CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sya_sugar_sugar

Misteri Pantang Larang Keturunan (Ikan TAPAH etc..)

[Copy link]
maderline This user has been deleted
Post time 9-10-2006 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by sya_sugar_sugar at 9-10-2006 10:04 AM


Inilah keronsang emas yang telah dibungkus rapi untuk memudahkan penyimpanannya



rasanyer kan... bukan keronsang emas tp kancing emas... kancing emas yg line tgk tu pun tinggal serpihan aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 10:29 AM | Show all posts
PENGKHUSUSAN SUB-TOPIC: PAK KADUK & SUMPAHAN IKAN TAPAH

Keturunan Pak Kaduk
pantang makan ikan tapah


Disusun dan diolah semula Oleh Saniah Mohd Radzi
Ditaip semula oleh Markatini & Syazila  



Ramai diantara kita sudah mengetahui cerita Pak Kaduk yang telah menang dalam perlawanan sabung ayam tetapi kampung halaman serta anak isterinya tergadai.

Tetapi ramai yang tidak sedar cerita ini ada kaitan dengan segolongan masyarakat Melayu,
khususnya penduduk-penduduk di negeri Perak yang pantang makan ikan tapah.

Pantang larang memakan ikan itu
ada kaitan dengan cerita Pak Kaduk
yang membuat sumpahan tidak membenarkan keturunannya memakan ikan tapah.
Sehingga kini sumpahan itu dipercayai belum berakhir
Reply

Use magic Report

maderline This user has been deleted
Post time 9-10-2006 10:30 AM | Show all posts
LAGENDA IKAN TAPAH

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.


Rumah ini terletak di Kampung Tua, Batu 16. Lambor Kanan dan telah dibina pada tahun 1897 oleh Tuan Haji Mohd Said. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 ketika berumur 120 tahun.


Terletak di tepi tebing Sungai Perak di Kampung Tua Batu 16 Lambor Kanan. Rumah ini sekarang diduduki oleh anak Mohd Said yang bernama Zulaika binti Mohamad Said.


Pada peringkat permulaan pembinaan rumah ini, semua kayu digunakan daripada jenis Cengal Emas yang mana setiap tiang, dinding, tingkap dan semua nya dipotong dan dibentuk dengan menggunakan peralatan seperti beliung, kapak dan gergaji.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 10:32 AM | Show all posts
PENGKHUSUSAN SUB-TOPIC: PAK KADUK & SUMPAHAN IKAN TAPAH


Orang-orang yang kononnya pantang pantang makan ikan tapah itu
berasal daripada keturunan Pak Kaduk serta kaum kerabatnya.

Orang-orang luar yang berkahwin dengan anggota keturunan Pak Kaduk ini juga akan terkena sumpahan itu.

Keturunan Pak Kaduk dikatakan kebanyakannya berada di Lambor Kiri,Lambor Kanan,Pulau Tiga dan Bota yang terletak di Perak Tengah.

Mereka yang termasuk dalam golongan itu kononnya akan terkena penyakit kulit yang disebut SEMALI
iaitu pecah-pecah kulit, berair dan terasa gatal-gatal sehingga ke tulang jika termakan ikan tapah.
Di samping itu, kulit mereka akan melecur,sakit sendi dan tulang.

Menurut Haji Daharun bin Haji Yajit 77,
peristiwa Pak Kaduk itu berlaku ratusan tahun lalu di kampung Lambor Kiri
iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Syah Almarhum Aulis Allah Geronggong Perak.
Reply

Use magic Report

maderline This user has been deleted
Post time 9-10-2006 10:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 10:36 AM | Show all posts
PENGKHUSUSAN SUB-TOPIC: PAK KADUK & SUMPAHAN IKAN TAPAH

Menurut seorang daripada keturunan ke sembilan Pak Kaduk,

Hajah Asmah bt Pndak Logam 76,
mendakwa ada menyimpan khazanah Pak Kaduk iaitu tiga butir kerongsang emas
yang boleh menjadi penawar penyakit sumpahan itu.

Katanya lagi,kerongsang tersebut sepatutnya di simpan oleh adiknya,
Izham bin Pandak Logam,
yang merupakan pewaris terdekat dan kini menetap di Selayang Bahru,Selangor.

Haji Daharun yang menetap di Kampung Tua,Lambor Kanan
bersetuju dengan tindakan tersebut supaya memudahkan pesakit pulang ke kampung halaman
untuk berubat

Katanya lagi, seboleh-bolehnya emas kerongsang tersebut tidak di bawa keluar dari Lambor Kanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2006 10:38 AM | Show all posts
PENGKHUSUSAN SUB-TOPIC: PAK KADUK & SUMPAHAN IKAN TAPAH



Dalam temubual dengan Hajah Asmah di rumahnya di Kampung Tua,Lambor Kanan,
beliau mendakwa kerongsang itu telah mengubati ribuan orang
yang terkena sumpahan akibat termakan ikan Tapah.

Katanya,penyakit tersebut disebabkan oleh sumpahan itu
berupa melecur kulit,sakit sendi dan tulang
akan hilang apabila meminum air yang telah direndam dengan tiga butir kerongsang tersebut.

Tiga keping kerongsang emas itu berbentuk potongan wajik,
ukurannya dua inci bertatahkan batu delima
yang dikatakan telah berusia 900 tahun
adalah satu daripada tiga barang emas kepunyaan Pak Kaduk
diperbuat daripada emas urai yang dijumpai dalam perut ikan Tapah.

Menurut Hajah Asmah,
tidak ada syarat yang dikenakan bagi mereka yang berubat.
Mereka cuma dikehendaki minum air rendaman emas itu
ataupun mandi dengan air itu supaya badan yang melecur terubat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 10:41 AM | Show all posts
PENGKHUSUSAN SUB-TOPIC: PAK KADUK & SUMPAHAN IKAN TAPAH


TERKENA PENYAKIT

Menurut Hajah Asmah lagi,
setiap hari lebih kurang 5-10 orang datang kerumahnya berubat
dan dengan izin Allah penyakit mereka sembuh.

Dalam temu bual dengan Izham B. Pandak Logam,67
di Selayang Baru Selangor,
berkata tiap-tiap keluarga mereka akan mengadakan kenduri arwah
di rumah Hajah Asmah sebelum tiba bulan puasa,

dengan menggunakan wang yang didermakan oleh orang ramai yang datang berubat.

"Kerongsang emas itu dikatakan tidak boleh digadai
dan diperbuat sebarangan seperti dipinjamkan kepada orang lain", katanya.

Kebanyakan yang datang ini termasuk orang dari Johor,Pahang,Kuala Lumpur dan lain-lain
adalah merupakan keturunan Pak Kaduk
yang telah berhijrah ke tempat lain.

Hajah Asmah juga mendakwa hanya kerongsang itu
yang boleh mengubat penyakit sumpahan ikan Tapah dengan izin Allah s.w.t.

Beliau menceritakan tentang seorang wanita dari Perak
yang terkena penyakit semali telah pergi berubat dengan doktor,
tetapi keadaan kulitnya yang melecur tidak boleh diubati selama hampir tiga tahun.

Bagaimanapun,keadaannya dikatakan pulih
setelah wanita itu datang berubat dengan meminum air rendaman kerongsang emas itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 10:47 AM | Show all posts
Boleh buat rujukan kat WIKIPEDIA

dan juga sumber dari laman web PELIK TAPI BENAR seperti address di bawah ni.

http://seri.bravehost.com/faazcom.htm
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by lazyboss at 8-10-2006 04:18 PM


tapi aku rase mcm x de kene mengena lak ...
iye la ikan gan manusia .. lepas tu jadi mcm tu ...
tapi x tau la da abis 7 keturunan ke belom ...
aku nak test tapi mak aku marah:bgrin:
itu la  ...



Janganlah menggatai nak cuba Lazyboss oiii. Nanti tak ada pulak orang nak buat lawak. Rindu pulak aku nak baca lawak & usikan hang tu. Pasal sumpahan Ikan tapah ni aku ada dengar cerita dari hubby kepada cousin aku coz keturunan dia pun di larang makan ini. Sampai la ni dia tak pernah nak rasa @ cuba makan ikan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by sya_sugar_sugar at 9-10-2006 10:22 AM
PENGKHUSUSAN SUB-TOPIC: PAK KADUK & SUMPAHAN IKAN TAPAH



Lagenda ikan tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdah ...


Macam ikan belida
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 10:50 AM | Show all posts
PENGKHUSUSAN SUB-TOPIC: PAK KADUK & SUMPAHAN IKAN TAPAH


"Ada yang begitu alah dengan pantang itu sehingga terkena air atau terbau ikan Tapah menyebabkan kulit mereka melecur,"tambah Daharun.


Menurutnya lagi,dengan emas yang diperolehi itu,
Pak Kaduk telah menebus semula kampung,isteri dan anaknya daripada penghulu itu.

Emas selebihnya digunakan untuk perbelanjaan seharian serta membayar hutang
dan sebahagian daripadanya di perbuat perhiasan barang kemas.

Menurut Izham pula,

Pak Kaduk dikatakan kembali ke Siak

dan di sana dia menempah sepasang subang,sebentuk cincin dan tiga keping kerongsang emas
yang sekarang disimpan oleh Hajah Asmah itu.

"Kerongsang itu dibuat oleh Pak Kaduk sebagai penawar bagi sumpahannya
manakala barang kemas lain dijadikan perhiasan.

"Subang itu kini dikatakan ada disimpan oleh kaum keluarga Pak Kaduk di Siak,
manakala cincin itu pula disimpan oleh keturunan Pak Kaduk yang menetap di Kuala Dipang,Perak.

"Pak Kaduk pengasas sumpahan ikan Tapah itu dikatakan meniggal dunia di Siak
dan kuburnya didakwa masih ada sehingga sekarang,"tambah Izham mengakhiri ceritanya.

Mungkinkah ikan Tapah tidak boleh dimakan disebabkan sumpahan Pak Kaduk
dan bolehkah tiga butir keronsang emas
yang dikatakan dari perut ikan tapah itu boleh dijadikan bukti tentang kebenaran peristiwa itu?


Adakah air rendaman kerongsang ini
benar-benar boleh menyembuh penyakit semali yang didakwa oleh keturunan Pak Kaduk?

Sehingga ke hari ini masih belum dijawab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by pee3 at 9-10-2006 10:48 AM



Janganlah menggatai nak cuba Lazyboss oiii. Nanti tak ada pulak orang nak buat lawak. Rindu pulak aku nak baca lawak & usikan hang tu. Pasal sumpahan Ikan tapah ni aku ada dengar cerita d ...




:setuju:

Kalau tengok lafaz sumpah Pak kaduk keturunan Raja Siak....

Boss, berdasarkan sumpahan ni bukan takat 7 keturunan ajer taw...

"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.


HAA... saper yg kena percikan air si ikan tapah, tersentuh jadi gatal2 semali,
HAAAA... saper makan jadi muntah darah macam Lazyboss cerita membawa ke mati...

WaAllahu 'aklam:hmm:

[ Last edited by  sya_sugar_sugar at 9-10-2006 11:16 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

maderline This user has been deleted
Post time 9-10-2006 11:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 11:20 AM | Show all posts


[ Last edited by  sya_sugar_sugar at 9-10-2006 11:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 11:23 AM | Show all posts


Hajjah Asmah bt. Pandak Logam bersama air rendaman keronsang emas yang didakwa sebagai penawar penyakit daripada sumpahan ikan tapah tersebut

[ Last edited by  sya_sugar_sugar at 9-10-2006 11:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by sya_sugar_sugar at 8-10-2006 03:37 PM



:tq: NOTED WITH MANY THANKS for the info. menarik ni...

ikan tapah:hmm: aper beza ngan ikan belida? samer ajer...



ikan tapah org panggil ikan geli gergasi. mmg besaq, boleh capai 180cm panjang. ikan tapah ada misai  kiri dan kanan.
Reply

Use magic Report

maderline This user has been deleted
Post time 9-10-2006 12:07 PM | Show all posts
heeee.... ada ke misai sebelah aje paklong...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by sya_sugar_sugar at 7-10-2006 10:39 PM
Contoh:

1.        Sumpahan Ikan Tapah di Perak
keturunan Pak Kaduk, asal Lambor Kiri, Lambor Kanan
tak boleh makan ikan Tapah, (kalau tak rasalah penangannya)

2.        Sumpahan Ikan Patin di Brunai.
...


5.        Ada keturunan tak boleh makan ikan kekacang / alu-alu,
Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik).
Kononnya ikan tu dah kena sumpah dek bota laut.

Saya termasuk dalam keturunan tidak boleh makan ikan kekacang.  Tak tahu betul ke tidak.  Tapi tak berani cuba kerana dari kecik sudah dipesan jangan makan.  Kalau dimakan, seluruh tubuh akan naik gatal2 dan berkudis.

Sebabnya ialah konon pada zaman nenek moyang dulu mereka selalu ulang alik belayar dengan perahu besar (mungkin kecik dari kapal kot) dari terengganu ke siam.  Dari terengganu membawa macam2 barangdagangan untuk dijual di siam.  Dari siam dibawa pula garam ke terengganu.  Satu hari perahu besar pecah dan anak-anak perahu banyak yang lemas.  Tetapi ada yang selamat dengan bantuan ikan kekacang ni.  Sejak itulah mereka yang selamat ni berpesan kononnya jangan makan ikan kekacang ni, kalau makan, akan mendapat penyakit pecah beloh (mungkin kudislah) Wahlahuwa'lam betul ker tidak.

Tapi memang tak makanjlah ikan ni melainkan termakan kerana tak tahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.063549 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list