|
hmmm tafsir mimpi yer... aku ni baru jer kahwen.. baru sebulan... semalam husband saya cakap dia mimpi ada 2 ekor ular hitam tengah gaduh kat pintu umah... pastu dia cakap ular tuh abah (ayah mertua saya) amik and campak cam takder apa2 apa mudarat... saya tengok muka dia.. dia cam biasa jer.. takderlah amik pot pasal mimpi dia tu.... saya plak yang terpikir... ada makna apa2 ker..sapa2 leh elaborate ker mimpi husband saya tuh...
p/s : sebelum kawen dulu... pun mimpi ular... ada 2 ekor ular... sekor aggresif asik nak patuk jer... tapi sekor ni duk jer dalam lubang... keluar2 kepala cam acah2 gitu.... menakutkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Aku telah bermimpi, gigi atas dan bawah patah semuanya...
Mimpi ini berulang dalam beberapa tahun kebelakangan n
Dalam tahun2 pertama, ayahandaku meninggal dunia..
Dalam tahun2 berikutnya, isteri pula meninggal dalam satu kemalangan jalanraya..
Adakah mimpi itu suatu petanda yang akan berlaku?
Atau hanya suatu kebetulan?
Wassalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud mimpi ditimpa tsunami...?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeysweet at 1-6-2007 12:45 PM
hmmm tafsir mimpi yer... aku ni baru jer kahwen.. baru sebulan...semalam husband saya cakap dia mimpi ada 2 ekor ular hitam tengah gaduhkat pintu umah... pastu dia cakap ular tuh abah (ayah mertua saya) amikand campak cam takder apa2 apa mudarat... saya tengok muka dia.. diacam biasa jer.. takderlah amik pot pasal mimpi dia tu.... saya plakyang terpikir... ada makna apa2 ker..sapa2 leh elaborate ker mimpihusband saya tuh...
p/s : sebelum kawen dulu... pun mimpi ular... ada 2 ekor ular... sekoraggresif asik nak patuk jer... tapi sekor ni duk jer dalam lubang...keluar2 kepala cam acah2 gitu.... menakutkan...
Saya cadangkan awak dan suami baca 3 Qul, pagi dan petang Insha Allah tiada apa2 yang perlu ditakutkan pasal mimpi ni. Kemungkinan ada orang tak senang hati, atau suka mengata pasal korang je.
Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 1-6-2007 01:07 PM
Assalamualaikum,
Aku telah bermimpi, gigi atas dan bawah patah semuanya...
Mimpi ini berulang dalam beberapa tahun kebelakangan n
Dalam tahun2 pertama, ayahandaku meninggal dunia..
...
Mimpi gigi patah memang kebanyakannya berkaitan saudara-mara jatuh sakit atau petanda seseorang ahli keluarga akan meninggal.
Wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yunenikita at 1-6-2007 01:19 PM
apa maksud mimpi ditimpa tsunami...??
adakah sebelum tsunami atau selepas tsunami berlaku? Cerita sikit bagaimana perasaan awak ketika melihat mimpi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.... insyaAllah... mungkin takder apa2 yang berlaku....
orang tak senang hati ni.. mana2 pun ada... kalau ada saya akan anggap ianya ujian berumahtangga...
lagipun ianya adalah mimpi.. cuma saya skeptikal sikit bila ia melibatkan ular itam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 mnm77's post
sy pernah alami...pasal gigi patah ni juga...dan memang benar....dato sy meninggal...
pada sy ada mimpi yg bukan petunjuk...
ada yg menunjuk....
bagaimana boleh begitu, tp sy tidak ragu2 Tuhan dan kuasaNya....
walaupun sains mungkin tak dpt buktikan atau mungkin juga ilmu manusia hanyalah setitis air lautan......
sy percaya ada yg tunjuk, ada yg mainan tidur...
[ Last edited by ussopp at 1-6-2007 05:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ketika rasulullah saaw bersama 1400 sahabatnya menuju ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah, ingatlah beberapa hari sebelum itu baginda telah bermimpi seperti yang diceritakan didalam Al Qur'an;
Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan Sebenarnya (yaitu) bahwa Sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat (Al Fath : 27)
Suatu anugerah yang Allah SWT berikan kepada yang mulia Nabi Yusuf;
Dan Demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana dia Telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu " (QS. Yusuf : 6).
Ketahuilah bahawa kita ini tidak mampu untuk mengetahui dengan tepat apa sebenarnya yang kita sebut sebagai 'mimpi' ini. Kerana ianya juga termasuk di dalam kategori sesuatu yang 'ghaib'.. Maka apabila ianya adalah sesuatu yang ghaib, maka cukuplah kita mengkajinya setakat yang termampu oleh akal kita yang kerdil ni... Kita tidak mampu sebenarnya sebagai mana Allah SWT telah berfirman;
(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui yang ghaib, Maka dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul (orang-orang) yang diridhai-Nya, Maka Sesungguhnya dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya ". ( Al Jin : 26-27).
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 1-6-2007 06:06 PM
bukan nujum... bukan juga ramalan.. sekadar menafsirkan saja. Aku fikir mnm77 leh tolong bantu kat sini
Terima kasih di atas info yang baik tu mnm77..
Wassalam.
Terima kasih kembali saifulms.
Niat saya ikhlas cuba menyampaikan tafsiran sekadar ilmu saya kepada terutamanya yang tidak mempunyai peluang bertemu orang Alim Ulama' yang lebih layak untuk menafsir mimpi.
Saya tidak menyatakan tafsiran saya bebas dari kesalahan. Mohon ampun dari Allah atas segala kesalahan yang saya lakukan. Mohon Allah kurniakan kepada saya hikmah dalam penyampaian.
Wassalam...
-----------------------------------------------
A saying of Sayyidina Rasulullah Sallallahu'Alayhi Wasallam is mentioned by Abu Daawud, that dreams are of three types:
(a.) A pious and mubaarak dream, this is a glad tiding from Allah.
(b.) A frightening dream, which results from the frightening of the shaytaan.
(c.) A dream that results from one's thoughts and doubts.
The 'ulama of interpretation on dreams have stated that the angel that is appointed to convey dreams is known as Siddiqun, who explains to the people through examples in their dreams. This is regarding general dreams.
If one sees Sayyidina Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam in one's dream, this portrayal of Sayyidina Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam is free front the effects of the shaytaan. Sayyidina RasulullahSallallahu 'Alayhi Wasallam has himself mentioned this in many ahaadith, which shall be mentioned later. Sayyidina Rasulullah Sallallahu 'AlayhiWasallam has said: 'The ones who have seen me in their dreams, have really seen me, because the shaytaan does not have the power to appear in my form'.
If one sees Sayyidina Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam in a dream, but sees features contrary to those mentioned at the beginning of this *book or against the dignity of Sayyidina Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam, or one sees in a dream that Sayyidina Rasulullah Sallallahu 'AlayhiWasallam is ill or sad etc. or that Sayyidina Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam is instructing one to do something which is against the shari'ah, or which does not befit the dignity of Sayyidina Rasulullah Sallallahu'Alayhi Wasallam, this will be due to the short sightedness, weakness and mistake of the one who sees the dream.
*Shamaail Tirmizi
[ Last edited by mnm77 at 1-6-2007 11:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 31-5-2007 17:27
Allamah Imam Muhammad Ibnu Sirin merupakan seorang tabi抜n yangpakar menafsir mimpi. Ibnu Sirin menyatakan ciri-ciri orang yang layak menafsir mimpi (dengan betul) adalah seperti berikut:
1) ...
terima kasih mnm77.......... |
|
|
|
|
|
|
|
iskk.. baru2 ni cousin tunang i mimpi yg i & tunang i xcident. dlm mimpi tu, tunang i meninggal & i plak kritikal.. erkk!! takotnye denga die citer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 Qen's post
Yang ni susah ni. Abaikan mimpi tu jelah. Kalau nak ikut maksudnya tak berapa baik, tapi kena tahu juga sejauh mana cousin you praktik agama Islam, sebab tafsiran boleh menjadi sebaliknya mengikut kekuatan amalan agama seseorang yang melihat mimpi tu.
Yang terbaik banyakkanlah amalan2 agama dan dekatkan diri dengan Allah.
Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo mimpi bende2 yg xelok seperti melihat puntianak tu cmne ye??rase mcm real n cm da lame tido aje...padahal xsmpai 1 jam tido... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 adekjeli's post
mungkin permainan tidur/perasaan. Sebaik2nya tidur dalam keadaan suci dan amalkan adab2 tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
tq... |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
sesiapa yg tahu maksud mimpi ni!!!!!!
1) org tengah repair & cat masjid..
2) mimpi rumah penuh dgn duit & bilik2 pun penuh dgn duit..
3) dilangit terbelah dua lalu turunlah buah2 an & sayuran jatuh kebawah...
4) bermimpi air sungai yg penuh dgn ikan2 & binatang laut...
terima kasih...... |
|
|
|
|
|
|
|
minta tolong tafsirkan mimpi aku ni;
aku selalu mimpi bersholat.. Aku sholat dimana2 saja.. tetapi setiap kali aku sholat mesti ada tak betul.. paling kerap dalam mimpi tu aku sholat salah arah kiblat.. Aku menyedarinya ketika dipertengahan sholat, kadang kala setelah habis bersholat..
kepada mnm77, jika engkau tahu apa2 yang tak elok berkenaan mimpi aku ni, jangan disembunyikan, cerita terus terang kat aku ni, aku dah tak boleh tahan lagi menanggung resah dijiwa..
Wassalam.
[ Last edited by saifulms at 6-6-2007 01:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 adekjeli's post
dia nk ajak kawan jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|