|
Originally posted by bayi at 7-5-2007 08:47 AM
Semua jemaah haji Tabung Haji telah disediakan doa-doa yg akan dibacakan pada tempat-tempat tertentu. Tapi yang menjadi kemusykilan saya ialah doa ketika setiap pusingan tawaf. Kebetulan semasa ...
muatif tu rasanya free lance yang minta upah jadi kepala. umrah saya yang pertama dahulu saya lari dari kumpulan sebab muatif nak minta "sodaqah sodaqah", selagi tak dapat... berdiri la tunggu tak jalan-jalan.
berkenaan buku panduan doa, masaalah tu kemungkinan saja cerita aje kot, sebab kerajaan arab saudi pun ada beri buku panduan (haji dan umrah) berserta doa semasa masuk ke Arab Saudi (airport). Isinya boleh kata sama saja dgn tabung haji punya kecuali bacaan doanya tu lain sikit. tertibnya sama saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ser3ndIpIty at 6-5-2007 04:46 PM
Nak tanya sikit...
kalau lelaki tuh ada 2 orang isteri, dan dia berkemampuan dari segi kewangan untuk bawak kedua2 isteri nya menunaikan haji... tapi dia putuskan untuk bawak isteri pertama sa ...
bawa kedua-dua isteri atau bergiliran mana-mana pun boleh. susah sangat si-suami pergi jer sorang-sorang. tengok apa komen bini sat dengan bini dua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 naasiha's post
nak tanya...alhamdulillah...kami adik beradik telah dapat berpeluang pergi mengerjakan umrah bersama bunda kami...memang sesungguhnya ia adalah satu pengalaman yang teramat indah dalam hidup saya...walaupun banyak dugaan yang menimpa dan keindahannya tetap banyak..
baru saya faham kenapa orang yang dah pergi mengerjakan haji atau umrah menjadi agak bakhil...dah kumpul duit sebab nak pergi lagi dan lagi dan lagi....
tapi agak malang sikit, jemaah kami tidak mendapat ajaran practical secara khusus...sesampai kami di Mekah, kami diajar sekali saje oleh salah seorang jemaah yang pernah melakukan umrah disebabkan muassassah yang dikhususkan untuk rombongan kami telah diambik oleh rombongan lain...
jadi kami sekeluarga hanya berpandukan pada buku-buku yang diberikan dan banyak keshilapan yang saya rasa kami dah lakukan...antaranya..harap ustaz tolong perjelaskan kesangsian saya ini...
1) semasa istilam di pusingan tawaf yang kedua dan seterusnya...kami hanya mengucup tangan dan melambai ke hajarul aswad tanpa memusingkan badan
2) salah seorang kakak saya mencium hajarul aswad sebelum tahallul...adakah perlu membayar dam kerana hajarul aswad disirami minyak wangi
3) selepas tawaf wada...semasa berjalan ke arah bas, kakak saya melalui deretan kedai dan telah membeli sekotak inai...dan ibu saya pula membeli sepasang selipar kerana seliparnya telah dicuri...adakah perlu dilakukan tawaf wada sekali lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tambah satu pengalaman lagi...
sekarang ni bagi mencium hajarul aswad...ada sekumpulan lelaki dan perempuan remaja Indonesia yang menjadikan ia sebagai satu perniagaan...salah seorang jemaah kami tertipu sebanyak RA200 hanya untuk dapat mencium hajarul aswad...semasa dalam pusingan tawaf akan ada salah seorang dari mereka yang bertanyakan samada kita mahu dibantu untuk mencium hajarul aswad...mereka akan mengatakan yang mereka ikhlas tetapi selepas selesai 5 orang dari mereka akan memaksa kita membayar RA200 sebelum melepaskan kita...
ada sekali tu saya dibantu oleh kakak-kakak saya untuk mencium hajarul aswad...saya ditanya oleh kumpulan ini...saya menolak dan akhirnya saya hampir mati tercekik apabila semasa muka saya menghampiri hajarul aswad, kakak saya nampak seorang dari jemaah wanita Indonesia ni menarik pakaian saya...kakak saya cuba membantu tetapi mereka ada 5 lelaki dan 5 wanita yang bekerja sepenuh masa di situ...menolak dan menarik kedua kakak-kakak saya...
jadi berhati-hatilah dengan mereka ini....
[ Last edited by cantthinkofany at 7-5-2007 02:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Niat Haji Labbaikallahumma Hajjan ?
Assalamu'alaikum.
Ada tak sesiapa yang pernah belajar ketika berihram nak niat haji tu "Labbaikallahumma Hajjan" and niat umrah "Labbaikallahumma 'Umratan". Biasanya "nawaitu hajjan....." kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 28-5-2007 10:12 AM
Niat macamana pun boleh.
betul lah........tapi i nak tau ada siape pernah belajar niat mcm ni tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 EddyAdy's post
Labbaikallahumma Hajjan/umratan = aku datang kerana mu ya allah untuk mengerjakan haji/umrah.
nawaitu hajjan/umratan = sahaja aku mengerjakan haji/umrah.
(lebih kurang macam tu maksud dia).
Dua-dua pun ada dalam buku. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 11-6-2007 06:05 PM
Labbaikallahumma Hajjan/umratan = aku datang kerana mu ya allah untuk mengerjakan haji/umrah.
nawaitu hajjan/umratan = sahaja aku mengerjakan haji/umrah.
(lebih kurang macam tu maksud dia). ...
Mengikut ilmu aku yg sedikit ni , ia adalah ucapan talbiah yg pertama-tama selepas kita ihram.kemudian baru diikuti dgn talbiah yg biasa
wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kita sebut labaikallahumma hajjan atau umratan otomatik dia jadi niat. Walaupun kita kata dia talbiah yang pertama sebelum talbiah biasa.
Ni yang kengkadang kena hati-hati... ada yg pi talbiah macam ni labaikallahumma umratan, tapi sebelum tu dia niat Nawaitu hajjan. Ni nak kira macam Haji Qiran yang asalnya haji ifrad. Tapi dia pi ikut talbiah orang haji tamattu'. Yang masaalahnya.... tak boleh rreverse. "oooopppsss silap.... sori... I buat semula"....... malangnya haji tiada silap-silap, mesti go ahead. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 cantthinkofany's post
1) semasa istilam di pusingan tawaf yang kedua dan seterusnya...kami hanya mengucup tangan dan melambai ke hajarul aswad tanpa memusingkan badan
Jawab : tidak mengapa tidak memusing badan ke arah Hajarul Aswad sewaktu tawaf kedua dan seterusnya. Juga kita disuruh mengisyaratkan tangan sahaja bukan mencium tangan. Sekiranya kita boleh jamah hajarul aswad barulah kita mencium tangan kita tetapi sekarang sebelum tahallul kita tidak boleh jamah hajarul aswad kerana telah diletakkan minyak wangi..
2) salah seorang kakak saya mencium hajarul aswad sebelum tahallul...adakah perlu membayar dam kerana hajarul aswad disirami minyak wangi
Jawab : Sekiranya kakak anda tidak mengetahui atau lupa maka itu di maaflkan tetapi kalau kakak anda tahu dan dia jamah juga kerana dilihatnya ada peluang melakukan demikian maka kakak anda perlu bayar dam.
3) selepas tawaf wada...semasa berjalan ke arah bas, kakak saya melalui deretan kedai dan telah membeli sekotak inai...dan ibu saya pula membeli sepasang selipar kerana seliparnya telah dicuri...adakah perlu dilakukan tawaf wada sekali lagi?
Jawab : tidak perlu dilakukan tawaf wada`.Wallaahu `aa`lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 bayi's post
" Semua jemaah haji Tabung Haji telah disediakan doa-doa yg akan dibacakan pada tempat-tempat tertentu. Tapi yang menjadi kemusykilansaya ialah doa ketika setiap pusingan tawaf. Kebetulan semasa sayamengerjakan haji dulu, bersama rombongan kami ialah seorg warga Mesir(doktor yg kerja dgn Kem Kesihatan - tapi buat haji secara peribadibukan bertugas sebagai pegawai perubatan). Saya betul-betul berada dibelakang muatif utk tawaf tersebut (org Arab). Dari perbualan di antaraMuatif dan warga Mesir tersebut... muatif mengutuk Tabung Haji keranaguna doa-doa tertentu dalam setiap pusingan tawaf tu.. ini bidaah sbbRasulullah SAW tak buat katanya... takde doa tertentu... yg ada hanyaRasulullah suruh berdoa ikut suka hati kita... doalah apa saja... Bukansaya nak sokong mazhab dia org... tapi melihat senario kat Mekah nibila buat haji.. banyak benar amalan bidaah dan khurafat yg dilakukanoleh jemaah haji terutama sekali dari Asia Selatan dan Indon... mungkinsbb tu dia org tak suka...."
Masalah bacaan sewaktu tawaf dan Sa`i.
Sebenarnya saya dah terangkan diatas. Dalam masalah ini memang benar buku Tabung Haji tidak memenuhi sunnah Nabi.
Diantara sunat 2 Tawaf ialah :
MEMBACA DZIKIR DAN DOA YANG MAA`THUR KETIKA TAWAF
Disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa yang disukai tanpa terikat dengan dengan zikir dan doa tertentu sebagaimana yang terdapat didalam kebanyakan buku panduan haji dan umrah, malah sekarang ini adabuku-buku yang digantung dibahu untuk memudahkan jemaah membacanya..Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini bahawa dalam hal ini tidak ada zikir atau doa yang dikhususkan oleh syara` bagi setiap kali tawaf dan sa`i sebagaimana yang diamalkan oleh jemaah-jemaah haji dan umrah dengan membaca bacaan yang berlainan bagi tujuh kali tawaf dan sa`i. Amatlah besar kesalahan sekiranya menganggap bacaan-bacaan ini lah yang mesti dibaca dan bersumber dari Nabi صلى الله عليه وسلم . Sekiranya tidak beranggapan demikian maka tidak mengapa membaca doa-doa dan bacaan tersebut. Sepatutnya pengarang buku-buku panduan haji dan umrah termasuk buku tabung haji hendaklah menjelaskan bahawa bacaan yang di tulis dalam buku yang mereka karang adalah hanya untuk siapa yang suka membacanya dan ianya bukanlah wajib. Memang kita tidak nafikan doa-doa dan zikir yang terdapat dalam buku panduan haji dan umrah itu bagus maknanya dan banyak yang bersumber dari hadith Nabi tetapi doa-doa itu adalah bersifat umum . Yang menjadi masalah ialah ramai jemaah yang menganggap hanya itulah doa yang mesti dibaca manakala doa yang lain tak boleh. Dalam masalah ini saya selalu mendengar rungutan jemaah bahawa mereka merasa amat bimbang kerana belum melancar lagi bacaan-bacaan yang terdapat dalam buku-buku itu dan ada yang terpaksa menangguhkan pemergian umrah dan haji. Oleh itu amat menyedihkan dan merugikan kerana begitu ramai yang membuang masa dan tenaga untuk mengingati bacaan-bacaan itu,sejak mula ianya direkakan !
Disamping itu terdapat juga jemaah yang membaca doa pada pusingan pertama terpaksa memutuskan bacaannya kerana sudah sampai ke pusingan berikutnya. Kemudian mereka membaca pula doa dipusingan itu .Inimenyebabkan doa yang dibaca dipusingan yang sebelumnya terputus dan mungkin maknanya boleh berubah kerana doanya dibaca tidak habis ( baca sekerat sahaja ). Ada juga yang tak berapa tahu membaca dalam bahasa arab tetapi masih mahu cuba membacanya dan ini mungkin maknanya boleh berubah. Kepada mereka ini kita nasihatkan supaya membaca dengan bahasa mereka sendiri.
Di dalam melaksanakan ibadat menurut contoh Nabi صلى الله عليه وسلمumat Islam diarah dan diperintah agar mengikuti baginda صلى الله عليهوسلم ,tiadalah banyak ragam bacaan Nabi صلى الله عليه وسلم sewaktu tawaf dan sa`i selain beberapa bacaan yang mudah dihafal dan senang pula diingat.
Kerana itu contohilah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan seandainya ada bacaan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 bayi's post
Sanbungan
Di pusingan keempat hingga ketujuh ( untuk tawaf qudum dan Ifaadhah, manakala dalam tawaf yang lain di setiap pusingan ) membaca :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ عَمَّا تَعْلَمْ وََ أَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَم اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 bayi's post
Sanbungan
Kata Ash Sheikh Abu Muhammad Al Juwaini رحمه الله : |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ibnur's post
Niat tempatnya di hati, ada pun melafazkannya adalah sunat sewaktu Haji kerana Nabi Sallaahu`alaihi wasallam melafazkannya sebagaimana tersebut dalam hadith sahih.
Memang betul lafaz niatnya ialah "Labbaikallahumma Hajjan" untuk haji dan lafaz niat umrah "Labbaikallahumma 'Umratan".
Ada pun lafaz niat " nawaitul hajja waahramtu bihi lillaahi ta`ala ", sebenarnya itu lafaz yang di sebut olih ulama-ulama` rahimahumullah dalam kitab mereka. Sebab itulah terdapat juga ulama` yang tidak bersetuju dengan lafaz niat yang sedemikian kerana tiada warid dari Nabi Sallallaahu`alaihi wasallan. Malah ada juga ulama yang keras yang menganggap melafazkan niat " nawaitul hajja waahramtu bihi lillaahi ta`ala " adalah bid`ah kerana vukan begitu yg dilafazkan Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam.
Pendapat saya eloklah kita melafazkan "Labbaikallahumma Hajjan" untuk haji dan untuk umrah "Labbaikallahumma 'Umratan", kerana dengan lafaz itu lah yang diucapkan Nabi Sallallahu`alaihi wasalam. Wallahu `aa`lam.
[ Last edited by naasiha at 23-6-2007 08:26 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang begitulah lafaz niat org Saudi... saya tengok dlm CD haji dan dlm internet.... terpulanglah kpd kita... yg penting niat. Sesungguhnya setiap perkara itu berdasarkan niat.
Bagus naasiha dan ibnur... teruskan komitmen anda... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah dah ada treade ni..
saya cadang nak p umrah this ramadhan.. insyaALlah
jazakumulllahu khoiron |
|
|
|
|
|
|
|
naikkan balik thread ni. very informative. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Bersama Tabung Haji: Rekod perubatan bantu urusan haji
PERJALANAN ke Makkah untuk mengerjakan haji adalah salah satu perkara ditunggu bagi semua umat Islam. Ia adalah kemuncak kepada perancangan dan persediaan yang dibuat selama beberapa tahun bagi kebanyakan bakal jemaah.
Mengerjakan Haji adalah rukun Islam kelima dan wajib dikerjakan bagi orang Islam yang mampu dari segi kewangan dan berupaya secara fizikal dan mental.
Ketika musim Haji, jumlah pengunjung ke Makkah mencecah lebih dua juta orang dari segala pelusuk dunia. Dengan bilangan jemaah yang ramai ini, banyak masalah kesihatan yang mungkin timbul, tambahan pula cuaca yang berlainan di Tanah Suci berbanding dengan cuaca kita di sini.
Justeru, amat penting bagi bakal jemaah menyiapkan diri untuk menjamin kesihatan diri dan seterusnya memudahkan kelancaran perjalanan haji.
Di dalam artikel ini akan kita perkatakan mengenai persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Tanah Suci, apakah cabaran bakal dihadapi di sana dan apa yang perlu dilakukan bagi menjaga kesihatan kita ketika di Tanah Suci.
Bakal haji perlu memahami keadaan di tanah suci kerana ia sangat berbeza dengan keadaan di negara kita. Perbezaan paling ketara adalah dari segi perubahan cuaca. Walaupun musim haji dijangka pada musim sejuk, purata suhu pada waktu siang adalah 30 darjah Celsius dan waktu malam 18 darjah Celsius.
Jemaah Haji akan menempuh cuaca berbeza dari tanah air kerana cuaca di Tanah Suci pada tahun kebelakangan ini sudah berubah khususnya cuaca di Madinah adalah sejuk terutama bagi tempoh sebelum wukuf, manakala di Makkah cuaca sejuk selepas wukuf. Hawanya pula berdebu dan kering.
Suhu di Madinah ketika musim 1427 H adalah antara 3 hingga 14 darjah Celsius. Bakal Haji dinasihatkan supaya menyemak keadaan suhu di media massa sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kadangkala terdapat hujan yang mungkin menyebabkan kelicinan pada lantai di masjid. Oleh yang demikian, Jemaah Haji diminta berhati-hati ketika hendak pergi atau balik masjid.
Ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal seperti sai, tawaf dan melontar. Jemaah Haji bermalam di Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan kelengkapan tempat tidur dan tandas yang paling asas. Oleh kerana bilangan jemaah yang ramai, maka untuk melaksanakan sesuatu ibadat itu akan mengambil masa panjang.
Jemaah juga terpaksa berulang-alik ke masjid kerana jarak tempat penginapan dengan masjid adalah di antara 50 hingga 700 meter. Ringkasnya jemaah haji terpaksa berjalan kaki sama ada untuk menunaikan ibadat atau urusan peribadi ketika di Tanah Suci.
Keadaan bangunan penginapan yang tinggi lebih kurang 10 tingkat boleh memuatkan jemaah haji antara 1,000 hingga 3,000 orang dan bakal jemaah harus membiasakan diri dengan keadaan tempat penginapan sebegini. Mereka perlu bersabar berkongsi tandas dan menggunakan lif.
Peraturan Haji Arab Saudi mewajibkan semua bakal haji menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan akuan doktor, sebelum diluluskan visa haji untuk pergi ke Arab Saudi bagi menunaikan fardu haji.
Bakal jemaah dinasihatkan agar jangan menyembunyikan penyakit yang mereka hidap semata-mata untuk mendapat kelulusan pemeriksaan kesihatan. Dengan pemeriksaan kesihatan yang sempurna maka penyakit boleh dikesan daripada awal dan kita boleh memastikan bahawa penyakit itu mendapat rawatan yang sepatutnya.
Apa yang kita harapkan adalah segala penyakit mendapat rawatan yang optimum di sini supaya bakal jemaah sihat ketika di Tanah Suci dan dapat melakukan ibadat Haji dengan sempurna.
Bakal haji yang menghidap penyakit berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lelah hendaklah memberitahu doktor supaya dicatatkan semua penyakit dan rawatannya ke dalam Buku Rekod Rawatan untuk rujukan di Tanah Suci nanti.
Dalam hal ini, eloklah bakal jemaah sendiri meminta atau memperingatkan doktor supaya merekodkan segala butir mengenai penyakit kerana perkara ini mustahak, khususnya pada waktu kecemasan di Tanah Suci.
Golongan yang dinasihatkan agar menangguhkan pemergian ke Tanah Suci adalah seperti berikut:
Gila, tidak siuman, nyanyuk dan tidak tahu menjaga diri;
Kencing manis dengan tanda atau gejala yang tidak terkawal seperti kencing kerap, sentiasa dahaga, kerap mengalami serangan hypoglisemia (kurang gula dalam darah) dan paras gula yang sentiasa tidak stabil;
Kencing manis dengan komplikasi yang mengancam nyawa seperti kegagalan buah pinggang dan gangrene kaki;
Darah tinggi tidak terkawal dengan komplikasi yang mengancam nyawa seperti kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar;
Sakit jantung dalam keadaan berbahaya contohnya 'unstable angina', selepas serangan jantung;
Sedang menghidap penyakit berjangkit;
Wanita hamil;
Penyakit kanser dalam peringkat teruk dan berbahaya.
Pastikan buku rekod rawatan anda lengkap diisi oleh doktor dan segala tambahan atau perubahan dos ubat-ubatan mestilah dicatat di dalam buku.
Jemaah dinasihatkan membawa bekalan ubat yang mencukupi bagi sepanjang musim haji dan buku rekod rawatan hendaklah sentiasa berada di dalam beg galas dan dibawa bersama-sama.
Ini adalah untuk memudahkan urusan sekiranya berlaku kecemasan. Perlu dinasihatkan bagi bakal haji yang menghidap penyakit jantung atau penyakit lain dan memerlukan ubat khas; ubat ini hendaklah dibawa ke Tanah Suci, kerana dikhuatiri ubat `khas' itu tidak dapat diperoleh dari Klinik Malaysia atau farmasi di Tanah Suci.
INFO
Halangan kesihatan ke Makkah
Gila, tidak siuman, nyanyuk dan tidak tahu menjaga diri
Kencing manis dengan gejala tidak terkawal dan paras gula sentiasa tidak stabil
Kencing manis dengan komplikasi yang mengancam nyawa
Darah tinggi tidak terkawal
Sakit jantung dalam keadaan berbahaya contohnya 'unstable angina', selepas serangan jantung
Penyakit berjangkit
Wanita hamil
Penyakit kanser
(Disediakan oleh Dr Azah Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga, Poliklinik Komuniti Tanglin, Kuala Lumpur) |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti Perlis Tak Setuju Kursus Haji Terlalu Lama
KUALA TERENGGANU, 17 Ogos (Bernama) -- Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kursus haji yang terlalu lama boleh menimbulkan salah faham orang ramai bahawa mengerjakan ibadat itu adalah sukar.
Beliau berkata bakal haji akan keliru kerana kursus yang diadakan itu memakan masa sehingga berbulan-bulan malah ada sehingga setahun sedangkan mengerjakan ibadat haji sebenarnya mengambil masa hanya beberapa hari sahaja.
"Ada penasihat haji, masjid atau ustaz yang menokok tambah ajaran menyebabkan orang ramai terpaksa menghafal pelbagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis yang sahih.
"Ada yang menetapkan bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf sedangkan dalam hadis, hanya dua atau tiga tempat sahaja yang ada bacaan dalam mengerjakan tawaf," katanya kepada pemberita selepas membentangkan dua kertas kerja pada program Munaqashah Fikru Al-Islami siri kelima di sini hari Khamis.
Mohd Asri juga menegur penasihat haji atau ustaz yang mengambil kesempatan menjual buku atau bahan bacaan tertentu kepada bakal haji sedangkan ramai daripada mereka yang hendak mengerjakan haji tidak mampu menghafal pelbagai bacaan yang ditokok tambah itu.
"Jangan menyusahkan perkara yang mudah," katanya.
Beliau berkata jika kursus haji diajar secara profesional dan disampaikan dengan kemas dan mudah difahami, ia boleh dilakukan dalam beberapa jam sahaja.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|