CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
 Author| Post time 4-8-2006 02:22 PM | Show all posts
Khasiat pinang diakui dunia
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



KETIKA jurugambar Saiful Bahari Ashari merakamkan gambar pokok PINANG di kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini, hati penulis tertanya-tanya tentang nasib tumbuhan itu di negara ini.

Apa yang penulis tahu, tumbuhan itu semakin lama semakin pupus ditelan zaman. Kalau ada pun kelihatan, cuma apabila memasuki kawasan luar bandar.

Itu pun disebabkan sesetengah orang Melayu dan India masih menggunakan buah pinang dalam adat istiadat dan upacara tradisi.

Jika trend orang ramai yang tidak lagi menghantar tepak sirih berserta buah pinang berterusan, tentunya pokok pinang juga akan dilupakan.

Kalau dahulu, kita sering juga melihat wanita-wanita tua mengunyah sirih bersama-sama buah pinang dan kapur makan untuk tujuan menguatkan gigi, tetapi itu pun sudah semakin padam daripada pemandangan.

Sehingga kini, tiada usaha untuk menanam pokok pinang atau nama saintifiknya Areca catechu dari keluarga Palmae terus secara besar-besaran.

Penulis tidak percaya bahawa pihak berkuasa, pakar botanikal dan saintis tempatan tidak mengetahui khasiat tinggi pinang dan kegunaan besarnya dalam bidang perubatan klinikal atau farmasi.

Kandungan alkaloid di dalam buah pinang sebenarnya mempunyai kesan perangsang dan digunakan secara meluas di dunia dalam dunia perubatan.

Alkaloid adalah salah satu daripada sekumpulan pelbagai bahan bernitrogen yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan dan mempunyai kesan yang sangat kuat ke atas fungsi tubuh.

Kebanyakan alkaloid merupakan ubat-ubat penting dalam farmaseutikal termasuk morphine, kuinin, atropine dan codeine.

Sekurang-kurangnya terdapat lapan jenis alkaloid telah dikesan terkandung dalam pinang iaitu arekolin, arekaidin, arekain, guvacin, arekolidin, guvakolin, isoguvakolin dan kolin. Arekolin bertindak sebagai pembunuh parasit dan cacing seperti asetil kolin.

Pinang mengandungi kira-kira 15 peratus tanin merah dan 14 peratus lemak. Tanin digunakan dalam perubatan moden untuk merawat cirit-birit dan sebahagian campuran untuk mengubati.

Catatan ini hanyalah sedikit daripada banyak lagi kegunaan pinang atau dikenali sebagai BETEL NUT (Inggeris), ADAKKA (Malayalam), PUVAK (Sri Lanka), MAK (Thai) dan PIN LANG (Cina).

Sementara itu, dalam perubatan tradisional di negara ini, daun dan buah pinang juga sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap memberitahu, daun pinang yang diramas-ramas bersama beras di dalam air digunakan untuk mengubati demam.

Kata beliau, kaedahnya ialah dengan menyapukan daun yang telah diramas-ramas itu ke seluruh badan untuk mengurangkan suhu badan yang selalunya didapati amat berkesan.

Bagi pesakit senggugut, cirit-birit dan sakit perut, jelasnya, air rebusan buah pinang muda diminum separuh gelas. Ia juga boleh bertindak sebagai julap.

``Perlu diingat bahawa meminum rebusan buah pinang ini selalunya hanya dilakukan pada hari didatangi sakit tersebut dan tidak perlu dijadikan amalan berterusan sejurus sembuh,'' ujarnya.

Selain itu, kata Tajuddin, buah pinang juga amat mujarab untuk mengubati luka dan bisul.

``Caranya ialah dengan membakar buah pinang tua yang telah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudiannya ditumbuk lumat sebelum ditampal pada luka dan bisul.

``Buah yang dibakar tersebut juga boleh disapukan pada gigi untuk tujuan pemutihan,'' tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2006 03:48 PM | Show all posts
Khasiat daun keledek
Oleh Ramli Abdul Karim



BOLEH dikatakan kebanyakan penduduk negara ini mengenali KELEDEK. Kebanyakan orang tentunya pernah merasa atau menyediakan ubi keledek goreng terutama untuk hidangan minum petang.

Di sesetengah tempat pula, keledek atau nama lainnya UBI JALAR, UBI GADUNG dan GADUNG JALAR dimasak gulai putih bersama daun pucuk manis.

Selain ubinya, daun keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas dari keluarga Convolvulaceae juga mempunyai kegunaan tersendiri.

Mungkin kini ia jarang didengari, namun daun dan juga getah keledek sebenarnya boleh digunakan untuk mengubati beberapa penyakit.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, ini termasuk mengubati demam, panas badan, sakit perut, luka, bisul dan kulit melecur.

Kata beliau, untuk demam dan panas badan, daun keledek diramas-ramas di dalam air sehingga hancur terlebih dahulu.

``Selepas itu, daun yang telah hancur itu dilapkan ke seluruh badan terutama di bahagian sendi-sendi serta diulangi beberapa kali,'' ujarnya.

Bagi mengubati sakit perut, jelas Tajuddin, beberapa helai daunnya dilayurkan di atas api dan kemudian disapukan sedikit minyak masak.

``Sebelum daun berkenaan sejuk atau sebaik-baiknya sejurus dilayur dan disapu minyak masak, ia terus dilekap atau ditampal pada perut,'' tambah beliau.

Katanya, bagi sakit luka, bisul dan melecur, gunakan cara pertama atau kedua iaitu diramas-ramas di dalam air ataupun dilayur atas api.

``Kemudian tampal dan ikatkan daun yang telah hancur itu di tempat yang luka, bisul atau kulit melecur serta dibiarkan untuk beberapa jam.

``Jika ia dilayur, tampalkan di bahagian tersebut sekurang-kurangnya selama 10 minit,'' jelas Tajuddin.

Sementara itu, tambahnya, getah keledek boleh dititikkan pada tempat ulser atau seriawan mulut untuk mengubatinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2006 05:26 PM | Show all posts
Lengkuas padi buang angin
Oleh Ramli Abdul Karim



RIZOM atau ubi lengkuas memang tidak asing lagi dalam kegunaan di dapur terutama sebagai ramuan memasak seperti rendang dan lauk goreng.

Dengan mencampurkan hirisan atau ubi lengkuas yang ditumbuk ke dalam masakan, ia akan menimbulkan aroma yang boleh menambahkan selera.

Terdapat dua jenis lengkuas yang biasa digunakan oleh masyarakat di negara ini. Yang berakar putih selalunya digunakan sebagai resipi masakan manakala yang berumbi merah dijadikan ubat.

Batangnya terdiri daripada susunan pelepah daun yang bulat panjang. Pangkalnya hanya terdapat pelepah manakala bahagian atas lengkap dengan helaian daun.

Umbi dan akarnya berserat kasar dengan aroma yang harum. Lengkuas mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate.

Lengkuas berkhasiat sebagai antikulat, antibakteria, menghangatkan, membersihkan darah, menambah nafsu makan, mencairkan kahak, mengharumkan peluh dan merangsang otot.

Selain itu, ia juga sering digunakan untuk mengubati panau, kesakitan sewaktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa dan menguatkan otot yang lama tidak digerakkan.

Bagaimanapun, minggu ini herba yang diperkenalkan bukannya lengkuas makan tetapi LENGKUAS PADI atau juga dikenali sebagai LENGKUAS HELANG dan LENGKUAS RANTING.

Nama saintifiknya ialah Alpinia conchigera daripada keluarga Zingiberacea.

Selain turut mempunyai khasiat seperti juga lengkuas makan, lengkuas padi selalunya digunakan untuk mengubati demam, panas badan, lenguh-lenguh, sakit sendi dan membuang angin badan.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, untuk sakit demam dan panas badan, daun lengkuas padi diramas-ramas dengan beras dan air di dalam bekas.

Katanya, air berkenaan kemudian dilapkan ke badan terutama di bahagian sendi serta diamalkan sehingga sembuh.

Manakala untuk sakit tulang, angin seluruh badan lenguh-lenguh badan dan sakit sendi, jelas beliau, keseluruhan ubi, daun dan batang lengkuas padi digunakan.

``Kesemuanya ditumbuk sehingga hancur atau lumat sebelum dilumur ke seluruh badan.

``Ia akan bertindak membuang angin dari dalam badan yang sebelumnya menyebabkan sakit sendi dan lenguh-lenguh,'' ujar Tajuddin.

Sementara itu, kata beliau, ramuan sama iaitu ubi, daun dan batang yang telah ditumbuk halus itu juga berguna untuk ibu-ibu lepas bersalin.

Ia selalunya ditampal di perut sebelum diikat dengan bengkung atau barut bertujuan membuang angin di dalam badan, sekali gus mengecutkan perut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

noi This user has been deleted
Post time 7-8-2006 10:06 AM | Show all posts
syd...banyak nye info awk dpt...dtg dari mane sume info tu eh? musykil nih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 10:08 AM | Show all posts


bagus buat ulam... namanya daun selom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by noi at 7-8-2006 10:06 AM
syd...banyak nye info awk dpt...dtg dari mane sume info tu eh? musykil nih...


banyak infor kita dapat
bila kita surfing

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2006 04:08 PM | Show all posts

Pokok Kemangi Hijau (Ocimum basilicum Linn)

Holy basil (O. sanctum Linn.) or kemangi as known in Malay

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 05:17 PM | Show all posts
Kelebihan tongkat ali, kacip fatimah dan pegaga
Oleh RAMLI ABDUL KARIM








TIGA jenis herba, TONGKAT ALI atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia, KACIP FATIMAH (Labisa pumila) dan PEGAGA (Centella asiatica) merupakan spesies ubatan yang selama ini cuma digunakan dalam perubatan tradisional.

Ketiga-tiganya telah digunakan sejak turun-temurun sebagai penawar pelbagai jenis penyakit di samping untuk penjagaan kesihatan harian.

Berikutan industri herba yang semakin berkembang, ketiga-tiga pokok berkenaan juga menjadi bahan asas makanan kesihatan yang melibatkan perniagaan berbilion ringgit.

Tongkat ali merupakan spesies dari keluarga Simaroubaceae dan turut dikenali sebagai PENAWAR PAHIT, BEDARA PAHIT, TONGKAT BAGINDA, PASAK BUMI dan SETUNJANG BUMI.

Timbalan Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Rasadah Mat Ali berkata, seperti diketahui ramai, pati rebusan akar tongkat ali boleh memberi kekuatan tenaga batin, khususnya kepada lelaki.

Katanya, ia juga digunakan untuk merawat demam yang berulang dan sebagai tonik terutama bagi ibu-ibu lepas bersalin.

``Selain itu, ekstrak akarnya mempunyai kesan antimalaria, air rendaman atau jus kulit akar boleh digunakan untuk demam, cirit-birit dan pembengkakan.

``Pati rebusan akarnya dipercayai boleh mengurangkan sakit-sakit tulang sementara pati rebusan daunnya digunakan untuk merawat kegatalan di badan,'' katanya.

Menurut Dr. Rasadah, kacip fatimah dari keluarga Myrsinaceae juga dikenali sebagai SELUSUH FATIMAH, RUMPUT SITI FATIMAH, AKAR FATIMAH, POKOK PINGGANG, TADAH MATAHARI dan BUNGA BELANGKAS HUTAN.

``Pati rebusannya bukan saja digunakan untuk wanita selepas bersalin malah boleh mempercepat proses melahirkan anak.

``Ia berkesan sebagai penawar sakit angin dalam perut, disentri, masalah ketika haid dan penyakit kelamin,'' jelasnya.

Pegaga pula dikenali sebagai PENGGAGA, PEGAGA TEKUKUR, DAUN KAKI KUDA (Jawa), GAGAN-GAGAN (Sunda) dan ANTANAN (Siam).

``Dengan memakan pegaga sama ada sebagai ulam atau dimakan begitu saja, ia boleh mengubati keloid, skleroderma, lupus, selulitis, dan leprosi (kusta).

``Jika dimakan dalam jumlah kecil ia boleh menambah selera, membantu penghadaman dan mengatasi masalah usus kanak-kanak manakala jusnya sebagai tonik menyejukkan badan, merawat ulser, sifilis dan kelenjar limfa,'' jelas Dr. Rasadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2006 05:39 PM | Show all posts
Pokok ubi kayu ubat sakit kuning
Oleh RAmli Abdul karim



PADA masa Perang Dunia Kedua iaitu ketika penjajahan Jepun di Malaysia, rakyat negara ini mengalami sejarah hidup pahit bukan saja ditindas kejam malah terpaksa makan ubi kayu rebus setiap hari.

Ini kerana bekalan beras dan padi semuanya dirampas oleh tentera Jepun. Akibatnya ramai yang maut kerana kesan sampingan makan ubi kayu berlebihan.

Kini selepas lebih 60 tahun berlalu pokok UBI KAYU atau nama saintifiknya Manihot Esculenta dari keluarga Euphorbiaceae semakin dilupakan.

Hanya sesetengah orang berminat dengan pucuk ubi kayu untuk dijadikan rencah dalam masakan, gulai dan sebagainya.

Di sebalik titik hitam penjajahan Jepun, pokok ubi kayu sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan berasaskan herba.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UTM) Tajuddin Abdul Manap memberitahu, selain ubinya, daun dan kulit pokok ubi kayu mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurutnya, ubi kayu boleh digunakan untuk mengubati sakit atau pening kepala, selesema dan demam.

``Caranya ialah dengan memarut atau menyagat ubi mentah tersebut dan kemudian ditampalkan di kepala atau dahi serta diulangi setiap hari sehingga sembuh,'' katanya.

Kata Tajuddin, bagi sakit kuning termasuk yang sering dihidapi bayi baru lahir, kulit pokok ubi kayu direbus bersama-sama daun sembung terlebih dahulu.

``Air rebusan kulit pokok ubi kayu dan daun sembung itu kemudian dijadikan air mandian sekurang-kurangnya dua kali sehari,'' jelasnya.

Daun-daun tua pula boleh mengubati luka dan bisul iaitu dengan meramas-ramasnya terlebih dahulu dan kemudian ditampalkan di bahagian yang sakit.

Jus dan daun ubi kayu iaitu yang dikisar bersama sedikit air pula boleh mengubati sakit terkena gigitan binatang berbisa.

``Perahkan daun yang dikisar itu dan titiskan airnya pada bahagian yang digigit untuk mengeluarkan bisanya,'' ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 05:50 PM | Show all posts
[bDurian belanda tambah kesuburan suami isteri
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



KEGAGALAN atau kesukaran mendapatkan zuriat tentunya membimbangkan pasangan suami isteri terutama bagi mereka yang telah melalui usia perkahwinan yang agak panjang.

Kebanyakan pasangan sudah pasti ingin menimang cahaya mata secepat mungkin terutama pada tahun pertama sejurus menaiki jinjang pelamin atau turut dipanggil bunting pelamin.

Tetapi rezeki anak dan tuah tidak selalunya menyebelahi setiap pasangan. Ada yang bunting pelamin dan ada pula yang terpaksa menunggu tiga hingga 15 tahun sebelum mendapat zuriat pertama.

Bagi pasangan lelaki, masalah ini turut dianggap mencabar kelelakian mereka dan sentiasa dibelenggu kegelisahan, malu dan resah berhadapan dengan orang ramai.

Manakala bagi wanita, khususnya masyarakat Melayu, mereka mungkin menanggung derita psikologi yang lebih kerana dipandang serong oleh ahli keluarga dan masyarakat yang kadang-kadang menuding jari mendakwa merekalah yang mandul dan sebagainya.

Kebanyakan pasangan suami isteri yang kurang subur akan mencuba sedaya upaya untuk berubat sama ada dengan kaedah perubatan moden atau tradisional.

Golongan tersebut sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk memastikan rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran anak-anak.

Ini termasuklah membiayai proses permanian beradas atau juga dikenali sebagai bayi tabung uji yang menelan kos agak mahal.

Dalam bidang perubatan tradisional pula, pelbagai cara diusahakan termasuk berurut dan meminum air akar-akar kayu.

Sementara itu, dalam perubatan herba, DURIAN BELANDA atau nama saintifiknya Annona muricata dari keluarga Annonaceae dipercayai boleh membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapat anak.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, selalunya caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok durian belanda.

Menurutnya, kulit pokok tersebut dihancurkan terlebih dahulu sebelum direbus sehingga tinggal secawan air.

``Dengan meminum air rebusan kulit pokok durian belanda sekurang-kurangnya sekali adalah amalan yang dipercayai dapat membantu mengatasi masalah kesuburan suami isteri,'' ujarnya.

Menurutnya lagi, air rebusan yang sama juga boleh mengubati penyakit batuk dan kencing manis.

``Ia juga menjadi ubat ulser malaria dan ulser perut. Selain itu, ia juga boleh dijadikan tonik untuk mengubati penyakit jantung dan hati,'' jelasnya.

Selain itu, kata Tajuddin, daun durian belanda pula boleh mengubati sakit kerongkong.

``Caranya ialah dengan mengeringkannya terlebih dahulu sebelum diracik-racik dan dijadikan serbuk teh untuk diminum.

``Selain itu, lima hingga 10 helai daunnya boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit pinggang dan lenguh-lenguh,'' jelasnya.

Tambah beliau, bijinya pula boleh membunuh parasit cacing di dalam tubuh manusia dengan mengeringkan dan kemudian menumbuknya sehingga halus.

``Bijinya yang ditumbuk halus itu kemudian direbus atau dicampur dengan air panas sebelum diminum,'' katanya.

Kata Tajuddin, ekstrak minyak daripada daun dan buah muda durian belanda jika dicampurkan minyak zaitun atau minyak urut boleh mengubati lenguh-lenguh badan dan sakit sendi dan sengal.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin boleh meminum jus atau memakan terus buah durian belanda untuk meningkatkan susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

``Buah muda yang dibuang kulit dan dikisar menjadi jus boleh diminum untuk ubat sakit darah tinggi,'' tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 06:03 PM | Show all posts
Lalang pecahkan batu karang
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



POKOK-POKOK yang memenuhi kawasan semak-samun sama ada di tepi jalan raya, tanah terbiar mahupun di belakang rumah selalunya tidak pernah diberi perhatian.

Apatah lagi jika pokok berkenaan dianggap tidak mempunyai kegunaan sebaliknya sekadar mencacatkan pemandangan.

Salah satu daripadanya ialah pokok LALANG atau nama saintifiknya Imperata cylindrica dari keluarga tumbuhan Gramincae.

Lalang selama ini mungkin tidak memberi sebarang makna kepada anda. Kewujudannya selalu kurang disenangi kerana ia menjejaskan keindahan persekitaran.

Lantas, selalunya pokok lalang selain daripada ditebas ia akan diracun sama ada oleh orang ramai atau para pekerja pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa pokok lalang boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, lalang boleh merawat pelbagai jenis penyakit.

Kata beliau, antaranya ialah sakit perut, lelah, demam, batu karang, kencing manis dan mengubati sakit akibat terkena gigitan binatang berbisa.

Bagaimanapun, tegas beliau, wanita mengandung ditegah mengikut amalan ini.

``Untuk penyakit sakit perut, lelah, demam, batu karang dan kencing manis, akar lalang digunakan dalam perubatan ini.

``Caranya ialah dengan merebus segenggam akar lalang yang telah dibersihkan dan meminum air rebusan berkenaan.

``Pastikan air rebusan berkurangan kepada satu pertiga daripada paras air yang dijerang,'' jelas Tajuddin.

Menurut beliau, bagi sakit demam, selain meminum air rebusan itu, pesakit juga boleh menggunakan air rendaman akar lalang.

``Selepas dibersihkan, akar lalang itu direndam dengan air sejuk semalaman sebelum disapukan di kepala dan dahi pada keesokannya.

``Kesejukan air rendaman akar lalang dipercayai dapat membantu mengurangkan suhu badan,'' tambahnya.

Manakala bagi sakit terkena gigitan binatang berbisa, Tajuddin berkata, bunga lalang digunakan untuk mengubatinya.

Jelas beliau, kaedahnya ialah dengan meramas-ramas bunga lalang tersebut sehingga lumat dan menampalkannya pada tempat terkena gigitan.

``Bagaimanapun, sebelum ditampalkan, bisa binatang tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu.

``Kemudian biarkan bunga yang dilumatkan itu melekat seharian sebelum menanggalkannya dan ditukar dengan tampalan lain,'' ujarnya.


* lalang pun ada khasiat rupanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 06:10 PM | Show all posts
Kangkung lembutkan rambut
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



MEMILIKI rambut yang halus, lebat, rapi dan bersinar tentunya menjadi impian ramai terutama golongan wanita.

Sesetengahnya menganggap kecantikan rambut bukan sekadar menyerlahkan gaya malah melambangkan imej peribadi mereka.

Bagaimanapun tidak ramai yang bertuah mempunyai rambut yang cantik dan menawan, sebaliknya terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah rambut.

Selain kelemumur yang menjadi gejala utama, masalah lain yang biasa dihadapi ialah rambut kasar, kering, berminyak, pecah dan berbuah.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, ramai yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak membeli syampu perapi berjenama dan produk penjagaan rambut lain.

Ini juga mendorong kemunculan banyak produk penjagaan rambut di pasaran walaupun sesetengahnya hanya gah dengan promosi tetapi barangannya kurang berkualiti dan tidak berkesan.

Permintaan tinggi terhadap produk-produk tersebut juga menggambarkan betapa ramainya mereka yang menghadapi masalah rambut.

Dalam perubatan tradisional, banyak herba yang digunakan untuk mengatasi masalah berkaitan rambut dan kulit kepala.

Salah satu daripadanya ialah KANGKUNG atau nama saintifiknya Ipomea reptans dari keluarga Convolvulaceae.

Walaupun kangkung sering digunakan di dalam masakan atau sebagai ulaman, namun masih ramai yang tidak menyedari bahawa ia mempunyai banyak khasiat.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, antara khasiat kangkung ialah kelebihannya untuk melembutkan rambut.

Selain itu, katanya, ia juga boleh menghindarkan daripada penyakit buasir, sakit kepala dan masalah susah tidur.

``Untuk melembutkan rambut, secekak pokok kangkung diperlukan iaitu dengan meramas-ramasnya sehingga hancur.

``Kangkung yang diramas-ramas hancur dan mengeluarkan lendir itu kemudian dilumurkan di kepala untuk mencuci rambut,'' ujarnya.

Kata Tajuddin, selepas dilumur dan diurutkan di kepala selama kira-kira 10 minit, barulah ia dibilas dengan air bersih.

``Bagi melihat perkembangan dan keberkesanannya, kaedah ini perlu diamalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu,'' jelasnya.

Dalam pada itu, tambah beliau, amalan memakan kangkung boleh mengelakkan seseorang menghidap buasir ataupun mengubati sakit kepala dan masalah susah tidur.

``Pengambilannya meliputi sajian kangkung rebus, goreng, tumis atau gulai dan ulam,'' ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:38 AM | Show all posts
Originally posted by noi at 7-8-2006 10:06 AM
syd...banyak nye info awk dpt...dtg dari mane sume info tu eh? musykil nih...



noi.. rajin2 surf internet mcm syd ni.. banyak sumber dlm tu.. tepek kat sini.. nanti dptlah keledek..!! amat di alu2kan..

maceh pada syd yg rajin memeriahkan bod ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 01:30 PM | Show all posts
Bawang merah serba guna
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



MINGGU ini para pembaca berpeluang mengetahui pelbagai rahsia perubatan yang tersimpan di sebalik pemakanan BAWANG MERAH.

Bawang merah merupakan antara herba yang paling hampir dengan semua orang. Ia menjadi rencah dan sebahagian resipi utama dalam kebanyakan masakan.

Dari keluarga tumbuhan Lilliaceae, bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa L. digunakan dalam masakan dan perubatan di seluruh dunia.

Bawang merah kaya dengan pelbagai vitamin termasuk vitamin B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan C (asid askorbik).

Ia digunakan dalam Ayurveda iaitu seni perubatan terkenal di kalangan masyarakat India yang percaya ia mempunyai khasiat tinggi mengubati pelbagai penyakit.

Dalam buku Indigenous Drugs of India, dinyatakan bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya boleh mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak termasuk bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf serta banyak lagi.

Jus bawang merah jika diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati cirit-birit.

Dalam amalan tradisional, bawang digunakan untuk menghilangkan jerawat yang mencacatkan wajah. Caranya ialah menampal bawang merah yang dilumatkan terlebih dahulu ke muka setiap hari.

Sudah bertahun-tahun lamanya jus bawang merah didapati berkesan untuk mengubati sengal-sengal atau sakit sendi dan sesak nafas di merata negara.

Selain itu, beberapa kajian membuktikan ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kandungan gula yang terlalu tinggi, menurunkan kadar kolesterol dan memecah lemak dalam badan.

Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah melegakan sakit dan inflamasi atau radang seperti apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan keadaan hipertensi, kandungan gula yang tinggi dalam darah, serta aras kolesterol dan kandungan lemak dalam darah.

Sesetengah pakar herba mendakwa penggunaan bawang merah juga boleh menghilangkan ketuat dan juga bertindak sebagai bahan diuretik.

Diuretik adalah ubat penambah air kencing dengan menggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal. Ia digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi dan glaukoma.

Dalam pada itu, bawang merah turut boleh mengubati sakit demam, angin dalam badan, luka, bisul, telinga bernanah dan mengubati buasir.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, untuk demam dan angin dalam badan, bawang merah dilumatkan terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan sedikit minyak kelapa.

Selepas itu ia dilumurkan di kepala untuk melegakan demam atau disapukan di perut sebelum dibalut untuk membuang angin dalam badan.

``Air perahan atau jus bawang merah pula disapu pada tempat luka dan di sekeliling bisul atau dititikkan ke telinga,'' ujarnya.

Manakala bagi sakit buasir, sebiji bawang merah dilayur atau dipanaskan di atas api terlebih dahulu.

``Ia kemudian ditekapkan di lubang dubur dan diulangi beberapa kali,'' katanya.

Sementara itu, kata Tajuddin, dengan memakan mentah atau meminum jus bawang merah, ia boleh mengubati kencing manis, batuk dan selesema serta membuang kahak dari saluran bronkial.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 01:40 PM | Show all posts
Sambau melawas kencing
Oleh: RAMLI ABDUL KARIM



BAGI golongan petani khususnya penanam padi, RUMPUT SAMBAU adalah antara musuh utama tanaman padi.

Kehadiran rumput perosak ini di kawasan bendang banyak menjejaskan hasil padi di negara ini terutama di Kedah.

Malah, di sesetengah tempat, kerugian yang dialami oleh para petani mencapai sehingga 100 peratus bagi satu-satu musim.

Ini menyebabkan beberapa agensi pertanian sebelum ini melancarkan gerakan penyelidikan untuk membantu para petani mengatasi masalah tersebut.

Kini serangan atau ancaman rumput sambau semakin berkurangan berikutan keprihatinan kerajaan yang melaksanakan program pengawalan yang bersepadu.

Di sebalik kerosakan tanaman yang diakibatkannya, rumput ini yang terkenal dengan nama saintifiknya Eleusine indica dari keluarga Gramineae (Poaceae) juga mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan.

Rumput sambau dipercayai amat baik untuk ibu-ibu lepas bersalin di samping dapat membantu mengatasi masalah cacing, mengubati kembung perut, demam kuning dan melawaskan kencing.

Selain itu, ia juga dikatakan boleh melega dan mengubati luka dan bisul.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, seluruh pokok rumput sambau boleh direbus untuk dijadikan air mandian ibu-ibu yang baru bersalin.

Tambahnya, ia boleh direbus begitu saja atau dicampurkan dengan herba rebusan lain seperti serai wangi, daun pandan dan lain-lain.

Selain itu, kata beliau, untuk penjagaan perut wanita lepas bersalin, rumput ini ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan beras.

``Setelah dilumatkan, ia kemudian dilumurkan pada perut dan selepas itu dibalut,'' ujar Tajuddin.

Menurutnya, tiga rumpun akar rumput sambau pula diperlukan untuk mengurangkan kembung perut, mengubati demam kuning, mengatasi masalah cacing dan melawaskan kencing.

``Caranya ialah dengan merebus akar rumput berkenaan dan meminumnya setelah air rebusannya tinggal satu pertiga daripada paras asal,'' katanya.

Tajuddin memberitahu, untuk mengubati luka dan bisul pula, daun rumput sambau ditumbuk lumat sebelum dibalutkan pada bahagian berkenaan.

``Ia perlu dibiarkan dibalut seharian dan langkah ini diulangi sekurang-kurangnya satu kali sehari sehingga sakit berdenyut-denyut yang dialami berkurangan,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:53 PM | Show all posts
Urang-Aring
Nama Tempatan:        Urang-Aring       
Nama Saintifik:        Eclipta Prostrata       
Nama Lain:        Bhringaraja, False daisy, white head,swamp daisy, white eclipta,Han Lian Cao       
Famili:        Asteraceae       
keterangan:
Urang aring ilah sejeni tumbuhan yang tumbuh liar dikawassan yang agak lembap.ia sejenis herba tahunan yang termasuk dalam kumpulan dikot. cara pembiakannnya melalui biji benih dan keratan batang. bunganya yang kecil dan berwarna putih menyerupai bunga daisy hingga ia juga di panggil false daisy.
kegunaan:
Urang aring terkenal sebagai herba yang digunakan untuk rawatan kecantikan rambut. daunnya yang dilumatkan dicampur dengan minyak dan dilumurkan pada rambut dikatakan dapat membantu menyihatkan, menghitam dan mengilatkan rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut.Dalam perubatan ayurveda urang aring juga digunakan untuk rawatan hepatomegaly (pembesaran hati),luka, ulcer, tekanan darah tinggi,anorexia dan sakit kepala.Jus urang aring yang dicampur dng madu diberikan kepada kanak-kanak untuk membantu masalah pernafasan(Nadkarni 1976, 470; Kirtikar and Basu 1993, 1362). Untuk kegunaan luar pula, daunnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat bengkak, buasir. Selain itu bensky dan Gamble pula mengatakan pokok ini mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keupayaan buah pinggang dan hati.menurut mereka ia juga boleh digunakan untuk merawat pening, vertigo dan , pandangan kabur dan uban sebelum masa.Menurut kaedah perubatan cina untuk meningkatkan "Yi" ia digunakan juga untuk merawat masalah "darah panas" yang mengakibatkan simptom seperti batuk berdarah,hidung berdarah, najis bercampur darah dan muntah dan kencing berdarah(Bensky and Gamble 1993, 365)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2006 01:56 PM | Show all posts
Bayam duri lembutkan muka
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



SEHINGGA kini masih banyak e-mel diterima daripada pembaca yang ingin mengetahui jenis-jenis herba yang boleh melembutkan kulit muka dan mengatasi masalah jerawat.

Walaupun sebelum ini di ruangan ini telah disiarkan rencana mengenai beberapa jenis herba dan pokok yang boleh membantu masalah tersebut, namun pertanyaan mengenainya tetap banyak.

Kebanyakan e-mel datangnya daripada wanita yang sememangnya diketahui sentiasa inginkan wajah yang bukan saja kelihatan cantik dan ayu malah lembut dan `tidak cacat' dengan tumbuhnya jerawat.

Bagi golongan wanita, mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kelembutan kulit muka dan juga mengubati jerawat yang menghantui jiwa.

Minggu ini, sekali lagi ruangan ini diisi dengan rencana berkaitan herba yang mungkin boleh membuatkan wanita menarik nafas lega.

Pokok BAYAM DURI atau juga dikenali sebagai BAYAM HUTAN dikatakan boleh melembutkan kulit muka dan merawat jerawat.

Nama saintifiknya ialah Amaranthus spinosus dan ia tergolong dalam keluarga tumbuhan Amaranthaceae.

Selain masalah kulit muka dan jerawat, ia juga dipercayai dapat mengubati asma, demam, mengatasi masalah keputihan di kalangan wanita, melawaskan kencing dan menambah susu badan.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, terdapat dua cara untuk melembutkan kulit muka dan mengubati jerawat.

Katanya, ia boleh dilakukan dengan meramas-ramas sehingga hancur terlebih dahulu daun bayam duri sebelum ia digosokkan pada muka.

Selain itu, tambah beliau, ia juga boleh diramas terus di muka dan disusuli dengan menyental secara perlahan-lahan.

``Perlu diingat bahawa sama ada ia diramas dahulu atau kemudian, ia tidak boleh digosok atau disental kuat kerana ia boleh mengakibatkan kecacatan kulit muka.

``Proses ini dilakukan antara lima dan 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih serta diulangi sekurang-kurangnya sehari sekali,'' ujarnya.

Tajuddin berkata, daun bayam duri juga dipercayai dapat mengubati asma termasuk mengeluarkan lendir yang berlebihan iaitu dengan meminum air rebusannya.

Katanya, tiga atau lima batang bayam duri direbus sekali bersama-sama daun dan bunganya dengan lima gelas air selama 10 minit.

``Minum air rebusannya sekurang-kurangnya empat kali sehari dengan sukatan satu gelas untuk orang dewasa dan setengah gelas untuk kanak-kanak,'' tambahnya.

Tajuddin memberitahu, bagi sakit demam atau menambahkan susu badan, air rebusan seluruh pokok bayam duri perlu diminum dengan sukatan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Manakala untuk melawaskan kencing dan mengatasi masalah keputihan, kata beliau, rebusan hanya menggunakan akar bayam duri.

``Bersihkan akar bayam duri itu dan kemudian rebus sebelum meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari.

``Untuk melihat kemujarabannya, ia perlu diulangi setiap hari sehingga menampakkan kesan,'' ujarnya.

Menurut Tajuddin, meminum air rebusan akar bayam duri sekali-sekala juga boleh mengubati sakit tekak dan lewat datang haid.

Katanya, air rebusan seluruh pokok atau akar bayam duri boleh dicampurkan gula atau madu secukup rasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by deknon at 8-8-2006 01:53 PM
Urang-Aring
Nama Tempatan:        Urang-Aring       
Nama Saintifik:        Eclipta Prostrata       
Nama Lain:        Bhringaraja, False daisy, white head,swamp daisy, white eclipta,Han Lian Cao       
Famili:        Asteraceae       
keterang ...



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 02:01 PM | Show all posts
syd ..cube cari khasiat leek plak boleh tak
setau non boleh jd ubat batu karang jugak...dgn bagi lawas kencing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 02:05 PM | Show all posts
bawang perai?

nanti ek...tgh tgk list nih..

heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.129181 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list