CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skywalker

HIMPUNAN HADIS-HADIS DHAIF DAN PALSU

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2006 09:39 AM | Show all posts
(37) Membaca Surah Yaasin Keatas Orang Yang Akan Mati
Maksudnya:  Bacalah keatas orang akan mati dikalangan kamu Surah Yaasin

Periwayat-Periwayat Hadith: Ahmad , Abu Daud , Ibnu Majah , AI-Hakim , AI-Baihaqi , At- Thabarani , Ibnu Abi Syaibah

Status Hadith: LEMAH

- Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak dikenali (majhul) iaitu Abu Uthman dan bapanya
- Kata Imam Ad-Daruqutni:
- Hadith ini lemah sanadnya, tidak dikenali matannya (lafaz hadith ),
- Tiada sah satu hadith pun dalam bab ini. ( yakni yang bersumber dari Nabi SAW).

Keterangan:
- Paling utama ialah beramal dengan sunnah Nabi SAW dengan mengajar orang yang hampir mati dengan LaillahaillAllah
- Sabda Nabi SAW dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim,Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, AI-Baihaqi, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah:
Maksudnya: Ajarkanlah orang yang akan mati dikalangan kamu dengan LaillahaillAllah

Cont...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2006 09:41 AM | Show all posts
(38) Perkara Halal Yang Paling Dibenci Oleh Allah
Maksudnya:
Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak( cerai).

Periwayat-Periwayat Hadith: Abu Daud (terdapat 2 riwayat didalam Sunannya. Satu riwayat dengan lafaz diatas dan satu riwayat dengan lafaz yang sedikit berbeza dari diatas tetapi membawa erti yang sama seperti riwayat diatas).
AI-Baihaqi , Ibnu Abi Syaibah , Ibnu Majah , AI-Hakim

Status Hadith: LEMAH

1. RiwayatAbu Daud (lafaz hadith diatas):
...Dari Muharib bin Dithar dari Abdullah bin Umar RA dari Nabi SAW, Baginda bersabda....
2 Riwayat Abu Daud yang kedua:
....dari Muharib bin Dithar dari Nabi SAW, Baginda bersabda.. .
Dalam riwayat ini gugur seseorang antara Muharib dengan Nabi SAW.
- Hadith sebegini dipanggil Hadith Mursal iaitu hadith yang gugur dari akhir sanadnya seseorang setelah tabi'en (seseorang yang sempat berjumpa dengan sahabat Nabi SAW dalam keadaan Islam dan mati dalam Islam).
- Jumhur Ulama Hadith menolak hadith mursal dan dikira sebagai hadith lemah kerana wujud kebarang kalian perawi yang gugur itu bukannya sahabat Nabi SAW. .
- Riwayat AI-Baihaqi:
....dari Muharib bin Dithar dari Nabi SAW, Baginda bersabda... ..
- Hadith riwayat AI-Baihaqi ini juga mursal.
- Riwayat Ibnu Abi Syaibah.
.....dari Muharib bin Dithar dari Nabi SAW, Baginda bersabda ....
Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah ini juga mursal.
- Oleh kerana itu Imam Abu Hatim, Imam Ad-Daruqutni dan Imam AI-Baihaqi menguatkan bahawa hadith ini adalah hadith mursal.Dan telah dijelaskan pendapat jumhur bahawa hadith mursal adalah dikategorikan sebagai hadith lemah.
- Kata Imam AI-Khattabi dan Imam AI-Munziri: Yang
masyhur ianya adalah hadith Mursal (lemah).

Keterangan:
- Hadith "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak" ini juga diriwayat oleh Ibnu Majah dan AI-Hakim sebagaimana disebut diatas.
- Tetapi kedua-dua hadith ini juga lemah kerana didalam riwayat Ibnu Majah terdapat seorang perawi bemama Ubaidullah bin AI- Walid AI- Wasaafi.
". Kata Imam Ibnu Adi : Ia sangat lemah.
- Kata Imam An-Nasai dan Imam AI-Fallas: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
- Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Zur'ah dan Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
- Adapun dalam riwayat AI-Hakim terdapat seorang perawi bemama Muhammad bin Uthman bin Abi Syaibah.
- Muhammad bin Uthman ini dianggap pembohong oleh Imam Abdullah bin Imam Ahmad sebagaimana disebut oleh Imam Az-Zahabi.

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2006 09:42 AM | Show all posts
(39) Membaca Qunut Dalam Witir Dibulan Ramadhan
Maksudnya:
Dari AI-Hasan: Bahawa Umar bin AI-Khattab RA menghimpun manusia (pada bulan Ramadhan) atas Ubai Bin Kaab (sebagai imam) .Adalah Ubai mengimami mereka selama 20 malam, ia tidak qunut (dalam solat witir) kecuali pada separuh baki (bulan Ramadan -15 Ramadhan hingga akhir).

Periwayat Hadis: Abu Daud

Status Hadis: LEMAH

- Sanad hadith ini terputus antara AI-Hasan AI-Basri dan Umar RA.
- Kata Imam Az-Zaila'iy: Al-Hasan tidak pemah berjumpa dengan Umar RA.
- Menurut Imam As-Suyuthi: Al-Hasan dilahirkan semasa dua tahun berbaki dari zaman khilafah (pemerintahan ) Umar RA.
- Al-Hasan yang tidak pemah berjumpa dengan Umar RA ini ada disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya At- Tahzib.

Keterangan:
- Hadith yang semakna dengan diatas juga ada diriwayatkan oleh Abu Daud didalam Sunannya yang bersumber dari Muhammad bin Sirin, dari sebahagian sahabat-sahabatnya (yakni sahabat-sahabat Muhammad) bahawa Ubai bin Kaab.. ...( sama seperti hadith diatas).
- Hadith ini juga lemah kerana tidak dikenali (majhul) siapakah 'sebahagian sahabat-sahabat' Muhammad bin Sirin tersebut.
- Perawi yang majhul menjadikan suatu hadith itu lemah kerana identiti seseorang perawi itu penting untuk dikenali dan diketahui untuk menetapkan samada ia seorang kepercayaan, lemah atau pembohong.
- Identiti seseorang perawi itulah yang akan menetapkan status suatu hadith samada ia akan menjadi hadith soheh, hasan, lemah atau palsu.
- Kerana itu Imam An-Nawawi melemahkan hadith ini.
- Kemudian disana terdapat satu hadith dari Anas bin Malik:
Maksudnya:
Adalah Rasulullah SAW membaca qunut (dalam solat witir) pada separuh bulan Ramadhan- yakni 15 Ramadhan hingga akhir.
(Riwayat Ibnu Adi)
- Hadith ini langsung tidak dapat ditegakkan untuk dijadikan hujjah kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abu Atikah Tharif bin Salman.
- Lihat komentar tentang Abu Atikah ini pada hadith pertama.

Kesimpulan:
- Membaca qunut dalam solat witir dibulan Ramadhan boleh dilakukan bermula dari awal Ramadhan lagi.

Cont...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 08:16 PM | Show all posts
salam

terima kasih kerana membacakan beberapa SUNNAH NABI
yang belum saya terima
yang mana saya boleh amalkan bersyukur saya
yang mana bukan kemampuan saya
semoga dikuatkan untuk itu

DIAKHIR ZAMAN, APABILA UMATKU TELAH ROSAK
DAN KAMU MENDAPATI SUNNAHKU
MAKA GIGITLAH KUAT-KUAT DENGAN GIGI GERAHAMMU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 06:51 PM | Show all posts
(40) LARANGAN BERWUDHUK DALAM TANDAS

Ertinya : Janganlah kamu berwudhuk di tandas kerana sesungguhnya wudhuk orang - orang mukmin itu akan dinilai bersama kebaikan dan kebagusannya

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Dipalsukan oleh rawi yang bernama Yahya bin Ambasah

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 10

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 06:53 PM | Show all posts
(41) AIR DUA KOLAH
Ertinya : Dari Abdullah bin Umar r.a dia berkata : Telah bersabda Rasullulah s.a.w. , apabila air itu ada dua kolah maka tidak akan mengandungi najis . Di dalam satu lafaz lain dikatakan "Tidak membawa najis".

Diriwayatkan oleh Imam yang empat dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah , Haakim dan Ibnu Hibban

Penjelasan : Hadis ini Syaaz iaitu menyalahi hadis sahih yang lebih kuat daripadanya . Selain daripada itu dikatakan bahawa hadis ini termasuk Muld-Tharib iaitu Goncang .

Kelemahan hadis ini kerana tiga sebab iaitu :

a. Hadis ini adalah Mauquf ( ucapan sahabat ) bukan ucapan Nabi s.a.w. sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Mizzi , Ibnu Taimiyah dan Baihaqi.

b. Muld-Tharib sama ada sanad mahupun matan hadisnya. Oleh itu para ahli hadis tidak menerima hadis ini sebagai satu ketentuan . Ibnu Abdil Bar juga telah melemahkan hadis ini .

c. Hadis ini bertentangan dengan hadis sahih yang lebih kuat daripadanya kerana Rasullullah s.a.w. dan para sahabat sering menggunakan air yang kurang dari dua kolah .

Selain dari itu ada pula riwayat yang menerangkan , apabila air itu ada satu kolah , ada pula tiga kolah atau empat dan sebagainya . Dan semua riwayat ini adalah melalui rawi yang bernama Ubaidillah bin Abdullah saja .

Dengan adanya bermacam-macam riwayat ini maka timbullah kekeliruan untuk menentukan riwayat yang sebenar . Apakah satu kolah , dua kolah , tiga kolah ataupun sebagainya . Semua hadis ini adalah melalui rawi yang bernama Ubaidillah bin Abdullah sahaja .

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 11

Cont...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2006 06:55 PM | Show all posts
(42) Fadhilat Wudhu
Maksudnya : "Sesiapa yang berwudhu sedang dia dalam keadaan suci, Allah catitkan untuknya 10 kebaikan."

At-Tirmizi mendhoiefkan sanad hadith ini.

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 06:57 PM | Show all posts
(43) Ulama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2006 06:58 PM | Show all posts
(44) Kaya Dan Miskin
Maksudnya : "ALLAH telah mewahyukan kepada sebahagian para NabiNYA, Apabila kamu melihat seorang Fakir maka ucapkanlah : Selamat datang wahai syiar orang-orang Soleh", dan apabila kamu melihat seorang kaya maka ucapkanlah : "Dosa yang menyegerakan hukumannya."

Hadith ini diriwayatkan oleh ad-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafidz al-'Iraqi dari riwayat Makhul dari Abi Darda', dan Hadith ini adalah Hadith yang LEMAH (Sila lihat Takhrij Ihya' 'Ulumud Din

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:00 PM | Show all posts
(45) Fadhilat Surah Dukhan
Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah حم ad-Dukhan pada malam hari, beristighfar untuknya tujuh puluh ribu Malaikat."

Kata Fadhilah as-Syeikh Sulaiman bin Nasir al-'Ulwan :

"Hadith ini (hadith) Mungkar, tidak Soheh pada babnya sesuatupun. Telah menyebut tentangnya Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu'aat (1/248), katanya : "Menyendiri dalam meriwayatkanya "Umar bin Rasyid, dia seorang yang diragui kebenaranya oleh Omar bin 'Abdullah."

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:02 PM | Show all posts
(46) Berhaji Tapi Tidak Menziarahi Maqam Rasulullah Saw
Maksudnya: Sesiapa yang menunaikan haji dan tidak menziarahiku, sesungguhnya ia telah menjauhkan dirinya dariku.

Periwayat-Periwayat Hadith: Ibnu Adi , Ibnu Hibban , Ad-Daruqutni

Status Hadith: PALSU

- Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Muhammad bin Muhammad bin An Nu'man.
- Kata Imam Ad-Daruqutni: Kecelaan pada hadith ini datangnya dari Muhammad bin Muhammad. Kerana itu Imam Ad-Daruqutni menuduhnya sebagai pembohong.
- Kata Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk).
- Begitu juga dengan datuknya, iaitu An-Nu'man. Dia merupakan seorang perawi yang tertuduh (dengan kelemahan).
- Berkata Imam Ibnu Hibban mengenai An-Nu'man: An-Nu'man membawa dari perawi-perawi kepercayaan hadith-hadith yang huru-hara (tidak tentu arah).
- Kerana itu Imam Az-Zahabi menyebut hadith ini sebagai PALSU.

Keterangannya:
.Hukum menziarahi kubur Nabi SAW adalah sunat.

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:04 PM | Show all posts
(47) Pahala 100 Syahid
Maksudnya lebih kurang : "Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnah ku ketika rosaknya ummat ku, maka baginya pahala seratus orang syahid."

Hadith ini Dhoief Jiddan (Sungguh Lemah) - Al-Albani di dalam as-Silsilah ad-Dhoiefah.

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:05 PM | Show all posts
(48) Air Musyammas
Maksudnya : "Jangan kamu semua bersuci dengan air yang terjemur panas disebabkan cahaya matahari, kerana sesungguhnya ianya membawa kepada penyakit sopak."

Hadith ini diriwayatkan oleh al-'Aqiili daripada Anas secara Marfu'. Dan dia mengatakan "Tidak ada (Hadith) tentang air Musyammas (dijemur tengah panas matahari) sesuatu yang soheh secara Musnad. Adapun diriwayatkan ianya daripada perkataan 'Umar bin al-Khatab, akan tetapi di dalam sanadnya ada Siwadah, dan ianya Majhul (tidak dikenali).

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:06 PM | Show all posts
(49) Carilah Rezeki Seolah-olah Akan Hidup Selama-lamanya

Maksudnya :" bekerjalah kamu utk kepentingan duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya , dan bekerjalah kamu utk kepentingan akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok."

alMuhaddith asySyaikh alAlbani (Silsilah alAhaadith adDha'eefah wal Maudhu'ah, cet Riyadh: 1/63) : hadis ini tiada sanad, hadis marfu' atau dengan kata lain ia bukanlah Hadis Nabawi.

Albani mentakhreej hadis ini dalam kitab antaranya karya Ibn Mubarak (azZuhd), Ibn Hibban (Tsiqah atba' atTabi'een), alHaitsami (Zawaid Masnad alharith), ia hanya bersumber dari Abdullah bin 'Amr bin al 'Asy, maka ia adalah hadis Mauquf.
Tahqeeqan Albani mengenai kualiti Athar ini/hadis mauquf:
Dari segi sanadnya terputus (munqati') sebelum sampai kepada Ibn Amr al Asy. Jadi kapasiti sebagai athar sahabat juga terputus. Adapun matannya (teksnya) pula, ia suatu kenyataan yg ekstrim dan bercanggah dgn ayat alQur:an, " carilah dari apa yg telah dianugrahkan Allah kepadamu utk kebaikan negeri Akhirat, dan janganlah lupa nasib kamu di dunia." alQasyasy: 77
Ayat ini diturunkan mengenai nasihat kaum Musa AS kpd Qarun. Kita tengok susunan ayat tsb, akhirat di sebut dulu dan dunia hanya disebut "janganlah kamu lupa : Dalam surah alJum'ah: 10," dan apabila solat telah selesai dikerjakan, maka bertibaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah." Tidak disebut harta atau dunia tapi disebut fadhliLlah.

Namun ada pula sebuah Hadis lain yg didakwa menguatkan Hadis popular ini. Ia juga dari Abdullah bin Amr al Asy. Dikeluarkan oleh Imam alBaihaqee (as Sunan alKubra) dan dimuatkan oleh asySyuyuti dalam al Jami' alSagheer : 1/181), di Dha'eefkan oleh Albani (silsilah adDha'efah: 1/64), ia berbunyi," Maka ber'amallah spt amal seseorang yg tidak akan mati selamanya, dan waspadalah (hati-hatilah) spt hati-hatinyya seseorang yg takut akan mati esoknya." penyakit hadis ini ialah dalam sanadnya terdapat dua perwai yg dinilai dha'ef iaitu maula Umar bin abdul Aziz (bekas hamba kpd khalifah Umar abd Aziz) dan sekretari kepada alLaits yg bernama Abu Soleh. Komentar alAlbani, tidak jelas apakah maksud beramal itu. amal dunia atau amal akhirat.

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:08 PM | Show all posts
(50) Bahasa Arab Bahasa Syurga
dari Al-Tabarani didalam Al-Kabir Al-Ausath :-
Maksudnya : "Mereka menyukai bangsa Arab kerana tiga perkara, kerana sesungguhnya aku seorang Arab, Al-Quran didalam b.Arab dan perbicaraan ahli syurga didalam b.arab" - Hadis ini dhaif.

Al-Tabarani juga telah meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah bahawa :-

Maksudnya : 揂ku seorang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan perbicaraan Ahli Syurga ialah bahasa Arab"

Al-Haithimi mengatakan bahawa hadith ini lebih da'if dari hadith Ibn Abbas. Kesimpulannya Hadith-hadith yang membicarakan mengenai bahasa di hari Kiamat dan di Syurga merupakan hadith-hadith yang lemah yang tidak boleh dijadikan dalil. wallahu'alam

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:11 PM | Show all posts
(51) Doa Makan
Maksudnya:
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka, lalu membaca bismillah (atas makanan yang dimakan).

Periwayat Hadith: Ibnu As-Sunni

Status Hadith: LEMAH

- Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Muhammad bin Abi Az- Zuaizi 'ah.
- Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Adi: Kebanyakan apa (hadith) yang diriwayatkannya tidak boleh diikuti (yakni hadithnya tidak boleh menguatkan hadith yang lain).
- Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujah dengannya.
- Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.

Keterangan:
- Doa diatas biasa diamalkan didalam masyarakat kita sebagai "doa makan" dan dihafal oleh setiap peringkat umur bermula dari kanak-kanak diperingkat pra sekolah lagi.
- Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, AI-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban iaitu:
Maksudnya: Sebutlah nama Allah (apabila memulai makan) dan makanlah dengan tangan kanan kamu.
- Riwayat yang soheh ini menghendaki kita menyebut nama
Allah (membaca Bismillah) ketika memulai tanpa didahului dengan apa-apa doa.
- Walaupun begitu disana terdapat hadith riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW bila hendak makan:
Maksudnya: 扐llahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2006 07:13 PM | Show all posts
(52) Doa Keluar Tandas
Maksudnya: ..
Dari Anas RA katanya: Adalah Nabi SAW apabila keluar tandas, Baginda membaca:
(Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku penyakit dan telah memberi kesihatan yang baik padaku).

Periwayat Hadith: Ibnu Majah

Status Hadith: LEMAH

- Kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Ismail bin Muslim AI-Makki
- Kata Imam Abu Hatim, Imam Abu Zur'ah dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang lemah hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Madini: Hadithnya tidak ditulis (sebagai hujjah).
- Kata Imam An-Nasai: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk).
- Kata Imam AI-Bazzar: Ia tidak kuat.
- Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu (yang soheh untuk dijadikan pegangan).
- Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang mungkar hadithnya.

Keterangan:
- Sunnah yang soheh yang diriwayatkan dalam bab ini adalah sebagaimana yang disebut oleh Aisyah RA:
Maksudnya:
Adalah Rasulullah SAW apabila keluar dari tandas, Baginda
membaca : Ghufranaka (Aku mohon keampunan Mu Ya Allah)
- Hadith Nabi membaca bila keluar dari tandas ini diriwayatkan oleh Ahmad, AI-Bukhari (didalam kitab Al-Adabul Mufrad), Abu Daud, At- Tirmizi, Al-Hakim, AI-
Baihaqi, Ad-Darimi dan Ibnu Hibban.
- Menurut Imam Al-Baghawi didalam kitabnya Syarhus Sunnah, Nabi SAW mengucapkan kalimah Adalah sebagai beristighfar (memohon ampun) kepada Allah kerana semasa membuang air tidak dibenarkan menyebut nama Allah. Jadi Nabi SAW melihat telah berlaku kekurangan (lupa kepada Allah) semasa buang air lalu, Nabi SAW memohon keampunan kepada Allah dengan kalimah tersebut apabila keluar dari tandas.

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:15 PM | Show all posts
(53) Jihad Yang Lebih Besar
Maksudnya:
Kamu telah kembali (dari) sebaik-baik tempat kembali (medan perang), dan kamu telah kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar, iaitu jihad seseorang hamba menentang nafsunya.

Periwayat-Periwayat Hadith: AI-Baihaqi , AI-Khatib AI-Baghdadi

Status Hadis: LEMAH

- RiwayatAI-Baihaqi:
- Didalam sanadnya terdapat dua orang perawi iaitu Yahya bin Ya'la AI-Aslami AI-Kufi dan Laith bin Abi Sulaim.
- Adapun Yahya binYa'la:
- Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang goncang hadithnya.
- Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
- Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu. (yang soheh untuk dijadikan pegangan).
- Manakala Laith bin Abi Sulaim:
- Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang goncang hadithnya.
- Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang lemah hadithnya.
- Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang lemah hadithnya, tidak boleh dijadikan hujjah disisi ahli ilmu dalam bidang hadith.
- Kata Imam An-Nasai: Ia lemah.
- Kata Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Hajar: Hafalannya bercampur-campur pada akhir umurnya.
- Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata Imam AI-Hakim: Disepakati akan buruk hafalannya.

- Riwayat AI-Khatib AI-Baghdadi:
- Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Yahya bin Abi AI-Ala'.
- Diyakini Yahya bin Abi AI-Ala' ini adalah Yahya bin Ya'la yang disebut diatas (didalam sanad Imam Al-Baihaqi) kerana Imam Ibnul Jauzi ada menyebutnya didalam kitabnya Zammul Hawa dari jalan periwayatan AI-Khatib AI-Baghdadi ini.
- Setelah nyata ia adalah Yahya bin Ya'la, maka riwayat ini juga lemah.

Keterangan:
- Disana terdapat satu lagi ucapan yang hampir sama dengan hadith lemah diatas, iaitu:
Maksudnya: . Kita kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar.
- Menurut Imam An-Nasai didalam kitabnya AI-Kuna, ucapan tersebut adalah dari kata-kata Ibrahim bin Abi Ablah, seorang tabi'en yang berasal dari Syam, bukannya sabda Nabi SAW.
- Demikian juga yang ditegaskan oleh Imam Ibnu Hajar.

Kesimpulan:
- Hadith lemah diatas dan ucapan Ibrahim bin Abi Ablah (bahkan disangka oleh sesetengah pihak sebagai hadith Nabi SAW, tapi sebenamya bukan) telah dijadikan sandaran terutama oleh golongan tasawwuf bahawa jihad yang lebih besar dan utama ialah jihad memerangi hawa nafsu, bukannya jihad memerangi musuh-musuh Islam.
- Sedangkan menurut AI-Quran dan As-Sunnah, jihad memerangi musuh-musuh Islam adalah yang utama dan besar kelebihannya, dengan tidak menafikan perlunya suatu kesungguhan dalam memerangi hawa nafsu yang sifatnya sentiasa mengajak manusia kearah kejahatan.

Cont...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2006 07:16 PM | Show all posts
(54) Doa Senjata Orang-orang Beriman
Maksudnya:
Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, tiang agama dan cahaya bagi langit dan bumi.

Periwayat-Periwayat Hadith: Abu Ya'la , AI-Hakim , Ibnu Adi

Status Hadith: PALSU

Sebabnya:
- Didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bemama Muhammad bin AI-Hasan AI-Hamdani.
- Kata Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Daud dan Imam Ibnul Jauzi: Ia pembohong.
- Kata Imam An-Nasai dan Imam AI-Haithami: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk).
- Kata Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
- Kata Imam Abu Hatim: Ia tidak kuat.
- Disamping itu sanad hadith ini juga terputus sebagaimana yang disebut oleh Imam Az-Zahabi. Ia terputus antara Ali bin AI-Hussain dan datuknya iaitu Ali bin Abi Thalib RA.

Keterangan:
- Abu Ya'la juga ada meriwayatkan dari jalan lain iaitu hadith yang hujungnya disebut :
Maksudnya: Maka sesungguhnya doa itu senjata orang-orang beriman.
- Tetapi riwayat ini juga PALSU kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Sallam bin Sulaim At-Thawil.
- Kata Imam Ibnu Khirash : Ia pembohong.
- Kata Imam Ibnu Hibban: Ia meriwayatkan hadith-hadith palsu.
- Kata Imam Ad-Daruqutni, Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya(matruk).
- Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia lemah,hadithnya tidak patut perlu ditulis.
- Kata Imam Ahmad: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Imam Ibnul Madini bersangatan dalam melemahkannya.
- Disamping itu terdapat seorang lagi perawi lain didalam sanad hadith ini iaitu Muhammad bin Abi Humaid. Ia merupakan seorang perawi yang lemah.

Kesimpulan:  
- Kedudukan doa tetap utuh dan teguh disisi orang-orang beriman dalam permohonan dan pengaduan mereka kepada Allah walaupun tanpa kedua-dua hadith ini.
- Terlalu banyak ayat-ayat AI-Quran dan hadith-hadith lain yang soheh yang membicarakan mengenai doa.

Cont...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2006 02:19 AM | Show all posts
Banyaknya perkara2 yang kita amalkan atas hadis2 yang listed ni! Biar betul!

Thanks skywalker, keep posting!

Other forumers, betulke semua2 posting2 skywalker ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052978 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list