|
Aku nak buat baja kompos takde masa. Aku guna baja Folia. Baja cair warna hijau. Pokok punya kadar pertumbuhan dasat.
Petang nie pasar tani sek 1 BBBangi ada jual. Nak beli sebotol lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #38 coniferous\ catat
cacing tu dalam gambo je nampak beso.. sebenarnya kecik.tu pesal merah nampak.. kulitnya masih nipis kot.
tapi kan..... yg beso2 susah plak nak jumpa.maybe spesis kecik kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #41 Bell\ catat
bell......... baja folia tu berapa RM sebotol?? mahal tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 ayasofiya's post
RM12 utk botol kecik. RM20 utk botol besar. Cuba la. Mencanak-canak pokok naik. Tp awas jgn terlebih - nanti daun hangus. Jenama dia - Power Grow. |
|
|
|
|
|
|
|
ko buat sendirik la baja air utk pokok tu senang jer........gunakan lebihan/ buangan sayur/ikan/kulit buahan ....campur gula merah + air...peram ....dlm tv kan ada tunjuk ....enzim sampah katanye....tetapi dokumentari ni dlm bahasa mandarin pulak ....bodo nye tv1 .....tak tau ke Tok Shaberry..org Melayu pun nak tau juga pasal ilmu enzim sampah ni....korang suruh la Tok Berri tu buat lam B Malaysia...ni kan negara Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
baja kompos saya xjadi. Maybe air bertakung kot dalam tu, sampai cacing xleh hidup. tadi dh korek ngan kayu, satu cacing pun xlekat, kena belajar lagi la nie camner nk buat baja kompos. |
|
|
|
|
|
|
|
ida, awak wat baja kompos kat lam tanah ke lam pasu??????????????
tapi saya pernah nampak cacing dok dlm tanah yg betakung.....mungkin kompos ida lom cukup matang kot........besar mana unit kompos ida??????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus info ttg "baja kompos dari sisa makanan"  |
|
|
|
|
|
|
|
bagus info ttg "baja kompos dari sisa makanan"  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #47 coniferous\ catat
saya letak baja dalam tong sampah bersih yang bertutup.
Lebih kurang mcm kt bwh tong sampah tu. Tapi saya letak satu layer je kulit buah-buahan, sayuran
 |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu aku check kat pasar tani BBBangi. Baja Folia dah tak jual. Kosnya sgt tinggi ketika ini. Patah semangat aku nak berkebun. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa duduk dengan keluarga angkat aku, ada dia buat baja kompos ni...tapi aku tak ambil pot sangat, sekarang dah minat berkebun rasa seronok nak tau pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal baja nih, nak buat kena gunakan tanah kan? bulan lepas ada beli 3 kampit tanah bakar ruper tak ler mahal sekampit dlm RM 2 jerk.. cuma nak kena rajin buat lah kan.. saya gunakan nak tanam daun kunyi, n lengkuas. tp bukan untuk baja... nampaknya subur jugak ler pokok tu naik.. memula ada gak siram ngan air beras. tp tak sure pokok tu melecur ker apa sebab belum tumbuh lagi saya dh siram dgn air beras... pas tu stp jap baru lah nampak pokok naik....  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tanah bakar (yg dirawat) kat lunas nih.. sekampit baru singgit ja.. kalo ummi hamek selalunya dlm 10-20 kampit.. kdg2 tokenyer bgik xtra 2-3 kampit lagik.. besh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 mrsaafifi's post
wow, murahnyer ummi. yg saya amik tuh dia kata dari sg. buloh, dekat jer dgn area umah saya... banyak ker ummi tanam pokok? sebab amik byk tuh.... semuanya misti gemok2 kan.. geram tengok yg subur2 nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 mrsaafifi's post
kedai tang mana umi....kot2 p belah sana ble singgah..
sini 6 kampit RM10 |
|
|
|
|
|
|
|
Kaedah hasil baja kompas
KAJIAN saintifik ke atas baja kompos membuktikan ia mampu menggandakan hasil pertanian dan tanaman di landskap kediaman anda.
Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas iaitu bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba.
Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu boleh dijadikan baja kompos.
Rumput yang dipotong antara bahan terbaik baja kompos kerana ia mudah reput.
Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja kerana kebanyakan komuniti boleh muncul perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan berkenaan di tanah.
Bagi membina longgokan baja kompos, campurkan daun reput dan tanah dari hutan atau dari belakang rumah anda.
Kadar kelembapan penting untuk menghasilkan baja yang sihat sementara Mikro organisma memerlukan persekitaran lembap untuk penghantaran nutrien.
Jika timbunan itu terlalu kering, proses penghasilan baja berlaku secara perlahan.
Jika timbunan itu terlalu lembap, tanah menjadi berat dan oksigen tertekan keluar, menyebabkan longgokan itu mereput dan berbau busuk.
Longgokan harus dibiarkan lembap seperti span yang sudah diperah dan cuba gunakan air hujan untuk mengekalkan kelembapannya.
Organisma tanah dan bakteria memerlukan oksigen untuk hidup dan tanpa bekalan oksigen yang berterusan, ia boleh mati selain digantikan dengan organisma tidak perlu.
Jika ini berlaku, longgokan baja anda akan busuk bagi mengelak situasi itu, longgokan baja mestilah diterbalikkan sekali dalam tiga minggu untuk membawa bahan yang di bawah ke atas atau sebaliknya.
Longgokan baja kompos juga boleh dibina pada kediaman yang mempunyai ruang kebun seluas kira-kira 1.21 meter hingga 1.524 meter panjang kali 1.22 meter lebar dan kira-kira 0.9144 meter tinggi.
Bagi kebun yang lebih kecil, anda boleh gunakan bekas air atau tong sampah buruk dengan membuat lubang pada tepi dan bawah bekas.
Buatkan satu pintu yang terbuka di bawah bekas atau buangkan terus bahagian bawah tong.
Ini membolehkan anda mengeluarkan humus ketika menambah bahan buangan baru di bahagian atas, membolehkan proses penghasilan baja berjalan berterusan.
Potong sayuran yang besar dan akhbar kepada bahagian kecil untuk mempercepatkan pereputan.
Elak menambah banyak buah-buahan sitrus kerana bahan ini boleh membuatkan humus terlalu berasid dan ia mungkin akan merosakkan pokok.
Elak menambah rumput menjalar, biji benih, daging, tulang dan sisa makanan berlemak yang mungkin tahan reput.
Makanan berlemak juga lambat reput kerana lemak boleh menghalang kemasukan udara bagi melancarkan proses pereputan.
Pokok yang tumbuh berdekatan dengan longgokan baja juga bersaing dengan mikro organisma untuk mendapatkan nitrogen.
Jika ada pokok berdekatan dengan tong baja, pastikan anda menambah banyak bahan yang kaya dengan nitrogen untuk mengurangkan kehilangan nutrien. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mas916 at 8-3-2009 10:56 
kedai tang mana umi....kot2 p belah sana ble singgah..
sini 6 kampit RM10
kat tepi jalan ja mas.. bersebelahan dgn kebun nanas dan tmpt jogging bwh kabel letrik.. kalao dari ara kuda, sblum masuk pekan lunas.. on the left side berhadapan dgn gerai juai tepung talam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 mrsaafifi's post
umi..dekat2 ngan sekolah keb. tu ka.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|