CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alissa_sofea

sardin roll

[Copy link]
Post time 16-6-2008 10:55 AM | Show all posts

Reply #40 aprilmint's post

yerp..mcm tu..tp sebelum tu pastikan roti tu di lekatkan dulu guna telur takut terbuka pulak nanti masa goreng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 10:55 AM | Show all posts

Reply #40 aprilmint's post

yerp..mcm tu..tp sebelum tu pastikan roti tu di lekatkan dulu guna telur takut terbuka pulak nanti masa goreng.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by ixora_xr at 3-6-2008 05:52 PM
meh zira tepek resepi sardin roll kat sini

http://i227.photobucket.com/albums/dd183/ixora_xr/100_1783-3.jpg

SARDINE ROLL

Bahan
Roti sandwich biasa[leperkan dulu]
3 biji telur
sedikit  ...



memang sedap...saya tak goreng, saya bakar dlm oven dan dia tak berminyak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:48 PM | Show all posts
pas ni blh try resepi,nmpk sedap
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 12:48 PM | Show all posts
jom ramai2 wat roti sadinn
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by pinKy180 at 4-6-2008 11:33 PM
Sama-sama kak zira...

ok ni gambar sardin roll yg sy buat petang kemarin....ari ni baru perasan roti tu kena gelek dulu.....kemarin sy tak gelek patut la besar skit...

http://i ...


sedapnya... nasib aku posa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2008 05:25 PM | Show all posts
My version plak...

Bahan2nya:

Minyak untuk menggoreng
6 kpg roti (Lenyek dgn gelas agar tak serap minyak)
2 biji telur (Dipukul & letak garam sket je)

Bahan utk inti:

1 tin kecil sardin (dihancurkan mcm nak buat sandwich)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris halus)
1 slice cheese (hiris halus) - jika suka
garam secukup rasa
perahan limau

Cara2:

1) Campurkan bahan2 inti di atas.
2) Letak inti dlm roti yg dah dilenyekkan tadi dan gulung.
3) Terus celup dlm telur dan masukkan dlm pan.
4) Biasanya saya tak deep fry... just letak sikit minyak dlm pan je.
    Kemudian terbalik2kan mcm biasa.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 12:26 PM | Show all posts
ni version ala akak siti...he he...


Resepi: Roti Sardin Gulung

Bahan:
Roti 18keping(roti sandwich)
Inti sardin (2 tin sardin)
Telur 2 biji
esen vanilla(jika suka masukkan kedalam telur)
lemon yellow(jika suka nampak lebih menarik)
Tepung Gandum + sedikit air
Minyak untuk menggoreng


INTI:
2 tin sardin kecil
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit cili padi(jika suka)
garam
gula
1 tbsp majerin
3 biji limau kasturi(diperah airnya)

cara buat inti sardin:
campur semua sekali kedalam periuk kecil,kacau2 dan angkat,selepas angkat masukkan air perahan limau kasturi,bila dah sejuk letak atas roti,gulung.

Cara buat roti sardin gulung:
1)Spray roti dengan air atau letak seketika didalam kukusan
2)Gelek roti tersebut,supaya mudah digulung tak pecah dan tak serap banyak minyak
3)Letak sardin atau sebarang inti
4)Gamkan tepi roti dengan tepung gandum yang telah dibancuh sedikit air
5)Buat banyak-banyak susun dalam pinggan
6)Sebelum goreng celup dalam telur
7)Goreng roti tersebut
8)Sedia untuk dimakan


FILLING:
SOSEJ:
sosej ayam
sosej daging
sosej cendawan
sosej cheese
crab stick

INTI selain sosej :
ayam
daging
tuna
sardin
vege
inti karipap
selain buat inti ala karipap boleh bancuh inti lain dengan mayonaise


NOTE:
-roti gulung bersadur telur sesuai dimakan pada bila-bila masa,samada untuk breakfast atau minum petang atau bekalan untuk berkelah atau bekal perjalanan jauh,kiranya masakan ini tergolong dlam kategori sandwich,ini adalah masakan yang selalu saya buat sejak dulu kala,sebab senang dan cepat dan murah kosnya,beli kat luar harganya RM1 - RM1.20 sekeping

-spray air,saya prefer spray air ,sebab tak mau membazir ruang keluarkan kukusan atau didihkan air pula,saya guna spray yang biasa kita guna untuk gosok baju tu hah...he he serbaguna tu spray ni,spray pokok pagi2 atau petang2 pun boleh...spray roti dgn air supaya ia mudah digulung tak pecah dan inti elok terletak dan ia juga membantu tidak serap minyak yang banyak

-gelek roti..gunalah apa pun pengelek,saya guna botol air sebab masa tu anak dah guna pengelek saya gelek plastesin dia,guna botol air boleh,guna gelas pun boleh...


-fillling roti..ikut kesukaan,ini cadangan dari saya utk filling
SOSEJ:sosej ayam,sosej daging,sosej mushroom,sosej cheese,atau crab stick

LAIN-lain: ayam,daging,tuna,sardin,mix vege,inti karipap

--gam,bancuh sikit tepung gandum dgn air dan letak hujung gulungan,supaya tak mudah terbuka,dan inti elok lekat terletak


-kalu rajin,buat banyak2,masuk bekas simpan kat chiller(peti sejuk,tapi bukan tempat beku)esoknya boleh goreng,kan bagus buat macam tu,kalau nak gi keje or bekal anak sekolah or nak jalan jauh or nak buat party kat rumah..


-celup telur,celup seketika sahaja tau,tak perlu rendam,nanti terlebih lembik,pecah berderai pulak,celup telur ini apabila hendak goreng sahaja,sebab tu boleh prepare banyak2 sebelum goreng,..biasanya 2 biji telur dah boleh dapat anggaran 20 biji roti gulung


-goreng dalam kuali minyak banyak,balik2 kan,kalau tak nak banyak minyak guna kuali non stick...


selamat mencuba



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2008 12:39 PM | Show all posts
ni pulak sosej roll....













Resepi: Roti Sosej Gulung

Bahan:
Roti
Sosej
Telur
Tepung Gandum


Cara:
1)Spray roti dengan air atau letak seketika didalam kukusan
2)Gelek roti tersebut,supaya mudah digulung tak pecah dan tak serap banyak minyak
3)Letak sosej atau sebarang inti
4)Gamkan tepi roti dengan tepung gandum yang telah dibancuh sedikit air
5)Buat banyak-banyak susun dalam pinggan
6)Sebelum goreng celup dalam telur
7)Goreng roti tersebut
8)Sedia untuk dimakan


FILLING:
SOSEJ
sosej ayam
sosej daging
sosej mushroom
sosej cheese
sosej black pepper
crab stick

INTI selain sosej
ayam (isi)
daging (isi)
tuna (isi)
sardin (isi)
vege mix
inti karipap
selain buat inti ala karipap boleh bancuh inti lain dengan mayonaise ,kalau suka campur mix vege kedalam bancuhan inti tersebut


NOTE:
-roti gulung bersadur telur sesuai dimakan pada bila-bila masa,samada untuk breakfast atau minum petang atau bekalan untuk berkelah atau bekal perjalanan jauh,kiranya masakan ini tergolong dlam kategori sandwich,ini adalah masakan yang selalu saya buat sejak dulu kala,sebab senang dan cepat dan murah kosnya,beli kat luar harganya RM1 - RM1.20 sekeping

-spray air,saya prefer spray air sebab tak mau membazir ruang keluarkan kukusan atau didihkan air pula,saya guna spray yang biasa kita guna untuk gosok baju tu hah...he he serbaguna tu spray ni,spray pokok pagi2 atau petang2 pun boleh...spray roti dgn air supaya ia mudah digulung tak pecah dan inti elok terletak dan ia juga membantu tidk serap minyak yang banyak

-gelek roti..gunalah apa pun pengelek,saya guna botol air sebab masa tu anak dah guna pengelek saya gelek plastesin dia,guna botol air boleh,guna gelas pun boleh...


-fillling roti..ikut kesukaan,ini cadangan dari saya utk filling
SOSEJ:sosej ayam,sosej daging,sosej mushroom,sosej cheese, sosej black pepper,atau crab stick

LAIN-lain: ayam,daging,tuna,sardin,mix vege,inti karipap

--gam,bancuh sikit tepung gandum dgn air dan letak hujung gulungan,supaya tak mudah terbuka,dan inti elok lekat terletak


-kalu rajin,buat banyak2,masuk bekas simpan kat chiller(peti sejuk,tapi bukan tempat beku)esoknya boleh goreng,kan bagus buat macam tu,kalau nak gi keje or bekal anak sekolah or nak jalan jauh or nak buat party kat rumah..


-celup telur,celup seketika sahaja tau,tak perlu rendam,nanti terlebih lembik,pecah berderai pulak,celup telur ini apabila hendak goreng sahaja,sebab tu boleh prepare banyak2 sebelum goreng,..biasanya 2 biji telur dah boleh dapat anggaran 20 biji roti gulung


-goreng dalam kuali minyak banyak,balik2 kan,kalau tak nak banyak minyak guna kuali non stick...


selamat mencuba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 12:19 AM | Show all posts
malam semalam buat sardin roll..
klau serbuk roti ganti ngan oat rasa lemak skit



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 11:37 AM | Show all posts


sardin roll versi xde breadcrumb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 02:10 AM | Show all posts
kite buat pun takde kukus2...just percik air atas roti then gelek dgn kayu roll tu or abis malas..just tekan2 roti tu dgn jari bagi leper boh lah inti sardin pastu celup dgn telur..gelek atas serbuk roti ..goreng dgn api sederhana je tau tkt hangus plak..mmmm wallahhhhh sedap siutttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 12:00 AM | Show all posts
macam-macam version rupanya ye... esok ada jamuan buka puasa kat apartment iam... so dah plan nak buat sardin roll ni... mintak2 menjadi lerr..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 01:48 PM | Show all posts
wah mcm2 resepi sardin roll ada...
ni merupakan kesukaan ku....
tapi semenjak diet ni..dah lama ku takmakan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:51 PM | Show all posts
Buat sardin roll minggu lepas, belen roti tak pakai

Bahan2:
2 buku roti sandwich - kukus hingga lembut
1 kg minyak masak

Pukul sebati :
7 biji telur
1/2 cawan susu cair
secubit garam  

Inti :
425gm tin sardin (lecek bersama kuahnya sekali)
2 sd besar pes cili (cili kisar)
50 gm mentega
1/2 sd teh garam
2 sd besar gula   
1 sd teh jus limau
2 biji telur - dipukul
3 biji bwg besar didadu

Cincang :
1 labu bwg besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia

Panaskan mentega dan tumis bahan cincang hingga wangi dan kuning, masukan pes cili dan tumis hingga garing, masukkan sardin, garam dan gula, kacau hingga pekat, masukkan telur dan kacau hingga kental, masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Tuangkan jus limau dan kacau. Sejukkan.

Sudukan 1 sd besar inti pada roti yg telah dikukus (seeloknya semasa roti masih panas). Gulung dan lekatkan hujungnya dgn bancuhan telur. Buat hingga habis. Celup roti dangan bancuhan telur dan goreng dengan minyak panas hingga kuning. Angkat, sejatkan dengan kertas dapur dan hidangkan.
  





[ Last edited by  kacang^soya at 14-11-2008 08:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:34 PM | Show all posts
merah biasa buat sosej roll. anak2 suka. buat byk2, frozen. pagi goreng buat bekal anak g sekolah....tq pada penyumbang resepi....:handshake: :handshake: :handshake:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by ahpek at 13-8-2008 12:19 AM
malam semalam buat sardin roll..
klau serbuk roti ganti ngan oat rasa lemak skit

http://img516.imageshack.us/img516/5568/sardinrollmm6.jpg

http://img231.imageshack.us/img231/81 ...

menyelerakan sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 12:05 AM | Show all posts
SARDINE ROLL

Bahan

Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limak kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara
1. Masukkan bahan nti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dlam tapisan dupaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 12:38 AM | Show all posts

ROTI GULUNG

Bahan Roti

roti sandwich secukupnya
telur [pukul sebati]
breadcrumb
500 ml minyak k [untuk menggoreng]

Bahan Inti
1 mangkuk isi ayam [potong dadu kecil]
10 tangkai kacang buncis [potong kecil]
1 batang carrot [sagat/parut kasar]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
2 tangkai cili merah [cincang kasar]
1 pokok daun bawang [racik kasar]
1 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan kacang buncis, carrot, lada merah dan garam. Kacau rata.
4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata. Masukkan dalam mangkuk.
5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung.
6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul.
7. Golekkan dalam breadcrumb.
8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.
10 Hidangkan dengan sos cili.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:22 AM | Show all posts
SOSEJ GULONG BREADCRUMB

Bahan

5 batang sosej ayam [potong 2]
10 keping roti sandwich [buangkan tepi..boleh smpan buat puding roti.. ]
3 biji telur [pukul]
breadcrumb
500 ml minyak

Cara

1. Gulongkan sosej dalam roti.
2. Celupkan dlam bancuhan telur.
3. Golekkan dalam breadcrumb.
4. Gorengkan dengan api sederhana.
5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.900006 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list