CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haniman

Buah-buah Nadir

[Copy link]
Post time 24-7-2006 01:16 PM | Show all posts


sedapnya buah remia....:mll:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2006 01:17 PM | Show all posts
korang pernah tak makan buah binjai...ni pun sedap kalau buat mencicah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 24-7-2006 01:17 PM
korang pernah tak makan buah binjai...ni pun sedap kalau buat mencicah....



Buah binjai yang dah masak  sedap juga kalau dimasukkan dalam sambal belaca.  Macam kita masukkan mangga muda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 11:41 AM | Show all posts
Buah binjai ni macam mana rhope die?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 02:46 AM | Show all posts

biji nya sdap

Originally posted by haniman at 17-7-2006 11:28 AM




Sekarang rasanya ada dijual di gerai2 buah-buahan.  Di supermarket yang besar2 pun dah ada.

Kak Iman pun suka buah ni.





hye ...nampaknye tak terlambat kan masuk cni...thanks kak iman..


Tau tak..biji buah pulasan ni kalau di makan sedap rasanya macam biji badam..kalau nak tau rasanye cubalah..

s_j dah cuba sedap tau. mmula tu mkin tak biasa ..




.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 24-7-2006 01:16 PM


sedapnya buah remia....:mll:


sedapnyer........:love:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2007 09:14 AM | Show all posts
BUAH-BUAHAN NADIR DAN EKSOTIK MALAYSIA

Malaysia sangat bertuah kerana dianugerahkan Tuhan tidak kurang 370 spesies buah-buahan, kebanyakannya berasal dari negara ini serta sangat unik.  Buah-buahan ini boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu buah-buahan komersial dan buah-buahan nadir.  Pengelasan ini berdasarkan kepada status penanaman, potensi penggunaan dan kepopularannya.

Buah-buahan komersial

Daripada 370 spesies buah-buahan yang terdapat di Semenanjung Malaysia, hanya 16 spesies yang telah dieksploitasi dan ditanam dengan meluas dan secara komersial.  Buah-buahan ini merupakan spesies buah-buahan utama yang terdapat di Malaysia.  Antaranya ialah durian, rambutan, mangga, pisang, nanas dan belimbing.  Beberapa pusat pengumpulan janaplasma atau bank gen ladang bagi buah-buahan ini telah dibangunkan di MARDI.  Sehingga kini, lebih daripada 2,000 klon/aksesi buah-buahan tersebut berjaya dikumpul.


Buah-buahan nadir

Buah-buahan nadir merupakan buah-buahan yang boleh dimakan tetapi tidak ditanam secara komersial.  Buah-buahan ini biasanya ditanam di dusun-dusun, di sekitar rumah, dibiarkan tumbuh di pinggir hutan, atau tumbuh liar di dalam hutan.  Kebanyakannya adalah tumbuhan asli Malaysia.  Spesies yang dibawa masuk dari luar negara dan boleh hidup dengan baik serta berbuah di sini juga dianggap sebagai buah-buahan nadir.  Buah-buahan yang banyak terdapat di Sabah dan Sarawak juga dikelaskan sebagai buah-buahan nadir.  Sehubungan dengan itu, buah-buahan nadir boleh dikelaskan berdasarkan kepada asal-usulnya dan kawasan yang banyak tumbuh atau ditanam.  Pengelasan tersebut adalah seperti berikut:



Spesies buah-buahan nadir yang ditanam

Terdapat kira-kira 70 spesies buah-buahan yang ditanam sama ada di sekitar rumah sebangai pokok teduhan atau di dusun-dusun di seluruh negara. Sebahagian daripadanya telah digolongkan sebagai 揵uah-buahan minor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by afyyzuul at 26-7-2006 11:41 AM
Buah binjai ni macam mana rhope die?


sedikit info pasal binjai...ifa takde gambar dia lah affy...

Sementara itu, pokok binjai pula boleh mengakibatkan radang pada kulit dengan hanya berjalan di bawah pokoknya sahaja. Racun binjai banyak terkandung pada daun, kulit dan kayu. Manakala pembakaran kayu bacang dan binjai akan menghasilkan asap yang sangat memedihkan mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2007 09:24 AM | Show all posts


Deskripsi

Kandungan Kira-kira 65% dari keseluruhan buah binjai dapat dimakan. Setiap 100 g bagian yang dapat dimakan mengandung: 86,5 g air, 1 g protein, 0,2 g lemak, 11,9 g karbohidrat (termasuk serat), 0,4 g abu, 0,08 mg tiamina, 0,005 mg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:25 AM | Show all posts


KITA mungkin pernah mendengar nama buah kemunting, kelubi, salak, keranji dan mertajam tetapi kita mungkin tidak pernah sekalipun seumur hidup melihat pokok buah-buahan itu.

Kita juga mungkin hanya mengenali buah epal, anggur, lai dan pic tetapi tidak tahu bagaimana rupa sebenar pokok-pokok itu.

Sebahagian daripada nama tumbuh-tumbuhan tempatan juga sudah tinggal nama sahaja kerana pupus dan sukar ditemui pada masa kini.

Bagaimanapun jangan terkejut, anda bukan sahaja dapat melihat rupa pokok- pokok sedemikian tetapi jika bernasib baik boleh menikmati keenakan buah- buahan tersebut yang disifatkan sebagai hampir pupus itu di Kebun Buah- buahan Tropika, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Kewujudan satu-satunya kebun buah-buahan seumpama itu di Malaysia menambahkan lagi produk pelancongan negeri Pulau Pinang yang sememangnya sudah terkenal dengan pelbagai daya tarikan dari pantai, laut, bukit, bangunan warisan buah-buahan hingga ke pelbagai jenis makanan harian.

Tidak seperti sesetengah pelancongan agro di sesetengah negeri lain yang terhad kepada satu dua jenis pokok buah-buahan sahaja, Kebun Buah-buahan Tropika Teluk Bahang ini mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri khususnya dari aspek kedudukan serta spesies tanamannya.

Terletak kira-kira 700 kaki dari paras laut, Kebun Buah-buahan Tropika itu menawarkan lebih 170 spesies tanaman buah-buahan tropika terutama spesies liar dan hampir pupus.

Selain itu juga terdapat spesies tanaman menarik seperti pokok buah naga atau dragon fruit (Hyiocereus undates) yang banyak ditanam di negara Vietnam dan Kemboja.

Apa yang menarik, dari jauh pokok buah naga itu kelihatan tidak ubah seperti pokok kaktus yang sedang menjalar dan dihiasi dengan bunga berwarna kuning dan buahnya berwarna merah jambu

Buahnya mempunyai isi yang enak dimakan manakala bunganya hanya kembang pada waktu malam dan setiap pokok boleh menghasilkan sehingga 50 biji buah.

Terdapat kira-kira 40 pokok buah naga ditanam di kebun ini dan kebanyakannya telah mula berbuah.

Sesuai dengan kedudukannya di puncak bukit di keliling hutan tropika, kebun ini turut ditanam dengan buah-buahan yang biasanya terdapat di negara beriklim sejuk seperti epal (Malus domestica), anggur (vitis vinifera), lai, pic (prunus persica) dan longan razil (nephelium spp).

Menurut pengurus kebun, Kenneth Khoo, tanah bukit seluas 26 ekar itu dimajukan menjadi ladang tanaman pelbagai jenis buah-buahan tempatan sebagai satu cara 'memelihara' spesies tanaman itu daripada terus hilang dan pupus dari negara ini.

Antara spesies pupus yang ditanam di situ termasuk asam embang (mangiferafoetida), asam gelugur (garcinia atrovirindis), binjai (mangifera caesia), kabung (arenga pinnata), jering (pithecellobium jiringa), kandis (garcinia cowa), kerdas (syzygium cumini), kembang semangkuk (scaphium macropodum), mertajam (leppisanthes rubiginosa), petai padi (parkia spp), salaksalacca eduils), durian belanda (annona muricata), tampoi (baccaurea griffithii) dan pelbagai jenis lagi.

Antara spesies tanaman dari negara luar pula ialah abui (pouteria caimito), feijoa (feijoa sellowiana) malberi (morus alba/Morus nigra), pic, longan razil, lai Korea, anggur, buah naga dari Vietnam.

Katanya, para pengunjung akan dibawa 'melawat sambil mengenali' lebih 170 spesies pokok buah-buahan yang boleh dikategorikan sukar untuk dilihat pada hari ini.

Menurut Kenneth, jika kena pada musimnya mereka turut berpeluang menikmati keenakan buah-buahan tersebut.

"Selepas penat melawat dan mendapat penerangan daripada pemandu pelancong kami, para pengunjung berpeluang menikmati keenakan pakej buah-buahan di puncak bukit dengan pemandangan indah Empangan Teluk Bahang dan Pantai Batu Feringghi," katanya.

Kenneth berkata, waktu yang paling sesuai untuk mengunjungi kebun buah- buahan itu ialah pada bulan Mei hingga Ogos.

Kebun buah-buahan tropika menawarkan tiga pakej lawatan iaitu pakej melawat kebun (RM20 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak), pakej rasa buah (RM7) dan pakej makan buah (RM20).

Katanya, para pengunjung tetap dapat menikmati buah-buahan tempatan sekalipun mereka datang bukan pada musimnya kerana pihak pengurusan akan memastikan bekalan buah-buahan sentiasa diperolehi dari negeri-negeri

lain.

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi Kebun Buah-buahan Tropika Teluk Bahang melalui nombor telefon 04-8665168.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:35 AM | Show all posts


Pokok Kelapa Laut (bahasa Inggeris: coco de mer) yang merupakan ahli tunggal dalam genus Lodoicea, ialah sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Pada satu ketika, pokok ini juga boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles, tetapi kini telahpun pupus. Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang terlindung. Bagaimanapun, pokok ini kini ditanam di Seychelles untuk membantu memulihara spesies ini, dan juga ditanam di banyak kawasan tropika sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Lodoicea maldivica.

Pokok Kelapa Laut bertumbuh sehingga 25-34 meter tinggi. Daun-daunnya yang berbentuk kipas adalah sepanjang 7-10 meter dan selebar 4.5 meter, dengan petiol yang panjangnya 4 meter. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan. Bunga jantan seolah-olah katkin, dan sepanjang satu meter.

Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. Buah Kelapa Laut kekadang juga digelarkan double coconut (kelapa kembar), coco fesse, atau Seychelles nut (kekeras Seychelles) di luar negeri.

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik. Nama-nama botani lain yang pernah digunakan termasuk Lodoicea sechellarum Labill. dan Lodoicea sonneratii (Giseke) Baill. Nama genusnya Lodoicea berasal daripada Lodoicus, iaitu perkataan Latin untuk Louis, dan merupakan penghormatan kepada Raja Louis XV dari Perancis.

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut. Orang-orang bangsawan pada abad ke-16 sering membersihkan kulit buah ini dan menghiaskannya dengan permata yang berharga untuk galeri-galeri peribadi mereka.

p/s: Ifa pernah minum yg real2 baru di kopek kat Pulau Pangkor...kat pekan dia ader jual. Pak cik tu duk jual bawah pokok jer....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 24-7-2006 01:17 PM
korang pernah tak makan buah binjai...ni pun sedap kalau buat mencicah....



buah binjai ni klu kat kpg sy dulu selalu jauh dlm sungai...pastu kalu mandi mesti nampak dia hanyut je masa ni la kami kutip......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by ibucute at 12-1-2007 11:06 AM



buah binjai ni klu kat kpg sy dulu selalu jauh dlm sungai...pastu kalu mandi mesti nampak dia hanyut je masa ni la kami kutip......


Ifa confused dengan buah binjai nie dengan buah kemang,,,,:hmm: dr segi fizikal mcm sama jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 03:00 PM | Show all posts




mmg sama ...kalau dalam buku pn rukayah aman nama lain bg Binjai ialah Kemang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 03:27 PM | Show all posts

Buah Ara / Tin



Kenal buah ni..Buah Ara (ficus) , masa kecik2 dulu suka makan buah ni bila masak makan cicah ngan gula,buah masak lembut dan berjus.sj tk ada nota yg banyak ttg buah ni .
Gambar kat atas tu adalah jenis yg banyak terdapat kat Msia nih dan di tanam kat halaman.... selain yg liar ada jg buah ara ni org kampung dulu2 jadikan halwa..menurut mereka ada jg jenis yg tak boleh di makan sbb kandungan toksik yg agak tinggi.

Nak tau bgmne mereka kenalpasti ara yg boleh di makan atau tidak ...mereka lihat Monyet makan kalau tak tumbang ok lah hehe


.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by stripper_j at 12-1-2007 03:27 PM


Kenal buah ni..Buah Ara (ficus) , masa kecik2 dulu suka makan buah ni bila masak makan cicah ngan gula,buah masak lembut dan berjus.sj ...


Selalu makan buah ara ni yang dah dikeringkan.  Yang fresh tak pernahlah pulak merasanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 12:21 PM | Show all posts
wah byknyer yg kami tak tahu.....

pulasan pun tak penah mamam....

buah keriang penah makan tak?ni sebutan kat kedah...kat tempat lain tak taulah....buah kecil besar buak blueberry, bila gigit isi merah pokok besar macam hantu galah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by stripper_j at 12-1-2007 02:46 AM






hye ...nampaknye tak terlambat kan masuk cni...thanks kak iman..


Tau tak..biji buah pulasan ni kalau di makan sedap rasanya macam biji badam..kalau nak tau rasanye cubalah..
...


Selamat datang ke HG st_r, belum terlambat, join kita orang kongsi  maklumat tentang buah nadir ni, supaya mana2 yang kita tak tahu menjadikan kita taukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by stripper_j at 12-1-2007 03:00 PM




mmg sama ...kalau dalam buku pn rukayah aman nama lain bg  ...


Buah binjai ni kalau masukkan dalam sambal belacan pun sedap, macam kita masukkan mangga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 12-1-2007 09:35 AM


Pokok Kelapa Laut (bahasa Inggeris: coco de mer) yang merupakan ahli  ...


Baru-baru semasa ke Cameron Highland, kak iman ada terjumpa orang menjual buah kelapa laut ni di brincang.  Orang melayu kita yang jual.  Harganya buah tengok saiz dari rm3.00 hingga rm8.00.

Kak iman beli sebiji yang harga rm8.00.  Terus dikopek kat situ dan makan.  Rupanya didalam buahnya bukanlah macam kelapa biasa.  Tapi didalamnya ada tiga lubang.  Didalam lubang-lubang nilah ada isi buah kelapa ni.  Rasanya sedap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.066479 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list