|
Bunga/tumbuhan dikaitkan dgn mistik dan misteri
[Copy link]
|
|
Reply #6 Syd's post
enie ada beli 2 bulan lps rm5 sepolibeg..last 2 weeks kwn enie pg nak beli dah naik harga ke rm8 sepolibeg...
jumaat mgg lepas dlm tv ada citer asal usul bunga nie..katanyer dulu ada seorg penari yg suka pakai bunga nie masa menari.. tak lama kemudian dia termengandung hasil dr perbuatan.... then dia lari ke hutan hinggalah dia bersalin n mninggal dgn babynyer..sejak hari itu org selalu nmpk rohnyer datang dgn memakai bunga ini....dengan itu terhasillah nama 'harum sundal malam'....
wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 enie_74's post
uiks..
iras2 citer maya karin tu
cuma maya karin tu dah kawin then ngadung laa kan
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 Syd's post
Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka
Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri.
Dengan kecantikan tersebut tidk hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan dihalaman rumah.
Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.
Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri.
"Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri," katanya.
Beliau yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.
"Untuk cxempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok," tambahnya.
kesusuaian ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan.
Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu.
Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.
Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.
Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pech-pechkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.
"Bagi pokok cempaka putih," kata Dr.Zamzam, "ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil bberapa kuntum bunga untuk direbus".
Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cunma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.
Jelasnya lagi, "untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 Syd's post
syd...satu dan tiga tu frangipani aka kemboja... no 2 tu cempaka kuning |
|
|
|
|
|
|
|
tah la....tp kalau kg saya..mmg guna limau purut....
kira limau purut depan umah tu selalu ada permintaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 nazurah's post
ohhh bunga cina tu
orang panggil orang kemboja eh?
ni orang selalu ckp
jgn tanam bunga nih kat umah
ni bunga kubur... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu satu..
orang-orang tua selalu pesan...
kalau bunga2 yang ada kat area kubur..
jgn lah bawak balik tanam kat umah plak..
kalau yang kat umah bawak p kubur, tanam tak pe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 enie_74's post
mungkin gelaran bunga cina tu
kitorang je yang panggil..
jap, nak ingat balik..mcm mana kami panggil bunga kubur tu bunga cina? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 nazurah's post
Oooo....ngeri juga....
Alhamdulillah, semuanya dah ok sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kata org...kalo buah limau nipis tu kasi kat org utk buat berubat...pokoknya nanti cepat mati... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
Syd, saya kenal betul dengan ismail saidin ni. Dulu dia ni penyiasat luar )Kalau tak silap nama jawatan dia masa tu) mengenai botani di Universiti Malaya. Kami bekerja di satu department. Masa saya kenal dia ni saya masih muda belia dan dia dah hampir pencen. Tak tahulah sama ada ismail saidin ni masih ada sekarang. Pada masa tahun 70 an tu dia ni kira orang melayu yang bekerjasama dengan pensyarah2 mat saleh di Fakulti Sains, UM. Dia memang pakar tentang pokok-pokok ni.
Baru-baru ini ketika saya ke Pekan Buku di UM saya ada terjumpa buku dia mengenai tumbuh-tumbuhan. Harganya lebih kurang RM65-75. Dah lupa saya. Saya ingat kalau saya ke sana lagi saya akan beli buku ini sebagai kenangan kepada seorang kawan lama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by leykelate at 8-9-2008 04:47 PM 
Ada cerita mengadakan pokok tanduk rusa juga jadi tempat pontianak bertenggek di atasnya.
Tak tahulah betul ke tidak. Ramai org kampung kata mcm tu. Sebab pada masa tu rumah saya jer
yang ada p ...
Saya pulak kalau tengok pokok tanduk rusa ni rasa macam tak nak tanam kat rumah. Cuma suka tengok ajer. Rasa macam seram jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 haniman's post
a ah
kat kolum BH tu, bahagian laman..mmg dia tulis pasal botani-botani ni laaa
ni pun salah satu buku dia jugak kan?
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 Sunor's post
mungkin jugak kot.
sbb memang dah mati dah pokok2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
aha..tiba2 tingat kat mandi bunga..
selalu amek 7 jenis bunga beza kan?
motif nak mandi bunga katanya;
1. nak carik jodoh
2. nak buang siol etc |
|
|
|
|
|
|
|
Asal Usul Mandi Bunga
Oleh Hazman Ibn Hassan Al-Arawi
Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.
Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama" (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.
Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.
Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.
Unsur ‘Popular Islam’ juga ketara apabila teori ‘bau’ dapat difahami. Ada orang Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhlus halus khususnya jin dan roh ialah asap dan bau yang tertentu. Oleh itu, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi akan dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhlus halus yang tertarik dengan ‘makanannya’. Sebaliknya makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan ‘bau’ yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan. Maka, kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya akan lari.
Oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh ‘Puteri Gunung Ledang’ dll ?) sebagai khadam atau ‘pendamping’.
[[[ Cuba fikirkan kenapa dalam majlis mawlid ada yang membakar kemenyan yang mahal-mahal (contohnya yang sekilo harganya sampai RM seratus lebih dibeli di Makkah) supaya ‘wangi’? Sekurang-kurangnya diusahakan agar ada bunga rampai daripada campuran daun pandan yang diracik, air mawar, minyak attar dan pelbagai bunga untuk ‘wangi’ ?]]]
Dan mengapa pula ketika pembacaan mawlid, antara pertukaran satu section ke section lain akan diselangi dengan korus ‘ATIRILLAHUMMA QABRAHUL KAREEM…’bermaksud Ya Allah, HARUMkanlah kubur baginda yang mulia .. yang diulang-ulangkan?? (Nak HARUM dengan apa melainkan dengan aroma bau yang wangi?). Saya pernah hadir ke majlis mawlid (in fact saya pun berzanji juga waktu tu) yang ketika sampai ke part menceritakan kelahiran Nabi maka semua hadirin akan bangun bermarhaban sambil dulang-dulang berisi bunga rampai diedarkan untuk para hadirin mengambil seorang sedikit bunga rampai tersebut. Syukurlah kalau semua ni sekadar ‘tradisi’, ‘adat kebiasaan’ atau ‘prop’ dalam suatu pertunjukkan ‘teater berunsur Islam tahunan’ yang sangat bersahaja. Akan tetapi kalau dikaitkan dengan hadirnya roh Rasulullah SAW maka apa akan jadi dengan kesahihan aqidah kita?? Mujurlah kita di Malaysia belum terpengaruh dengan amalan puak Brelvi di India yang sampai menyiapkan pelamin emas untuk kononnya diduduki oleh roh Nabi ketika majlis mawlid. Wallahul Musta’an.
Mandi Bunga dilakukan dengan tujuan untuk membuang siol pada pelakunya, menjauhkan gangguan makhluk halus serta sekaligus menaikkan seri dan mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang cina) bagi dirinya (Amran Kassimin,1993:34). Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu (contoh daun bertemu urat, warna tertentu etc.) dan bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri yang akan mendatangkan manfaat yang diinginkan. Wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang siol’ yang lain dikenali sebagai mandi tolak bala, ‘mandi pengantin’ untuk bakal pengantin, ‘mandi bertabal’ untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.
Kenapa orang lain yang kena bersihkan sisa mandian? Sebab ‘siol’ (‘sueh’ kata orang cina) itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian, maka kalau orang yang mandi juga yang bersihkan sisa tersebut maka nanti ‘siol’ itu ‘hinggap’ semula, tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.
Secara peribadi, saya berpandangan bahawa limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Misalnya:
i. Air tepung tawar yang ‘basic’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan tidak ketinggalan limau purut yang dihiris (O.K Rahmat,1983:11)
ii. Kajian A.Aziz Bidin dan Aishah Muhammad (1998:180) terhadap tumbuhan ritual mendapati limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.
iii. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan sebagai pakej adat perkahwinan Melayu selepas kedua-dua pengantin bersatu dengan pengantin berpakaian lengkap dan duduk di bawah kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan sebagainya akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut (Syed Alwi,1986:41)
iv. Kajian Amat Juhari Moain (1990:105) di Sungai Dacing, Lenggeng Negeri Sembilan mendapati dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi, pawang akan mengambil limau-limau yang disediakan untuk ‘ditawarkan’ dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi agar padi subur dan selamat dari bencana.
Demikianlah sedikit analisis tentang sebab dan teori mandi bunga, mohon dibetulkan mana yang salah. Adapun tentang kedudukannya di sisi aqidah dan syari’ah Islamiyyah , diserahkan kepada mereka yang lebih berilmu untuk menanggapinya, Insya-Allah.
Rujukan:
A.Aziz Bidin & Aishah Muhammad. (1998). Kegunaan Tumbuh-tumbuhan. dalam Wan Hashim Wan Teh & Ismail Hamid,ed. Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Wang Kelian Perlis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain. (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amran Kassimin. (1993). Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islam. Kuala Lumpur: Dinie Publishers.
Haron Daud. (2001). Mantera Melayu : Analisis Pemikiran. Pulau Pinang : Penerbit USM.
O.K. Rahmat S.H. (1983). Pencemaran Akidah Di Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Alwi Sheikh Al-Hadi. (1986). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Cetakan Ketujuh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wallahu A’lam
Sumber : al-firdaus.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dari sudut sains pulak pasal mandi bunga...
Bermain Warna dan Getaran
Oleh: Laila Halilah Nasir
Mengenali warna diri, sebenarnya anda mula mengenali personaliti anda yang sebenar – Dr. Norhisham Wahab.
Bolehkah kita merawat penyakit dengan warna? Persoalan ini sudah lama bermain difikiran saya. Kebetulan pula mendapat jemputan daripada Dr. Norhisham Wahab yang mempunyai Klinik Colour Vibration Therapy, ini bermakna segala kemusykilan akan terjawab. Seperti yang telah saya duga setelah menghabiskan hampir 2 jam bersama, jawapan yang saya cari akhirnya saya temui.
"Memang benar warna boleh menjadi penawar paling mujarab," tegas Dr. Norhisham Wahab ketika saya mengajukan soalan pertama. Walaupun sukar difahami namun sedikit sebanyak penjelasan beliau telah berjaya menyingkap pelbagai rahsia warna yang selama ini tidak banyak diketahui umum.
Bermain dengan warna-warna alam bagi Dr. Norhisham bukan sekadar terpesona dengan keindahannya malah warna-warna ini terutamanya yang diperolehi dari bunga-bungaan telah berjaya menemukannya dengan formula yang dianggap rasional dan releven berkisar tentang kehidupan seharian di dalam Colour Vibration Therapy.
"Saya menghabiskan lebih tiga tahun untuk membuat kajiselidik sehinggalah saya bertemu dengan formula yang benar-benar sesuai untuk dijadikan perubatan alternatif kepada manusia. Perubatan Colour Vibration Therapy telah melalui satu kajian yang cukup menyakinkan dengan menggunakan konsep warna dan getaran dan telah diterima pakai dengan cukup jayanya dalam masyarakat barat terutamanya di Jerman.
"Oleh itu saya berhasrat mendidik masyarakat di dalam ilmu perubatan ini agar ia menjadi amalan untuk mengubati diri sendiri yang dianggap biasa tetapi ia amat diperlukan untuk menjamin sistem penjagaan kesihatan kekeluargaan agar lebih sempurna," katanya menerangkan tujuan dan matlamat pembabitannya dalam bidang yang dianggap baru di negara ini.
Memang sukar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh Dr. Norhisham. Bercerita tentang halusinasi, kronik dan penyakit biasa yang seringkali menjadi wabak dengan proses perawatan menggunakan warna-warna alam semakin membingungkan. Menurutnya dengan klinik yang dibuka dia boleh mengesan penyakit didalam tubuh manusia hanya dengan mengetahui kekuatan warna seseorang. Ia dilakukan dengan sentuhan tangan pesakit kepada sekeping kad atau kertas berwarna.
"Apabila anda hendak mengenali diri anda, anda dinasihatkan bermula dengan mengenali konsep warna dalam kehidupan. Mengenali warna diri, sebenarnya anda akan mula mengenali personaliti anda sebenar. Anda juga boleh mengetahui kelebihan, kekurangan, masalah kesihatan, ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikit, perasaan, semangat, kelakuan dan tindak tanduk anda yang berkait rapat dengan inspirasi warna.
"Umumnya ramai menyukai warna-warna tertentu sebagai kegemarann tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya," kata beliau.
Berilhamkan amalan mandi bunga
Bercerita tentang pembabitannya dalam bidang Colour Vibration Therapy, menurut Dr. Norhisham, segalanya bermula dengan tidak disengajakan.
Beliau yang berkelulusan Sains Fizik dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, tujuan awal kajiannya ialah mengenai nutritions dan kesannya terhadap pemakanan. "Asalnya saya mula mengkaji tengang perubatan ini bersama pakar pemakanan mengenai tabiat pemakanan herba."
"Setelah bosan dengan pengalaman rakan-rakan di dalam bidang perubatan yang masih tidak dapat mencari kesimpulan kenapa ada penyakit yang tidak sembuh hingga akhirnya membawa mereka kepada perubatan tradisional terutamanya bomoh, saya akhirnya bertekad untuk melakukan kajian bersama beberapa pakar dari Jerman," katanya.
Menurut Dr. Norhisham banyak tenaga, masa dan wang ringgit dihabiskan namun dia puas kerana akhirnya dia menemui sesuatu yang selama ini tidak pernah terlintas di fikirannya.
Berilhamkan amalan mandi bunga, Dr. Norhisham kini berjaya mengadaptasikan amalan berkenaan kepada bentuk yang lebih moden dan sesuai untuk semua peringkat manusia.
"Saya cari formula kaedah mandi bunga dengan cara lebih moden dan saya berhasil. Inilah buktinya" kata Dr. Norhisham sambil menunjukkan pati aromaterapi yang dihasilkan.
"Aromaterapi yang dibuat dari pati bunga dan pati tumbuhan bertindak sama seperti perawatan mandi bunga yang dilakukan oleh para dukun dan bomoh".
"Ingat lagi cerita mandi bunga dan nila yang disapu di pipi bila kita kena beguk. Sebenarnya warna biru merupakan warna penyembuh. Begitu juga dengan warna kuning seperti kunyit, oren dan emas. Emas itu boleh meneutralkan asid. Sebab itu orang perempuan digalakkan memakai emas," ceritanya cuba menerangkan peranan warna yang tidak diketahui ramai.
"Saya juga telah berjaya mengeluarkan produk hasil dari kombinasi formula yang dicipta untuk merawat penyakit berdasarkan warna-warna yang ditemui dari bunga-bungaan".
"Kaedahnya mudah iaitu dengan menggunakan konsep pengubahan tenaga dengan memerangkapnya kedalam minyak pati bunga aromaterapi yang mudah meresap ke kulit manusia".
"Kita menggunakan kulit sebagai perantara utama kerana kulit diakui sebagai reseptor terbaik untuk menghantar mesej ke pineal (otak). Pineal bertindak sebagai prisma atau berlian bercahaya memecahkan getaran itu kepada berbagai warna dengan frekuensi-frekuensi yang berbeza yang akhirnya akan mengembalikan tubuh badan kepada keadaan normal," jelas beliau lagi.
Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami
Dunia penuh dengan pencemaran. Berbagai bencana yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan tetapi sesuatu yang mengkagumkan dalam jangka masa yang singkat tumbuh-tumbuhan dengan suatu kuasa yang penuh bertenaga mampu terus hidup. Ini ialah cara semulajadi untuk mengembalikan keseimbangan.
"Itulah satu kekuatan yang ada pada tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber imuniti bagi menghadapi pencemaran dan masalah alam sekitar. Jadi saya memanafaatkan tumbuh-tumbuhan sebagai penyelesai bagi kekurangan imuniti yang menjadi punca penyakit kepada seseorang".
"Umpamanya bunga-bunga kecil yang tumbuh meliar di kawasan ergunungan atau tanah tinggi mempunyai getaran tenaga yang amat kuat untuk menyesuaikan atau mengembalikan tahap spritual seseorang kembali normal. Tenaga itu pasti mempunyai getaran di mana geteran itu ditentukan oleh warna sebagai ukuran ketepatan bagi keperluan tenaga yang harus diganti semula".
"Tenaga Colour Vibration Therapy ini dicipta daripada tenaga tumbuh-tumbuhan yang dimanfaatkan daripada matahari dan cahaya balikan daripada bulan. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendamkan kedalam air untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga getaran bunga yang sudah dipindahkan ke dalam air itu amat berkait rapat dengan misteri mandi bunga yang menjadi amalan berbagai budaya di seluruh pelusuk dunia," katanya lagi.
Menurut beliau Colour Vibration Therapy merupakan salah satu cabang perawatan Hameopati. Keadahnya tidak begitu rumit dan sangat praktikal. "Saya buka peluang ini kepada semua orang termasuk surirumah dan ibu-ibu yang mempunyai banyak masa lapang. Saya bercadang untuk melatih lebih ramai golongan profesional dalam bidang Colour Vibration Therapy ini," tambah beliau dengan yakin.
Berasal dari Negeri Sembilan, Dr. Norhisham kini sedang bergerak ke seluruh negara bagi memberi ceramah dan mengadakan kelas-kelas khusus kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengamal perubatan Colour Vibration Therapy.
"Saya percaya satu tahap nanti masyarakat di dunia ini tidak lagi akan merasa pelik dengan pelbagai jenis penyakit dan kaedah perawatannya," tambahnya lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Bunga kemboja juga dikaitkan dengan benda2 halus. Pernah terbaca dalam satu artikel mengatakan bunga kemboja ni kononnya tempat putri bunian bermain.
He he sebab akak tak tanam bunga kemboja di rumah. Tapi sekarang bunga kemboja cantik. Macam2 warna. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|