|
Tidak buleh bersolat kerana mencari rezeki..
[Copy link]
|
|
bagaimana kita punyai masa utk ke tandas...?
dan solat menjadi payah biarpun ia sbenarnya sgt mudah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dunhill. at 30-11-2007 12:02 AM
Maksud anda berhenti kerja dan menganggur ??? Adakah itu maksud anda ???
Persoalan ini memang berat..
Saya rasa tak perlulah berenti kerja dan menganggur, cuba cari jalan yang boleh menunaikan sholat. Kalau nak terberak terkencing pun boleh berenti sekejap apa masalahnya nak gi sholat sekejap. Tak payahlah wirid lama-lama, lepaskan yang wajib saja. Tak mestinya kita mesti pegi surau, mana-mana tempat pun boleh sholat asalkan tak nampak najis bertempek disitu. Contoh kalau pemandu lori, berenti sekejap, bawak air siap-siap dalam botol untuk berwuduk. Kalau kita boleh berentikan lori sekejap untuk kencing dan lain-lain, begitu jugalah sholat. Bentang kain atau tikar sholat jer tepi lori. Tak payah tinggalkan lori.
Kita tak boleh tinggalkan sholat walau dalam keadaan apapun. Satu yang kita mesti ingat yang memberi rezeki adalah Allah, majikan kita tu perantaraan sahaja. Sambil-sambil tu carilah kerja lain yang lebih mudah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah. Walau pun gaji yang dibayar kurang dari apa yang kita dapat, mudah-mudahan rezeki yang sedikit itu berkat. Rezeki yang berekat, InsyaAllah akan mencukupi keperluan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 30-11-2007 08:02 AM
Asalamualikum Dunhil,
BUKAN lah utk membanggakan diri.
TEman pernah bekerja sebagai...
1. Pegawai Swasta di kerusi yg empuk n aircond 24 ja, 7 ari seminggu
2. Penternak ARnab
3. Pe ...
Insaf teman bacan cerita miker. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 30-11-2007 01:40 PM
Insaf teman bacan cerita miker.
Satu lagi teman luper............haniman
He he he he he
Teman pernah bekerja sebagai pencuci TANDAS.
Di antara tempat yg teman pernah ambil contract ialah Mesjid Telok Anson aka Telok Intan.
Mesjid Rawang.......
Sekolah Teknik selama setahun............
Pernah balik ghumah...............kena mandi kat luar.
Kenaper?? Faham faham laaaaaaaa................
Tapi teman tak kisah.............ini semata mata utk mencari rezeki yg HALAL dan bley buat ibadat. (solat)
BUKAN lah tujuan teman tulis ini utk membangga diri.
TETAPI kita sebagai Umat Islam....................wajib mencari pekerjaan yg tidak menghalang kita dari beribadah.
Dan hendak lah berSUNGGUH SUNGGUH di dalam mengerjakan PERINTAH ALLAH tanpa mencari pelbagai alasan
INSYAALLAH..............................Allah akan memudahkan dan membantu kita di dalam segala hal !!!
p/s bawak spare kain baju utk bersolat
[ Last edited by niceghost2005 at 30-11-2007 06:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 niceghost2005's post
mu hebatla . . . teman tak terikut le kalu macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 julliot123's post
yang inilah setakat pengajian aku pernah dengar.....belum pernah ada kelonggaran yang aku dengar bagi 'darurat' yang disebutkan!
masa ceramah haji ...ada juga dengar ceramah pasal solah yang nak kita kerjakan masa flight!jika terpaksa kita boleh solah ditmpat duduk flight, dimana rukuk dan sujud sekadar yang boleh (niat or isyarat)...lepas sampai di tmpt yang dituju, kita boleh tunaikan balik solah dengan sempurna (ikut rukun sembahyang) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 juwaini's post
maaflah...xmaksud apa apa pun...tah la yerk..kalau bab bab solat..kdg kdg kita merasakan perkara yg terbeban oleh sebab hal dunia nie sgt memberati kita, terlebih lagik dlm cuba menunaikan hal solat pd waktunya.....kdg2 memang alasan yg di beri rasional..boleh di terima oleh akal..tp dalam hal solat...kenapa kita tak terfikir tentang alasan yg bakal kita beri pd tuhan sekiranya di tanya kenapa tak mampu tunaikan solat pd waktunya...semakin kita menjadikan perkara itu adalah satu beban, semakin jauh allah dr mendekati kita..tp kalau kita sentiasa berusaha utk mendekati Dia, sentiasa berusaha mencari jalan utk memberati perkara akhirat, Dia akan mempermudahkan, even kita xperasan perkara dunia yg kita rasakan berat tue td di permudahkan oleh sebab usaha2 kita...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haliem at 30-11-2007 11:40 PM
masa ceramah haji ...ada juga dengar ceramah pasal solah yang nak kitakerjakan masa flight!jika terpaksa kita boleh solah ditmpat dudukflight, dimana rukuk dan sujud sekadar yang boleh (niat orisyarat)...lepas sampai di tmpt yang dituju, kita boleh tunaikan baliksolah dengan sempurna (ikut rukun sembahyang)...
fahamkan btl2 ceramah itu.. maksud ceramah tersebut ialah "solat menghormati waktu". solat yg dilakukan dlm keadaan tidak sempurna (tiada wudhuk, tidak dpt menghadap kiblat, tidak dpt mengenali waktu solat, tidak dpt melakukan gerak-geri solat, tiada pakaian yg bersih). jadi bila sampai ke destinasi, jika masih ada waktu, maka wajib tunaikan solat dgn sempurna. jika dah habis waktu, wajib qada'..
tp lain pula jika kita dpt berwudhuk dgn sempurna, dpt mengenali waktu solat dan berada dlm keadaan suci, maka solat bolah ditunaikan dlm flight. caranya dgn memalingkan badan kita ke arah kiblat dan solatlah dlm keadaan duduk.. arah kiblat boleh ditentukan dgn kompas.. perjalanan flight mungkin akan tersasar dari arah kiblat, ini tidak menjadi masalah. kita berpegang pada keyakinan arah kiblat pada awal takbiratul ihram.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 1-12-2007 12:27 AM
fahamkan btl2 ceramah itu.. maksud ceramah tersebut ialah "solat menghormati waktu". solat yg dilakukan dlm keadaan tidak sempurna (tiada wudhuk, tidak dpt menghadap kiblat, tidak dpt mengena ...
Maaf cakap.............goldraja
BIla kah keadaan yg di katakan 'menghormati waktu' ??
Adakah berada di dalam kapalterbang??
Pada pendapat teman..............ia masih bley di kerjakan solat.
Kenapa tidak ambil wudhuk sebelum naiki kapalterbang??
Ataupun di bawa 'abuk tayammum' di atas kapalterbang??
ADakah mengadap kiblat itu adalah SYARAT SAH solat??
TEman musykhil skit berkenaan atas kapalterbang ini. (MOD kalau ada thread berkenaan dgn hal ini....bley kasi link?)
Macih......di dahului |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 30-11-2007 05:58 PM
Satu lagi teman luper............haniman
He he he he he
Teman pernah bekerja sebagai pencuci TANDAS.
Di antara tempat yg teman pernah ambil contract ialah Mesjid Telok Anson aka Te ...
In setuju n bes baca s/ment NG..... mmberi semngat kpd yg terasa bgitu susah nk solat lantaran keje bla bla bla...
cm bln lepas In tunggu adik spupu In demam kt spital... purata yg duk tunggu anak situ xsolat... nk solat kt umah katanya.. qada'..adeehh... cm solat milik bapak dia jek.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 30-11-2007 08:02 AM
Asalamualikum Dunhil,
SOLAT adalah suatu yg AMAT MUDAH tapi AMAT BERAT utk di lakukan sekiranya kita senantiasa memberi pelbagai ALASAN utk tidak mengerjakan nya.
Lelebey lagi UMAT MELAYU ini yg idup nya sejak dari kecil di kelilingi dgn KEMEWAHAN n KEMUDAHAN (surau, mesjid, sejadah, air etc) dan di ajar dgn PERKATAN KERAMAT iaitu.....bolih 'QADHA' solat olih Tok Tok Guru.
agree dgn niceghost.
umat melayu kalau nak solat mesti nak selesa bangat. mesti nak cari surau, nak sejadah, nak air keluar menderu dari paip. sedangkan penduduk fadang fasir nak cari air susah, terpaksa pakai debu atau pun air yg sedikit. org lain boleh berwuduk dgn standby sebotol mineral saja. umat melayu mesti nak cari paip air, mesti nak cari kolah. tak jumpa paip air alamatnya qhada jer lah. tak jumpa sejadah qhado sajalah. orang afghan boleh solat atas tanah, atas pasir. umat melayu tak jumpa surau terus anggap darurat terpaksa qhado. solat di tepi jalan dianggap lebih pelik dari meninggalkan solat itu sendiri.
mungkin umat melayu byk sgt penyakit was2 sana was2 sini, tak bersih sana tak bersih sini. so merasakan lebih baik tak payah solat, qhado saja di rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 1-12-2007 03:23 AM
agree dgn niceghost.
umat melayu kalau nak solat mesti nak selesa bangat. mesti nak cari surau, nak sejadah, nak air keluar menderu dari paip. sedangkan penduduk fadang fasir nak cari air s ...
Itu laaaa.......shahgti
Teman suatu masa dahulu pernah bekerja di Sudan.
5 tahun ujan tak turun di sana.
Nengok deme bekerja di suatu tempat...............pakai jubah yg warna nya seghoper tanah.
Dan memasing ada air dalam botol Coca Cola dan di ikat di pinggang setiap oghang.
Lalu teman perhatikan deme.........
Tup tup ada sowang duduk mencangkung.......
Ghoper nyer air tersebut buat menyucikan diri sahaja.(basuh air kencing)
Then biler tiba waktu solat...........deme pung berhenti kerojer.
Masing masing pung menuju ke sebuah ghumah.
Di tepi ghumah tersebut ada mcm ghoper kandang kuda yg tiada atap.
Tup tup deme reramai berbaris membuat kat situ. (deme tak solat kat dalam ghumah tersebut )
Lalu deme pung bersolat berjemaah!!!
Begitu lah mudah nya deme bersolat.
Mentaati perintah Allah ini.
Yang pasti, kita memahami apa itu SUCI, BERSIH, KOTOR n NAJIS.
Dan tahu juga berTAYAMMUM, SYARAT SAH SOLAT, RUKUN SOLAT dan berWUDHUK.
Akhir sekali, KESUNGGUHAN utk mendirikan solat dan berDOA lah kpd Allah swt agar di permudahkan URUSAN kita. (duniya n akhirat)
Kita yakni Umat Melay HIDUP di dalam keadaan yg AMAT SELESA.\
I repeat...................AMAT SELESA.
Berapa ramai kah yg melewatkan solat semasa mendengar Ceramah/Kuliah PERDANA???
Dgn alasan tak ada sejadah! (sebenor nya malu utk bersolat di atas surat kabar di tanah yg lapang/padang)
Dan satu lagi MASAALAH BESAR umat Melayu ialah menQADHAkan SOLAT.
Kita telah di ajar sejak dari kecil lagi..................bahawa SOLAT itu bley di QADHA.
Padahal................Rasulullah saw TIDAK PERNAH menQADHAkan solat nya seumur hidup nya!!
Dan TIDAK ADA satu perkataan QADHA solat pung di dalam Hadis n Al Quran.
Kita di beri PELBAGAI CARA/KAEDAH utk menunaikan SOLAT secara TUNAI.
Dari berdiri (cara biasa) sehingga lah dgn cara mengHORMATI WAKTU ataupun dgn KERDIPAN mata.!!
Apakah lagi ALASAN yg hendak diberi kpd Allah swt??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 1-12-2007 12:43 AM
Maaf cakap.............goldraja
BIla kah keadaan yg di katakan 'menghormati waktu' ??
Adakah berada di dalam kapalterbang??
Pada pendapat teman..............ia masih bley di kerjakan ...
bila keadaan yg dikatakan 'menghormati waktu'?
antara keadaan itu telah dinyatakan dlm post aku terdahulu dan perkara ini ada dlm pengajian fekah.. solat menghormati waktu adalah pilihan terakhir bagi menunjukkan keyakinan kita, solat adalah perintah yg mutlak..
tp nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. yg byk berdalih itu, sebab tak nak tuntut ilmu lbh lanjut. maka pelbagai alasan diwujudkan utk mencipta rukhsah sendiri agar dpt pelepasan utk tidak solat..
boleh usahakan ambil wudhuk sebelum naik flight. tp tidak semua org boleh menahan wudhuk dlm satu jangka masa yg lama.. masalah tayamum pula ada pelbagai pendapat. pendapat yg terkini, debu dinding kapal terbang dan lantai boleh digunakan utk tayamum. boleh rujuk buku panduan solat di angkasa terbitan JAKIM.. menghadap kiblat semasa solat semua org tahu, tp ada yg tidak tahu bahawa kita tidak semestinya menghadap kiblat sepanjang kita solat. jika tidak dpt memastikan arah kiblat yg sebenar, cukup sekadar keyakinan kita sahaja. jika dlm kenderaan yg bergerak sehala seperti kapal terbang, keretapi dan bas, arah kenderaan tersebut boleh dijadikan kiblat..
[ Last edited by goldraja at 1-12-2007 08:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 1-12-2007 08:19 AM
bila keadaan yg dikatakan 'menghormati waktu'?
antara keadaan itu telah dinyatakan dlm post aku terdahulu dan perkara ini ada dlm pengajian fekah.. solat menghormati waktu adalah pilihan t ...
BEnar........goldraja
So, bley di rumuskan bahawa 'menghormati waktu' ialah suatu usaha TERAKHIR.
Yakni pabila tidak bley bergerak.......mcm kena timbus di dalam runtuhan or di dalam peperangan yg sedang berkecamuk.
Di ikat kat tiang.......ataupun di tahan di dalam bilik yg gelap or tiada tingkap n jam. (spt yg di amalkan olih PDRM kat atas tahanan politik dewasa ini)
Kalau di dalam SITUASI yg selain dari yg di sebut di atas..................teman ghaser kita MASIH BLEY mengerjakan solat secara tunai.
Btw, satu soklan lagi utk miker.....
Tabung Haji kater bley solat menghormati waktu kpd Bakal Haji di atas kapalterbang.
Naper deme tak ajor Bakal Jemaah Haji utk bertayammum jer di atas kapalterbang???
Dinding n lantai pung bley di jadikan utk bertayammum.
Musykhil skit teman bab nie.......? Naper yer? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 1-12-2007 08:33 AM
Btw, satu soklan lagi utk miker.....
Tabung Haji kater bley solat menghormati waktu kpd Bakal Haji di atas kapalterbang.
Naper deme tak ajor Bakal Jemaah Haji utk bertayammum jer di atas kapalterbang???
Dinding n lantai pung bley di jadikan utk bertayammum.
yg aku tak tahu nak jawab.. kena tanya tuan guru-tuan guru kat tabung haji.. angkasawan kita boleh pulak diorg ajar cara tayamum tu. tp aku rasa tiada siaran tv yg menunjukkan angkasawan kita bersolat di ISS. ada ke? mungkin aku terlepas siaran tersebut..
dlm perang yg berkecamuk pun, Rasulullah ada ajar cara solat iaitu soalt khauf.. jadi solat menghormati waktu mmg pilihan terakhir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goldraja at 1-12-2007 08:42 AM
yg aku tak tahu nak jawab.. kena tanya tuan guru-tuan guru kat tabung haji.. angkasawan kita boleh pulak diorg ajar cara tayamum tu. tp aku rasa tiada siaran tv yg menunjukkan angkasawan kita ...
Itu laaaa............goldraja
U got a point there.......
Bukannya haper.
Teman ari tu ada bermuzakarah akhir dgn bos teman yg akan ke Mekah pada 4 December ini.
Jawaban dier AMAT MENGECEWAKAN.
"Aku kurang arif bab bab agama nie. Tapi aku ikut jer Ustaz kat Tabung Haji tu. Depa kata.......bley solat menghormati waktu dan solat pabila kapalterbang sampai kat sana. Kalau terlepas waktu nya.............bley di qadha saja."
Ini selepas teman sarankan kat dier agar berTAYAMMUM.
Begitu mudah nya kita Umat Melayu 'menjaga solat'.
Teman ada suruh dier bertanya pada Ustaz Tabung Haji biler dier attend for the next session Kuliah Haji nya.
Tapi sampai sekarang...............sonyap jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 1-12-2007 08:48 AM
Teman ada suruh dier bertanya pada Ustaz Tabung Haji biler dier attend for the next session Kuliah Haji nya.
Tapi sampai sekarang...............sonyap jer.
nanti dikatakan melawan tok guru pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 1-12-2007 09:39 AM
nanti dikatakan melawan tok guru pula.
Maner ader.............
Kalau tak tahu.................kiter kena ler bertanya yg tahu, kan kan kan
Kalau tidak, camana bebudak kat sekolah rendah n menengah tu??
Semuer pakat angguk angguk n no geleng geleng. (isk isk isk mcm pernah nampak BUDAYA nie) |
|
|
|
|
|
|
|
semasa bekerja sekejap di singapura, tiada kemudahan untuk aku bersolat. tapi takpe la, aku bersyukur masih ramai saudara-saudari islam kita yang ada usaha sediakan tempat bersolat. walaupun cuma di tangga-tangga kecemasan atau car park slots.
satu je ralat aku. solat jumaat. kalau nak bersolat jumaat di masjid, tiada kelonggaran diberikan oleh majikan. kalau nak bersolat jugak, mesti pergi semasa lunch break. atau pun, as per kata majikan tu, ambillah cuti.
bukannya masjid tu depan pejabat
bukannya aku mampu ada dan bawa kenderaan ke sana.
bukannya ada bas/train yang beri perkhidmatan khas untuk pergi ke dan balik dari masjid.
1 kali tertinggal, 2 kali tertinggal, mungkin boleh dipujuk hati ni walaupun tau betapa berdosanya aku nanti. tapi bagaimana dengan hari dan tahun mendatang? takkan seumur hidup aku, setiap tahun cuma mampu bersolat jumaat paling banyak pun dalam 20 kali (kalau ambil cuti la).
aku tak sanggup.
dan kini, aku bersyukur tuhan permudahkan rezeki aku di bumi malaysia yang bertuah ni.
tapi sampai sekarang aku dok berfikir, kalau la aku teruskan bekerja di singapura dalam keadaan sebegitu, apakah hukumnya meninggalkan solat jumaat sebegitu?
harap ada yang boleh berkongsi ilmu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|