CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitilina

[Merged] Wanita dan Tudung

[Copy link]
Post time 9-2-2007 02:15 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 9-2-2007 12:22 PM
assalamualaikum..
Bertudung? tak tepat tu..sebenarnya menutup aurat. Sebab ada yang bertudung tapi tak menutup aurat gak..almaklum saya rasa semua dah tahu macam mana nak tutup aurat dengan semp ...


this is a good one! thanks cak! kerana sama-sama mendoakan dan menggunakan ayat2 yg sangat menyenangkan hati untuk dibaca. moga doa kita  dimakbulkan Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 03:45 PM | Show all posts
Sumber Utusan Malaysia.
Perkataan aurat berasal daripada bahasa Arab menerusi kata dasar `aar' yang bermaksud sesuatu yang aib, cela dan dikeji, dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan , sifat atau perkataan.
Mengikut Kamus Dewan, aurat didefinisikan sebagai `bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam'.
Para ulama tidak sepakat dalam menggariskan batas-batas aurat yang wajib ditutup oleh lelaki atau wanita, iaitu adakah sama seperti dalam solat atau berbeza antara dalam solat dan di luar solat.
Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, rasulullah s.a.w. menangis melihat seksaan yang dikenakan kepada golongan wanita umatnya yang ingkar menutup kepala dengan bertudung.
lalu mereka diseksa berulang kali dengan digantung rambutnya hingga otaknya menggelegak kerana kedegilan mereka.
Batasan-batasan aurat yang wajib ditutup oleh lelaki dan wanita juga dijelaskan dengan mengemukakan nas-nas al-Quran dan hadis.
Contohnya dalam ayat 30-31 surah an-Nur dibahaskan makna ``Dan hendaklah kaum wanita menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka...''
Di sini diterangkan maksud tudung kepala atau khumur, bahawa hendaklah kaum wanita melabuhkan tudung kepalanya bukan sahaja untuk menutup rambutnya, bahkan hendaklah dilabuhkan untuk menutup bahagian leher dan dada.
Aurat sesama jenis dan berbeza jenis disebutkan dalam bab tiga, yang membincangkan juga mengenai pelbagai macam aurat, seperti aurat suara, aurat mengikut umur, aurat dalam perkahwinan dan sebagainya.
Dalam bab akhir, pelbagai tuduhan negatif terhadap pakaian yang memenuhi kehendak syarak diperincikan. Misalnya dakwaan yang mengatakan pakaian Islam membataskan pergaulan dan pergerakan, merimaskan, `out of date', membebankan dan menghalang kemajuan.
Dan yang lebih menyedihkan lagi adalah anggapan yang mengatakan bahawa Allah tidak melihat pakaian luaran seseorang tetapi Allah melihat hati. Maksudnya isi lebih penting daripada kulitnya.
Hujah ini digunakan untuk tidak menutup aurat. Padahal hukum atau kewajipan menutup aurat tidak boleh disangkal dengan akal semata-mata.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 05:07 PM | Show all posts
Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna
Soalan:

Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?

Adi, KuchingJawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetengah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..
Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.


My 1 cent opinion,

Perkara yang wajib dilakukan kenapa kita masih belum melaksanakan?? Jangan menyalahkan wanita lain maksud saya yg sudah bertudung tapi "bertelanjang" yang menyebabkan kita masih menagguhkan kewajipan ini. Sedangkan hukum & sebab kenapa disyaratkan menutup aurat telah dinyatakan dengan jelas dlm Al-Quran & Hadis.

Wanita bertudung tetapi "bertelanjang" - tetap menerima azab Allah. Bagaimana pula azab wanita yang tidak bertudung & 'bertelanjang". Tentu lebih dahsyat azabnya. Renungkanlah. Belum lagi dosa lelaki yang bukan muhrim melihat aurat kita kerana dengan sengaja mempertontonkan kepada yg bukan muhrim.
Jgn beri alasan belum bersedia @ dtg seru sedangkan ajal kita bila2 masa sahaja akan menjemput kita. Sudahkah kita melakukan apa yang disuruh sebelum kita kembali kepada NYA. Ada pendapat yang menyatakan walaupun tidak menutup aurat tapi berbuat baik, Allah akan membalas kebaikannya itu. Kebaikan akan dibalas dengan pahala, dosa dibalas dengan neraka. Kita tak boleh menghalalkan sesuatu yang sudah terang adalah haram.

Marilah kita tingkatkan keimanan kita bukannya meningkatkan keegoan kita terhadap Allah. Yang baik dtg dari Allah, yang buruk dtg dari saya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2007 01:09 AM | Show all posts
soalan kuiz siapa bagus:

a. pakai tudung + maksiat + ngumpat = pahala + dosa + dosa

b. tak pakai tudung + maksiat + ngumpat = dosa + dosa + dosa

c. tak pakai tudung + tak buat maksiat + ngumpat = dosa + pahala + dosa

d. tak pakai tudung + maksiat + tak ngumpat = dosa + dosa + pahala

e. pakai tudung + maksiat + tak ngumpat = pahala + dosa + pahala

f. pakai tudung + tak buat maksiat + tak ngumpat = pahala + pahala + pahala

------------------->>> soalannya, yg mana paling bagus?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by kinky71 at 5-2-2007 11:24 PM
Yea btul tu...saye pun stuju jugak...

Tapi dr pandangan mata K la....Kebykkan org yg pakai tudung aka tutup aurat..cm tak sempurna...Mostly...tak kira la student ke..cikgu ke...org yg dah kije ...


pahala dosa Allah tentukan...
tp..carpet x rasa mereka yg pkai tudung tp bumper dpn blkg nmpk tu ikhlas pkai tudung sbb nk tutup aurat..
jd kalau buat naik walau sekecil zarah..keikhlasan tu x de...
wallahua'lam laa jwbnye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 06:04 AM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 10-2-2007 01:09 AM
soalan kuiz siapa bagus:

a. pakai tudung + maksiat + ngumpat = pahala + dosa + dosa

b. tak pakai tudung + maksiat + ngumpat = dosa + dosa + dosa

c. tak pakai tudung + tak buat maksiat +  ...


Again..let's not focus on the tudung...it's about penutupan aurat wahai lina. Pakai tudung masih tidak dikira menutup aurat sekiranya tidak menepati syaratnya. Jadi, saya berpendapat individu yang cuma bertudung tetapi tempat di tubuhnya masih terbuka atau tidak sempurna cara penutupannya tidak boleh diletakkan dalam liga yang sama dengan liga aurat tertutup.

Hence, pendapat tentang bertudung tapi perangai tak elok boleh diletakkan lagi dalam kategori mereka yang belum benar2 menutup aurat. So tidak timbul di sini isu mereka yg memakai tudung tetapi perangai tidak elok. Rata2 sebahagian besar remaja kita sekarang pun cuma memakai tudung tetapi tidak menutup aurat. Apa yang patut kita fokus dan lihat ialah mereka yang menutup aurat dan bukan sekadar bertudung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2007 09:56 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Alhamdullilah..........ketemu kita sekali lagi.
Tadi Kuliah Subuh....

Penceramah menyatakan bahawa sesiapa yg mengikuti HUKUM selain dari Al Quran n Sunnah .....adalah SESAT.
TIDAK TUTUP AURAT juga...........adalah SESAT.
"Telah ku tinggalkan kpd kamu 2 perkara. Di mana kamu tidak akan sesat selama lama nya. Iaitu AL QURAN dan SUNNAH ku!"

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by SPACE COP GABAN at 11-2-2007 06:04 AM


Again..let's not focus on the tudung...it's about penutupan aurat wahai lina. Pakai tudung masih tidak dikira menutup aurat sekiranya tidak menepati syaratnya. Jadi, saya berpendapat individu ...


Wokey...wokey.....wokey...

Teman OLAH skit FORMULAEs Sitilina,
Dan ini bley di sasar kepada kedua dua JANTINA. (lelaki + perempuan)
soalan kuiz siapa bagus:

a. tutup aurat + maksiat + ngumpat = pahala + dosa + dosa

b. tak tutup aurat + maksiat + ngumpat = dosa + dosa + dosa

c. tak tutup aurat + tak buat maksiat + ngumpat = dosa + pahala + dosa

d. tak tutup aurat + maksiat + tak ngumpat = dosa + dosa + pahala

e. tutup aurat + maksiat + tak ngumpat = pahala + dosa + pahala

f. tutup aurat + tak buat maksiat + tak ngumpat = pahala + pahala + pahala

------------------->>> soalannya, yg mana paling bagus?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 10:41 AM | Show all posts
tutup aurat itu wajib.. tiada kompromi.. tp orang sekarang mengadaptasikan pemakaian tudung dengan kemajuan.. sampai ada yang pakai tudung tp jambul terkeluar.. pakai tudung tapi dada terdedah... bagi mereka cukup dengan konsep pemakaian tudung
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 11:06 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Ustaz tersebut juga menyebukan bahawa dewasa ini sekiranya seseorg muslim itu KUAT pada Agama, mereka akan di CAP sebagai PELAMPAU ataupun FANATIK.

Kui kui kui kui kui

Duniya sudah terbalik.
Yang kurang Agama....di cop sebagai LIBERAL.

Di dalam Agama Islam..............konsep nya mudah sahaja.
Either u are IN or u are OUT!!!

Berpandukan kpd ayat ini............."......masuk lah kamu ke dalam Islam KESELURUHAN nya.!!!"

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 06:00 AM | Show all posts
ASM.
"tudung" = batas yang memisahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 11:56 AM | Show all posts

Tutup Aurat

Solat hukumnya wajib.
Zakat hukumnya wajib.
Tutup Aurat juga wajib.

apa beza kewajiban bersolat ngan menutup aurat? dua
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 01:01 PM | Show all posts
Allah menghisab bukan tgk kamu pakai tudung ke tidak, pakai ketat ketidak, mengumpat ke tidak, tp kamu ikut ke tidak apa yg Dia suruh kamubuat. Dia yg suruh kamu pakai tudung, Dia yg suruh kamu jangan buatjahat, Dia yg suruh kamu jaga perangai, Dia yg suruh kamu solat, etc.kamu igtlah yg nak soal kamu besok2 bukan mak kamu atau cikgu kamu ataujiran kamu tp Dia jugak. dan kamu juga tidak menghisab sesiapa pun.
...


aku setuju ngan pendapat nih..... yang nak menghisab kita nanti adalah Allah s.w.t.... yang kita boleh lakukan hanyalah sama2lah kita tegur menegur dan nasihat menasihati sesama kita... manusia tak der yang perfect... hanya nabi saje yang maksum..
pasal yang kata tutup aurat tapi still mengumpat tuh, or tak pakai tudung tapi perangai baik tuh, pada aku dua2 ada kelemahan dan kesalahan masing2, dosa pahala tuhan yang tentukan .. mungkin sbb dia tak betul2 paham dengan islam..or maybe kita sebagai insan kekadang lemah dalam godaan syaitan.... so marilah kita sentiasa memperbaiki diri kita dari hari kehari......
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 01:53 PM | Show all posts
korang smua shud tgk dis video

http://www.youtube.com/watch?v=F4jQi0Gjy3M
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 07:13 PM | Show all posts
camne lak yg pakai tudung tapi masih pinjam baju adik2 dorang and pake jeans kalah britni sapeah. itulah namenye fesyen.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 08:10 PM | Show all posts
kita takleh kutuk or herdik or perli..
kita kna nasihat cara lembut..slow-slow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 03:36 PM | Show all posts

Reply #10 pinkunoneko's post

apa2 pun, bertudung itu tuntutan agama.....WAJIB...so bila dah bertudung tu pandai2 la jaga adab sopan....and one more thing I selalu perasan that org yg tak bertudung suka pakai stmt yg mengatakan org tak bertudung pun perangai lg baik than yg bertudung? why? to me..seorang muslim yg  tak memenuhi tuntutan agama walau bagaimana bagus sekalipun dia bukan la bagus sangat ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 05:40 PM | Show all posts
bagi haku tuntutan utk menutup aurat nih wajib termasuk bertudung kepala yg sempurna ( bukan yg kuar jambul ).....ada jugak yg pakai tudung ttp tak menutup aurat.....kita perlu tau batas2 aurat wanita......sebenarnya tidak ada alasan utk tidak bertudung.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 05:44 PM | Show all posts
untuk memakai tudung nih....memerlukan taufiq dan hidayah Allah....kalo tak ada taufiq dari Allah nescaya kita tak leh pakai tudung....utk dapat hidayah kita mesti zahirkan kesungguhan dlm hati utk pakai tudung pas tuh kita mesti doa dgn penuh harap agar Allah bukakan hati kita utk wat apa2 kebaikkan....insyallah akan dapat....ttp kalo dlm hati 50-50 mesti takdpat punyer....Allah lihat kesungguhan hati kita....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 05:47 PM | Show all posts
kalo kita dah bertudung....kita jgn keji org yg tak bertudung....nasihat dan doakan kebaikkan utk dier.....kalo kita pakai tudung krn taqwa pada Allah nescaya ia akan berkekalan , ttp kalo kita pakai krn sesuatu sebab......yg nih ler nnt satu masa akan bukak balik tudung tuh.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.532383 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list