Suzuki Swift 1.5 CKD dilancarOleh Hizral Taziff Hisham
MODEL BARU TEMPATAN: Mohd Khamil (dua dari
kiri) ketika pelancaran Suzuki Swift 1.5 CKD
di Kuala Lumpur, semalam.
SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) melancarkan model Suzuki Swift 1.5L pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang DRB Hicom di Pekan, Pahang.
Model yang dijana oleh enjin M15A VVT DOCH 1,490cc itu didatangkan dalam dua varian iaitu 1.5 transmisi automatik (A/T) serta 1.5 A/T Premier, dan akan berada di pasaran mulai Ogos ini.
Ketua Eksekutif Suzuki Malaysia Automobile, Bastamam Hamzah, berkata Suzuki Swift terbabit adalah model pertama dikeluarkan di kilang berasaskan kimpalan robotik bernilai RM20 juta di Pekan.
揔ami yakin Suzuki Swift yang dipasang di dalam negara akan memenuhi standard kualiti tinggi yang diharapkan pembeli kereta di negara ini, |