|
Originally posted by Syd at 31-7-2007 12:27 PM
oh yea
juri dari malaysia lom tahu sape lagi
bang ramli kena conduct the orkestraaaa
hehehe
Etika berpakaian patut diberi perhatian ketika muncul di pentas siaran secara langsung
SEBELUM Zubir bercerita mengenai perkara yang agak sensitif minggu ini, Zubir ingin mengucapkan tahniah kepada Jaclyn Victor (Jac) dan OAG apabila mengungguli gelaran Ikon Malaysia bagi kategori solo dan berkumpulan di Pentas Ikon Malaysia Akhir di Putrajaya, minggu lalu.
Kedua-duanya akan mewakili Malaysia di Pentas Ikon Asean dalam pertandingan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 12 Ogos ini. Zubir doakan agar Jac mahupun OAG akan membawa kejayaan besar kepada negara, Insya-Allah.
Bekas Ketua Juri Pentas Ikon Malaysia, Ramli MS pada malam itu akan bertindak sebagai Pengarah Muzik kepada 65 pemuzik orkestra iaitu jumlah terbesar dalam penganjuran pertandingan nyanyian di negara kita setakat ini. Muzik gerenti meletup!
Pentas Ikon Asean juga bakal menggunakan 100 peratus markah daripada juri profesional untuk menilai kemampuan vokal Ikon Malaysia, Ikon Filipina dan Ikon Indonesia apabila tiada lagi 30 peratus pilihan peminat menerusi undian SMS (Khidmat Pesanan Ringkas).
Berbalik kepada malam kemuncak Pentas Ikon Malaysia pada 28 Julai lalu, penganjurnya seperti Astro Ria, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Ikon Media Group, pastinya menghela nafas lega apabila tiada keputusan yang dipertikaikan dan peminat menerimanya dengan hati terbuka.
Pun begitu, apa yang hendak Zubir perkatakan di sini ialah mengenai pakaian salah seorang penyampai hadiah pada malam itu iaitu Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Sagul yang dilihat begitu santai apabila dia sekadar mengenakan jeans dan berkemeja putih tanpa tali leher ketika muncul di pentas pada siaran secara langsung Pentas Ikon Malaysia.
揂lamak Zubir, Pentas Ikon Malaysia dah grand malam tu, lampu, stage semua dah okey. Tapi, satu saja yang saya lihat tak berapa kena apabila salah seorang penyampai hadiah kat atas pentas tu, nampak 憇empoi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|