CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rainbows

Bicara Sang SUFI

[Copy link]
 Author| Post time 13-3-2007 10:12 AM | Show all posts



Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa
Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain
Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang
Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan
Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya
Berhadapan dengan ujian dia tenang
Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur
Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2007 06:11 PM | Show all posts
" Apabila berhadapan dengan ujian,

waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita,
seperti  sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi.

Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.

Setiap takdir Tuhan ada hikmahnya untuk kebaikan manusia itu juga.

Terimalah ujian dari Tuhan secara positif, hati kita akan tenang."


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 01:15 AM | Show all posts

Reply #43 stormbringer's post

apasal saudara sendiri tk terjemaah kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 14-3-2007 01:15 AM
apasal saudara sendiri tk terjemaah kan ...


ha ah betul tu...bila seseorg itu hantar post, sudah tentu dia yg lebih faham dan arif dgn apa yg di post...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 14-3-2007 04:50 PM


ha ah betul tu...bila seseorg itu hantar post, sudah tentu dia yg lebih faham dan arif dgn apa yg di post...


itu ler pasal.... ....aku nih tau sgt apa taktik depa ni.... ...
aku nasihatkan biarlah thread nih, jadi thread yg sejuk2 ajer....
sesuai lah dengan tajuknyer.....

mungkin MOD leh split kat tempat lain.....kan MOD....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 05:04 PM | Show all posts



Bersabarlah agar kita mendapat pahala tanpa hisab.
Redhalah dengan ketentuan Tuhan,  selain pahala, hati tenang.
Bertawakkallah kepada-Nya, selain pahala, agar kita tidak jahat sangka dengan Allah.
Dengan nikmat bersyukurlah, agar Allah tambah lagi nikmat itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-3-2007 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by stormbringer at 15-3-2007 03:01 AM


I thought when I put here the original Arabic text of the letter by Mawlay Ad-Darqawi, perhaps someone in the Forum who knows Arabic can translate it into the Malay language. Unfortunately, I ...


there are many ways for u to give response to my posting....
      sorry if my response make u feel annoying...

Storm, i know u can understand Malay language and without anyone helps u can also translating it....so i am suggesting u to translating it yourself and then we discuss  about it....please make things more simple....

but from my opinion, these types of statement (which u ask us to translate)  are more appropriate if u bring it to a new thread....KEBERSIHAN dalam ISLAM ????...

its need some kinds of explanation to reach the philosophy behinds the words....so it can be more meaningful to all of us...when talk about hygiene, the discussion can covered a lot of things....

[ Last edited by  rainbows at 15-3-2007 10:20 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 11:13 AM | Show all posts


Hati kena jaga, ia adalah wadah.
Rebutan di antara malaikat dan syaitan.
Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya.
Jiwa yang bersih,malaikat yang mengisinya;
iman, ilham, pimpinan insan.
Jiwa yang kotor,syaitanlah yang mengisinya,isinya
keraguan, kekufuran dan was-wasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2007 10:56 AM | Show all posts

Cerita-cerita Ahli Sufi

Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci."

Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'?

Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 01:42 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 15-3-2007 10:04 AM


but from my opinion, these types of statement . . . are more appropriate if u bring it to a newthread . . .


I have followed your advice and moved my posting to a new thread. Insha Allah, I will be adding more excerpts from the letters of Mawlay ad-Darqaawi, qaddasallahu sirrah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2007 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by stormbringer at 17-3-2007 01:42 AM


I have followed your advice and moved my posting to a new thread. Insha Allah, I will be adding more excerpts from the letters of Mawlay ad-Darqaawi, qaddasallahu sirrah.


tq so much storm....
well, it seems that rainbows and storms still need each other to create a lovely environment...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2007 10:25 AM | Show all posts

Sombong sifat mazmumah pertama yang Tuhan ciptakan,
adalah pokok mazmumah
yang membuahkan banyak sifat-sifat mazmumah yang lain
seperti sifat marah, pendendam, panas baran, kasar,
tidak suka memberi maaf, tidak suka meminta maaf,
tidak taat, ujub, riyak, sum`ah, zalim, rasa diri mulia,
tinggi diri, suka bermegah-megah dan sebagainya.

[ Last edited by  rainbows at 17-3-2007 09:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2007 10:44 AM | Show all posts



Rasa takut adalah buah dari cinta.
Rasa takut kepada Tuhan bermula dari rasa cinta kepada-Nya.
Orang yang sedang bercinta,
yang paling ditakutinya ialah kalau putus cinta

-------------

Kerana itu
Orang mukmin hatinya tidak pernah putus mengingati Tuhan



[ Last edited by  rainbows at 17-3-2007 09:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 10:09 AM | Show all posts
AL-Junaid Al-Baghdadi

Apabila beberapa orang murid bertanya kepada guru Al-Junaid, "Bolehkah murid melampaui gurunya dalam bidang kerohanian ini:" Guru Al-Junaid berkata, "Muridku, AL-Junaid telah mencapai ketinggian dalam bidang kerohanian, lebih dari aku"

Al-Junaid berkata:
1. Apabila seseorang meminta beliau melihat seseorang, AL-Junaid berkata, "Semenjak 20 tahun yang lalu, saya cuba sepenuh hati melihat Allah, tetapi tidak berjaya, kenapa pula aku hendak melihat kamu?"

2. Satu hari sedang aku memberi syarahan di hadapan orang ramai, seorang daripada mereka berkata dia tidak faham syarahan itu. Aku katakan kepadanya supaya meletakkan amal ibadahnya selama 70 tahun itu (org tu umur 70 tahun) dan tunduk dengan merendah diri, maka dapatlah faham.

3. Satu hari, seorang daripada pendengar syarahan aku menghadiahkan aku wang 500 dinar (anggran RM150k mengikut harga emas sekarang). Aku tanya kepada dia sama ada dia ada wang lagi untuknya. Katanya 'ada'. Aku tanya lagi, sama ada dia mahu wang lagi. Katanya 'ya'. Maka aku pun menyuruhnya simpan wang yang 500 dinar itu kerana dia lebih miskin dariku. Meskipun aku tidak ada apa-apa, namun aku tak mahu apa-apa lagi. Tetapi dia telah banyak wang, namun dia berkehendakkan lebih banyak lagi.

4. Orang yang takut kepada Allah tidak pernah senyum

5. Lupa mengenang Allah lebih teruk dari azab neraka

6. Orang yang hidupnya bergantung dengan nyawanya akan mati bila nyawa itu bercerai dengan badan. Tetapi orang yang hidupnya bergantung dengan Allah tidak akan mati.

[ Last edited by  eiyoei at 19-3-2007 10:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 12:28 PM | Show all posts
Hati ini khazanah Tuhan.
Bak lautan dalam, menyimpan segala perbendaharaan.
Tidak setiap hati menjadi perbendaharaan.
Hanya hati pilihan, yang selalu dicurahkan `ilmu dan hikmah`.

Madah oleh Abuya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 10:04 PM | Show all posts


Dan janganlah melihat aib
melainkan pada dirimu sendiri
yakinlah memang benar ada aibmu
cuma ia tersembunyi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2007 10:12 PM | Show all posts
Imam As Syaitibi

Sesungguhnya kaum sufi yang sejati itu adalah
orang-orang yang mengikuti perjalanan sunnah,
mereka bukan kaum bidaah,
merekalah golongan yang paling patut menerima pujian dan penghargaan,
merekalah manusia yang paling jauh dari perbuatan bidaah,
merekalah golongan yang paling menjaga soal-soal syariat dan adab-adabnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2007 10:23 AM | Show all posts
Penegasan dari ahli sufi yang sejati :

Ilmu kami ini kami ambil melalui yang hidup dari yang hidup
(maksudnya rantaian sanad guru-guru mursyid hingga sampai kepada baginda RSAW)
manakala orang lain mengambil ilmu mereka itu melalui yang mati dari yang mati
(maksudnya buku dan kitab)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2007 11:16 PM | Show all posts
Kiayai Agung Syaikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi rahimahUllah dalam kitabnya "Nafahatul Miskiyyah" berpesan kepada kita sekalian sebagai berikut:-

"Maka tidak ada satu perkara yang lebih memberi manfaat untuk menerangkan hati serta menyampaikan orang-orang yang menuntut untuk "sampai" kepada Allah melainkan dengan banyak mengingati Nabi s.a.w. dan mengucapkan sholawat kepada baginda kerana bahawasanya dengan tekun dan tetap berbuat sedemikian maka orang itu akan memperolehi cahaya yang banyak dan dengan berkatnya dia akan dapat "berhubung" dengan Nabi Muhammad s.a.w. ataupun dapat berkumpul dengan orang yang boleh menyampaikan dia kepada Nabi s.a.w. dengan syarat dia menjalankan ibadat dan menjauhkan maksiat serta menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik, terutamanya pada akhir zaman apabila kekurangan orang-orang yang menunjuk ajar serta banyak pula campur-aduk berlaku dalam hukum-hukum agama di kalangan orang ramai."
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 21-3-2007 11:16 PM
Kiayai Agung Syaikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi rahimahUllah dalam kitabnya "Nafahatul Miskiyyah" berpesan kepada kita sekalian sebagai berikut:-

"Maka tidak ada satu perka ...



Tak betul le kiayai agung yang kau agungkan itu! Ini ke kiayai yang dikatakan telah ghaib semasa acara perkebumiannya di Klang?

Imam Syafie kata,Ilmu itu penerang hati. Lagi banyak ilmu lagi terang le hati kita. Bila sudah terang,dah tentu kita nampak jalan,apa yang dikatakan jalan yang lurus. Ilmu jugak le yang boleh membezakan yang sesat dan yang lurus.

Betul ke kiayai agung kau tu namanya Syaikh Muhammad bin Abdullah,nampak macam serupa dengan nama Nabi aje....Bukan lain ke namanya?

Al Abuya Syaikh Asyaari bin Muhammad At Tamimi itu keturunan Nabi ke?

Penyanyi, arwah M.Osman itu dikatakan keturunan Nabi dari jalur Hassan bin Muhammad...
Dikatakan jugak kebanyakan Sultan-sultan termasuk Sultan Brunei jugak keterunan Nabi yang boleh dibuktikan dengan salasilah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072524 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list