|
PENGAKAP MALAYSIA & DUNIA (merged: deentaro)
[Copy link]
|
|
semua geng pengakap....aku pengakap diraja....dapat dari sultan Kedah tahun 1999...pengalaman yang tak dapat dilupakan..sekarang nie dah keje...teringin nak join balik..tapi aku tak tau mcm mana nak join nie...
nak buat gajet....ikatan jgn tanya la,...banyak gak aku lupa..setakat nak buat menara kawalan tu no hal punya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni antara koleksi lencana dari perkhemahan atau jambori-zasssss |
|
|
|
|
|
|
|
kata scout beb! :cool: |
|
|
|
|
|
|
|
Oya nk kongsi pengalaman ms joint berakit kt sg Perak. Masa tu Oya dlm thn 4 kt UTM, tahun 1998.
Aktiviti dpt sokongan & peruntukan dr HEP U & Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan. Bermula dr Kuala Kangsar - Pasir Salak selama 5 hari rasanya . Oya cerita ringkas2 je, klu ada masa & permintaan, leh Oya citer detail2.
Hari pertama bertolak tgh mlm smpai pagi kt kg di K Kangsar(xingat nama yg tepi jet nk cross sg, bleh nmpk istana Sultan Perak)
Sepjg siang hari ke-2, kitaorg buat rakit dr buluh lemang. mlmnya, ada aktiviti motivasi + game dgn budak sekolah rendah kt kg tu.
Hari ke-3, mula berakit ke Parit dgn diiringi oleh sebuah bot polis marin. Brg2 camping ada dibawa dengan bas & 1 team gilir2 stay kt darat, jd tukang masak. ingtkn xjauh, uishhh ropanya dh magrib bru smpai. terburn solat zuhur & asar sbb xbwk stokin. mlm tu semua girls tido kt chalet sbb kt stu tepi bandar Parit, xselamat tido dlm khemah.
Hari ke-4, berakit ke Bota. tghari dh smpai. Dh bwk stokin tp xsempat nk rasa solat atas rakit. Ada satu rakit tu, buaya lalu bwh rakit diorg wish hi. Camping dlm kaw pusat pembiakan tuntung. Dpt ler melawat & diberikan penerangan ttg tuntung.
Hari ke-4 berakit ke Pasir Salak. Kali ni Oya ada kt darat jd tukang masak. Ada 2, 3 kumpulan rakit dpt tgk kelibat sang buaya. Sampai kt Kompleks bersejarah Pasir Salak be4 tghari sbb arus sg deras skit. Kitaorg camping dlm tu. Ptgnya kitaorg ada akt dgn student sek rendah(xingt gk nama). Tepi sek tu bekas kubu Maharajalela, boleh lh melawat sekali. Mlmnya kita adakan mlm pengakap.
Hari ke-5 patutnya bertolak ke Teluk Intan tp polis marin batalkan sbb sang buaya dh mula memunculkan diri ms nk ke Pasir Salak. Dikatakan berakit ke Teluk Intan lh plg adventure sbb berlakunya pertembungan arus sg dgn arus laut. Pagi tu pi melawat kompleks bersejarah Pasir Salak. Then pi Teluk Intan gak dgn bas ptgnya. Sempt lh bergambar depan menara condong. Then bertolak blk ke U.
Pd hari yg terakhir ini ramai gak mulai bersalin kulit. Kulit terbakar, lama sgt terdedah dgn cahaya matahari. Alhamdulillah xde perkara xdiingini berlaku. Cuma xberjaya capai matlamat akhir nk sudahkan berakit smpai ke Teluk Intan & Oya xberkesempatan nk wish hi kt buaya ms berakit
[ Last edited by oya_oyi at 30-8-2007 04:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 oya_oyi's post
huii.... dasat la oya..
skang masih pengakap lagi ker |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 deentaro's post
xde lh dasat mn nyer klu nk compare dgn yg dh jd pengakap since sekolah2 lagi, yg byk kumpul lencana & dpt poiee Jambori peringkat antarabangsa.
Sekarang xberpengakap dh since dh kerja. xde saluran nk berpengakap blk. Pernah syorkan tubuhkan kelab pengakap kt kolej lama yg Oya kerja dlu, bleh Oya tumpang sekaki. Tp xde sambutan pon. Depa lebih suka joint kelab2@ persatuan yg xbrp adventure. Oya terus berpengakap dlm hati je lh =>" sekali berpengakap, berpengakap selamanya"
Nyesal sbb xmasuk pengakap sejak sekolah2 lg. Klu ms sekolah rendah, mak tk bg masuk sbb dia kata pengakap ni lasak sgt for girl. Tu yg masuk tunas puteri je dr stdd 3-5. std 6- form 5 pbsm. Masuk pengakap kelana pon dh ms tahun 3 kt U. Klu dr sek2 lg Oya masuk pengakap. tentu ada peluang nk ambik pengakap raja kot
[ Last edited by oya_oyi at 30-8-2007 04:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Join pengakap masa darjah 3. (SK Perumahan SEDC)
perkhemahan masa tue yang ingat kat Air Papan.Mersing then darjah 6(jd ketua pangakapsekolah) pegi korobori kat Johor tiap2 malam ada langsuir mengilai dekat dengan pondok kitorang tido nasib baik le tidor ramai2. masa kawad kul 1 pg pun, kene kaco jugak. itu lah pengalaman pertama dengan hilaian langsuir/puntianak.
continue pengakap masa form 1. (SMK Agama Kerajaan Johor Kluang)
biasa la camping tak pernah miss punya (rasa2 nya). selalunya camping kat kem tanjung labuh asal camping je ciut
antara camping yang best masa sekaloh menengah kat tanjung labuh jugak. masa tue satu group ngan member nanye boyak utk pertandingan malam kebudayaan rasanya.Botyak bole layan diolog cam badut..sukahati mak bpak die je.. .memang kelako...malam tu Boyak terjaga terjerit kul 3/4 pagi sebab krem, saya terjaga terus gi siapkan gajet yg tergendala pasal esk amik markah ....kira jeritan boyak macam jam loceng la... esok pagi kene maki ngan Boyak sebab tak tolong dia. tue memang lawak gila.
satu lagi camping kat Ayer keroh melaka, best jugak. sbb tidor dlm keadaan banjir. hehehe best siot
kendian jambori asia pasifik, kat terengganu, masa tue form 5 duduk asrama. at that time saya join persatuan pengakap terbuka Johor Bahru. Biasalah bila dah masuk asrama tue memang susah la nak kuar. saya nak pegi jamboree tue under PPTS, tapi di halang oleh cikgu Rahman suruh pegi under sekolah, kalau tidak saya tak dibenarkan pergi. So saya ngan syahkurnia pergi undersekolah, tak pasti baper ramai orang yang pergi under KGV tapi yang memang pasti hanya saya dan Syahkurnia.
kendian join camping kelana bila terluang jer sbb masa tue dah masuk matriks.
then masuk UPM, tanpa berfikir panjang terus masuk Ko-k KLKMUPM. dan ikuti kursus manik kayu. Saya di didik oleh jurulatih kebangsaan En. Jaafar dengan panggilan mesra Pak Mat. masa yang paling perit ialah masa camping 8 hari 7 malam (Manikayu 4A). masa tue saya Pengerusi, memang susah nak mengajak orang join camping manikayu 4A sbb nak cukup kan korum. sbb biasalah bila masuk 'U', ko-k nie just nak penuhi syarat jer, so sesaper yang masuk KLKM UPM nie kira boleh dpt A setiap sem sbb tue orang masuk. and disebabkan itu jugaklah, susah nak convince them to join this camping. setelah berhempas pulas. dpt la jugak jalankan. tetapi dgn ajk yang tidak begitu ramai. tapi Alhamdulillah, sumernyer berjalan dengan lancar. dan kami akhirnya berjaya di tauliahkan sebagai pemegang Manikayu Kelana pada penghujung bulan August 2003 (kalau tak silap).
memang best kalau mengenangkan saat berpengakap masa sekolah2 dulu and sblm ada komitment mcm skunk nie. tak perlu risau pasal cuti/keluarga/kerja. asal ada masa terluang mesti join punya.
cikgun Rozani-bimbing aku masuk pengakap mase sek rendah..
Boyak - tq atas pengajaran guitar pertama Tepi gunung air terjun
abg sapron n abag nas- tq atas bimbingan/panduan tanpa anda siapalah saya.
and kepada rakan2 seperjuangan, teruskan berpengakap sbb berpengakap itu semamangnya BEST............
[ Last edited by deentaro at 3-9-2007 08:29 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
haku join scout dari sekolah rendah hingga la univ ...
tetapi rasa haku ... the best .. time sekolah menengah ...
seme time tu perangai giler2 ... happy go lucky .. tapi objective tercapai ...
bila masuk univ .. masuk kelana siswa .. upm to be precise ..mmm a bit boring ...
sbb diroang seme ... serius semacam ....
sebenarnya yg best ... scout ni ... membuat kita kreatif ... menggunakan bahan yg sedia ada untuk mencapai ape yg kita nak ... x yah laa beli2 kemah kain kanvas ...
bebudak skang ni untuk .. ade pelbagai jenis kemah ... seme lak senang nak pasang ... seminit dua .. dah siap ... time haku dulu ... kemah pakai kemah kanvas ...
berat sehhh .. giler2 nyer berat ... dah la tu . x cover seme ..kemah jenis A .. tau je la .. pintu masuk mana ade tutup ... ular? kala jengking .. seme leh masuk ...
in fact dulu time haku darjah nam .. perkemahan sempena tahun antara bangsa kat daerah ... tempat tu baru le bersihkan(baru bukak) ... ada satu petang tu .. ular masuk dalam kemah beb ... kecoh ... nasib baik x de yg kene patuk. Time malam la pulak ... sedar2 kala jengking dah ade kat shirt ... tapi syukur seme2 tu .. x de la yg sampai cedera kritikal ..
Kemah dulu .. kene cari kayu atau bamboo .. untuk buat tiang dan palang ..
penat ... tapi seronok .. tu ler cara outing aku .. x cam bebudak skang ni .. outing gi tengok wayang .. main cc ... dll ...
aku ingat nak masuk kelana balik laa .... ade tak kelana putrajaya? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak lalu nak join pengakap... jemu pun ada
sekarang join PBSM
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 fleurzsa's post
no komen..
tak pernah join PBSM
tak tau best ke tak PBSM tu
sbb dari sek ren sampai men..
yg join PBSM semua jenis lembik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Solidariti pengakap ASEAN
Oleh NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)
SEBUT sahaja pengakap, ramai kalangan kita akan terbayang zaman kanak-kanak. Bagi kita pengakap hanya sebuah persatuan kecil yang selayaknya untuk murid-murid sekolah rendah.
Mungkin agak janggal jika kita melihat orang dewasa terutama yang berusia lebih 50 tahun menyarung pakaian seragam pengakap.
Namun sesuai dengan sejarah pengakap yang menjangkau usia 100 tahun, peranan pasukan beruniform itu hakikatnya amat luas merentasi sempadan. Malah fungsinya tidak terbatas sekadar belajar cara memasang khemah, memasak atau mengelilingi unggun api.
Pergerakan pengakap yang tersebar luas di serata dunia amat pelbagai peranannya - melakukan kerja-kerja kebajikan, meningkatkan ekonomi penduduk setempat malah menggerakkan penyebaran dakwah.
Di peringkat serantau, pengakap turut berperanan sebagai pengikat hubungan antara negara malah tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan hubungan dua hala pengakap di negara-negara ASEAN terjalin erat.
Sehingga kini terdapat kira-kira lima juta pengakap berdaftar di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Kemboja. Malah usaha menghidupkan kembali pergerakan pengakap di negara seperti Myanmar sedang rancak dilakukan sejajar dengan kesedaran di pihak pemimpin tentang pentingnya peranan pergerakan itu.
Justeru sumbangan serta peranan pengakap sebagai salah satu cara untuk memperkasa dan memperkukuhkan hubungan serantau sama sekali tidak boleh diperkecilkan.
Di Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan gelaran Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia oleh Persekutuan Pengakap Malaysia dan bertindak sebagai penaung. Gelaran tertinggi Ketua Majelis Pembimbing Nasional Gerakan Pramuka, Indonesia dianugerahkan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Ketika berlangsungnya majlis anugerah bintang tertinggi itu tahun lalu, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk mewujudkan solidariti menerusi kepengakapan di kalangan negara ASEAN.
Oleh itu pengakap mesti dilihat sebagai satu aktiviti yang relevan dengan dunia semasa dan mempunyai daya tarikan tersendiri di kalangan remaja. Solidariti melalui kepengakapan menggalakkan dan meningkatkan kefahaman dan kerjasama selain memelihara persahabatan serta ukhuwah di kalangan ahli di negara-negara yang berbeza berasaskan kepada peraturan serta aku janji.
Menganjurkan
Menyedari hakikat itu Malaysia mengorak inisiatif menganjurkan Persidangan Pengakap ASEAN iaitu yang pertama seumpamanya baru-baru ini.
Ketua Pengakap Malaysia, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh berkata, solidariti menerusi kepengakapan di rantau ASEAN telah bermula sejak lama dulu iaitu semenjak Mesyuarat Timur Jauh berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1964. Katanya, sejak itu pengakap ASEAN telah bekerjasama dalam banyak aktiviti termasuk jambori, seminar, persidangan, bengkel, forum remaja, program pembangunan masyarakat, pembangunan modal insan dan kerjasama latihan.
憫Kesemuanya ini berjalan lancar menerusi kerjasama erat di antara persekutuan pengakap di negara-negara yang terlibat terutama di peringkat serantau,拻 katanya ketika berucap merasmikan persidangan tersebut baru-baru ini.
Menurut Shafie, kempen Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti menggambarkan usaha tanpa mengenal sempadan dalam memerangi isu-isu utama ekonomi dan sosial serta menggalakkan nilai-nilai sejagat dan meningkatkan usaha sedaya mungkin.
Beliau menarik perhatian mengenai ukuran kejayaan sesebuah negara yang amat bergantung kepada peranan remaja dan ia boleh direalisasikan menerusi penglibatan pengakap dalam program pembangunan negara.
憫Proses penyuburan remaja secara berterusan semestinya akan membantu golongan tersebut menjadi kumpulan berguna dalam masyarakat, membangunkan modal insan serta mencorakkan mentaliti kelas pertama,拻 katanya.
Di akhir persidangan tiga hari yang dihadiri oleh ketua-ketua pengakap Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand itu satu deklarasi dikeluarkan bagi membuktikan komitmen pergerakan pengakap serantau.
Deklarasi enam perkara itu antara lain meningkatkan semangat kerjasama, perpaduan, ukhuwah dan solidariti dalam kepengakapan ASEAN. Ia akan dilaksanakan menerusi kerjasama erat di peringkat negara terutama dalam menyelaraskan usaha serta program untuk faedah bersama.
Deklarasi berkenaan turut menyatakan sokongan serta galakan pelbagai hala yang diusahakan oleh negara-negara anggota ASEAN dan melaksanakannya sebagai projek ASEAN apabila berpeluang berbuat demikian.
Selain itu, pergerakan pengakap menggesa sokongan padu kerajaan untuk menyelaraskan aktiviti serantau dalam konteks ASEAN dan menjamin penyertaan aktif sekretariat ASEAN untuk mencapai objektif pergerakan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 Syd's post
deklarasi enam perkara ini antara lain meningkatkan semanagat kerjasama, perpaduan, ukhuwah dan solidariti dalam kepengakapan ASEAN..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 deentaro's post
dipercayai
taat
berguna
bersaudara berbudi
kasihkan binatang
menurut perintah
tabah hati berjimat
suci fikiran
suci perkataan
suci perbuatan
hmmm basically .. aku tak nampak ko ngamalkan 10 undang-undang pengakap tu .. terutama posting ko tentang yg masuk pbsm tu lembik2.. agak2 melanggar suci perkataan dalam undang2 pengakap.
haku dah lama x join scout ... tetapi bende2 positif ni ... adalah baik difollow .. regardless ko masih stick ngan pengakap atau dah kuar..
PBSM adalah satu2 badan yg diiktiraf ... bantuan sokongan di dalam mana2 peperangan ... dan terdapat undang2 menghalang ... ahli pertubuhan ini daripada dibunuh di dalam peperangan. Berbanding dengan pengakap... keupayaan ahli adalah pelbagai bukan sahaja di dalam pertolongan cemas, tetapi mereka juga adalah peninjau, pathfinder/perintis jalan... dan cekap di dalam pengurusan. |
|
|
|
|
|
|
|
hala tuju persatuan pengakap malaysia ... bukan sahaja kabur ... malahan tidak fokus. Di dalam kes2 bencana alam ... mana budak2 pengakap yg terlatih .???
mana budak2 pengakap raja??? yg nampak adalah ahli2 pbsm yg dikatakan lembik2 semenyer ..... |
|
|
|
|
|
|
|
ish.ish..ish |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|