|
tak nak sambung dah ke |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 10
..China GateRestaurant...
"Kita nak dinner sini ek?"
TanyaIzy sekadar berbasa basi. Walhal sudah terang lagi bersuluh mereka akanmakan malam di situ memandangkan Faiq sedang membetulkan parking.
"Takderlaa... kitorang jer nak dinner sini.. ko kena tunggu jaga keta" jawab Dean sinis
Izy mencebik disambut gelak tawa yang lain.
"Ouwhh.. kerek ko yerr... takper..."
"Tuhlaa.. dah tau lagik mau tanya ka?" balas Dean diselangi dengan sisa baki tawanya.
Sewaktu menunggu di hadapan restoran, tetiba sebuah Eclipse biru mengambil parking betol2 di hadapan Izy berdiri.
Macam takda tempat lain ko nak parking. Buat silau mata aku jer.
GumamIzy dalam hati sambil melindungi matanya dari silau lampu keretaterbabit. Izy menjeling sekali lalu tatkala drivernya turun dari keretaberkenaan.
Macam hensem.Hmmpphh.. patotlaa macam bagos jer. Orang hensem mmg perasan bagos.. nyampah haku.
MakiIzy lagi di dalam hati. Nak maki terang-terangan tak berani lah pulak.Yerlaa.. dia kan kat tempat orang... tak kenal sesapa pulak tuh..huhuhu.
Sudahnya dia membontoti Dean dan yang lain2 mengambil tempat di dalam restoran berkenaan.
Perut yang lapar harus diisi segera! Tambah2 lagi selepas perjalanan jauh yang mengambil masa berjam2. Masih terbayang2
pakcik yang duduk di sebelahnya di sepanjang perjalanan.
BaunyaYa Rabbi!!! Punyalaa tengik卪acam orang tak mandi berhari2. Agaknyabetolberhari2 tak mandi.. selebet smacam rupanya.. ala2 homeless ja.Konfem aku tannak naik dah Greyhound nih..serikkk!! Dahlaa main freeseating jerr |
|
|
|
|
|
|
|
bencinyaaaa... apahal server niiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sebaMed at 6-7-2010 18:31
hehehe... tetiba teringat padal novel yg tergendala sbb kejutan busy yg melampau masa tu..
lama betol... 2007 tuu...
anyway, saya cuba sambung balek... tapi kalau nak letak RP camna ek? kena PM pada mod ke?
nak kena letak disclaimer gak ni...
sbb story ni dah lama berlalu... so semua details dah nampak tak nampak.. so akhirnya, semua ikut imaginasi saya aje... rekaan semata2... detail semua dah ke laut... hahaha
semua nama tempat, nama orang, kalau ada sama... hanyalaa kebetulan semata2....
**************************************************************************************************
Episod 11
24 Disember 2004
"Isk.. nih sapa yg mandi bersepah nih??!!"
Izy dan Dean yang sedang asyik berborak sambil breakfast terdiam seketika. Pandangan terarah ke ruang depan dari mana datangnya suara itu.
Fiz ke tu? Mandi bersepah?
Sedang Izy dan Dean bertukar pandangan penuh tanda tanya, Yuni masuk ke ruang dapur kecil tu dengan riak muka penuh makna.
"Weih, sapa yang mandi last tadi?" tanya Yuni
"Err... aku kot?" balas Izy perlahan, serba salah.
"Ko niiih, ko mandi camna habis basah bilik air?" leter Yuni
Terdiam Izy sebentar. Tatau apa yang perlu dijawab. Kalau dah mandi, mmglaa basah kan? Alamak, aku silap guna bilik air ke?
"Apsal Yuni? Fiz mengamuk ke?" sampuk Dean sambil menjeling ke arah Izy. Kesian pulak dia melihat muka Izy yang merah padam menahan malu berbaur serba salah tu.
Yuni mengeluh sambil melabuhkan punggung di sebelah Dean. Sambil mengunyah french toast, dia menyambung gosip di pagi hari.
"Takdalaa mengamuk, cuma sedikit bengang je. Lantai bilik air luar bath tub tu abis basah. Jenuhlaa dia nak kena cuci lantai mengemop bagai balek"
"Sory...." tu je yang mampu Izy ucapkan. Sungguh dia tak senang duduk. Rasa malu pun ada. Manalaaa dia tau prosedur mandi bilik air mahal2 ni.
"Ko mandi tak tutup shower curtain ke?" tanya Dean ingin tahu.
"Giler ko tak tutup, tutup aaah" balas Izy, masih berdebar dgn gosip pagi itu.
Macam mana nakberdepan dengan Fiz nih?
"Dia tutup, tapi shower curtain tu dibiar di sebelah luar tub, bukan dalam, sebab tu air boleh tempias keluar...." sampuk Yuni
"Alaa... korang... manalaa aku tau, serius aku tak sengaja laa...."
"Alaa.. dahlaaa... bukannya dia sengaja, kot common sense sekalipun.. ko kena ingat Yuni, sometimes, common sense is not so common tau" Dean mencelah cuba meredakan suasana sambil membela Izy.
Kesian dia melihatkan wajah Izy yang merah padam, macam nak nangis pon iye.
"Eh, ko nak ke mana pulak tu?" tegur Yuni seraya melihat Izy bingkas menuju ke ruang depan
"Ermm.. tadi ko ckp Fiz kena cuci bilik air kan? Aku nak gi tolong dia laa..takkan nak buat tak tahu pulak..."
"Isk... takyah2... meh duduk balik, Fiz tengah cuci masa kita dok bergosip tadi, pastu dia terus nak mandi"
"Tapi...."
"Ala.. takda apa2 laa... Fiz tu kejap je bengangnya, lepas mandi dia oklaa tu..."
Dengan keluhan berat, Izy kembali duduk menyambung hirup hot chocolate.
Sungguh dia tak sengaja nak menyusahkan tuan rumah. Baru 4 bulan dia hidup dibumi asing ni, banyak lagi yang perlu dipelajari tentang budaya dan cara hidup di Amerika. Dan dalam proses pembelajaran itu, dia harus redha kiranya ada mata2 yang memandang sinis tentang cara hidupnya yang mungkin dianggap kekampungan walaupun selama dia hidup di Malaysia, dia cuma tinggal di kampung bila balek kampung atuk dan nenek aje.
Ceh... tetiba plak.. konon nak kata ko bukan budak kampung laaa yer Izy? Blaahh... koh koh koh
Apa nak buat, bukan mudah nak biasakan diri tambah2 bagi dirinya yang dirasakan masih mentah tentang kehidupan dan belum sempurna akalnya. Bak kata Dean,sometimes.. common sense is not so common... redha ajalaa Izy.. manusia belajar daripada kesilapan kan? Haih....
|
|
|
|
|
|
|
|
go sebamed go....
thank for the new story.... |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah best...
mesti IZY ngan mamat kerek tue...
pape pun kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik tuan umah ingat nak balik umah....so teruskanla...kasi sampai habis...jgn sekerat2..potong tau...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sebaMed at 7-7-2010 14:47
Episod 12
24 Disember 2004
"Weih, tak thrill langsung laa main ngan korang. Baling snowball lembik macam tak makan setahun"
Izy menggetap bibir. Geram dia dgn komen tak sayang mulut si budak kerek. Sapa lagi kalau bukan Afraz. Memang mulut takda insurans.
Memandangkan hari tu masing2 malas nak ke mana2, jadi Amir cadangkan mereka main snowball fight aja kat padang belakang rumah. 4 on 4.
Izy, Dean, Yuni, dan Amir satu team.
Zafrul, Muiz, Adi, dan Afraz pulak lagi satu team.
Fiz dan Faiq malas nak join. Mainan budak2 kata mereka.
Dari awal start main baling2 snowball tak henti2 Izy, Dean, dan Yuni kena serang. Nak harapkan Amir untuk defend diorang tiga mmglaa parah, paling2 pon dia boleh tolong buat serangan balas je. Terkekek2 geng jejaka2 kesepian melihatkan gelagat mereka bertiga bersusah payah nak mengelak dari kena serang. Macam2 gaya ada.
Seronok betol budak berempat tu membuli. Amir yang team up dengan diorang pon tak pasal2 kena tempias.
"Tak boleh jadi ni... kita kena pasang strategi. Licik betol derang ngelak. Sakit hati aku" ngomel Dean disambuut anggukan beria dari Yuni dan Izy.
Yes.. gang jejaka kesepian harus diajar. Terutama sekali si budak kerek Afraz. Nak aja aku sumbat snowball ni dalam mulut dia!!
Ketepek!!
Tak sempat Izy nak menyuarakan idea sebijik snowball terkena tepat di bontotnya.
Dub!! Dusshh!!
Dua lagi snowball menyerang sisi Dean.
Nasib menyelebahi Yuni bila dia berjaya mengelak serangan Zafrul.
Waahh!! Bengang betol mereka bertiga. Tambah2 Izy yang kena serang di bontot.
Siot betol aahh!!! Sejuk gila ooyyyy!!!!
"Errr... sory Izy, aku target Yuni tadi. Tersasar pulak... heh heh" macam tak ikhlas aje ucapan maaf si Afraz.
That's it!!! Ni dah betol2 mencabar kesabaran aku nih!! Berani ko yer.. siap ko lepas ni!!
"Camni, memandangkan ko yang paling fail buat snowball mantap, biar aku ngan Yuni buat, ko baling je" cadang Dean dan terus dipersetujui Izy dan Yuni tanpa banyak soal.
Maka bermulalah episod membalas dendam. Menjadi jugak idea diorang bila sorang demi sorang geng jejaka kesepian terkena balingan maut Izy. Puas hati mereka bertiga!!
Ketepek!!
Tersenyum Izy bila sebijik snowball terkena tepat ke muka Afraz. Dan belum sempat Afraz nak menarik nafas baru.. sebijik lagi snowball kena tepat ke hidung mancungnya.
Dan Izy tersengih sampai telinga pabila buat kali ketiganya snowball landing baik punya kat muka si budak kerek. Dean dan Yuni pulak melompat2 sambil hi-five.
Yeslah!! Berjaya!! Amik korang!! Berani buli kitorang lagik
Tercungap2 Afraz mencuri nafas. Merah padam mukanya menahan sejuk ais dan bengang kena serang 3 kali berturut2.
Zafrul, Muiz, Adi, dan Amir terkekek2 ketawa. Rasa nak guling2 je atas snow tengok Afraz kena serang macam badut sarkas. Serius kelakar!!!
Dub!!
Terhenti tawa mereka semua dikejutkan bunyi yang agak kuat diikuti jeritan kecil Izy.
"Izy!!" Dean pantas mendapatkan Izy yang terduduk di atas snow. Tangan Izy erat memegang dahi dengan riak wajah yang jelas cuba menahan sakit yang perit.
Afraz terpempam.
Macam mana pulak boleh kuat sangat kena? Aku baling macam biasa je?
"Weih, ko baling iceball ek?" jerit Adi
Iceball? Alamak.. yer ke?
Agaknya dalam keadaan bengang tadi, dia tak sedar yang dia ada mengepal ice.. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks syasya and shahrinas, suka2 aje nih, bahasa pon tunggang langgang, bukan reti sangat nak olah ayat.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik tuan umah ingat nak balik umah....so teruskanla...kasi sampai habis...jgn sekerat2..potong ...
allamanda Post at 6-7-2010 17:12
hehehe.. insyaAllah tak lupa balik rumah dah |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sebaMed at 7-7-2010 14:50
Episod 13
24 Disember 2004
Mata Izy tak lepas memandang si budak kerek yang dengan muka selambanya mengambil tempat duduk berdepan dengannya.
Macam tak ada tempat lain ko nak duduk.. tolonglaa sedar betapa menyampahnya aku nak mengadap muka ko sekarang ni. Nak2 plak masa nak dinner sekarang ni, tolonglaaa blah. Buat mati selera aku je.
"Aku belanja ko makan"
Tersentak kejap Izy.
Budak kerek ni nak belanja aku?
"Nak belanja?"
"Yerlaa... errr, tadi dahi ko kan yang kena? bukan telinga? takkan boleh buat pekak pulak?" selamba aje muka si Afraz mengiyakan offernya.
"Eh tak payah, nanti sampai ke anak cucu aku ko ungkit. Apahal pulak ko nak belanja aku? Kot yer pon aku sengkek, takdalaa sampai takda duit nak makan" bentak Izy dalam nada marah yang terkawal. Makin meluap2 rasa menyampahnya terhadap Afraz.. kereknya menjadi2.
Amboi2!! Dahlaa cederakan aku.. ada hati nak kerek lagi!
Nasib baik dahi aku sekadar lebam. Kalau berdarah tadi, mau aje aku hancur2kan keta Eclipse dia tuh!!
Kali ini Afraz tersenyum kecil. Kelakar betol minah ni. Kot ye pon, tak perlulaa kot mengaku sengkek? Sungguh lurus bendul.
"Yerlaa.. sorylaa pasal kes tadi. Aku serius tak sengaja. Aku belanja ni tanda nak mintak maaf laa ni.. manalaa aku tau snowball tu dah jadi separa ais... takkanlaa aku saja2 nak cederakan ko" ujar Afraz lembut.
Sungguh dia rasa bersalah tatkala melihat Izy menyeka air mata sambil mengusap2 dahinya lepas kena serangan snowball kerasnya petang tadi. Juga tak dapat dilupakan jelingan garang Yuni dan Dean ketika membawa Izy masuk ke dalam rumah.
"Tuhlaa ko, dengan perempuan pon nak main kasar. Kalau cenggini gayanya, alamat ntah bila laa ko nak ada awek" bebel Yuni. Geram betol dia dengan insiden petang tadi. Baginya Afraz betol2 melampau!
"Alaa.. kan aku dah cakap.. aku tak sengaja laaa..." perlahan aja suara Afraz cuba meraih simpati.
Izy diam mencuka. Malas dia nak layan budak kerek di depannya.
"Oklaa.. kalau tannak aku belanja, apa nak buat. Bagus jugak.. save duit aku" akhirnya Afraz bersuara ala2 merajuk
"Eh sapa kata aku tannak? Laju je ko ek?" bidas Izy
"Erk.. bukan tadi ko ke yang kata tak payah?" perlahan Afraz menjawab sambil tersenyum simpul
Mak oii... sweetnya ko senyum! Ahh.. sweet tapi kerek. Membazir betol...
"Itu tadi, sekarang aku dah tukar fikiran" balas Izy sambil buat muka toye
Hisk!! Bengang mmg bengang.. tapi rezeki mana boleh ditolak.. lagi pulak aku mmg tengah sengkek pon!
Afraz hanya tersenyum melihat gelagat Izy. Kartun betul minah ni. Kartun yang cute! |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 14
25 Dis 2004
Pagi2 lagi Fiz dan Faiq dah keluar. Katanya ada plan dengan teman2 sepejabat. Izy, Dean, dan Yuni pulak dihantar ke rumah Amir and the gang.
"Korang, aku dgn Amir nak keluar beli barang masak. Tengah hari ni aku masak tomyam orite? Err.. korang nak ikut ke?"
"Takpa, kitorang stay je sini.. nnt ko dah balek, kitorang tolong ko kat dapur" pantas pulak Dean menjawab. Tak sempat Izy nak beri sebarang response.
Sebaik sahaja kelibat couple bahagia tu hilang di pandangan, Izy menyiku Dean
"Apsal ko tak cakap kita nak ikut? Apa hal nak stay ngan bebudak ni kat sini, dahlaa baru kenal.. serba tak kena aku dibuatnya" ngomel Izy dalam nada berbisik
"Alaa.. aku tengok muka Yuni tadi pon, dah dapat baca dia ajak2 ayam aje. Dia nak pegi dating ngan Amir laa tu. Malas laa aku nak kacau daun.. lagipon aku tengok member2 si Amir ni takda laa jenis tak semenggah... ko jangan risau laa" bisik Dean kembali
"Err.. ko yakin?" duga Izy.. terbit juga rasa risau di hatinya.
Serentak mereka berdua mencuri pandang ke arah member2 serumah Amir yang baru nak masuk 2 hari mereka kenal.
"Apa korang bisik2? Pandang2? Kot yer pon kitorang nih jejaka kesepian, janganlaa usya kitorang cam perogol bersiri pulak" selamba aje Zafrul berkata2 sambil buat muka serius. Afraz, Muiz, dan Adi tersengih2 melihat wajah Izy dan Dean yang merona merah.
Dean hanya mampu tersengih kerang busok, sedaya upaya cuba nak cover rasa malu dan nervous ditegur macam tu. Giler apa buat lawak macam ni. Izy pulak terus mengalihkan pandangan ke arah katalog di tangan. Ntah apa yg dibeleknya pon tatau. Yang pasti dia pon sama macam Dean, nervous dengan lawak spastik si Zafrul. Nasib baik mereka duduk dekat dengan pintu keluar yang memang sentiasa terbuka luas. Apa2 hal senang nak cabut lari.
Dari ekor matanya, Izy nampak mereka berempat sedang mengatur langkah menghampiri dia dan Dean.
Dup dap dup dap jantung dibuatnya.
Nak lari? Ke tannak? Nak jerit ke? Ibuuuu.... maafkan anak daramu ini. Memang tak patut aku join Dean datang kat sini. Kalau tak sahih dah sekarang ni aku tengah syok beradu kat hostel. Hwaaaaa!!!
"Hoi!"
Hampir tercampak katalog di tangan.
Siot betollaa jejaka2 kesepian ni. Main sergah2 pulak.
Terkekek2 mereka berlima ketawa.
Eh.. lima?
Chist.. rupanya Dean pon turut ketawakan dia.
"Ko nih, relakslaaa.. kitorang nih budak2 baik tau. Tak patut betol ko bersangka buruk ngan kitorang yang hensem nih" usik Adi
Izy hanya senyum teragak2.
"Korang dulu sekolah mana?" tanya Muiz memulakan perbualan dan sesi berkenalan dengan lebih lanjut pon bermula di antara mereka bertujuh.
Dari ke satu topik ke satu topik. Makin mesra dan riuh mereka berborak diselangi gelak tawa apabila ada yang buat lawak spastik.
"Cop, apa nama penuh korang?" tanya Afraz secara tiba2 sambil memandang ke arah Izy
"err.. Durratul Izyani.. " jawab Izy teragak2. Apa hal tetiba tanya nama penuh pulak ni
"Aku Alisa Diana. Apa hal tetiba tanya nama penuh?" tanya Dean. Dia pon turut pelik dengan soalan out of nowhere si Afraz
"Saja je, senang aku nak tilik keserasian jodoh nanti" selamba Afraz menjawab dengan muka toye
Izy hanya mencebik. Walaupun baru sekejap kenal, dia dah masak dengan perangai jejaka2 kesepian tuh semua yang tak abis2 dengan lawak spastik mereka.
Lawak ke? Tak kelakar pon!
"Sukahati ko je kan nak tilik budak2 ni. Kot ye pon kesepian, cuba2 laa kontrol sikit. Tanyalaa dulu diorang nih dah ada yang punya ke belum. Err.. korang dah ada bf?" sampuk Muiz sambil tersengih2 memandang mereka berdua.
Spontan Dean dan Izy ketawa dengan soalan tak terjangka dek Muiz. Ceh, konon2 nak marah Afraz laa.. sekali dia pon sama aje! Haih.. kalau dah namanya lelaki....
"Aku single and available, bolehlaa korang nak cuba2 isi borang. Si Izy ni tak dapatlaa nak nolong. Dari Malaysia lagi dah ada orang cop"
Tetiba Afraz bingkas bangun. Berlari2 dia menuju ke tangga tingkat atas. Ntah apa kenanya pon tatau laa.
Nak terkencing ke?
"Haa.. camtuh rugilaa ko Izy. Lepas ni kitorang belanja Dean ajelaa. Dah takda maknanya lagi dah nak belanja ko. Membazir je haaa"
Izy hanya mencebik mendengar gurau si Muiz. Tak kuasa dah dia nak melayan. Pandangan dialihkan ke kaca tv. Zafrul baru sahaja turn on PS2 dan second controller dihulurkan kepada Adi.
"Lepas ni ko main dgn aku pulak ek?" offer Muiz pada Dean
"Oriteee.. takdalaa boring sangat nak tunggu budak berdua tuh balek" sambut Dean sambil tersengih
Chist.. dah takda sapa nak layan aku? Sebab aku dah ada bf? Ni mmg betol2 jejaka kesepian... hampeh kobau betul...
Pandangan dialihkan ke tangga seraya mendengar deruan tapak si Afraz.
Aik? Gitar?
Tak sampai berapa saat, Afraz dah kembali bersila di hadapannya. Senyuman yang terukir di bibir membuatkan Izy tak senang duduk.
Pleaselaa jgn senyum sweet2 sangat dgn aku.. karang kalau aku cair kan parah??
"Ok, ko nak aku mainkan lagu apa?" tanya Afraz beriya2.
Terpinga2 Izy dibuatnya. Separuh dirinya terkejut dgn tindakan spontan Afraz. Separuh lagi agak cair. Tak pernah lagi seumur hidupnya ada lelaki yang offer nak mainkan gitar. Inilah kali yang pertama. Hensem pulak tu! Isk.. tengah mimpi ke apa aku ni?
"Cepatlaa.. aku tunggu ko request ni" gesa Afraz.
Budak2 lain yang tengah asyik layan Gran Turismo, seolah2 tak sedar aksi ala2 mengayat si Afraz. Takpon mereka malas nak amik port. Biarlaa si Romeo test skill nak tebang balak. Kot2 berjaya, kuranglaa sikit jumlah jejaka kesepian kat rumah tu. Dan Izy masih lagi terpisat2, tak tau nak response apa. Mukanya blur. Sungguh dia terkesima!
Afraz mengeluh.
"Ok takpe, mungkin ko terkejut sbb aku yang hensem ni tiba2 nak mainkan gitar untuk ko. Takpa2.. dimaafkan. Tapi, sbb aku dah niat nak main gitar untuk ko, aku pick sendrik ek lagu?"
Ak ela.. sempat pulak ko puji diri sendrik.
Dari muka yang blur, riak Izy kini bertukar menjadi jelik. Afraz pulak buat2 tak nampak aje. Apa nak buat, dah memang dari sekolah lagi, dia mmg jenis muka berkulit tebal!
Dan irama More Than Words mula mengisi ruang tamu yang tak sebesar mana tu. Dan paling tidak disangka2, Afraz turut menyanyikan lagu romantis itu sambil tersenyum memandang Izy. Tergelak Izy dibuatnya.
Kelakar betollaa mamat ni. Tatau aku nak label dia kerek or sewel. Ntah ke hapa2 ntah. Haih... alangkah indahnya kalau Faris telefon dia di kala ini sambil menyanyikan lagu nih.
"Ok tak aku nyanyi?" tanya Afraz mematikan ingatan Izy terhadap Faris.
"Aik? ko nyanyi suku jalan je.. dah tanya ok ke tak?"
Afraz tergelak kecil.
"Memanglaa suku jalan, dah banyak tu je yg dia belajar dgn aku smalam" sampuk Zafrul. Sempat pulak mamat tuh menyampuk. Tapi matanya tetap tak lepas pandang ke skrin tv.
"Eheh.. kantoilaa pulak" ujar Afraz tersipu2 malu
Sekali lagi pecah tawa Izy dek gelagat budak kerek perasan di hadapannya. Tawanya segera beransur reda apabila menyedari renungan Afraz yang tak beralih daripada menatap wajahnya.
Aisey.. apa kes tenung2 pulak ni
"Oii.. baru tinggal kejap dah mesra korang yer"
Phew... lega hati Izy apabila melihat kelibat Yuni dan Amir. Terselamat dia daripada situasi yang janggal antara dia dan Afraz.
Pantas dia bangun menyambut separuh daripada beg2 plastik di tangan Yuni dan bergegas ke dapur. Yang pastinya, dia masih keliru dan tertanya2 dengan apa yang baru berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm...citer baru lagi.....
best nyerrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Afraz nie nak usha si Izy erk... |
|
|
|
|
|
|
|
wah..cite baru..best2..trskan... |
|
|
|
|
|
|
|
best...
nak n3 lagi blh... |
|
|
|
|
|
|
|
Afraz nie nak usha si Izy erk...
allamanda Post at 7-7-2010 09:34
nanti episod 16 baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih semua yg membaca... terharu den cerita tunggang langgang ni pon ada yg sudi nak baca
tapi kena stop jap, sbb kena repair satu episod yg lepas.. kesilapan fakta yg agak besar... hahahaha.. tuhlaa akibatnya sbb campur kisah org tu, kisah org ni.. last2 abih bercanggah fakta .. malu den... sapa yg sedar kesilapan yg besar tu... harap maaf yer... saya tercuai... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|