CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abuyazid

GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak

[Copy link]
 Author| Post time 9-7-2006 09:26 PM | Show all posts
Bila sahabat dengar, Islam akan bangun di akhir zaman kali ke-2 bermula dari Timur. Sahabat tidak tahu bila akhir zaman itu. Mereka tafsirkan 2 tahun atau 10 tahun lagi dari mereka. Rasulullah SAW sebut pemimpinnya PBT .
Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai`ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji." (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Mendengar ucapan Rasulullah SAW ini, di zaman sahabat lagi sudah ada yang pergi ke timur sebab mereka tidak pasti bila akhir zaman itu, jangan-jangan di zaman mereka. Mereka mahu kebangkitan Islam itu berlaku di tangan mereka. Mereka mahu PBT itu terjadi di tangan mereka atau mereka dapat ikut PBT.

Bila sahabat mendengar dari Rasulullah SAW bahwa Konstantinopel akan jatuh ke tangan islam, selepas saja wafat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al Anshari yang berumur 80 tahun terus berangkat ke sana.

Ia berfikir jangan-jangan terjadi di tangan aku, walhal ia berlaku selepas 600 tahun. Itulah syariat untuk melahirkan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Itulah cara sahabat untuk melepaskan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Untuk itu mereka sanggup tinggalkan anak, isteri, harta dan sebagainya, sebab perasaan cinta dan takut Tuhan itu 100% dalam hati mereka.


[ Last edited by  Abuyazid at 9-7-2006 09:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2006 03:37 PM | Show all posts
Sambungan...

Takut dan cinta umat Islam kepada Tuhan sudah menipis. Akidah umat islam sejak 700 tahun yang lalu sudah sekadar cukup makan. Umat islam pergi juga ke seluruh dunia macam sahabat. Kalau sahabat mempromosikan Tuhan, kita mencari sesuap nasi. Kita pergi ke London, ke Amerika, karena mencari makan. Kita pergi merata dunia untuk cari makan, untuk cari sesuap nasi walaupun jadi hamba orang. Kita gigih juga macam sahabat, susah macam sahabat, tinggal anak isteri, tinggal kampung halaman macam sahabat, tapi untuk cari makan. Sedangkan sahabat untuk mempromosi Tuhan supaya orang takut dan cinta Tuhan. Kita tidak, tak rasa hina kah? Kalau kita jadi tuan masih boleh tahan, tapi kita jadi hamba kepada musuh. Kita terhina, tapi kata tak apa yang penting boleh cari makan, setengah umat Islam jadi amah di rumah bukan orang islam, ada yang kena rogol.

Jadi rahsia sahabat, taibin, tabiut tabin sampai Tuhan serah dunia pada mereka adalah karena mereka buat apa saja, berjuang karena Tuhan, bukan karena cari makan. Kita lain, susahnya sama seperti sahabat, gigihnya sama, tinggal rumah, tinggal isteri sama, tapi sahabat karena cinta Tuhan, kita karena untuk cari makan, untuk nasi, untuk dunia. Sebab itu Tuhan hinakan kita. Umat Islam hina bukan saja di negeri orang, di negeri sendiri pun hina. Mengapa? Sebab mereka berjuang bukan karena Tuhan, tapi karena dunia.

Rasa cinta dan takut Tuhan yang mendalam merupakan rahsia mengapa sahabat, tabiin dam tabiut taibin begitu kuat hinggakan Tuhan serahkan dunia ini kepada mereka. Karena mereka mempromosi Tuhan, mereka menjadi orang Tuhan, maka Tuhan backing mereka. Tuhan serahkan dunia pada mereka, Tuhan jadikan mereka mulia, Tuhan jadikan bangsa lain di dunia ini duduk di bawah mereka.

Kalau kita ingin mengulangi sejarah mereka, kita mesti tukar cara kita berfikir dan berperasaan. Dari sibuk ke seluruh dunia untuk cari makan, diubah untuk mempromosi Tuhan. Tuhan akan bagi dunia ini pada kita.

Moga-moga kuliah ini menjadi pemangkin bagi kita untuk mengubah diri kita dari pada berjuang untuk cari makan, ditukar kepada berjuang mati-matian utk mempromosikan Tuhan. Semoga kita selamat dunia dan akhirat.

Sekian
Reply

Use magic Report

acol This user has been deleted
Post time 28-8-2006 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 4-6-2006 08:31 PM
KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIBASMI
04/06/2006

Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi ...



bagaimana dengan zaman ibn umar, ketika beliau ingin membahagikan zakat, mereka semua tidak mahu kerana tidak layak. tolong refer balik cerita ibn umar ini.
menurut pemahaman saya, Islam membenteras kemiskinan, oleh itu adanya zakat.Islam menyuruh kita kaya, namun kaya itu harus didukung oleh kezuhudan. maka, benteras kemiskinan dan hiduplah dalam kekayaan tetapi zuhud.
bagaimana menurut anda?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:44 AM | Show all posts
Kalaulah orang2 islam tahu yang pemberian rezeki yang berlebih-lebihan sehingga tak terbelanja dan digunakan untuk kemewahan melampau itu sebenarnya hanyalah sebagai amanah Allah swt kepada mereka untuk diagih-agihkan kepada yatim dan orang2 miskin tentu kemiskinan melampau dapat dibasmi. Rezeki seseorang adalah milik Allah swt bukan milik peribadi sesiapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by acol at 28-8-2006 11:18 PM



bagaimana dengan zaman ibn umar, ketika beliau ingin membahagikan zakat, mereka semua tidak mahu kerana tidak layak. tolong refer balik cerita ibn umar ini.
menurut pemahaman saya, Islam mem ...


tu lah, kalau dibaca sampai habis kuliah tu mesti ada sesuatu yang anda akan paham ... miskin dan kaya mesti wujud kerana Tuhan yang adakan ... kaya miskin perlu memerlukan ... bila sikaya diberi kesedaran kerana perlukan simiskin maka sikaya akan sayang kepada simiskin, maka simiskin pun akan sayang pada sikaya ... maka akan datangnya sedekah, zakat, dan bermacam lagi ... simiskin pun tak dengki pada sikaya, sikaya tak pula kedekut ... kerana sikaya sedar dia perlukan simiskin untuk lakukan keperluan sikaya ... dan sikaya suka bersedekah kerana keperluan yang selalu ada sebb adanya simiskin memenuhi keperluannya ... sbb tu tajuk tu kemiskinan bukan dibasmi ...

lagipun betul la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 29-8-2006 01:44 AM
Kalaulah orang2 islam tahu yang pemberian rezeki yang berlebih-lebihan sehingga tak terbelanja dan digunakan untuk kemewahan melampau itu sebenarnya hanyalah sebagai amanah Allah swt kepada mereka  ...


orang miskin hakikatnya kaya, sbb kaya hati, miskin tapi ada rezeki lebih sikit disedekah, nampak mcm kaya pdahal miskin, sbb dia suka belanja kawan, sedekah jiran², orang tgk dia "Dia ni orang kaya ka?" sbb suka bersedekah dan merasa itu kepunyaan Tuhan maka diberi kepada orang ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
acol This user has been deleted
Post time 29-8-2006 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 29-8-2006 11:13 AM


tu lah, kalau dibaca sampai habis kuliah tu mesti ada sesuatu yang anda akan paham ... miskin dan kaya mesti wujud kerana Tuhan yang adakan ... kaya miskin perlu memerlukan ... bila sikaya dibe ...



anda masih mengatakan kemiskinan bukan untuk dibenteras?
saya bukan ajak berdebat tidak tentu pasal, tapi kita ingin mencari titik tengah terhadap persoalan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by acol at 29-8-2006 12:41 PM



anda masih mengatakan kemiskinan bukan untuk dibenteras?
saya bukan ajak berdebat tidak tentu pasal, tapi kita ingin mencari titik tengah terhadap persoalan ini.http://forum.cari.com.my/imag ...


aaa berdebat ... salah ke saya jawap ...
:ting:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2006 10:10 PM | Show all posts
PENJAJAHAN MODEN

Hari ini banyak perkara yang telah hilang dari umat Islam. Di antaranya ialah ilmu dan hikmah, kasih sayang, perpaduan, empayar, jemaah dan ummah. Mungkin kerana itu hilanglah wibawa umat Islam. Bila umat Islam tidak ada wibawa ertinya tidak ada kekuatan, lemah dan lumpuh. Akhirnya umat Islam seluruh dunia hari ini macam kain buruk atau debu-debu yang berterbangan yang tidak ada harga satu sen pun atau ibarat buih-buih di laut yang dipecah belahkan oleh ombak laut. Itulah yang sedang berlaku pada dunia Islam hari ini, akibat dari itu umat Islam menjadi hina. Hina disebabkan dijajah tapi jajah bentuk baru bukan bentuk lama. Penjajahan bentuk lama bersifat fizikal, tapi bentuk baru ini, kalau orang itu tidak kuat dengan Tuhan tidak prihatin, bukan sahaja awamul muslimin, ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, bahkan ulama dan pemimpin Islam sudah anggap kita sudah merdeka hari ini padahal kalau kita prihatin umat Islam hari ini dijajah bentuk baru. Penjajahan secara bentuk baru inilah yang umat Islam termasuk pemimpin dan ulama tidak faham.

Penjajahan bentuk baru yang sedang berlaku pada umat Islam hari ini yang besar-besarnya ialah:

1. Ideologi telah menjajah syariat atau ideologi telah menjadi syariat. Semua negara Islam menggunakan ideologi dari yahudi menggantikan syariat Islam. :
2. Pendidikan sudah dijajah. Daripada pendidikan yang bertunjangkan iman di tukar kepada pendidikan sekular yang tidak dikaitkan dengan iman dan yang tidak bertunjangkan Tuhan. :
3. Ekonomi dunia dahulu dikuasai umat Islam yang bersifat khidmat, bersih dari riba, monopoli dan penindasan kini dijajah oleh ekonomi yang besifat riba, penzaliman, penindasan dan monopoli, :
4. Kebudayaan Islam yang bersih sudah dijajah oleh kebudayaan yang kotor, maksiat, bahkan sesetengah hal, telah diganti oleh kebudayaan yang lucah. :

Penjajahan yang berbetuk rohani dan maknawi ini bukan sahaja umat Islam tidak faham tapi ulama dan pemimpin Islam pun tidak faham, sebab itu umat Islam berbangga kerana telah merdeka tapi hakikatnya belum merdeka, sebab sebenarnya penjajahan sekarang bertukar dari penjajahan bentuk lama ke bentuk baru. Kalau dahulu berbetuk fizikal tapi sekarang berbentuk maknawi dan rohani. Ini hakikatnya yang sedang berlaku pada umat Islam pada hari ini.

[ Last edited by  Abuyazid at 18-10-2006 09:40 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 09:28 PM | Show all posts
Bagaimana untuk keluar dari kehinaan ini? :hmm:

Tuhan dengan rahmat dan nikmatnya di bekalkan pada umat Islam Quran dan Sunnah, kalau kita faham Quran dan Sunnah, macamana terhinanya umat Islam, macamana terjajahnya umat Islam pasti ada jalan keluar. Pokoknya kita faham atau tidak, kalau kita faham Quran dan Sunnah ada jalan keluar. Tapi hingga hari ini para ulama termasuk pemimpin Islam seluruh dunia tidak nampak jalan keluar dan ubat yang Tuhan datangkan. Mereka tidak nampak lagi padahal ubat yang Tuhan bekalkan merupakan jalan keluar dari kehinaan. Kalau kita faham Quran dan Sunnah, hayati dan aplikasikan dalam perjuangan kita maka Tuhan akan bela kita kembali sebagaimana yang pernah berlaku di zaman sahabat, tabiin, tabii tabiin sekitar 300 tahun selepas Rasulullah. Apakah ubat dan jalan keluar daripada kehinaan yang umat Islam tanggung apabila dijajah oleh Barat dan yahudi secara maknawi dan rohani ini? Tuhan ada menyebut di dalam Quran yang bermaksud;

Terjemahan;

揂kan didatangkan kehinaan itu di mana sahaja mereka berada kecuali tidak terhina orang-orang yang membuat perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 08:22 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 15-10-2006 10:10 PM
PENJAJAHAN MODEN

Hari ini banyak perkara yang telah hilang dari umat Islam. Di antaranya ialah ilmu dan hikmah, kasih sayang, perpaduan, empayar, jemaah dan ummah. Mungkin kerana itu hilanglah ...


setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:22 PM | Show all posts
bila abuyazid nak htr posting lagik nih....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:26 PM | Show all posts

Reply #62 rainbows's post

tah la abuyazid tu ... lepaih mana la budak tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 28-1-2007 11:26 PM
tah la abuyazid tu ... lepaih mana la budak tu ....


eloklah sambung balik.....ini pesanan  kat dier seandainya dia terbaca.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2007 11:40 PM | Show all posts

Reply #64 rainbows's post

doakan moga dipermudahkan membaiki diri ini ... ianya perlu datang dari hati utk disampaikan pada hati ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 28-1-2007 11:40 PM
doakan moga dipermudahkan membaiki diri ini ... ianya perlu datang dari hati utk disampaikan pada hati ...


dengan meyebarkan ilmu, itu adalah salah satu usaha utk memperbaiki diri...keberkatan dari ilmu tersebut akan juga memberi berkat kepada org yg menyampaikannya....insyaAllah...

teruskan usaha yg baik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2007 11:52 PM | Show all posts
Apa-apa爌un ... sila ker youtube.com ni

http://www.youtube.com/profile?user=CintaAgung

[ Last edited by  Abuyazid at 29-1-2007 12:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 28-1-2007 11:52 PM
Apa-apa pun ... sila ker youtube.com ni

http://www.youtube.com/profile?user=CintaAgung  


tq.....

kalau manusia itu sedar dirinya hamba yang hina
Segala puja dan puji tidak layak dia terima
Dia rasa tidak perlu itu semua
Bahkan terseksa kalau dia mendengarnya
Ke mana dia pergi, dia tidak perlu meminta
manusia menghormatinya
Orang yang jiwanya begini,
dia tidak akan susah hati dan gelisah
Yang dia rasa susah hanya dengan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 09:17 PM | Show all posts
Baru Tahu Setelah Diuji

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

Baru tahu setelah diuji
Sebelum diuji semua rasa mampu
Sebelum diuji terasa pejuang sejati
Sesudah diuji baru kenal diri
Rupanya di dalam perjuangan perlu diuji
Jangan dipinta
Melalui ujian, dapat pejuang-pejuang yang hakiki
Para pejuang perlu tapisan
Justeru tanggungjawab yang berat hendak diamanahkan
Bukan semua orang boleh memikulnya
Tidak setiap orang boleh bertanggungjawab
Hanya orang pilihan sahaja yang boleh melakukannya
Apabila diuji saringan pun berlaku
Ada yang lari
Ada yang memukul kawan sendiri
Ada yang kesal dan sedih hati
Ada yang terus menyebelahi musuhnya
Begitulah peranan ujian
Ia sangat perlu tapi jangan dipinta

26.11.97

[ Last edited by  paranormal_85 at 29-1-2007 09:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 29-1-2007 09:17 PM
Baru Tahu Setelah Diuji

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

Baru tahu setelah diuji
Sebelum diuji semua rasa mampu
Sebelum diuji terasa pejuang sejati
Sesudah diuji baru ke ...



di uji macam2..sampai yg tak masuk di akal dan tak pernah terfikir di akalpun kita kdg2 diuji....

eloklah utk org yg taksub kat akal cam aku nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.109238 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list