CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadi_bangi

Dailog berkenaan para sahabat

[Copy link]
carikubur This user has been deleted
Post time 16-7-2006 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by GIFT at 8-7-2006 07:27 PM

Sebahagian SAHABAT (orang yang pernah ujud, mengaku ISLAM dan pernah melihat nabi saw di zamannya)  adalah MUNAFIK NYATA (jelas kelakuan mereka spt berbohong, dll), sebahagian MUNAFIK TIDAK NYATA, sebahagian MUSLIM DAUN LALANG dan sebahagian MUSLIM ASLI (yg masih PATUH sepenuhnya pada ARAHAN nabi saw) selepas nabi saw wafat. Ini adalah FENOMENA biasa bila PEMIMPIN meninggal dunia tambah lagi perlantikan pemimpin selepasnya berlaku secara KONTOVERSI. Lagipula masyarakat Arab di zaman nabi saw  berasal dari kaum JAHIL (bunuh anak perempuan, berpuak dan bunuh-membunuh) dan RENDAH LEVEL FIKIR (tidak mendapat Pendidikan Asas spt kebolehan  membaca dan terdedah dgn persekitaran yg tidak kondusif kepada perkembangan ilmu kerana kekangan TEKNOLOGI, INFRASTUKTUR, etc).

Nabi memulakan MISInya selama 23 tahun sahaja, pada 10 tahun yg terakhir beliau BERHIJRAH kerana TIDAK BERJAYA MENTARBIAH penduduk MEKAH yg majoriti malah mereka mahu MEMBUNUH BELIAU (peristiwa hijrah), jadi 13 tahun usahanya utk mentarbiah penduduk Mekah UMUM adalah GAGAL. Selama 10 tahun di Madinah, beliau menyambungkan TUGAS BELIAU MENYAMPAIKAN WAHYU disamping mentarbiahkan penduduk Madinah. Ramai yg mengikut ARAHAN beliau tetapi jika dilihat bilangan mereka terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bilangan kesemua bangsa Arab. Pada masa Menawan MEKAH, tentera Islam amat sedikit tetapi dengan TEKTIK BIJAK (menyalakan api di sekeliling kota Mekah), majoriti masyarakat Mekah TERTIPU dan menyerah kalah. Jadi bilangan arab yg MENGAKU ISLAM (sebab kalah spt Abu Sufian) adalah majoriti. Tidak lama selepas itu nabi saw wafat dan TAMAT WAHYU. Misinya sebagai PENYAMPAI WAHYU berjaya tetapi MENTARBIAHKAN MAJORITI SAHABAT (org yg pernah melihat beliau) tidak berjaya kerana KEKANGAN MASA (tidak lebih dari 2 tahun), TEKNOLOGI PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR, etc.

Bila TERLANTIKnya ABU BAKAR sebagai KHALIFAH yg dilakukan secara KONTROVERSI di MADINAH, majoriti SAHABAT (di Mekah dan tempat lain) kebanyakannya TIDAK FAHAM ISLAM SEPENUHnya kerana tidak sempat BELAJAR malah ramai yg MASIH ANTI-ISLAM (walaupun mengaku Islam) kerana ramai kaum keluarga mereka dibunuh oleh orang ISLAM di dalam perang Uhud, Badar, dll. Di Madinah pula, walaupun LAMA bersama dgn nabi saw dan mengharung berbagai pahit maung, majoriti masih terumbang-ambing kerana PERLANTIKAN KHALIFAH secara KONTROVERSI itu. Majoriti AKUR dgn ARUS POLITIK kerana bimbang kepada TEKANAN dan PENINDASAN. Hanya sebilangan kecil sahaja yg berani MELAWAN ARUS dan PATUH kepada ARAHAN nabi saw secara SEMPURNA bila melibatkan HAK KEPIMPINAN.

Pada pendapat saya, KEMUNGKINAN kalimat shahadah dijadikan BERHALA oleh KAUM PEMBESAR yg memimpin selepas nabi saw adalah LOGIKAL kerana itulah MENTALITI orang Arab Jahiliyyah. Pada masa jahilliyah, pembesar2 Mekah spt Abu Jahal tidak percaya kepada TUHAN BERHALA sehingga pernah berkata "Siapa Si Anjing hitam HUBAL (berhala)" apabila seorang meminta tolong padanya dengan menyebut nama berhala. Kepercayaan kepada TUHAN BERHALA ini hanyalah sebagai RACUN kepada UMAT ARAB UMUM supaya FIKIRAN mereka boleh dikawal, diperintah dan dikuasai. Agama dijadikan CANDU kepada masyarakat supaya mudah mengendalikan pemerintahan. Apabila nabi saw wafat, KEMUNGKINAN sekumpulan sahabat yg mahu MEMERINTAH dan menjadi PEMBESAR mengunakan TEKTIK ini di dalam PERANCANGAN POLITIK mereka. Mereka jadikan kalimat SHAHADAH sebagai BERHALA dan meracun umat ISLAM  UMUM yg JAHIL. ISLAM BARU versi MEREKA (ujudnya BIDAAH-BIDAAH pemerintah yg bertentangan dgn ajaran nabi saw) diperkembangkan sehingga menerusi masa, sistem khalifah boleh bertukar kepada sistem BERAJA (Bani Umaiyyah dan Abasiyyah). ISLAM versi ini memudahkan pihak PEMERINTAH utk mengawal rakyat mereka termasuk ULAMA-ULAMA. Lihatlah SEKARANG, ramai ulama-ulama ISLAM sudah diCANDUKAN dgn ISLAM versi pemerintah, bukan ISLAM versi nabi saw yg sebenarnya. Ini hanya pendapat akademik, jangan tersinggung.

Akhir sekali, pada pendapat saya nabi saw telah BERJAYA dan MENYEMPURNAKAN tugas beliau sebagai PENYAMPAI WAHYU kepada umatnya seperti yg diamanahkan Allah kepada beliau tetapi TIDAK BERJAYA MENTARBIAHKAN MAJORITI UMAT DI ZAMANNYA supaya PATUH kepada arahannya selepas beliau wafat. Saya juga berpendapat kebanyakan sahabat YAKIN, PERCAYA dan PATUH dengan AJARAN yg dibawanya semasa beliau masih hidup tetapi RAMAI yg TIDAK PATUH selepas beliau wafat kerana;

1) WAHYU dan PANTAUAN ALLAH secara DIRECT ujud masa nabi saw hidup. Jika sahabat melakukan kesalahan mereka akan ditegur dan ini memberi kesan yg tidak bagus kepada REPUTASI individu yg melakukannya, jadi ramai yg BERLAKON BAIK semasa beliau hidup. Ramai yg mengikut beliau kerana STATUS PEMIMPIN yg datang bersama dengan STATUS RASUL.

2) Doa nabi saw sangat makbul sehingga sahabat kebanyakannya TAKUT untuk melawan perintah malah ada yang menganggapnya sebagai TUKANG SIHIR. Bila beliau wafat, perasaan takut tidak ujud lagi, sebahagian sahabat menanti kematian nabi saw utk memulakan PERMAINAN POLITIK mereka. Malah ada sahabat yg berani melawan ARAHAN nabi saw semasa diranjang KEMATIAN lagi.

3) Setiap MANUSIA, dijadikan NAFSU yg boleh MENUKARkan sifat baik kepada BURUK dgn sekelip mata. Ada ulama dan pengajar agama melakukan zina dgn anak murid atau MEMUNGGUT GAJI dan IMBUHAN demi kepentingan PEMERINTAH walaupun bertentangan dgn NALURI AGAMA pada masa sekarang.  Walaupun ulama sekarang JAUH lebih TERPELAJAR dan TAHU AGAMA dari para sahabat kerana didedahkan dgn BANYAK BAHAN AGAMA, pengajaran UNIVERSITI, TEKNOLOGI TINGGI, PENDIDIKAN ASAS dan lain-lain, mereka juga TERJERUMUS dgn masalah NAFSU. Apalah nilai kebanyakan sahabat yg kebanyakan JAHIL, hidup melihat kebun kurma, menunggang unta, mandi di perigi, malam dibungkus selimut kerana kesejukan, berperang dgn pedang, dll.

Bukalah FIKIRAN dan MERENUNG JAUH secara RASIONAL, jangan TERIKAT dgn EMOSI dan ANGAN tanpa HUJAH AKAL yg KUKUH.

......


Saya dari kecil belajar cara beragama mengikut ASWJ dan seperti semua maklum kami memuliakan para shabat. Tetapi hari ini  cara beragama mengikut Syiah  telah mengatakan sesuatu yang bercanggah dengan ASWJ iaitu kebanyakan mereka adalah munafik dan pengkhianat.

Dengan itu menjadi persoalan yang banyak pada saya untuk menelan  dan berakidah seperti agama Syiah . Saya harap tuan dengan fikiran terbuka menjawab persoalan saya supaya pecah kekeliruan saya ini.

Saya ada beberapa kemusykilan daripada tulisan tuan:
soalan 1
Adakah orang yang terlibat dalam tentera Usama yang terpaksa ditinggalkan kerana kewafatan Nabi saw. dan selepas itu dihantar oleh Abu Bakar terdiri dari golongan munafik.

Soalan 2
Begitu juga golongan sahabat yang memerangi golongan murtad seperti puak Musailamah al-Kahzab, Aswad al-Ansari dll. adalah terdiri dari golongan munafik.

Soalan 3
Dizaman Umar r.a. sejarah mengatakan golongan sahabat telah memerangi Farsi dan Rom. Apakah Farsi dan Rom dikalahkan oleh golongan munafikin?

Soalan 4
Sher"Ali telah mengemukan sebelum ini bahawa golongan sahabat telah membuktikan kebenaran Firman Allah swt. iaitu ayat kedua surah Rum yang bermaksud "Rum telah ditewaskan". Apakah di sini Syiah berpendapat bahwa golongan munafikinlah yang telah membenarkan Firman Allah swt. tersebut.

Soalan 5
Adakah sejarah dan ayat Quran yang saya kemukan diatas adalah palsu atau direka cipta oleh sahabat iaitu golongan Munafikin sepertimana tuan nyatakan diatas?

Sebagai seorang Muslim sejati dan bertanggung jawab saya yakin tuan akan jawab dengan lebih jelas dan adil. kerana kita akan mati dan jika silap berakidah kita juga susah.

sekian terimakasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


GIFT This user has been deleted
Post time 16-7-2006 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by carikubur at 16-7-2006 12:14 AM
Saya dari kecil belajar cara beragama mengikut ASWJ dan seperti semua maklum kami memuliakan para shabat. Tetapi hari ini  cara beragama mengikut Syiah  telah mengatakan sesuatu yang bercanggah dengan ASWJ iaitu kebanyakan mereka adalah munafik dan pengkhianat.

Dengan itu menjadi persoalan yang banyak pada saya untuk menelan  dan berakidah seperti agama Syiah . Saya harap tuan dengan fikiran terbuka menjawab persoalan saya supaya pecah kekeliruan saya ini.


Semua manusia belajar agama mengikut fahaman yg dianuti oleh masyarakat setempatnya sehinggalah mereka berkemampuan dan mahu belajar fahaman yg baru. Org Syiah juga begitu terutama yg tinggal di IRAN dan masyarakat syiah yg lain. Jadi perkara biasa FIKIRAN dicandukan oleh fahaman yg pernah diajar oleh ibu-bapa dan guru agama tempat masing-masing. Jadi secara NATURAL kita akan MENYOKONG atau BERPIHAK kepada fahaman agama yg dianuti oleh masyarakat kita kerana CANDU FAHAMAN sudah sebati dalam diri. Tapi bila kita MERASAI, HIDUP dan BELAJAR di dalam fahaman yg berbeza (sbg cth. merasai dan hidup  di dalam kedua-dua fahaman), kita dapat MENILAI dan MEMILIH fahaman yg diRASAKAN lebih KUKUH, BENAR, LOGIKAL dan HAMPIR dengan fahaman yg dibawa oleh nabi saw walaupun kita tidak dapat MERASA PENGALAMAN dibesarkan oleh IBU BAPA fahaman lain (ibu bapalah yg menjadikan seseorang itu Yahudi dan Nasrani).

Malang sekali ada yg hanya setakat MEMBACA dan MENILAI KITAB-KITAB sahaja tanpa HIDUP, BELAJAR dari GURU AGAMA fahaman lain utk mengetahui ALASAN SEBENAR bagi setiap AMALAN yg dirasakan PELIK sudah MERASA CUKUP YAKIN fahaman yg dianutinya adalah yg TERBAIK. Malah ada yg PUKUL CANANG sana-sini serta menyebarkan FITNAH ttg fahaman lain secara tidak sengaja/sedar kerana tidak benar-benar mengetahui. Jika ada UMUR, MASA, WANG, TENAGA, CINTA, TAKUT dan HARAP pada JANJI ALLAH, eloklah BELAJAR FAHAMAN LAIN secara TERUS dengan AHLINYA dan HIDUP bersama dgn MEREKA utk menentukan fahaman mana yg TERBAIK utk dibawa bertemu ALLAH nanti.

Setahu saya SYIAH amat MEMULIAKAN SAHABAT. Masalahnya syiah membuat PENILAIAN SECARA TERPERINCI siapakah yang di MAKSUDKAN sebagai SAHABAT. Bagi syiah, SAHABAT perlulah MENGIKUT ARAHAN NABI SAW semasa dan selepas zaman nabi saw. Jadi kisah kehidupan para "SAHABAT" dikaji dan dinilai sehingga akhir hayat mereka.  

Kebanyakan ASWJ hanya MENUMPU kepada kisah sahabat SEMASA ZAMAN NABI SAW sahaja, kemudian PUKUL RATA dgn mengatakan mereka MULIA tanpa membuat PENILAIAN TERPERINCI tentang kisah hidup sahabat SEPANJANG HAYAT (selepas zaman nabi saw). Rasanya METHOD yg dilakukan oleh SYIAH lebih JITU dan lebih LOGIKAL kerana Allah TIDAK MEMAKSUMKAN sahabat (di zaman nabi saw) dan sesuai dgn SIFAT MANUSIA yg NAIK dan TURUN IMAN seperti sahabat yg MELAKUKAN ZINA. Semasa melakukan ZINA, Imannya sudah KANTOI (mungkin ahli neraka kalau  mati waktu itu) tetapi bila BERTAUBAT (mungkin ahli syurga  pula). Naik turun iman ini BERLAKU SEPANJANG MASA SEHINGGA PUTUS NAFAS.

Insha-allah saya jawab soalan yg dikemukakan.
Reply

Use magic Report

GIFT This user has been deleted
Post time 16-7-2006 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by carikubur at 16-7-2006 12:14 AM

[quote]Saya ada beberapa kemusykilan daripada tulisan tuan:
soalan 1
Adakah orang yang terlibat dalam tentera Usama yang terpaksa ditinggalkan kerana kewafatan Nabi saw. dan selepas itu dihantar oleh Abu Bakar terdiri dari golongan munafik.


Dalam membuat PENILAIAN bagi sesuatu PERISTIWA yg berlaku, kita perlu menggunakan AKAL yg WARAS dan SIHAT. Apa yg saya kemukakan merupakan penilaian berdasarkan hadis dan bahan sejarah.

Kita tahu bahawa nabi saw MENGARAHKAN Usamah dan tenteranya PERGI BERPERANG malah ketika di perbaringan kerana sakit beliau terpaksa bangun dan MEMERINTAHKAN tentera utk terus MARA dan PERGI BERJUANG (utk menunjukkan betapa seriusnya ARAHAN NABI saw). Ini merupakan ARAHAN NABI saw yg JELAS. Secara LOGIK, Usamah dan tenteranya MESTI PATUH dan PERGI BERJUANG. Itulah yg dilakukan oleh USAMAH serta KEBANYAKAN TENTERAnya. Namun terdapat SEBILANGAN KECIL termasuk Abu Bakar dan Umar yg MENYUSUR KELUAR dari tentera Usamah dan kembali ke Madinah.

Persoalannya adakah mereka (termasuk Abu Bakar dan Umar) MELANGGAR PERINTAH NABI SAW? Jawapannya YA (tidak kira apa alasan pribadi yg mereka beri. Jika undang-undang KETENTERAAN sekarang mereka boleh dimasukkan ke mahmakah kerana kesalahan yg AMAT BESAR)

Persoalan saudara adakah mereka ini MUNAFIK? Jawapannya kita tidak pasti (kerana hanya Allah dan Rasul yg lebih tahu kerana melibatkan pengakuan hati sipelaku), tetapi CIRI-CIRI orang MUNAFIK itu ada pada mereka kerana tidak mengikut ARAHAN NABI saw yg JELAS. Perlu dambil-kira faktor NAIK TURUN IMAN juga. Jika mereka ini BERNIAT BAIK dgn alasan utk BERSAMA NABI saw serta menguruskan JENAZAH NABI saw yg MEREKA CINTAI (kalau tahu nabi saw akan wafat), mereka TETAP BERSALAH cuma mungkin lemah IMAN. Tetapi persoalan lain timbul, adakah mereka MENGURUSKAN JENAZAH nabi saw jika benar mereka mencintai nabi saw?

Mungkin ada dari mereka ini yg benar-benar MUNAFIK dan mungkin ada yg BERIMAN (lemah iman pd ketika itu), urusan itu biarlah ditentukan oleh Allah. Sebagai PENILAI kita boleh mengatakan TINDAKAN mereka pada ketika itu adalah SALAH. Itu sahaja.

Walau apa pun, kita perlu MELIHAT KEBENARAN dari CAHAYA AL-Quran dan SUNNAH untk menilai "SAHABAT" bukan MELIHAT "SAHABAT" utk MENILAI KEBENARAN AL-QURAN dan SUNNAH. Jika mereka melakukan kesalahan, hukum Allah akan tetap terkena kepada mereka.
Reply

Use magic Report

anNaqiy This user has been deleted
Post time 16-7-2006 09:29 AM | Show all posts
persoalan berkenaan sahabat ini juga adlh satu drpd persoalan pokok yang byk ditimbulkan oleh golongan SYIAH..mereka tidak menganggap para sahabat rasulullah saw itu adil malah mendakwa dan beranggapan ramai di kalangan sahabt2 besar telah pun murtad sepeninggalan Baginda saw...bukankah mereka ini penerus kpd usaha baginda saw?

agaknya apa tujuan semua ni ya..??mungkin antaranyaadlh  supaya keyakinan orang terhadap pembawa agama ini (para sahabat) hilang lenyap..maka bila keyakinan orang terhadap para sahabat mula sudah tak ada kerana dipertikai, sudah barang tentu secara automatiknya keyakinan terhadap agama yang dibawa oleh mereka ini akan hilang...kan ke bahaya tu.
habis bila begitu yang berlaku,dorang ni lawan ke kawan?muslihat apa semua ni

[ Last edited by  anNaqiy at 16-7-2006 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 11:36 AM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad

Maaf saya ni nak mencelah sedikit...sebenarnya syiah tidak pernah menolak atau menepikan kepentingan PARA SAHABAT DALAM MEMASTIKAN PENYEBARAN DAKWAH RASULLAH, Di dalam syiah sahabat itu dbahagikan kepada 3 golongan :

1)sahabat yang tidak pernah menunjukkan ketidak taatnya dan ketidak kepercayaan terhadap risalah dibawa rasulallah samaada sebelum atau selepas kewafatan rasulallah S.A.W.W

2)sahabat yang telah menunjukkan ketidak taatanya secara tersembunyi dalam membenarkan risalah ilahiah dan melencong selepas kewafatan rasulallah S.A.W.W

3)sahabat yang menunjukkan secara terang-terangan ketidak taatannya kepada risalah rasullah selepas dan sesudah wafat

Jadi di dalam tiga peringkat ini, syiah hanya mendefinasikan sahabat itu jika ia tergolong pada peringkat pertama. Sahabat adalah bukti dakwah rasulalah itu berkesan....Adapun hadis dari kalangan terpecaya syiah mengatakan hanya 4 orang sahabat sahaja diantara sahabat-sahabat yang terkenal yang tidak munafik selepas kewafatan rasullah itu adalah benar kerana mereka sebelum dan selepas kewafatan rasulallah tidak pernah menunjukkan bantahan terhadap risalah dibawa oleh Rasulallah malahan ia kekal setia atas Al-Quran Sunnah dan Ahlulbait Nabi...

Kini yang menjadi soalan apakah dakwah rasulallah yang agung datang dr Dzat yang mulia tidak memberikan kesan kepada para sahabat diaman generasi pertama yang ditarbiyah langsung oleh Rasullah..???
Sebenarnya kejayaan dakwah rasulalah tidak memandang kepada kuantiti tetapi kejayaan dakwah rasullah dipandang dalam bentuk qualiti...jika terdapat jutaan sahabat rasullah tetapi tidak seorang pun yang benar2 ikut akan sunnah nabi apa gunanya tetapi jika terdapat minoriti sahabat yang benar2 yakin dan menjalankan sunnah maka itu lebih baik....Jika kita lihat nabi terdahulu seperti Nabi Nuh yang sehinggakan anak dan Isterinya tidak mengikut risalah yang dibawa olehnya adakah kita mengatakan bahawa NAbi Nuh telah gagal sedangkan risalah yang dibawa olehnya datang dZat yang mulia? maka disini tugas Rasullah hanya menyampai dan hanya allah saja yang mengetahui siapa yang akan menerimanya..

Dalil al-quran yang boleh kita bawakan bagi menguatkan lagi bahawa TIDAK SEMUA SAHABAT NABI AKAN BERPEGANG TEGUH KEPADA RISALAH DIBAWA RASULLAH iailah:

Ayat inqilab (surah al-imaran ayat 144) "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan  mudharat kepada allah sedikit pun dan allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"

Ayat ijtihad (38;39) "Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:"Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan kehidupan di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

(3:104-107) "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma'aruf dan mencegah dari mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksaan yang berat. Pada hari yang di waktu itu ada muka menjadi hitam muram. Adapun orang-orang yang menjadi hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan):"Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu?" Adapun orang-orang yang menjadi putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya"

(Al-Qur'an 57: 16) "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik"

Itu adalah secebis dari ayat al-quran yang dengan tegas memberikan amaran dan memberikan petanda bahawa selepas kewafatan Rasulalah ada segelintir sahabat yang tidak mengikut sunnah Rasulallah...

BAgi menguatkan lagi saya bawakan beberapa dalil hadis yang boleh dijadikan rujukan :

Bersabda Rasulullah SAWA: ketika aku sedang berdiri tiba-tiba datang sekelompok orang yang aku kenal. Lalu keluarlah seorang di antara kami dan berkata,"Mari". Aku tanya,"Ke mana?" Jawabnya,"Ke neraka, demi Allah". "Apa kesalahan mereka?" Tanyaku. "Mereka telah murtad setelahmu dan berbalik kebelakang dari kebenaran, dan aku perhatikan tiada yang tersisa melainkan (sedikit sekali) seperti sekelompok unta yang tertinggal", jawabnya (Sahih Bukhari, J.4 hlm. 94-96; J.3 hlm. 32; Sahih Muslim, J.7, hlm. 66)

Bersabda Nabi SAWA,"Aku akan mendahului kalian dan akan menjadi saksi kepada kalian. Demi Allah aku kini melihat Haudhku (telaga di syurga) dan aku juga telah diberikan kunci kekayaan bumi (atau kunci bumi). Demi Allah aku tidak khuatir kalian akan mensyirikkan Allah setelahku, tetapi aku khuatir kalian akan bersaing untuknya (dunia)" (Sahih Bukhari, J.4, hlm. 100-101)

Cukublah barangkali buat masa ini. Sebenarnya saya bukan ingin menafikan KEPENTINGAN SAHABAT MAlAH KAMI JUGA MENYAKINI BAhAWA SAHBATLAH ADALAH SYIAR ISLAM seperti dalam ayat al-quran allah berfirman "sesungguhnya orang yang memperbesar-besarkan syiarku, maka ia tergolong orang-orang yang beruntung" KAMI MALAH MENJAGA RAPI MAKAM SAHABAT -SAHABAT NABI DAN AkAN MENYAMBUT HARI KELAHIRAN DAN KESYAHIDAN SaHABAT_SahABAT NABI YANG BERJUANG DI MEDAN LAGA.

JAdi saya harap janganlah saudara semua salah faham bahawa kami syiah tidak percaya langsung akan shabat tetapi kami juga mengatakan sahabat adalah generasi penerus risalah illahi yang dibawa Rasullah S.A.W.W

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 11:45 AM | Show all posts
ana pernah bermimpi jumpa saidina abu bakar ra....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2006 12:08 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

anta jumpa dan apa yang berlaku...


Wassalam
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 16-7-2006 07:46 PM | Show all posts
Originally posted by GIFT at 16-7-2006 08:17 AM

Malang sekali ada yg hanya setakat MEMBACA dan MENILAI KITAB-KITAB sahaja tanpa HIDUP, BELAJAR dari GURU AGAMA fahaman lain utk mengetahui ALASAN SEBENAR bagi setiap AMALAN yg dirasakan PELIK sudah MERASA CUKUP YAKIN fahaman yg dianutinya adalah yg TERBAIK. Malah ada yg PUKUL CANANG sana-sini serta menyebarkan FITNAH ttg fahaman lain secara tidak sengaja/sedar kerana tidak benar-benar mengetahui. Jika ada UMUR, MASA, WANG, TENAGA, CINTA, TAKUT dan HARAP pada JANJI ALLAH, eloklah BELAJAR FAHAMAN LAIN secara TERUS dengan AHLINYA dan HIDUP bersama dgn MEREKA utk menentukan fahaman mana yg TERBAIK utk dibawa bertemu ALLAH nanti.
...


Terimakasih kerana nasihat. dan saya ingin sekali mengamalkan apa yang tuan sarankan diatas iaitu berguru. Jadi dengan siapakah tokoh Syiah di Malaysia ini yang boleh saya belajar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2006 08:05 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Alhamdulilah nampaknya saudara ini sudah dibukakan pintu hatinya dalam menerima kebenaran ahlulbait...

walaupun saudara menanyakkan soalan itu kepada saudara GIFT tetapi saya mahu mencelah sedikit, saudara berada dimana...nanti bolehlah saya pergi berjumpa dengan saudara atau berjumpa yang dekat disana...

Saya doakan agar saudara yakin dengan kebenaran dan kekal ingin mengentahui kebenarannya...

Wassalam
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 16-7-2006 08:18 PM | Show all posts
Originally posted by GIFT at 16-7-2006 08:55 AM


Dalam membuat PENILAIAN bagi sesuatu PERISTIWA yg berlaku, kita perlu menggunakan AKAL yg WARAS dan SIHAT. Apa yg saya kemukakan merupakan penilaian berdasarkan hadis dan bahan sejarah.

Kita ...


Terimakasih soalan pertama  tuan dah jawab.

soalan 1
Adakah orang yang terlibat dalam tentera Usama yang terpaksa ditinggalkan kerana kewafatan Nabi saw. dan selepas itu dihantar oleh Abu Bakar terdiri dari golongan munafik.

Tuan Gift menjawab  tidak pasti.

saya harap tuan boleh jawab soalan selebihya dibawah ini

Soalan 2
Begitu juga golongan sahabat yang memerangi golongan murtad seperti puak Musailamah al-Kahzab, Aswad al-Ansari dll. adalah terdiri dari golongan munafik.

Soalan 3
Dizaman Umar r.a. sejarah mengatakan golongan sahabat telah memerangi Farsi dan Rom. Apakah Farsi dan Rom dikalahkan oleh golongan munafikin?

Soalan 4
Sher"Ali telah mengemukan sebelum ini bahawa golongan sahabat telah membuktikan kebenaran Firman Allah swt. iaitu ayat kedua surah Rum yang bermaksud "Rum telah ditewaskan". Apakah di sini Syiah berpendapat bahwa golongan munafikinlah yang telah membenarkan Firman Allah swt. tersebut.

Soalan 5
Adakah sejarah dan ayat Quran yang saya kemukan diatas adalah palsu atau direka cipta oleh sahabat iaitu golongan Munafikin sepertimana tuan nyatakan diatas?

Sebagai seorang Muslim sejati dan bertanggung jawab saya yakin tuan akan jawab dengan lebih jelas dan adil. kerana kita akan mati dan jika silap berakidah kita juga susah.

sekian terimakasih
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 16-7-2006 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 16-7-2006 08:05 PM
Alhamdulilah nampaknya saudara ini sudah dibukakan pintu hatinya dalam menerima kebenaran ahlulbait...

walaupun saudara menanyakkan soalan itu kepada saudara GIFT tetapi saya mahu mencelah sedikit, saudara berada dimana...nanti bolehlah saya pergi berjumpa dengan saudara atau berjumpa yang dekat disana...

Saya doakan agar saudara yakin dengan kebenaran dan kekal ingin mengentahui kebenarannya...
...


Rasa tak sesuai pula tok guru  nak datang cari murid..  biar saja saya yang datang ke tempat tuan. tapi kalu tuan Sheik segan nak bagi alamat tuan atau klu-klu dimana tuan berada.. boleh emailkan saya di alamat ini [email protected]

Saya faham ini tempat orang ramai dari pelbagai latar belakang dan tidaklah elok kita mendedahkan identiti sebenar kita apatah lagi Syiah ini diharamkan di Malaysia nanti bahaya pula pada tuan Sheik dan rakan-rakan.

Saya tunggu email tuan inSYaAllah.
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 16-7-2006 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 16-7-2006 08:05 PM
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Alhamdulilah nampaknya saudara ini sudah dibukakan pintu hatinya dalam menerima kebenaran ahlulbait...

walaupun saudara menanyakkan soal ...


Ya memang dari kecil lagi saya dibukakan pintu hati utk. menerima kebenaran ahlulbait...tetapi tidak pada Syiah.

Saya harap tuan faham betul-betul.
Belajar Syiah bukan bermakna dia dah  terima Syiah. banyak sudah soalan yang saya kemukakan sebelum ini tetapi jawabannya belum memuaskan hati saya. Doalah untuk saya jika tuan ingin saya masuk Syiah kerana saya  berdoa untuk  tuan supaya kembali pada ASWJ.

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 09:19 PM | Show all posts
salam..

tu lah pasal...tuan shaikh kena belajo dulu betul2 perbezaan mazhab ahlulbait dgn mazhabnya ahlulbait. terlalu byk rahsia keturunan dzuriyyah rasulullah ni kita tak tahu...kalu nak tahu belajar dari itrahnya sendiri bukannya dari golongan2 ahwal(macam geng2 dr. lufti tu). mereka tidak tahu rahsia2 keluarga muhammad. tanyalah sendiri pada itrahnya yg suci..hanya mereka yg mewarisi ilmu dan rahsia keturunannya sendiri tetapi tidak anda wahai saudaraku tuan shaikh (melainkan ante juga itrah rasul tapi tak mewarisi ilmu dari rasulullah saw).

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 09:51 AM | Show all posts
salam tuan yahya,

mungkin tuan yahya boleh cerita sedikit sekiranya terdapat pengetahuan daripada tuan berkenaan para-para sahabat.

1.  Apakah pandangan Imam Ali terhadap S. Abu Bakar, Umar dan Uthman?  Apakah benar sebagaimana dakwaan syiah bahawa S.Umar telah banyak membuat bida'ah dalam aliran sunni?  Jika benar, apa pula tindakan Imam Ali semamasa pemerintahannya terhadap bida'ah-bida'ah ini?

2.  Bagaimana pula dengan perhubungan keturunan Imam Ali sehingga ke Imam Ja'afar dengan para-para sahat yang besar dan sahabat yang kecil?

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 02:16 PM | Show all posts
salam semua.

dari kecil lagi anak dipupuk supaya mencintai dan menghormati itrah muhammad saw. mereka2 ini bersambung nasabnya kepada rasulullah saw. darah rasulullah mengalir dlm tubuh mereka..dgn kata lain api neraka diharamkan menyentuh tubuh mereka..wallahullam.

berbalik pada soalan pertama..minta saudara rujuk kitab nahjul balaghah karangan ulama aswj syarif radhi. buku ini disusun dlm abad ke4 hijrah. ianya juga telah disusun beberapa kali oleh ulama aswj syaikh muhammad abduh, rektor al-zzhar yang memuji kehebatan saidina ali dalam menggunakan kata2 yang tinggi untuk menerangkan pengalaman serta akidahnya mengenai tuhan, alam, dan sebagainya. ana tak sempat dan tak ingat bab apa yg menyentuh ucapan ali mengenai sahabat dan juga kenyataannya mengenai bida'ah2 yg berlaku selepas wafat rasulullah saw. rujuk kitab tu..kalau ante takde kitab tu nanti ana tlg rujuk tapi ambil masa pasal kitab tu tebal sgt..ana nak kena telaah dgn teliti.

soalan kedua ni kontroversi skit..byk versinya.

ana menjauhkan diri dari buruk sangka terhadap para sahabat. satu soalan..kenapa imam jafaar memakai gelaran yg sama dgn khalifah abu bakar iaitu 'as-shidiq'. soalan ni ana rasa sesuai ditujukan pada kaum syiah. keturunan imam ali tidak ada yg mencaci secara terang-terangan tentang sikap buruk para sahabat. malah anak2 umar dan abu bakar bersahabat dgn anak2 imam ali. Anak perempuan imam ali ada yg dinikahkan dgn saidina umar. kalau umar dianggap musuh oleh imam ali takkan benda ni boleh berlaku. tetapi sejarah menceritakan sebaliknya oleh ulama sunni sendiri dlm kitab2 mereka. bagi ana..baik berdiam diri dari kita mengambil kesimpulan dari kitab2 tulisan manusia. kalau cerita ni betul sekalipun..ape faedah yg kita dapat dgn mencaci istri dan sahabat nabi? kenapa kita perlu mengambil risiko yg sgt besar akibatnya nanti? tidak semestinya kita memuji para sahabat bermakna kita bersetuju dgn sikap 'buruk' mereka. dan apa faedah yg kita dapat dgn memuji para sahabat dari memburuk-burukkan mereka? hati2 wahai saudara semua..bukan apa, ana takut gelap hati mu nanti bila berhadapan dgn rasulullah di telaga haudh. jauhkan dari sifat husnudhun (buruk sangka) terhadap para sahabat.

hubungan keturunan imam ali sampai ke imam jafar dgn abu bkar, umar dan keturunannya amatlah baik tidak seperti sangkaan org awam. Siti fatimah dengan istri khalifah abu bakar (asma binti umais) bagaikan adik-beradik. Sehingga sewaktu siti fatimah wafat, maka yang memandikan adalah asma binti umais dan imam ali atas wasiat beliau. berkenaan tanak fadak nanti ana ceritakan alkisahnya dlm thread yg sesuai.

melalui merekalah kita menerima ajaran Islam yang sudah teratur, sehingga kita tidak susah-susah lagi mencari2 dan mengumpulkan al-quran serta hadis2 rasulullah. soalan saudara ibnur ringkas je..tapi ana nak kena bagi huraian yg panjang sebab menyentuh bab keturunan dari imam ali ke imam jafar. nanti ana karang lagi dan insyallah kita semua bertemu semula di forum ni.

kheir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by carikubur at 16-7-2006 09:11 PM


Ya memang dari kecil lagi saya dibukakan pintu hati utk. menerima kebenaran ahlulbait...tetapi tidak pada Syiah.

Saya harap tuan faham betul-betul.
Belajar Syiah bukan bermakna dia dah  te ...



Salam Selawat ketas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Ya saya tahu...tidak semestinya belajar syiah itu hendak masuk syiah....tetapi tuan sudah terbuka hati untuk mempelajari mazhab syiah itu sendiri tidaklah seperti yang lain dimana mereka menuntup pintu hatinya untuk mengenal syiah itu sendiri....terima kasih atas doa saudara itu saya amat menghargai....saya juga akan sentiasa mendoakan saudara..

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 06:57 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Alhamdulilah, nampaknya saudara yahya ini banyak ilmu dan mengetahui tentang sejarah....ceritakanlah lagi mata ana ingin membacanya lagi...

Wassalam
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 18-7-2006 02:49 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 17-7-2006 06:48 PM



Salam Selawat ketas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Ya saya tahu...tidak semestinya belajar syiah itu hendak masuk syiah....tetapi tuan sudah terbuka hati untuk mempelajari mazhab syiah itu sendiri tidaklah seperti yang lain dimana mereka menuntup pintu hatinya untuk mengenal syiah itu sendiri....terima kasih atas doa saudara itu saya amat menghargai....saya juga akan sentiasa mendoakan saudara..

Wassalam
...


Terimakasih kerna memahami saya.
Tuan Sheik tidak terbuka hati ke untuk belajar semula cara beragama mengikut fahaman ASWJ.

Oh! ya tuan sentiasa doa kan saya masuk agama Syiah ke masuk mazhab Ahlulbait?

[ Last edited by  carikubur at 18-7-2006 02:55 AM ]
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 18-7-2006 03:07 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 17-7-2006 02:16 PM
tetapi sejarah menceritakan sebaliknya oleh ulama sunni sendiri dlm kitab2 mereka. bagi ana..baik berdiam diri dari kita mengambil kesimpulan dari kitab2 tulisan manusia. kalau cerita ni betul sekalipun..ape faedah yg kita dapat dgn mencaci istri dan sahabat nabi? kenapa kita perlu mengambil risiko yg sgt besar akibatnya nanti? tidak semestinya kita memuji para sahabat bermakna kita bersetuju dgn sikap 'buruk' mereka. dan apa faedah yg kita dapat dgn memuji para sahabat dari memburuk-burukkan mereka? hati2 wahai saudara semua..bukan apa, ana takut gelap hati mu nanti bila berhadapan dgn rasulullah di telaga haudh. jauhkan dari sifat husnudhun (buruk sangka) terhadap para sahabat.
..


Satu perkara yang saya belajar dari Syiah ialah unsur Tabara' iaitu nampak puji tetapi hakikatnya menghina.

saya harap statement Tuan Yahya diatas tidak bermaksud begitu.
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 18-7-2006 03:09 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 17-7-2006 06:57 PM
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Alhamdulilah, nampaknya saudara yahya ini banyak ilmu dan mengetahui tentang sejarah....ceritakanlah lagi mata ana ingin membacanya lagi... ...


Ya!  sejarah pun ada yang betul dan tidak betul tapi Tuan Sheik pun apa kurangnya
:setuju:

[ Last edited by  carikubur at 18-7-2006 03:11 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.064086 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list