anakperantau This user has been deleted
|
Reply #40 noor_hannah's post
bila saya sembahyang jemaah dgn suami, suami baca doa dulu tapi pendik saja, then sambung baca doa sendiri2.. dan memang dalam BM pun, sebab itu bahasa kita yang senang kita faham, senang nak mencurah perasaan dgn Allah ... kalau guna bahasa yang kita tak biasa.. tak faham, tak berapa puas hati b agi saya, walaupun saya boleh b ertutur bahasa Arab, saya prefer baca doa dalam BM juga. |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
hari ni sedih dgr sebuah gereja bernama gereja patimah.. semoga ALLAH s.w.t. pelihara iman kita.. amin.. amin..amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noor_hannah at 9-8-2006 05:17 AM
:setuju:
rumah ni pun abang dok laungkan azan dulu.. lepas tu, kami anak beranak baca kan ayat qursi setiap penjuru dan sekeliling nya..
ingat lagi masa lepas basuh rumah.. anak2 sibuk ...
:setuju:...lagi satu seeloknya baca surah Al baqarah & ayat kursi sebelum masuk rumah...setiap kali nak masuk umah bagi salam..tawakal kepada Allah...pastu seeloknya panggil orang surau wat solat hajat...& syukur masuk umah baru..
Insyallah kami pun secara kebetulan nak masuk umah baru tak lama lagi...cuma tunggu loan utk approve aje..tolongle doa2 kami yee...:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
utamakan Agama,
hindari adat yg boleh menyanggah agama,
insyaAllah selamat dunia akhirat :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
mr. NG tak masuk ke bagi review kat sini :jeling: |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini ada sesapa tau tak petua macam mana nak hilangkan bau cat.
Nak pindah masuk rumah... tapi bau cat still kuat melekat... perit tekak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noor_hannah at 11-8-2006 12:49 PM
kalau siapa2 yg selama ini doa nya belum nampak berubah apa2.. cuba try doa dlm bahasa melayu.. dan lihat hasilnya.. insyaallah..
acik.. itu bukan budaya antarabangsa.. tapi itu lah cara b ...
Tq kak hannah! Betul jugak kata kak hannah tu. Maybe sebab tu la diorang tak praktikkan imam baca doa dan ma'mum cuma aminkan saja sedangkan doa tu kita pun tak paham atau kurang concentrate.
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sutera_abadi at 15-8-2006 09:07 AM
kat sini ada sesapa tau tak petua macam mana nak hilangkan bau cat.
Nak pindah masuk rumah... tapi bau cat still kuat melekat... perit tekak....
sutera.. cuba lah buka pintu tingkap seluas2nya and pasangkan kipas.. lepas tu boleh cuba pakai ambi purr ke, ni kak noor tak pernah try, tapi cubalah mana tau lah kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by meowlin at 12-8-2006 12:34 AM
:setuju:...lagi satu seeloknya baca surah Al baqarah & ayat kursi sebelum masuk rumah...setiap kali nak masuk umah bagi salam..tawakal kepada Allah...nak masuk umah bagi salam..tawakal kepada Allah...pastu seeloknya panggil orang surau wat solat hajat...& syukur masuk umah baru.....
lin.. org surau tu panggil dtg makan je lah.. sambil2 jamu diorang leh kenal2..
bab solat hajat tu cuba buat sendiri.. terlebih afdhalnya.. buat paling kurang 2 rakaat, kalau rajin 12 rakaat setiap 2 satu salam.. kalau rajin buat 1 malam, atau 3 malam, atau 7 malam.. lepas 12pm ke atas waktu paling sesuai.. cubalah, insyaallah.. |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
sepanjang pengetahuan aku, terdapat sepuluh tempat di mana ia Sunnah diadakan jamuan makan-makan:
1-nikah
2-sembuh dari penyakit
3-masuk rumah baru
seterusnya aku dah lupa.
jika niat untuk buat ikut adat, tidak tahu berapa pahala Allah beri. tapi jika niat kerana Sunnah , tidak syak lagi kesukaan Allah adalah berlipat kali ganda. |
|
|
|
|
|
|
|
salam, saya baru lagi kat forum ni. Tertarik pulak dengan topik ni dan kebetulan saya baru pindah rumah dalam seminggu. Rumah tu hubby beli second hand kat bukit antarabangsa n lama jugak tinggal plus renovation adalah dalam 8 bulan gitu. Mula-mula cuak gak nak pindah masuk sebab kami berdua jer tinggal n rumah tu besar jugak tapi bila dah baca dalam petua untuk pindah rumah baru ni alhamdullilah ada konfiden sikit and hubby pun beli CD surah Albaqarah. Apalagi tiga malam berturut-turut kami on kan sampai pagi. |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
walaupun tidak salah, aku tidak berapa mengesyorkan menggunakan mesin untuk membacakan ayat ayat al quran ini. atau dengan kata lain, aku tidak mengesyorkan azan di masjid menggunakan kaset azan madinah yang sedap itu sebaliknya tuan bilal sendirilah yang azan walaupun mungkin tidak berapa sedap lagunya kerana yang demikian itulah Sunnahnya.
jika tidak berhadas besar, dan tahu membaca maka sebaik baiknya bacalah sendiri surah al-Baqarah tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul kata ninja tu kalau ebih afdal baca sendiri. Tapi kalau tidak berapa yakin dengan nahu dan sebutan bacaan kan jadi bahan gelak syaitan-syaitan dan menambahkan dosa. Sedangkan setiap hari dibulan ramadan sebelum waktu berbuka , kalau ninja pernah berbuka dimasjid KLCC akan kedengaran bacaan ayat-ayat suci alquran yang dimainkan dari CD. Islam pun tidaklah membebankan sangat, ada tolak ansurnya. |
|
|
|
|
|
|
anakperantau This user has been deleted
|
ff:
Satu cara untuk memperbaiki bacaan AlQuran yang teman belajar semasa sekolah arab dulu:
Buka kaset bacaan Al Quran yang mudah diikuti, contohnya Khalil AlQusairi, bacaan qari ni bertajwid tapi tak berlagu, ustaz pasang hari2 kat surau, dan kami kena ikut sekali baca serentak dgn qari, setiap hari kecuali asrama tutup (teman dulu sekolah pondok jer.. masa Form 1-3) setiap hari sehinggalah 30 juzuk selesai, dan mula balik dan begitulah seterusnya, insya Allah boleh baiki bacaan anda (selain pergi kelas tajwid lah).. kalau dengar saja kat kaset ok juga tapi tentu tak sama kalau kita menghayatinya dgn membaca. Dan satu lagi, bila ada bacaan quran, kita kena senyap dan mendengar, kalau kat rumah dgn anak2, susah nak terjamin, jadi kan ke elok kita ikut sekali qari dalam kaset tu mengaji? |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar berkongsi ilmu..
yg kak noor pernah dgr ustaz kata.. Allah tidak memberatkan umatnya, kalau biasa kita pi belajar ngaji, nak2 mualaf yg pelat tu, di paksa juga betulkan lidah tu sampai terkehel tergeliat lidah, last2, org yg nak belajar tu fed up sebab lidah keras.. (ni tak semua kes lah, kes yg semangat lemah je..) .. nak2 org dewasa atau tua yg baru nak belajar mengaji,, silap sebut kena sergah.. laaagi lah malu.. lepas tu sure takmo ngaji lagi dah..
sedangkan AlLAH s.w.t. tidak memberatkan umat nya.. maka di sebutkan bacalah Al-Qur'an itu walau hanya 1 huruf (maaf kalau silap apa2)..dan adakah kerana kita tidak fasih atau pelat maka kita tidak boleh membaca Al-Qur'an?? ustaz yg menyebut ini punya pengalaman sendiri.. dan hari ini, dia memberitahu, kalau sebutan kita tidak betul, baca jugalah Al_Qur'an sebab kalau nak tunggu sampai kita betul2 boleh menyebut dgn bacaan yg sempurna, mungkin akan mengambil masa.. apakah sehingga itu kita tidak perlu mengaji?? dia sarankan mengaji saja lah, sebab ALLAH maha mengetahui niat kita sebenarnya, keikhlasan itu amat penting dan hanya DIA yg tahu.. di samping itu, kita berusahalah untuk meperbetulkan bacaan kita dgn berguru.. pelan2..
dlm kes kalau kita mmg tak reti mengaji langsung (buta huruf), maka perlulah alternatif lain, mungkinmeminta bantuan ahli keluarga terdekat untuk membaca dlm rumah tu.. ni kes terdesak.. dan tentang bacaan menggunakan CD dsbnya.. alangkah elok sebagai selingan di hari2 kita di rumah.. biarkan je lah ia berlagu, walau mengaji sendiri itu yg di tuntut, tapi takkankita larat nak ngaji 24 jam..
pasal belajar dgn CD, bagus juga.. boleh lah belajar mengaji berlagu.. kdg2 kalau pi belajar dgn ustaz pun, paling lama dia ajar 1/2 jam atau 1 jam.. tapi kalau pakai CD ni, boleh ulang2 selama mana kita suka.. kemudian pi baca lah depan ustaz suruh dia check betul ke tak bacaan kita.. sebab baca Al_Qur'an ni.. ada cara sebutan dia.. tang mana nak keluarkan bunyi tu.. mcm huruf dhod..lidah tu kena letak kat mana masa menyebut nya.. ini semua takkan kita sedar kalau tak berguru..
maaf, sekadar berkongsi pendapat, yg mungkin org lain lebih betul dari kak noor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pasang CD Alquran ni secara repeat bila kami kelaur kerja dan bila waktu nak tido sampai esok pagi dengan harapan biarlah rumah kami berlagu dengan bacaan ayat2 suci. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laila_zi at 17-8-2006 01:49 PM
Saya pasang CD Alquran ni secara repeat bila kami kelaur kerja dan bila waktu nak tido sampai esok pagi dengan harapan biarlah rumah kami berlagu dengan bacaan ayat2 suci.
mendengar bacaan Al-Qur'an pun dapat pahala... |
|
|
|
|
|
|
|
thnx pada semua yang memberi kata2 nasihat dan pedoman. julie rasa bertuah dapat join forum yg mana julie dapat menimba ilmu... terasa sungguh cetek ilmu di dada bila membaca posting kawan2 semua.. boleh la julie praktikkan sbb tak lama lagi nk pindah umah baru.. syukur akhirnya dapat beli umah sendiri walaupun terpaksa bersusah payah nk kumpul duit.. kalau dipikir2 sampai bila nk sewa je...walaupun kecik, janji umah sendiri...moga2 diberkati Allah S.W.T..amin.... |
|
|
|
|
|
|
|
doa mengunci dan memagar rumah atau kediaman dengan ayat suci al-Quran.
Memagar dan mengunci rumah dengan ayat suci Al-Quran
Hendaklah membaca surah Al-Kursi sebanyak tiga kali :
yg bermaksud
" Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
dan dituruti dengan surah Ar-Ra'd ayat 11 sebanyak tiga kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah
yg bermaksud :
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya |
|
|
|
|
|
|
|
Antara perkara yang sepatutnya diamalkan, sesuai dengan ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw, apabila memasuki rumah baru, termasuklah:
Azan Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa; ada yang berpendapat sekiranya ia dikosongkan lebih daripada empat puluh hari; ada pula yang berpandangan sekiranya ia di kosongkan lebih daripada lima belah hari.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......"
Membaca Surah Al-Baqarah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar:
Memperbanyak salat dan membaca Al-Quran di dalam rumah Baginda bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak salat dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi) |
|
|
|
|
|
|
| |
|