|
Reply #37 GasTrick's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 GasTrick's post
hehehe.. , best lar eksperimen2 ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
mimpi..
semalam kroit ada bermimpi..orang kata mimpi adalah mainan tidur, jangan kisahkan sangat..tapi mimpi ni benar2 membuatkan saya resah gelisah..
saya tertidur di atas kerusi di ruang tamu, kemudian saya bermimpi, saya sedang tidur di ruang tamu rumah juga, tiba2, saya didatangi oleh 2 orang lelaki..kemudian salah seorang daripada mereka berkata, "Beritahu dia"..kemudian, lelaki yang seorang lagi cakap kepada saya.. (dia panggil nama saya, jadi saya tukar jadik kroit la ek).."Kroit, sudah tiba masanya sakaratul maut"..kemudian saya sebut, "Malaikat Izrail?!"..tiba2 saya tersentak dan terbangun dari mimpi..kedua orang tersebut hilang..muka diorang saya tak nampak sebab badan mereka bercahaya putih yang terang, so, silau2 sket..
sampai sekarang saya risau, sebab saya sudah dengar beberapa cerita mengenai orang sudah tahu ajal mereka, salah satunya, melalui mimpi..dan beberapa bulan atau tahun selepas itu, apabila mereka sudah cukup amalan, mereka meninggal..takut! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 22-10-2007 06:55 PM
"Kroit, sudah tiba masanya sakaratul maut".
Jadi, mimpi tu tak benar sebab awak masih hidup! Kalau betul dah sampai masa tidak dilewatkan atau diawalkan walau sesaat.
Mungkin itu petanda peringatan untuk memperbaiki/menambah amalan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GasTrick at 22-10-2007 04:10 PM
walaupun ramai antara mereka bimbang jika saya masuk kristian nanti...saya dah tetapkan dan katakan "Jika Islam adalah kebenaran dalahhakikat agama maka Islamlah saya dan jika kristian kebenarannya dalamhakikat agama maka kristianlah saya" malangnya kata-kata ini membuatkanmereka lagi bimbang... ader maksud tersirat dalam kata-kataitu...kroit92 dapatkan adik memahaminya?
Kalau saya pun bimbang, kerana awak macam jenis orang 'eksperimentalis'...
Jika eksperimental seseorang itu berjaya membuktikan sesuatu pada awak, ADAKAH itu boleh jadi kepercayaan awak?
Apa pun saya rasa anda seorang yang unik, kalau IMAN anda kuat maka anda adalah orang yang berbahagia. Tetapi kalau Iman lemah, saya khuatir serangan dari Syaitan adalah amat kuat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 mnm77's post
In teringat masa melawat sebuah pondok kat kelantan dulu seorg kakak bmimpi melihat neraka dan di situ dia mlihat sedara mara dia yg telah meninggal mminta tolong drnya...
bila tjaga dia meraung dan sambil tketar2 dia bcerita pada kami... kami menyelimutinya yg bterusan mgigil....
keesokannya dia mjadi pendiam dan sugul.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 22-10-2007 10:40 PM
In teringat masa melawat sebuah pondok kat kelantan dulu seorg kakak bmimpi melihat neraka dan di situ dia mlihat sedara mara dia yg telah meninggal mminta tolong drnya...
bila tjaga dia meraung ...
Hal seperti ini terjadi dan tidak mustahil. Jika betul dia (kakak) itu bermimpi sedemikian, kalau berkesempatan jumpa kakak itu lagi, boleh beri nasihat supaya:
1) bersedekah amal kepada yang telah meninggal
2) usahakan (cari jalan) untuk langsai hutang2 mereka (jika ada)
3) jika anak-pinak mereka jauh dari agama, ikhtiar supaya anak-pinak mereka menjadi orang2 yang boleh mendoakan kesejahteraan mereka
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 mnm77's post
beberapa bulan lepas, makcik kroit kena camni..dia mimpi didatangi arwah kakaknya, yang dah meninggal beberapa belas tahun lepas..arwah mengejar makcik sambil menjerit lapar, bila makcik lari masuk rumah, dia baling rumah dengan batu sambil menjerit, "AKU LAPAR!! AKU NAK MAKAN!!"....kemudian makcik terbangun, terus tepon ayah kroit, sebab ayah kroit yang sulung..keesokan harinya, ayah terpaksa pulang ke kampung, dan mengadakan kenduri arwah..lepas tu baru reda..
karangan aku dapat berapa markah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 kroit92's post
leh pakai ke crita ko nie . . . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GasTrick at 23-10-2007 12:04 PM
tetapi alangkah bagusnya kalau saudara sendiri dapat melihat terasislam yang sebenar dan memahaminya... dengan ini saudara takkan adaragu-ragu dalam diri tentang islam.... saya tidak pernah merasaragu-ragu tentang islam sebagai agama yang benar... sebab tu sayaberani membuat kenyataan tersebut...sebab macamana sekalipun bukankahislam itu agama yang benar dan saya akan memegang kepadakebenaran...adakah anda meraguinya?
Alhamdulillah saya tiada ragu2 dalam keyakinan saya terhadap Islam. Dan saya percaya saudara juga tidak ragu2. Cuma kenyataan saudara sahaja yg menunjukkan anda seorang yang boleh berubah bila dibuktikan sesuatu seperti contoh di bawah:
hm... setakat ini belum ada lagi yang berjaya membuktikan sesuatu itupada saya...secara eksperimental atau lebih tepat secara logik. tetapijika benar-benar ada dan berjaya membuktikannya... tak salah kalau sayakatakan saya akan menukar agama saya.... saya jenis yang pegang padaprinsip saya.
Mungkin kenyataan saudara lebih bermaksud untuk 'chellenge' sesiapa yang dapat buktikan agama yang mana lebih benar dari Islam... (tetapi hakikatnya tiada....)
lagipun... saya masih lagi Islam bukan...!!? tok guru saya mengajarsaya satu perkara yang cukup tegas dalam beragama. logik itulahmembuatkan saya mampu melihat sesuatu lebih daripada sesuatu...alangkah bagusnya kalau saudara mengikuti perkembangan debat sayadengan kristian... x apalah...
Jika saudara berguru dengan orang yang arif pasal Islam, baguslah. Bagi saya, dakwah menerusi perdebatan adakalanya baik, namun dalam banyak kes ia lebih membawa kepada emosi dan strategi mencari kekuatan sendiri dan strategi mencari kelemahan lawan. Jika yang berdebat itu tidak ikhlas, kita akan dapati mereka tidak akan menukar pegangan mereka walaupun sudah jelas dibuktikan. Namun jika ada yang ikhlas dan merendah diri, maka mereka ini yang selalunya menerima kebenaran.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 22-10-2007 11:38 PM
beberapa bulan lepas, makcik kroit kena camni..dia mimpi didatangiarwah kakaknya, yang dah meninggal beberapa belas tahun lepas..arwahmengejar makcik sambil menjerit lapar, bila makcik lari masuk rumah,dia baling rumah dengan batu sambil menjerit, "AKU LAPAR!! AKU NAKMAKAN!!"....kemudian makcik terbangun, terus tepon ayah kroit, sebabayah kroit yang sulung..keesokan harinya, ayah terpaksa pulang kekampung, dan mengadakan kenduri arwah..lepas tu baru reda..
karangan aku dapat berapa markah?
Karangan ini kalau buat drama mungkin dapat markah tinggi... tapi kalau tanya ustaz2 mungkin kena soal tentang adab2 tidur dulu kot!
reda tu macamana? Sebelum tu mimpi tak henti2 ke?
Mereka yang sudah pergi hanya akan mendapat manfaat dari yang hidup dalam 3 perkara:
1. Ilmu yang bermanfaat
2. Sedekah jariah
3. Doa anak2 yang soleh
Kalau kenduri itu disusuli doa dari anak-pinak & saudara, mungkin itu yang membantu
Wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 GasTrick's post
budak2 kena banned minom tongkat ali, nak beli kena marah...teringin nak rasa camner, cam kopi ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
patot ar mimpi pasal malaikat izrail, siapa sangka, rupa2 nya ia seperti petunjuk, pagi tadi, kroit dapat watak malaikat izrail, suara je lar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 23-10-2007 05:31 PM
Alhamdulillah saya tiada ragu2 dalam keyakinan saya terhadap Islam. Dan saya percaya saudara juga tidak ragu2. Cuma kenyataan saudara sahaja yg menunjukkan anda seorang yang boleh berubah bila dibuktikan sesuatu seperti contoh di bawah:
Alhamdulillah..bagus! mudahlah saudara memahaminya...baiklah memang benar kenyataan saya itu menunjukkan bahawa saya boleh mengubah apabila dibuktikan...tetapi bukannya pembuktian yang sebarangan sebab ini soal ketuhanan dan keagamaan. jadi jikalau sesaorang mampu menunjukkan saya sebarang keajaiban seperti menunjukkan secara terang syurga dan neraka depan saya atau menghidupkan manusia atau menyembuhkan penyakit.... masih belum mampu mengubah kepercayaan saya. dan jikalau seorang kristian cuba membuktikan kebenaran agamanya maka saya akan mengambil masa untuk menilainya dan memahaminya dengan kefahaman konsep ketuhanan saya yang mana...konsep ketuhanan saya asalnya bukan berasal dari Al quran maksud saya, pemahaman ketuhanan saya adalah berasal dari usaha saya sendiri bagi memahami Tuhan...kerana konsep ketuhanan Allah dalam Al quran satu-satunya menyamai konsep saya tersebut maka Islam lah agama paling tepat bagi saya kini.
walaupun saya mempunyai prinsip boleh mengubah agama atau pegangan saya, tetapi adalah bersyaratkan kebenaran...oleh itu, Islam adalah benar maka saya sentiasa mengubah prinsip saya dalam beragama iaitu setiap hari pegangan saya kepada kebenaran sentiasa bertambah kuat dengan kebenaran yang di terima..maka saya sentiasa mengubah keimanan saya menjadi semakin baik setiap hari.... bukan statik. inilah maksud sebenar kenyataan saya sebelum ini malah ini juga senjata kuat saya ketika berbincang dengan orang Kristian mengenai soal ketuhanan.
Originally posted by mnm77 at 23-10-2007 05:31 PM
Mungkin kenyataan saudara lebih bermaksud untuk 'chellenge' sesiapa yang dapat buktikan agama yang mana lebih benar dari Islam... (tetapi hakikatnya tiada....)
Hm.. tidak juga ia bukan bermaksud begitu semata-mata, tapi benar juga dari segi konsep tertentu. saya tidak pernah pula mengajak orang kristian memperdebatkan atau mempertikaikan soal kepercayaan masing-masing...iaitu siapa yang benar dalam agama kerana ia lebih menjurus kearah keangkuhan dan kesombongan. saya lebih cenderung kepada perbincangan dalam kategori tertentu...seperti saya suka membincangkan bagi memahami kepercayaan mereka iaitu kristian, kenapa begitu? kenapa begini? terangkan kepada saya? kalau begini bagaimana? kebanyakkan kristian yang saya berbincang mereka tidak mendapati saya sebagai orang yang ingin mencari kesalahan mereka tetapi lebih kepada ingin mengetahui sebab itu, mereka mudah memberikan saya banyak jawapan yang bernas dan mudah difikirkan.. dan tujuan saya pun memang maklumat.
tetapi saya juga cenderung untuk beradu kekuatan akal dan kefahaman... itu sebab ada satu website kristian yang mana saya dikenali sebagai mayrice yang mana saya dianggap sebagai kristian (saya tak cakap pun saya ni kristian atau islam) ini kerana disana saya berhujah seperti orang kristian kerana memnghuraikan dengan positif tentang bible apabila ditanya oleh orang kristian (anggap macam saya tempat rujukkan pula) serta menangkis tuduhan-tuduhan yang tak berasas daripada muslim (kebanyakkan soalan mereka cuma sekadar nak tonjolkan perkara negatif sahaja)... dalam al quran kita dilarang mempertikaikan agama atau kepercayaan orang lain, saya cuma membantu saudara muslim daripada menghina mereka.
Originally posted by mnm77 at 23-10-2007 05:31 PM
Jika saudara berguru dengan orang yang arif pasal Islam, baguslah. Bagi saya, dakwah menerusi perdebatan adakalanya baik, namun dalam banyak kes ia lebih membawa kepada emosi dan strategi mencari kekuatan sendiri dan strategi mencari kelemahan lawan. Jika yang berdebat itu tidak ikhlas, kita akan dapati mereka tidak akan menukar pegangan mereka walaupun sudah jelas dibuktikan. Namun jika ada yang ikhlas dan merendah diri, maka mereka ini yang selalunya menerima kebenaran
memang benar kadang kala perdebatan boleh mencenderungkan kearah pergaduhan, lagipun tujuan saya berdebat adakalanya untuk berdakwah juga tetapi hakikatnya saya sedikitpun tidak meletak harapan untuk mereka mengubah pendirian...saya tidak boleh memaksa mereka...nak buat apa bukankah dalam Al quran sendiri katakan orang-orang disesatkan kerana Allah buat begitu maka tak ada seorangpun boleh mengubah pendiriannya kecuali Allah (hidayah darinya). saya ... cuma ingin berbincang bagi menambah ilmu saya selebihnya dariitu adalah rahmat daripada allah.
kalau saudara berminat carilah perbincangan saya (bagi melihat cara dengan kaedah saya berbincang) dalam site cari christian dan christianity. lupelah pasal, tak salah..anak angkat dengan tiM, nama Allah dengan Truth.8, berapa lama jesus dalam kubur? dengan casejulia dan Sr Shalom. kat cari.com rasenya tak banyak berbincang pasal kristian sebab.. sibuk ngan kerja dan site lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|