, misalnya: Nama al-Masih dan Uzair ketika menyembelih, maka makanannya tersebut tetap halal buat org Islam. Tetapi kalau sampai terdengar suara penyebutan nama selain Allah, maka dr kalangan ahli fiqih ada yg mengharamkannya kerana termasuk apa yg disebut uhilla lighairillah (yg disembelih bukan kerana Allah). Tetapi sementara ada juga yg berpendapat halal.

Abu Darda' pernah ditanya tentang kambing yg disembelih utk suatu gereja yg disebut jurjas, binatang itu mereka hadiahkan buat gereja tersebut, apakah boleh kita makan? Maka jawab Abu Darda': "Boleh." Sebab mereka itu adlh ahli kitab yg makanannya sudah jelas halal buat kita, dan sebaliknya makanan kita pun halal buat mereka. Kemudian dia suruh memakannya. (Riwayat At-Tabarani 1:42)

Imam Malik pernah ditanya tentang sembelihan ahli kitab utk hari2 besar dan gereja mereka, maka kata Imam Malik: Aku memakruhkannya dan aku tidak menganggapnya haram.

Imam Malik memakruhkannya, kerana termasuk dlm kategori wara' (berhati-hati supaya tidak jatuh ke dlm maksiat) kerana kuatir kalau2 dia itu termasuk ke dlm apa yg disebut binatang yg disembelih bukan kerana Allah. Dan ia tidak mengharamkan, kerana erti dan maksud apa yg disembelih bukan kerana Allah itu menurut pendapatnya, sepanjang yg dinisbatkan kepada ahli kitab, iaitu yg disembelih utk bertaqarrub kpd Tuhan sedang mereka (ahli kitab) itu sendiri tidak memakannya. Dan apa yg disembelih dan dimakan adlh termasuk makanan mereka, sedang dlm hal ini Allah telah menegaskan: "Bahawa makanan ahli kitab itu halal buat kamu."


Cont...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2006 09:15 AM | Show all posts
2: Sembelihan yg Dilakukan Oleh Ahli Kitab dgn Tenaga Elektrik dan Sbgnya

Apakah penyembelihan mereka itu dipersyaratkan spt penyembelihan kita juga, iaitu dgn pisau yg tajam dan dilakukan pada leher binatang?

Kebanyakan para ulama berpendapat demikian. Tetapi menurut fatwa pengikut-pengikut madzhab Imam Malik, bahawa yg demikian itu tidak termasuk persyaratan.

Al-Qadhi Ibnu Arabi berkata ketika menafsiri ayat 5 surah al-Maidah itu sbgi berikut:

Ini suatu dalil yg tegas, bahawa binatang buruan dan makanan ahli kitab itu adlh termasuk makan yg baik2 (thayyibaat) yg telah dihalalkan Allah dgn mutlak. Allah mengulang-ulanginya itu hanyalah bermaksud utk menghilangkan keragu-raguan pertentangan-pertentangan yg timbul dr perasaan-perasaan yg salah, yg memang sering menimbulkan suatu pertentangan dan memperpanjang omongan.

Saya pernah ditanya tentang seorang Kristen yg membelit leher ayam kemudian dimasaknya, apakah itu boleh dimakan atau diambil sebagian drpadanya sbg makanan? Maka jawab saya: Boleh dimakan, kerana dia itu termasuk makanannya dan makanan pendeta dan pastor, sekalipun ini menurut kita tidak termasuk penyembelihan, namun Allah telah menghalalkan makanan mereka itu secara mutlak. Makanan apa pun yg dibenarkan oleh agama mereka berarti halal buat kita, kecuali yg memang oleh Allah telah didustakan.

Ulama2 kita pernah berkata: Mereka telah menyerahkan perempuan2 mereka kpd kita utk dikawin dan halal kita setubuhi, mengapa penyembelihannya tidak boleh kita makan, sdg makan tidak sama dgn setubuh, halal dan haramnya.

Demikian pendapat Ibnul-Arabi.

Kemudian di tempat lain ia berkata lagi: Mereka tidak makan yg bukan kerana disembelih, misalnya dgn dicekik dan dipukul kepalanya (dgn tidak bermaksud menyembelih, kerana itu binatang tersebut termasuk bangkai yg haram).

Kedua pendapat beliau ini tidak bertentangan, sebab yg dimaksud ialah: Apa yg mereka anggap sbg penyembelihan, bererti halal buat kita sekalipun menurut kita sembelihannya itu tidak benar. Dan apa yg mereka anggap itu bukan sembelihan, tidaklah halal buat kita.

Dgn demikian, menurut mafhum musytarak apa yg disebut penyembelihan, iaitu bermaksud menyabung nyawa binatang dgn niat utk halalnya memakan binatang tersebut.

Ini adalah pendapat ulama2 Malikiyah.

Dgn bercermin kpd apa yg telah kami sebutkan di atas, maka kita dpt mengetahui hukumnya daging2 yg diimport dr negara2 yg penduduknya majoriti ahli kitab, spt ayam, corned sapi, yg semua itu kadang disembelih dgn menggunakan tenaga elektronik dan sbgnya. Selama binatang2 tersebut oleh mereka dianggapnya sbg sembelihan, maka jelas halal buat kita, sesuai dgn umumnya ayat.

Ada pun daging2 yg diimport dr negara2 Komunis, tidak boleh kita makan. Sebab mereka itu bukan ahli kitab, bahkan mereka adalah kufur dan anti kpd semua agama dan menentang Allah serta seluruh risalahnya.


Dipetik dari : Halal Haram Dlm Islam oleh Dr Yusuf Qardhawi

cont..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2006 09:17 AM | Show all posts
Kaedah: "Apa Yang Ghaib Bagi Kita, Jangan Kita Tanyakan"        

Tidak menjadi kewajiban seorang muslim untuk menanyakan hal-hal yang tidak disaksikan, misalnya: Bagaimana cara penyembelihannya? Terpenuhi syaratnya atau tidak? Disebut asma' Allah atau tidak? Bahkan apapun yang tidak kita saksikan sendiri tentang penyembelihannya baik dilakukan oleh seorang muslim, walaupun dia bodoh dan fasik, ataupun oleh ahli kitab, semuanya adalah halal buat kita.          Sebab, seperti apa yang telah kita sebutkan di atas, iaitu ada suatu kaum yang bertanya kepada Nabi: "Bahawa ada satu kaum yang memberinya daging, tetapi kita tidak tahu apakah disebut asma' Allah atau tidak. Maka jawab Nabi: Sebutlah asma' Allah atasnya dan makanlah," (Riwayat Bukhari).          Berdasar hadis ini para ulama berpendapat, bahawa semua perbuatan dan pengeluaran selalu dihukumi sah dan baik, kecuali ada dalil (bukti) yang menunjukkan rusakan batalnya perbuatan tersebut.


Dipetik dari : Halal Haram Dlm Islam oleh Dr Yusuf Qardhawi

[ Last edited by skywalker at 31-1-2006 09:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2006 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by skywalker at 31-1-2006 09:11 AM
Sampai di sini selesailah pembicaraan kita tentang masalah binatang yg halal dan haram.

Belum habis lagi. Sila berikan jawapan mudah - "halal", atau "haram" (tak mau jawapan berbelit-belit):

Apakah hukumnya bagi sembelihan Nasrani dimana sembelihan itu dilakukan dengan nama "the Lord (bermaksud Tuhan) Jesus Christ" ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Terong Pipit This user has been deleted
Post time 7-2-2006 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by belut at 2-1-2006 11:22 PM
Too much Sunnah will kill you. :gila:



Wahai sibelut,

Hang frust menonggeng ke krn ada insan tak setuju dengan pendapat anti hadis ko tu?
Kau dah cukup umur dan kau bertekad bahawa fahaman ko benar maka dayung ler... tapi tak baik kata orang tak berilmu... kalau dah 3 tahun kat London mesti ler tercapai akalnya...:cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2006 03:24 PM | Show all posts

Perbandingan Pendapat...

Pendapat Pertama

Kebolehan hukum adalah mutlak bg semua kaum ahli kitab, dahulu, sekarang atau akan dtg, samada mereka berpegang kpd kitab asal mahu pun kpd kitab yg tlh diubahsuai.


Dihujahkan atas dasar bhw Allah swt tlh membolehkan suatu hukum tanpa meletakkan apa2 syarat tambahan mengenainya padahal Allah sbg Tuhan Yg Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana sudah tentu akan melakukan demikian jikalau Dia merasakan perlu demi kebaikan umat Islam.

Perlu diambilkira bhw ayat kesempurnaan Deen Islam diturunkan serentak dgn ayat yg membolehkan sembelihan dan penikahan wanita Ahli Kitab.

Firman Allah swt

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al Maidah: 3)

Selain itu juga tidak didapati dlm sunnah Nabi saw apa2 keterangan yg memberikan syarat2 serta hukum2 tambahan dlm hal ini.

Sabda Nabi saw,

"Sesungguhnya Allah swt tlh memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu mensia2kannya.  Dan Dia (Allah) tlh menetapkan beberapa batas ( had) maka jgnlah kamu melampauinya.  Dan Dia (Allah) tlh mengharamkan segala sesuatu (yg perlu diharamkan) maka jgnlah kamu mencerobohinya.  Dan Dia (Allah) tlh mendiamkan segala sesuatu sbg Rahmat kpd kamu bukan krn lupa - maka jgn kamu cuba menyelidikinya"
(hadis Hasan oleh Imam an Nawawi)

Atr tokoh2 mutakhir yg menghujah kebenaran pendapat pertama adalah Prof Dr Yusuf Qardhawi, Prof Dr Wahbah Zuhaili, Dr Ahmad al- Syarbashi dan majoriti ahli2 tafsir serta ahli2 fiqh.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2006 03:27 PM | Show all posts
Pendapat ke2

Kebolehan hukum hanya bg kaum ahli kitab yg hidup di zaman Nabi saw dan keturunan zuriat mereka shj.  Pemeluk2 baru dr kalangan Yahudi dan Nasrani tidak termasuk golongan itu.


Kebolehan memakan sembelihan kaum ahli kitab hanyalah terhad kpd org2 Yahudi dan Nasrani yg hidup di zaman Nabi saw dan keturunan mereka shj.  Ini krn ayat yg menghalalkan pernikahan Ahli Kitab adalah ia dlm bentuk kata yg tlh lalu atau Past Tense.  Menunjukkan bhw ia ditujukan kpd umat Yahudi dan Nasrani yg hidup sebelum turunnya ayat tersebut dan bukan ditujukan kpd umat2 yg akan dtg.

Oleh itu keberlakuan hukum ini tidak tertakluk kpd umat2 Yahudi dan Nasrani yg baru memeluk agama itu & tidak kpd umat2 Yahudi & Nasrani yg tidak dpt dikesan nasab keturunan mereka sehingga ke zaman Nabi saw.

Pendapat ini dianggap lemah krn tafsiran yg sedemikian tidak pernah didengar dr Nabi saw mahupun para sahabat padahal merekalah org yg paling mengenali al-Quran dan paling mengetahui tujuan ayat2nya.

Sememangnya diketahui bhw kaum Yahudi dan Nasrani adalah 2 kaum wujud sebelum wujudnya Islam & mereka tlh diturunkan kitab Taurat & Injil sebelum turunnya Al Quran.  Justeru adalah memandai al Quran mengalamatkan mereka dlm bentuk bhs yg tlg berlalu / past tense.

walllahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2006 03:33 PM | Show all posts
Pendapat ke 3

Kebolehan hukum tidak lagi boleh diterima krn kebanyakan kaum Yahudi dan Nasrani masa kini tidak lagi memegang kpd kitab mereka yg asal melainkan ianya tlh diubahsuai atau ditukar.


Hukum kebolehan memakan sembelihan kaum Ahli Kitab tidak lagi berhubung -laku di masa kini krn kedua2 kaum tersebut , Yahudi & Nasrani tlh byk melakukan perubahan serta ubahsuai akan kitab mereka itu sehingga ianya tidak lagi tulen seperti yg wujud di zaman Nabi saw.

Selain itu sebahagian besar org Yahudi & Nasrani juga kini tidak lagi mentaati ajaran kitab mereka samada yg tulen mahupun yg diubahsuai, tetapi byk mengikuti hukum2 baru  yg direkacipta selari dgn peredaran zaman. Dgn hujah ini, sembelihan ahli kitab tidak lagi halal bg umat Islam masa kini dan bg akan dtg.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2006 03:50 PM | Show all posts
Al quran adalah kitab yg diturunkan berperingkat2, setiap penurunan ayat ditentukan kadar dan masanya oleh Allah swt sesuai dgn tahap pencernaan ilmu oleh masyarakat dan keadaan sosial mereka dr satu masa ke satu masa yg lain.  Setiap ayat turun membawa keterangan serta ilmu yg baru, melengkapkan lagi apa yg sudah diturunkan, mengganti dgn yg lebih baik dr apa yg sememangnya baik serta mengkhususkan lagi apa yg sebelum ini adalah umum.

firman Allah swt

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
(Al isra': 106)

Firman allah swt

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
(Al Baqarah: 106)

Ayat yg menghalalkan sembelihan kaum ahli kitab, (Al Maidah: 5) adalah ayat terakhir diturunkan sebelum lengkapnya al Quran ini dan sebelum wafatnya Nabi saw.  ayat ini turun kira2 81 hari atau lebih sikit sebelum wafat Nabi saw.  Ia juga serangkap dgn ayat yg menerangkan ttg kesempurnaan Islam..

Firman allah swt

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al Maidah: 3)

Hakikat turunnya ayat yg menghalalkan sembelihan ahli kitab sbg salah satu dr ayat2 terakhir dlm al Quran memberikan titik pengkajian  yg amat besar dlm analisa hukum berkaitan.  Ini krn ayat ini turun setelah turunnya beberapa ayat2 yg sedia mengkhabarkan perbuatan ahli kitab yg telah mengubahsuai, menukar serta mencampur aduk ayat2 dlm kitab mereka.

firman Allah swt,

Sesudah kamu wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
(Al Baqarah: 75)

wallahua'lam

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2006 04:38 PM | Show all posts
Apabila turun ayat menghalalkan sembelihan ahli kitab, al Quran sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum ahli kitab tersebut yg mencampur adukkan ajaran mereka serta menyembunyikan kebenaran kitab2 mereka.

firman Allah swt,

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(al Baqarah: 42)

Apabila turun ayat yg menghalalkan sembelihan ahli kitab, al Quran sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum ahli kitab tersebut yg memilih2 ajaran agama mereka, sebahagian diambil dan sebahagian ditinggalkan.

Firman Allah swt,

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(al Baqarah: 85)

Apabila turun ayat yg menghalalkan sembelihan ahli kitab, al Quran sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum ahli kitab yg menjadikan Nabi Isa a.s. sbg Tuhan mereka dan pendita2 sbg yg berhak utk menukar ajaran kitab mereka.

Firman Allah swt,

Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
(At Taubah: 31)

Apabila turun ayat yg menghalalkan sembelihan ahli kitab, al Quran sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum ahli kitab yg menjadikan Nabi Isa a.s. sbg anak Allah.

Firman Allah swt,

Mereka berkata: Allah mempunyai anak Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)! Dialah Yang Maha Kaya; segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya; tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu. Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya?
(Yunus: 68)

Apabila turun ayat yg menghalalkan sembelihan ahli kitab, al Quran sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum ahli kitab yg mewujudkan konsep Tuhan bertiga / Trinity.

Firman Allah swt

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
(An Nisa': 171)

Apabila turun ayat yg menghalalkan sembelihan ahli kitab, al Quran sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum ahli kitab yg ada kalanya mempersoalkan kesahihan agama mereka sendiri.

Firman Allah swt,

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
(Ali Imran: 65)

bersambung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054968 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list