CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gilakentang

Penjelasan gambar siswi muslim memegang babi & anjing

[Copy link]
Post time 5-9-2007 03:46 PM | Show all posts
Menjawab hujah 'BABI' Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin
Posted on Tuesday, August 28 @ 13:32:19 MYT by greenboc

Oleh by2mie

"


Pensyarah Melayu ini, iaitu Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenarnya di dalam
tulisannya. Umat Islam marah bukan soal pegang, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi. Umat Islam Melayu khususnya, dari dulu, kini dan selamanya mengajar anak-anak mereka jijik dengan anjing dan babi sebab itu satu pendidikan untuk memahamkan mereka babi dan anjing itu hukumnya haram. Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk boleh faham orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana hukum agama Islam telah menetapkan begitu. Maka mereka perlu menghormati agama Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap kita.
Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Anjing dan babi haram maka mendekatinya juga dilarang. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan adab yang diajar oleh Islam.
Bukankah anjing dan babi itu NAJIS BERAT. Baiklah, jika NAJIS SEDERHANA macam tahi manusia atau tahi haiwan mahu tak pelajar ini bergambar dan berposing sebelah tahi tersebut sebagaimana gambar mereka dengan babi? Apa yang boleh kita katakan jika pelajar ini bergambar ceria di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri. Bolehkah kita senyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test? Cukupkah kita hanya katakan tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja. Mana akhlak dan adab kita?
Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar Islam bertudung dan bergambar dengan penuh ceria di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sedang membuat kajian.
Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis Islam bertudung menari dan berjoget bersama lelaki di atas pentas sambil menyanyikan lagu rock atau gadis-gadis bertudung yang ikut berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira melihat artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan sahaja. Ini kah trend yang ingin kita jadikan budaya?
Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa akan menyangkal. Tetapi soal bagaimana kita melayannya telah diajar oleh Islam. Syaitan ciptaan Allah tetapi dilayan dengan laknat. Manusia ciptaan Allah dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah dilayan mengikut kegunaannya.
Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan sekalipun apabila berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa yang lain ada batasnya.
Belajarlah sehingga PHD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik lupakanlah untuk merasa bangga dengan PHD yang dimiliki.
Percayalah jika trend ini berlarutan orang bukan Islam akan menganggap tiada apa larangan orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis ini. Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah ini dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang diajar guru mereka.

Ulasan Greenboc

petikan dari albalagh.net



Jadi penggunaan sarung tangan adalah salah satu cara untuk tidak mewujudkan sentuhan secara terus kepada binatang itu. Sudahkah langkah itu dilaksanakan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by arnabkiut at 5-9-2007 15:29


bile agama di permain2 kan...
yg HARAM TETAP HARAM...
tkder pengecualian laaa...aphal lak pegang tk haram makan haram..??
pandai2 jelaa korang mainkan hukum tuhann.......kalo dh dlm quran  ...


akak setuju dgn arnabkiut... dorang nih dah mcm model posing dgn khinzir lakkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by beez at 5-9-2007 03:46 PM

Bukankah anjing dan babi itu NAJIS BERAT. Baiklah, jika NAJIS SEDERHANA macam tahi manusia atau tahi haiwan mahu tak pelajar ini bergambar dan berposing sebelah tahi tersebut sebagaimana gambar mereka dengan babi? Apa yang boleh kita katakan jika pelajar ini bergambar ceria di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri. Bolehkah kita senyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test? Cukupkah kita hanya katakan tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja. Mana akhlak dan adab kita?
Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar Islam bertudung dan bergambar dengan penuh ceria di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sedang membuat kajian.
Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis Islam bertudung menari dan berjoget bersama lelaki di atas pentas sambil menyanyikan lagu rock atau gadis-gadis bertudung yang ikut berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira melihat artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan sahaja. Ini kah trend yang ingin kita jadikan budaya?

btullah tu....

nak jijik ngan babi pun kesian...dia pun menatang...

nak buat baik ngan babi pun berpada....

so berserderhana...

mungkin laa silap diorang sebab nak tunjuk yg kita patut kasihi semua binatang...sampai diorang ter over..

kita semua amek pengajaran... .
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 06:24 PM | Show all posts
TUler mmg over berposing sakan pegang anjing n babi tu.. Nthalah cam bangga jer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 08:32 AM | Show all posts
budak2 sekarang ni lebih bangga buat benda haram n nak menunjuk2...seperti dah tak der landasan agama....dah tu pakai tudung pulak....atleast hormat lar sikit agama kita....ko nak bangga buat aper


aku pun heran lar ngan budak ppuan pegang babi tu kat avatar tu....bangga semacam jer,....padahal pegang benda haram  

nak kata cetek ilmu study sampai ker u........
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 09:38 AM | Show all posts

Reply #34 innova77's post

kan dah aku tulis sebab-sebab bela anjing.  kat kg sekarang ni dah banyak monyet, khinzir hutan dan hantu rayau malam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2007 11:42 PM | Show all posts
komen mufti perlis berkenaan student Vet yg pegang khinzir:

http://www.youtube.com/watch?v=kB5cyEHaWb4
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 01:06 AM | Show all posts
hai... laju je masing2 nk menghalal @ mengharamkan sesuatu

hati2... jgn sampai mengharamkan apa yg dihalalkan.. Allah tempelak golongan2 mcm ni

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung" (QS 16: 116)

yg mengharamkan sentuh babi dan kata ada larangannya dlm Quran, tolong berikan nas yg berkaitan... jgn ckp sesedap rasa jer

sdgkan haiwan hasil anjing buruan pun halal dimakan.. air liur anjing tu x najis ker?

[ Last edited by  naj13 at 11-9-2007 06:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 01:33 AM | Show all posts
maaf la kalua ader yang tak puas hati...

memang dari segi sensitiviti nye, mereka yang berada dalam gmbr tu tak sensitif pada keadaan sekeliling, tgkp gmbr camtu, ceria, mmg pelik, dgn babi pon leh tgkp camtu...

dorg tu vet, student vet, so memang dorg kena deal macamtu, dorg ni memang kena pergi ke kandang tu dalam berapa minggu tah, macam intern @ dokter pelatih  wat posting kt lab, sbb dorg belajar benda tu...


x haram pegang babi, yang haram mkn dagingnya... klu kita pegang kita boleh samak, sbb babi tu najiz mughalazah, plg berat


dorg tgkp gmbr dengan babi ni, pada saya la, cam excited kot, dok g ladang2 ni, first time pegi, macam budak medic la, tgkp gmbr dgn cadaver@jenazah, masa fisrt year, sbb excited tgk pertama kali...


kalau vet kan x berkaitan dgn manusia, so dorg tgkp la gmbr dgn haiwan yg dorg ke ladang tu...


mesti setiap kali dorg g ladang haiwan ape pon dorg tgkp gmbr...

macam stdt matrik dok belah tikus, then tgkp gmbr, macam tu la dorg...

yg jadi masalhnya, sbb dorg tgkp dgn babi, then siapa la yg tak bertanggungjawab siarkan gmbr tu, x baik, mengaibkan, tak tau la niat yg edarkan tu ape...


niat dorg mgkn hanya nk wat 'kenangan' sbb penah ke sana, itu je...



tapi cam x sesuai la seorang islam tgkp gmbr dgn binatang tu... terkejut jugak, tmbh muka dorg cam excited, but then tak dosa pon dorg tu...


ingat satu je, yang haram klu mkn daging dier, bukan sentuh dier, kalau lelaki sentuh perempuan bukan muhrim tu haram, tu dosa, xmo la pulak nk siarkan klu pegang2 tgn tu...


pandangan saya... maaf kalau ader yang terpukul...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 08:11 AM | Show all posts

Reply #49 azz_azza's post

hmmm... betul tu azz.... kdg2 sesetengahnya melatah tak kena tempat....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:00 AM | Show all posts
Jgan main2 dgan hukum DR oiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:37 AM | Show all posts
alangkah molek nya klu budk tu pakai sarung tgn..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:30 AM | Show all posts

Reply #24 innova77's post

Kesimpulan : pegang babi/anjing = harus
                  pegang tgn laki pompuan yg belum berkahwin = haram
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #50 indah1285's post

tu la IN, macam2 sekarang, benda yg tak sepatutnya haram memegang dikatakan haram,,, ambil pengajaran je dr semua ni... jgn melatah cepat sgt, kita tgk dr sudut lain la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 07:20 PM | Show all posts
manusia nie pelik sungguh arr................. pegang babi & anjing tampak jijik........... tapi takde lak depa jijik dgn laki & pompuan bukan muhrim berpegang tangan...... alahai manusia.......... hipokrit nak mampus.......!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 4-9-2007 09:58 AM
pegang anjing + babi boleh geli.....  salam lelaki + perempuan tak geli pulak !!!


aje bebenor ibnur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2007 04:00 PM | Show all posts

Reply #55 Acong's post

agree..sesangat..  
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 11:15 PM | Show all posts
camne kalau kiter ade seorg kawan yg minat kat babi?? maksudku dia minat kat patung babi ar..dia tak makan or sentuh... masalahnya sampaiikan di biliknya pun ada patung itu, di begnya pun tergantung patung itu..a:@ :@ . nak tahu bole ker kiter minat kat patung macam ni???? tak terpengaruh ker nanti???
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by zasieka at 13-9-2007 11:15 PM
camne kalau kiter ade seorg kawan yg minat kat babi?? maksudku dia minat kat patung babi ar..dia tak makan or sentuh... masalahnya sampaiikan di biliknya pun ada patung itu, di begnya pun tergant ...


patung babi ke patung barbie?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 02:27 AM | Show all posts
patung babi la...:@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.562697 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list