CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Maideen.

All About Lina Joy [merged: everybody yeah]

 Close [Copy link]
Post time 13-4-2006 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by pakcik_d7668 at 13-4-2006 06:46 PM
oh ya baiduri...nama asal dia azlina jailani ek.

betul tu mahathir:setuju:

Pakcik masih  ingat  lagi   kes  natrah  1950  tu...   ketika  Dr. Burhanuddin memimpin org2  melayu  dan  islam , menuntut supaya  Natrah  dikembalikan kepada  keluarga angkat , Aminah bt Mohammad ...  itu  perjuangan  utk  mengembalikan  Natrah  kepada  islam ...  org2  islam  bersatu   padu  ...
Jika  org  islam  bersatu   di  bawah  jamaah  ...  saya  rasa   tak  ada  org2  islam  yg  murtad  ...   pujuk  Lina  Joy   ni  kembali  kepada islam ...
ada  sukarelawan   yg  menawarkan  diri   utk  mengajar  islam    ....  menunjukkan  nilai2  murni  ...    Lina Joy  takkan  murtad  ...

tapi ada    pada  hari  ni  ..  Lina  Joy  murtad   dia  harus  dibunuh ...  itukah  islam  ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2006 08:21 PM | Show all posts
dalam hal ini tidak ada salah Lina Joy
meminta status Islam dipadam sebab
dia sudah sah murtad! harus diingat
org Islam tidak semesti Melayu!!!
namun bagi org Islam sendiri,
patut muhasabah diri utk membendung perkara sebegini drp
berleluasa!

prfftthhhh
ps: ajaran Ayah Deen lagi bahaya drp
ajaran Ayah Pin!

[ Last edited by  biezie_slalu at 13-4-2006 10:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 08:24 PM | Show all posts
biler dia murtad..tanggungler azab dia kat akhirat nantii..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 08:36 PM | Show all posts

Jika kamu tergelincir (tersesat) sesudah datang kepada kamu beberapa keterangan, maka ketahuilah bahawasanya Allah itu Maha Gagah lagi Maha Bijaksana



Tidak ada yang mereka lihat (tunggu) selain daripada Allah yang akan mendatangkan azab yang terkandung dalam naungan awan, dan yang akan didatangkan oleh Malaikat - dan berlakulah apa yang sudah ditentukan (dihukumkan). Dan kepada Allah dikembalikan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:11 PM | Show all posts
AN setuju dgn Bai dan mGX..kelemahan orang islam sendiri.

Atau mungkin kah mubalih2 kristian atau orang2 kristian dilihat oleh Lina Joy ini berada dijalan yg betul, dari apa yg dilihatnya ada pada orang islam itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 13-4-2006 08:11 PM
AN setuju dgn Bai dan mGX..kelemahan orang islam sendiri.

Atau mungkin kah mubalih2 kristian atau orang2 kristian dilihat oleh Lina Joy ini berada dijalan yg betul, dari apa yg dilihatnya ada pa ...

Sebab   org  islam  ni   mudah  menjatuhkan  hukum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2006 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 13-4-2006 09:24 PM

Sebab   org  islam  ni   mudah  menjatuhkan  hukum

Bukan kerana nak kan "Batang " ker??:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by acura at 13-4-2006 08:26 PM

Bukan kerana nak kan "Batang " ker??:hmm:

Itu  andaian   ko  ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2006 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 13-4-2006 09:24 PM

Sebab   org  islam  ni   mudah  menjatuhkan  hukum


Ni pung andaian....:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:38 PM | Show all posts
Originally posted by acura at 13-4-2006 08:33 PM


Ni pung andaian....:pmuka:

  Ini  buktinya  ...   bahawa  org islam  suka  menjatuhkan hukum

Originally posted by jpl_fan at 13-4-2006 07:24 PM
biler dia murtad..tanggungler azab dia kat akhirat nantii..


boleh   jamin  ke  Lina Joy   dikenakan  azab  ....
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 13-4-2006 09:41 PM | Show all posts
kes natrah ada perbezaan yang nyata dengan kes ni mGX...
dalam kes natrah, ada unsur pemaksaan,tapi dalam kes ni tuan punya diri sendiri yang mengistiharkan bahawa dia telah menukar agama dan atas usahanya tu kita dapat lihat akan kesungguhannya.

pakcik nak tahu, adakah boleh lina joy memohon melalui mahkamah syariah untuk menukar agama?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 13-4-2006 03:58 PM
Salam semua,

Berita yang terbaru ini sudah tentu akan membuat orang yang perasan sebagai pejuang Islam tidak senang.

Maideen tidak akan terkejut jika ada ada 'intelek' Islam yang akan mengem ...


Aku dok tengah pikiaq... dalam Mykad dia... JPN dah tukar nama dia dari Azlina Jailani jadi Lina Joy... pasni mungkin JPN bagi tukar agama dia dari Islam jadi Kristian.... pastu JPN nak tukar bangsa dia dari Melayu jadi apa pulak sebab dalam perlembagaan Melayu mesti Islam..... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by pakcik_d7668 at 13-4-2006 08:41 PM
kes natrah ada perbezaan yang nyata dengan kes ni mGX...
dalam kes natrah, ada unsur pemaksaan,tapi dalam kes ni tuan punya diri sendiri yang mengistiharkan bahawa dia telah menukar agama dan atas ...

betul   tu  pakcik  ...  tapi  semangat   org2  islam  ketika   itu...di  bawah   satu  jamaah   ....matlamat   tanak  org islam  ni  murtad
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 09:51 PM | Show all posts
13 April, 2006 20:24 PM     

Buang Perkataan "Islam" Dalam Kad Pengenalan: Lina Joy Dibenar Merayu


PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Seorang wanita yang mengaku keluar daripada agama Islam hari Khamis dibenarkan merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan sebuah mahkamah yang menolak permohonannya untuk menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, sebulat suara memberi kebenaran kepada Lina Joy, yang nama dalam sijil kelahirannya ialah Azlina Jailani, untuk merayu selepas memutuskan bahawa isu asas dalam kes itu mempunyai kepentingan awam dan keputusan mahkamah mengenai perkara itu adalah demi kepentingan awam.

"Kami sebulat suara berpendapat isu asas terlibat dalam kes ini ialah perkara asas umum yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ini," kata Ahmad Fairuz yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Richard Malanjum dan Hakim Datuk S. Augustine Paul.

Mahkamah akan menentukan tiga soalan perundangan untuk dihujahkan dalam prosiding rayuan yang akan didengar pada tarikh lain.

Satu daripada soalan itu ialah sama ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhak daripada segi undang-undang untuk mensyaratkan Lina mengemukakan sijil atau perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengisytiharkan beliau sebagai murtad dalam permohonannya untuk membuang perkataan Islam dari kad pengenalannya.

Dua lagi soalan ialah sama ada JPN adalah betul dalam melaksanakan kuasanya mengikut Peraturan 4 dan 14 Peraturan Negara 1990 untuk menguatkuasakan syarat itu apabila ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan itu dan sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan perkara berkaitan keluar daripada agama Islam.

Pada 19 Sept, tahun lepas, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan Lina untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan beliau untuk membuang perkataan "Islam" dari kad pengenalannya atas alasan tindakannya keluar daripada agama Islam tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam yang lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Faiza Thambi Chik, memutuskan pada 23 April, 2001 bahawa sebagai seorang Muslim, Lina tidak boleh mengisytiharkan keluar daripada agama Islam dan isu itu patut diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Majlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua pengarah JPN Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad merupakan responden dalam saman itu.

Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan peguam Lina, Datuk Dr Cyrus Das, peguam kanan persekutuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mewakili kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah JPN dan Sulaiman Abdullah, peguam Majlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dr Das berkata persoalan yang akan ditentukan ialah isu kepentingan awam melibatkan hak asasi seorang warganegara, yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan buat pertama kalinya.

Katanya Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah muktamad untuk membuat keputusan mengenai isu perlembagaan dan bukannya Mahkamah Syariah, yang hanya mengendalikan perkara berkaitan agama.

"Lina dibiarkan terabai. Beliau diminta berbuat sesuatu yang tidak boleh dilakukan," katanya.

Umi Kalthum membantah permohonan kebenaran itu dengan menyatakan murtad terletak dalam bidang kuasa undang-undang Islam dan patut dikendalikan oleh Mahkamah Syariah.

Beliau berkata isu asas umum pentadbiran undang-undang yang digunakan oleh Lina telah berulang kali diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sulaiman berhujah orang Islam tidak boleh menggunakan "kaedah pintu belakang" untuk mengelak daripada pergi ke Mahkamah Syariah untuk mengisytiharkan keluar daripada agama Islam.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 13-4-2006 10:12 PM | Show all posts
jadi, lina joy ni tak mohon melalui mahkamah syariah la ya?

pakcik nak beri pandangan lebih2 pun pakcik kurang arif dalam hal ni. lebih2 lagi kalau melibatkan hal akidah ni. cuma pakcik takut dan bimbang perkara macam ni terjadi pada anak2 kita nanti.

zaman sekarang ni dah sampai tahap menuntut peristiharan keluar Islam, walaupun kita memang tau dan sedar sebelum ni, berapa ramai yang Islam hanya pada nama sahaja.

bila berlaku kes macam ni, ramailah yang tersentak...dan ramailah yang menghukum. sedangkan selama ni kita pun sedar dan tahu, ada melayu sekeliling kita yang Islam hanya pada nama dan dalam Mykad sahaja. dan lebih malang lagi kalau 'sekeliling kita' itu termasuk lah dalam golongan ahli keluarga kita sendiri. sebab kalau tak silap pakcik dalam Quran pun Allah s.w.t dan nyatakan supaya kita jaga ahli (keluarga) kita dari api neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 10:23 PM | Show all posts
Sebab tulah Pakcik awal2 AN dah kata..kalau nak dihukum..hukumlah hakim yg membenarkan rayuan ini, kenapa perlu hukum sesiapa disini?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2006 10:48 PM | Show all posts
Aku pernah terbaca satu kisah benar.. aku tak tau cerita itu pasal Lina Joy atau orang lain..
    Seorang lelaki muslim berkahwin dengan wanita cina/kristian yang convert to islam. Anak pertama mereka (perempuan) baru berusia setahun. Lelaki itu meninggalkan isterinya. Oleh kerana tiada bimbingan, wanita itu kembali ke agama asal. Anak perempuannya pula membesar tanpa agama. Tetapi status ISLAM itu kekal ada dalam IC. Apabila sudah dewasa, anak perempuan ini ingin berkahwin dengan pemuda Kristian. Oleh kerana status ISLAM pada IC maka lelaki itu dikehendaki memeluk islam supaya mereka boleh berkahwin. Lelaki tersebut enggan memeluk islam. So perempuan tersebut menganggap perkataan ISLAM tersebut hanya bebanan baginya kerana dia pun tak pernah kenal ISLAM.
Adakah Lina Joy mengalami situasi yang sama?? atau cerita itu adalah mengenai Lina Joy sebenarnya.?  sapa yang tahu??

[ Last edited by  Brader_Jon at 13-4-2006 10:50 PM ]
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 13-4-2006 10:49 PM | Show all posts
hmm..nampaknya kuasa mahkamah syariah dalam menentukan hal ni belum jelas lagi la ya?

[ Last edited by  pakcik_d7668 at 13-4-2006 10:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 11:37 PM | Show all posts

Reply #50 mahathirGX's post

kalo dia x bertaubat gak..of course dia dikenakan azab...i believe on that..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by jpl_fan at 13-4-2006 10:37 PM
kalo dia x bertaubat gak..of course dia dikenakan azab...i believe on that..

Hanya Tuhan  Maha Mengetahui ....
pinta hidayah petunjuk  utk Lina Joy...
sama2  kita  doakan  utknya
supaya  kembali  kepada   Islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065383 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list