CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazijo

Isteri suruh suami kahwin lain...

[Copy link]
Post time 24-10-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #39 Apakes's post

kesimpulannya : jgn byk sgt berfikir.... nanti 1 apa pun x jd...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2007 12:36 PM | Show all posts
Dalam rumahtangga, penyelesaian sesuatu masalah yang berkaitan hubungan suami isteri sepatutnya perlu diselesaikan secara bersama. Membenarkan suami kahwin lain bukan penyelesaian bersama tetapi lebih kepada lari dari masalah. Mungkin suami beranggapan masalah akan selesaikan dengan memenuhi permintaan isteri dia, "kahwin dengan perempuan lain" tapi adakah masalah itu selesai sepenuhnya?

TIDAK ! Masalah tak selesai tetapi hanya memanjangkan & menambahkan masalah sahaja. Bila si suami dapat "isteri baru" yang sentiasa panas, suami leka dan secara tak sengaja mengabaikan isteri pertama yang dingin itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by ABAH35 at 24-10-2007 12:30 PM
mana ada yg sanggup bagi laki kawin lain gitu aje....ada ke?

kalau ada aku berani sunat lagi sekali



Kat sini (FD) mungkin tak ada tapi kat luar sana dah banyak berlaku. Bak kata abg aji, kami insan yang lemah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:50 PM | Show all posts
nafsu seks kita kan mainly dikawal oleh hormon..
kalo pompuan tu punya badan tak kuarkan/kuarkan sikit sgt hormon2 yg sepatutnya utk libido..mmg la cold!
sbb tu la situasi ni boleh dielakkan asalkn ade kemahuan..

tak pasti la hormon ape..tp rase2nya sama ngan hormon lelaki...testosteron..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 24-10-2007 12:36 PM
Bila si suami dapat "isteri baru" yang sentiasa panas, suami leka dan secara tak sengaja mengabaikan isteri pertama yang dingin itu.


isteri pertama yang dingin itu, boleh mengalihkan kasih cintanya kepada Penciptanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2007 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by ABAH35 at 24-10-2007 12:30 PM
mana ada yg sanggup bagi laki kawin lain gitu aje....ada ke?

kalau ada aku berani sunat lagi sekali


ko bior btul bah...kang ade yg ngaku rela bg laki kawin lain..ade kang makin kontot..ko sanggup bah???jgn buat giler bahh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2007 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by ABAH35 at 24-10-2007 12:30 PM mana ada yg sanggup bagi laki kawin lain gitu aje....ada ke?kalau ada aku berani sunat lagi sekali
ko bior btul bah...kang ade yg ngaku rela bg laki kawin lain..ade kang makin kontot..ko sanggup bah???jgn buat giler bahh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2007 01:23 PM | Show all posts

Info Dingin Seks...

Nafsu Seks Wanita Dingin
Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin. Kalau impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap hubungan seks.

Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir mahupun batin.

Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakan aspek batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakan keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.

Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut mengabaikannnya.

Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.

Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan yang kemungkinan kedua frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.

Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi ini kita perlu mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.

Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:

I. I. Frigiditi Semu.

Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.

Jadi, tidak ada sebab utama yang serius. Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai orgasme sewaktu bersetubuh.

Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya. Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut, muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang, pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai bangkit. Pada saat itulah suami harus berusaha meningkatkan ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme dalam persetubuhan. Bila sekali ia telah merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.

Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s.a.w. iaitu didahului dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat mujarab.

II. II. Frigiditi Sepintas Lalu.

Frigiditi ini umumnya berpunca dari gangguan jiwa disebabkan perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi jenis ini. Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan jasmani dan pekerjaan yang bersifat tekanan yang tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesar yang menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya. Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya, seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya . Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi jenis ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya.Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada suasana kasih-sayang.

III. III. Frigiditi Relatif

Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah untuk suami membebaskan isterinya daripada ikatan perkahwinan. Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula, secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.

IV. IV. Frigiditi Pathologi

Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai orgasme. Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme dalam istilah saintifik.. Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena ini tidak pernah mencapai orgasme, kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia lenyap sebelum ia dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara mengatasi frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain.. Akan tetapi menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah yang baik dan tepat.

Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka berkenaan seks.

Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hak dan pengiktirafan masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa hubungan seks adalah perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Anggapan sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks. Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.

Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab frigiditi atau nafsu seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan oleh gangguan mental:

Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan perasaan cinta terhadap suaminya.

Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci bersetubuh.

Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.

Adanya kegoncangan mental dan jiwa.

Perasaan benci terhadap suami.

Tanggapan negatif mengenai seks.

Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks,semakin banyak pula persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh suami-isteri ia akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya. Masalah frigiditi dapat diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2007 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 24-10-2007 12:36 PM
Dalam rumahtangga, penyelesaian sesuatu masalah yang berkaitan hubungan suami isteri sepatutnya perlu diselesaikan secara bersama. Membenarkan suami kahwin lain bukan penyelesaian bersama tetapi  ...


aku rasa pun klu kawin lg sure sian bini yg pertama..nak plak isteri baru mencanak2 layanannye..sentiasa "panas"...kang isteri pertama x diendahkan lg..baru menyesal suruh laki kawin lagi dulu...lg masalah beso yg timbul...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:32 PM | Show all posts

Reply #48 nazijo's post

hahhhhhh ada pun article tak payah share citer saya...

tapi kan tuan rumah I rasakan the wife ni dia sanggup/rela dimadu sebab dia memang dah tak ada feeling..but she tak nak lepaskan her security blanket..ie the marriage sebab its a comfort zone lagipun seems that her hubby sayang kat dia..so to her no lost...kira cam win win situation.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2007 01:43 PM | Show all posts

Reply #50 SleepyFish's post

so u fregiditi tahap mana satu ni??

klu nak suruh laki kawin lain coz nak secure and having a comfort zone...i rase x elok la..even laki syg kat dia..but she's can find the way how to get back the passion as per hubby wanted..except klu hubby die dah x de perasaan lg..mule sibuk nak menggatal ke ape..tu bole la dikira nak hold tight the hubby assets..klu la laki die tau wife da x de feeling and nak hidup just only as a wife..baik cerai je...lg win..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by aiva at 24-10-2007 01:01 PM


isteri pertama yang dingin itu, boleh mengalihkan kasih cintanya kepada Penciptanya.



Pengabaian bukan dari soal perasaan sahaja tapi secara keseluruhannya.

Mungkin jika isteri dalam kategori isteri solehah, dia boleh menerima pengabaian perasaan itu tetapi sbg manusia biasa, tiada siapa yang boleh hidup tanpa kasih sayang terutama dari mereka yang paling mereka sayangi.

Pengabaian dari segi tanggungjawab sebagai manusia? Jika isteri seorang yang berkerjaya dan mampu untuk menampung perbelanjaan rumahtangga tanpa bantuan suami mungkin tiada masalah. Bagi yang kurang berkemampuan atau bergantung sepenuhnya pada suami ?

Pengabaian tanggungjawab bapa kepada anak2 yang sedia ada. Bimbang suami leka dengan keluarga baru menyebabkan anak2 terabai dan kurang kasih sayang.

Tepuk dada tanya iman. Bagi suami, adakah nikmat dunia sahaja yang dikejarkannya ?

My sepuluh dirham pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:53 PM | Show all posts
aku pun pernah beritau my hb masa dia ckp nak anak lagi, go n find another wife sal aku dah tak larat nak beranak lagi cos lepas ada anak yg last (no4) aku dpt post natal blue yg teramat sgt.. cadangan aku dibalas dgn jelingan yg panjaaaang, pas tu sehari tak geng aku..  
tapi sebenarnya aku ikhlas tapi dia dah tutup topic tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by nazijo at 24-10-2007 01:23 PM
Nafsu Seks Wanita Dingin
Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin. Kalau ...



Baca artikel ni buat gue teringatkan abang remote control
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by ABAH35 at 24-10-2007 12:30 PM
mana ada yg sanggup bagi laki kawin lain gitu aje....ada ke?

kalau ada aku berani sunat lagi sekali


sape kata tak de
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 24-10-2007 12:42 PM



Kat sini (FD) mungkin tak ada tapi kat luar sana dah banyak berlaku. Bak kata abg aji, kami insan yang lemah


macam lagu rohana jalil la pulak yeaaa.....

aku test je tu...realitinya memang kita sama2 tau.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2007 02:14 PM | Show all posts
alaaaaaa apasal aku tak dapat baca posting korang
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:15 PM | Show all posts

Reply #50 SleepyFish's post

susah gak nak cakap win win situation la babe...

unless d wife dingin seks coz she got somebody else dah...so suruh la hubby nikah lain...baru boleh ada reason nak minta cerai....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by nazijo at 24-10-2007 01:10 PM
ko bior btul bah...kang ade yg ngaku rela bg laki kawin lain..ade kang makin kontot..ko sanggup bah???jgn buat giler bahh....


tapi aku ada satu permintaan la sebelum upacara sunat tu.....kalau boleh biorla anak2 dara kat FD ni yg tolong pegangkan....takde la sakit sangat rasanya nanti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.093109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list