CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Di sebalik nama taufan

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2007 10:09 AM | Show all posts
14 maut Taufan Nari landa Korea Selatan

SEOUL 17 Sept.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2007 12:33 PM | Show all posts
Taufan Wipha: 1.6 juta dipindahkan

SHANGHAI 18 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 10:49 AM | Show all posts
Whipa Nama Berasal Dari Thailand
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 10:35 AM | Show all posts
Taufan Krosa: Dua hilang, 17 cedera

TAIPEI, Taiwan 6 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 09:59 AM | Show all posts
Taufan Nargis landa Myanmar, 10,000 dikhuatiri maut


MUSNAH... Seorang penarik beca membawa penumpang melalui kawasan yang rosak akibat Taufan Nargis di Yangon, Myanmar. Sehingga semalam taufan itu telah mengorbankan ribuan nyawa dan menyebabkan beratus-ratus ribu penduduk hilang tempat tinggal.

--------------------------------------------------------------------------------

BANGKOK 5 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #3 yipun78's post

la nina (budak pompuan)

el nino (budak laki)

adil lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2008 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-5-2008 09:59 AM
Taufan Nargis landa Myanmar, 10,000 dikhuatiri maut


MUSNAH... Seorang penarik beca membawa penumpang melalui kawasan yang rosak akibat Taufan Nargis di Yangon, Myanmar. Sehingga semalam tau ...


kesiankan...memula 3000+ ...skrg estimated 10,000+ lak....ishk2....dahla tu...Rangoon/Yangon ni ibu negara Myanmar...bayangkan kalo kat Msiakena kat  capital city iaitu KL....lumpuh beb negara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2008 10:30 AM | Show all posts

Reply #45 Syd's post

Cyclone Nargis




http://en.wikipedia.org/wiki/Cyclone_Nargis


tak tahu lah nama Nargis tu amek dari nih;

Nargis was an Indian actress best known for her role as Radha in the Oscar-nominated film Mother India
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2008 10:04 AM | Show all posts
Taufan Nargis: Korban cecah 100,000

YANGON 8 Mei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 01:19 PM | Show all posts
Amukan Nargis
Oleh Rohaniza Idris dan Siti Nuralmizan Aripin




Taufan dikategori bencana amat dasyat yang boleh menyebabkan kemusnahan dan membunuh beribu-ribu nyawa

NAMANYA diambil daripada aktres Hindustan yang amat popular pada tahun 1940-an dan 1950-an, namun amukan taufan Nargis minggu lalu menyebabkan lebih 22,500 rakyat Myanmar terkorban manakala lebih 41,000 lagi hilang.

Pasukan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan melihat mayat terapung di merata tempat. Bencana amat besar dan dahsyat itu juga mengakibatkan keseluruhan kawasan rendah di delta Irrawaddy kini tenggelam sepenuhnya.



Kawasan yang terjejas teruk hanya dapat dihubungi dengan menaiki bot, manakala helikopter gagal menggugurkan bekalan bantuan.

Sekurang-kurangnya sejuta penduduk hilang tempat tinggal dan sebahagian besar perkampungan rosak teruk.

Jumlah kematian dan kerosakan harta benda dijangka jauh lebih besar daripada yang dinyatakan pemerintah Myanmar.





Bahana badai mengganas

TAUFAN yang melanda bukan saja mengorbankan beribu-ribu nyawa malah harta benda berbilion ringgit. Minggu lalu, Taufan Nargis meragut lebih 22,500 nyawa manakala lebih 41,000 orang masih lagi hilang di Myanmar.

Namun apa bezanya taufan Nargis dengan taufan yang berlaku di Amerika, Bangladesh, Filipina dan negara lain. Apa pula beza taufan, ribut, angin kencang dan puting beliung?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, taufan bermaksud angin ribut dan badai manakala pakar meteorologi tempatan menyatakan taufan adalah bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan manakala laluannya jauh dan hayatnya panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan.



Kebiasaannya, taufan dikenali sebagai Hurricane di kawasan Utara, Carribean dan Teluk Mexico, manakala panggilan typhoon biasanya digunakan untuk bahagian Barat Pasifik seperti Jepun, China dan Filipina.

Siklon tropikal pula merujuk kawasan di Lautan Hindi yang melanda negara seperti India, Bangladesh dan Indonesia.

Mengikut istilah meteorologi, taufan ditakrifkan sebagai enjin haba atau satu sistem tekanan rendah, selalunya terbentuk di kawasan tropika yang akan mengganas apabila sampai ke pantai sehingga mampu membunuh beribu-ribu nyawa dan menyebabkan kemusnahan berbilion ringgit.

Bagaimanapun, sebelum taufan ini mampu membawa bencana besar, ia hanyalah ribut tropika dengan kelajuan angin antara 64 kilometer sejam (km/j) dan 118 km/j. Ribut itu digelar Taufan apabila kelajuan angin itu meningkat melebihi 118 km/j.

Taufan mampu menghasilkan haba 200 kali ganda kadar penghasilan elektrik oleh manusia bersamaan dengan ledakan 10 megaton bom nuklear setiap 20 minit.

Ramai yang menyatakan taufan membawa kepada kebinasaan, namun sebenarnya ia penting dalam sistem pusingan atmosfera bagi memindahkan udara panas dari kawasan Khatulistiwa ke berlatitud tinggi.

Malah, taufan ini membantu kawasan kering. Contohnya, jumlah hujan di Jepun, kebanyakannya disumbangkan oleh taufan. Begitu juga di Amerika Syarikat, Taufan Camille, dalam kategori 5 yang melanda Pantai Teluk Mississippi, pada 1969 menukar kawasan kering itu dan menamatkan krisis air di kawasan berkenaan.

Biasanya taufan membawa beberapa elemen lain seperti ribut dan puting beliung. Ribut adalah kubah air yang besar dan mempunyai kelebaran antara 70 hingga 140 kilometer sejam yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan.

Taufan yang kuat dan perairan cetek akan menghasilkan kadar pergerakan lebih tinggi dan mengancam nyawa serta harta benda terutama di kawasan sepanjang pantai.

Selain itu, hujan lebat datang mencurah-curah dan menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan, manakala angin kencang taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yang tidak kukuh.

Taufan juga boleh menghasilkan puting beliung atau tornado. Kebiasaannya, fenomena puting beliung berlaku di depan sebelah kanan taufan, namun kadangkala kita boleh menjumpai puting beliung ini bersama hujan di tengah-tengah taufan.

Ada sesetengah taufan yang tidak disertai puting beliung langsung. Namun, kajian kaji cuaca menunjukkan kebanyakan taufan memang membawa puting beliung contohnya, taufan Buelah (1967) membawa 141 puting beliung. Kebiasaannya kehadiran taufan bersama puting beliung boleh menyebabkan banyak kerosakan lebih dahsyat.

Selain itu, di Malaysia wujud ribut petir iaitu fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Secara relatifnya ia bersaiz kecil, namun semua ribut petir adalah merbahaya kerana menghasilkan kilat yang berpotensi untuk membunuh manusia.

Hujan lebat dari ribut petir boleh mendatangkan banjir dan tanah runtuh manakala angin kencang dan hujan batu juga dikaitkan dengan sesetengah ribut petir.

Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) menyatakan ribut petir sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh). Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil.

Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan pemeluwapan. Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.

Awan ribut petir yang matang sering kali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai tiga ke lima kilometer dan ketinggiannya melebihi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan dengan purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.

Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang.

Bagaimana taufan terbentuk? Mengikut laman web Pihak Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), taufan bermula dari laut yang berlaku di kawasan persekitaran laut panas yang mana suhu laut yang mencatat suhu melebihi 26 darjah Celsius dengan kedalaman air mencapai 60 meter, ia akan mula membentuk fenomena taufan itu.

Proses pembentukan itu berlaku apabila adanya pusat tekanan rendah yang mana semakin panas air laut dan semakin rendah tekanan di atmosfera yang menyebabkan angin masuk ke dalam lingkungan yang membentuk putaran.

Ini kerana tekanan rendah dan tekanan tinggi yang memperlihatkan tekanan tinggi akan bergerak ke arah tekanan rendah dan pada masa sama, ia ditambah dengan daya putaran bumi atau dipanggil daya coriolis iaitu satu daya pembiasan bumi.

Info



Mata taufan - Dikaitkan sebagai pusat utama sistem taufan. Kawasan mata taufan mempunyai tekanan udara paling rendah dan ia menjadi tumpuan angin kencang di sekelilingnya. Bagaimanapun, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan, menjadikan ia mudah dikesan melalui satelit. Tapi angin sekeliling taufan paling kencang dan awannya juga tebal.


Dinding mata - Panggilan untuk jaluran awam paling tebal di sekeliling mata taufan. Di bahagian ini, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap.


Jalur hujan - Merujuk kepada barisan awan hujan yang tersusun mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan puting beliung tapi ruang antara jalur hujan boleh menjadi tenang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 01:23 PM | Show all posts
Ambil nama aktres, tokoh



MAYAT dan bangkai binatang bergelimpangan selepas barat daya Myanmar dipukul Taufan Nargis pada 7 Mei lalu.

BAGAIMANA taufan mendapat nama dan mengapa nama orang sering dikaitkan dengan bencana alam berkenaan.

Mengikut laporan Pihak Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), nama taufan diberi oleh negara yang terjejas. Negara seperti Filipina dan Jepun yang sering menerima bencana alam itu memberi nama taufan berdasarkan unsur atau identiti taufan yang melanda.

Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan ini. Jawatankuasa Taufan ditubuhkan pada 1968 di bawah pengawasan WMO dan Suruhanjaya Sosiol dan Ekonomi Bagi Asia Pasifik (ESCAP) bagi mempromosi dan menguruskan usaha meminimumkan kerosakan akibat ribut tropika dan taufan di rantau itu.



Malaysia menyertainya pada 1976 yang mana jawatankuasa itu mempunyai 14 negara ahli termasuk Kemboja, Laos, Filipina, China, Hong Kong, Jepun, Macau, Korea Selatan, Korea Utara, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Pada 2000-2001, senarai baru dikeluarkan oleh Jawatankuasa itu dengan setiap negara anggota menamakan taufan dengan menampilkan identiti serantau yang menggunakan nama tempatan serta dipilih daripada nama bunga, makanan, haiwan, ikan, manusia dan sebagainya.

Setiap negara menyumbang 10 nama kepada jawatankuasa itu, bermakna 141 nama setiap pusingan. Penggunaan nama taufan dilakukan secara pusingan mengikut senarai yang disediakan.

Malaysia contohnya mencadangkan nama seperti Jelawat, Sepat, Rusa, Nuri dan Mawar. Nama Mawar yang dicadangkan Malaysia digunakan pada taufan yang melanda Filipina dan Vietnam pada Mei 2005.

Taufan Durian, yang melanda Filipina dan Vietnam pada 2006 pula itu bukan cadangan Malaysia walaupun buah itu dikenali sebagai 慠aja Buah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 11:55 PM | Show all posts

Reply #48 Syd's post

nargis tu..nama dalam bahasa Arab..
nama untuk perempuan.. originnya muslim..
nargis bermaksud bunga.. narcissus..

camni rupanya bunga nargis/narcissus :



harap maklum..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 12:05 AM | Show all posts

Reply #52 Jiman's post

tapi selalunya nama2 taufan ni diamek dari nama2 perempuan..
atau nama2 dalam bible.. atau爊ama2 yg ada kaitan dgn rome/greek..

kalau dalam origin greek, asal nama nargis ni :
Narcissus was a Christian at Rome to whom Paul sent his greetings. He is supposed to have been the private secretary of Emperor Claudius.
Rom 16:11. Bible condordance #3488

makna lain nargis : stupefying (surprisingly impressive as to stun or overwhelm, staggering, astonishing, astounding; shocking with surprise and consternation)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 10:03 AM | Show all posts
tq so much, Jiman (tgk kat jins samsudin plak)

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-5-2008 10:03 AM
tq so much, Jiman (tgk kat jins samsudin plak)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 09:58 AM | Show all posts
229 terkorban taufan di Filipina

BANJIR... Kawasan di Wilayah Iloilo, tengah Filipina banjir selepas dilanda Taufan Fengshen yang juga menyebabkan sekurang-kurangnya 229 orang terkorban dan menenggelamkan sebuah feri, semalam.

ILOILO 22 Jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2008 10:03 AM | Show all posts

Reply #56 Syd's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2008 01:58 PM | Show all posts
Lebih 600,000 diselamatkan akibat taufan di China




DUA anggota polis berusaha menyelamatkan seorang budak berdekatan jeti daripada dipukul ombak kuat selepas taufan Fung-Wong melanda bahagian Wenling, di Wilayah Zhejiang, Taiwan semalam. - Foto Reuters


SHANGHAI: Lebih 600,000 penduduk terpaksa diselamatkan selepas ribut tropika, Fung-Wong melanda barat daya China, awal pagi tadi.

Taufan itu melanda pinggir bandar Fuqing di Wilayah Fujian selepas membadai Taiwan, menyebabkan angin kuat dan hujan lebat dengan dua orang terkorban.

Pihak berkuasa Fujian mengesahkan setakat ini 274,300 sudah dipindahkan ke tempat selamat dan mengarahkan 52,300 nelayan untuk berpatah balik ke pangkalan.

Berpuluh penerbangan juga dibatalkan di Lapangan Terbang Fuzhou.

Jirannya, Wilayah Zhejiang pula, seramai 338,000 penduduk sudah diselamatkan dan mengarahkan 27,600 bot nelayan supaya berlabuh semula, lapor agensi berita Xinhua. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2008 03:07 PM | Show all posts
Taufan Nuri - Taiwan, Utara Filipina diarah berjaga-jaga

MANILA: Taufan tropika yang kini bergerak pantas ke arah Utara Filipina, dijangka melanda negara itu dalam tempoh 24 lagi, lapor Biro Kajicuaca Filipina, hari ini.

Taufan Nuri yang bertiup selaju 120 kilometer sejam dan boleh menjangkau sehingga 150 kilometer sejam, dan sedang bergerak pantas ke arah utara kepulauan Luzon.

Ketua Biro Kajicuaca Filipina, Nathaniel Cruz, berkata Nuri akan melanda pesisir pantai utara Wilayah Cagayan, yang turut mengakibatkan ribut petir yang merbahaya kepada nelayan di laut.

Taufan berkenaan kemudian dijangka menghala ke gugusan pulau Calayan dan Wilayah Ilocos Norte, esok sebelum menyeberangi Laut China Selatan ke Guangdong di China.

Sementara itu, di Taiwan pihak berkuasa negara itu mengeluarkan amaran ribut berkenaan kepada kapal yang belajar di perairan utara.

Jika ribut itu bertahan di kedudukannya sekarang, Taiwan akan dilanda kesan ribut itu pada awal pagi Khamis. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 08:36 AM | Show all posts
taufan, tsunami, ribut, gempa bumi dll tuh SEBENARNYA adalah tentera TUHAN ...
  
hanya ahli sains jer yg mengatakan FENOMENA ALAM,  pdhal semuanya berlaku dgn IZIN TUHAN ...
      
bila tentera2 TUHAN nie dtg, semua xkan selamat, xkira muslim or non muslim, kecuali mereka yg BERADA DI DLM MASJID atau mereka yg  BERADA DI JLN ALLAH ....  
           
teruskan perbincangan ....  

[ Last edited by  sirri_khafi at 20-8-2008 05:36 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-9-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.133631 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list