|
Originally posted by nemoo at 23-8-2006 10:59 AM
harp...........datang ler anytime, aku sentiasa pree
lama tak jumpa ko ler....ekekekeke
ni buah epal yg terbaru ...

http://img.pho ...
alahai nemoo....geramnya tgk epal ni :geram:
brp tinggi pokok ni skrg? besar ke? lindt minat nak tanam tp tanah pun tak de... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku pernah tanam pokok epal nih tapi aku dah tebang sebab selain pokok tu semacam berduri dan buah nya indah khabar dari rupa. rasanya masam dan kelat. ada geng dari indon cakap daun pokok tu untuk memandikan orang mati . my pendapat tak yah buang masa tanam pokok nih baik tanam pokok mulberi. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by nemoo at 10-8-2006 09:29 AM
nemo...u ada tanam pokok bidara ker? meh tukar pokok |
|
|
|
|
|
|
|
((((( calling 4 mr nemoo )))))
pd sape yg tahu pun boleh jugak :bgrin:
nape pokok epal yg amoi taman tu hidup segan mati x mahu???
sbb cuaca ka??
amoi kat Jhr... mmg sejak kebelakang nie mmg asyik ujan aje....
ari tu mcm dah ader munga kuar tp x lekat lak...
sape leh tolong...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Site and Soil RequirementsSunlight, and plenty of it, is a key to increasing fruit production. Pick an area where the trees will be in the sun most or all of the day. The early morning sun is particularly important because it dries the dew from the leaves thereby reducing the incidence of diseases. If the planting site does not get plenty of sun, then you can't expect the best performance from the tree.
Although apple trees will grow well in a wide range of soil types, a deep soil ranging in texture from a sandy loam to a sandy clay loam is preferred. Apple trees will not thrive in soil that is poorly drained. In areas of poor drainage, roots will die resulting in stunted growth and eventual death of the tree. Conversely, apple trees will also perform poorly on droughty soils. Shoot growth can be stunted and fruit size and quality reduced.
Most fruit plants, including apples, grow best when the soil pH is near 6.5. Since the natural pH of most Georgia soils is below this level, you will need to incorporate lime before planting to raise the pH to the desired level. You can get information on soil testing and liming recommendations from your county extension office. Periodically (about every 3 years) check your soil pH. The soil test report will indicate if additional liming is required

Pokok epal memerlukan Tanah ( SOIL PH ) 6.5, yep dan baru baru ini selalu hujan kan ? elakkan pokok epal daripada terdedah kepada hujan yang berlebihan kerana pokok epal ni memang memerlukan tanah yang mempunyai saliran udara dan air yang banyak. Pokok Epal suka tanah yang loam berpasir . DAN semasa ia mula berbunga dan berbuah, pokok epal memerlukan matahari sepanjang hari, pilihlah tempat yang paling banyak menerima cahaya matahari.. tetapi pastikan juga tanahnya tidak kering kontang
Ketika ia berbuah, kepanasan matahari akan mempengaruhi kualiti buah oleh sebab itu di negara2 omputeh...musim buah epal mula dikutip biasanya di penghujung musim bunga( Summer) , mahu masuk autumn laa kirakan...kepanasan musim bunga ( summer) memainkan peranan memaniskan buahnya...
Harap dapat Membantu sekalian.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 aamoi's post
waduiii tanam epal plak dah...bestnya tapi rasanya camne ek...kan kat msia ni cuaca tak hala tentu...kalu udah jadi nanti tempeklah gambornya cayang.. |
|
|
|
|
|
|
|
jom tanam apple!!
Buah epal Pak Tagal
Oleh Ravichandran D. J. Paul
Tiada racun makhluk perosak atau bahan kimia digunakan untuk membolehkan buah epal kelihatan cantik seperti yang lazim dilakukan di dusun-dusun komersiol.

PAK TAGAL bersama sebakul buah epal di dusun miliknya
di Kampung Buduk Nur, Ba'kelalan, Sarawak.
Ba'Kelalan, tempat yang unik dan menarik di timur laut Sarawak kini sinonim dengan buah epal. Rasanya bukan sahaja manis dan rangup malah bebas daripada racun makhluk perosak atau bahan kimia.
Tagal Paran, 75, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tagal adalah orang yang bertanggungjawab terhadap penanaman pokok epal di Ba'kelalan.
Pokok epal hanya boleh ditemui di kawasan iklim sederhana tetapi oleh kerana sikap ingin tahu dan keazaman Pak Tagal, pokok epal hidup subur di sini.
Berada pada kedudukan kira-kira 915 meter (3,000 kaki) dari aras laut, daerah yang tenang ini mempunyai iklim yang sesuai untuk pertumbuhan pokok epal yang baik.
Pak Tagal yakin bahawa satu hari nanti Ba'kelalan boleh membekalkan buah epal yang mencukupi untuk negara.
Pesta Epal yang diadakan setiap tahun pula menjadikan Ba'kelalan sebuah destinasi mempesona bagi pelawat.
Serius menanam epal
Menurut Pak Tagal, adiknya Andrew Balang Paran telah membawa pulang 50 anak pokok epal dari Kalimantan pada tahun 1960-an selepas melihat penduduk di situ mengusahakan tanaman epal.
Bagaimanapun, hanya pada pertengahan tahun 1970-an, Pak Tagal serius menanam pokok epal dengan menanam 300 batang pokok yang ditanam sebagai percubaan oleh pihak berkuasa pertanian.
Pak Tagal menyedari pokok-pokok epal itu berada dalam keadaan tenat dan akan mati jika tiada tindakan segera diambil manakala pihak berkuasa pertanian tidak begitu berpengetahuan mengenai tanaman epal.
"Saya dengan segera berangkat ke Batu Malang di Indonesia untuk belajar lebih lanjut mengenai penanaman pokok epal serta mendapatkan khidmat dua penanam epal di situ.
"Saya kembali ke Indonesia sebanyak tiga kali untuk mendapatkan anak pokok baru. Semuanya saya cuba," katanya mengenang semula bagaimana beliau mula mengusahakan tanaman ini.
Dusun tiga hektar Pak Tagal di kampung Buduk Nur kini mempunyai 2,000 batang pokok epal dan dijaga oleh empat pekerja. Kira-kira satu tan metrik buah epal dapat dihasilkan bagi satu-satu musim.
Berbuah dua kali setahun
Kebiasaannya, pokok epal berbuah sebanyak dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan hujung tahun. Pokok epal memerlukan rangsangan musim sejuk dan ini dapat dicapai dengan mencantas dan menggugurkan daun secara manual dan selepas itu, pokok akan mula berbunga dan berbuah.
Tiada racun makhluk perosak atau bahan kimia digunakan untuk membolehkan buah epal kelihatan cantik seperti yang lazim dilakukan di dusun-dusun komersiol.
Mengenai jenis epal yang ditanam di sini, beliau berkata antaranya ialah epal Manalagi (Golden Delicious) yang kini diberi nama baru iaitu Epal Ba'kelalan. Ia berwarna kuning kehijauan, manis dan agak rangup. Selain dimakan terus, ia sesuai dijadikan ramuan dalam pai epal dan salad buah-buahan.
Buah epal Anna berwarna merah di bahagian atas dan kuning di bawah, mempunyai rasa masam manis dan lebih lembut.

Buah epal Rome Beauty berwarna hijau dengan merah di bahagian bawah dan rasanya lebih kurang sama dengan epal Anna tetapi lebih rangup.
Buah epal Granny Smith berwarna hijau dan rasanya masam dan sesuai untuk masakan atau dijadikan tuak epal.
Epal Ba'kelalan dipasarkan di Lawas dan Miri dalam kuantiti terhad.
Harapan lebih besar
Pak Tagal yakin jika penduduk di sembilan buah perkampungan di Ba'kelalan mula menanam buah epal, Malaysia boleh menjadi pengeksport buah itu.
Malahan beliau berpendapat banyak lagi buah-buahan iklim sederhana boleh ditanam di sini seperti sitrus, strawberi dan anggur.
Beliau turut menanam strawberi dan beberapa penduduk kampung menanam kopi Arabica.
Bagaimanapun, kedudukan Ba'kelalan di satu kawasan terpencil berdekatan sempadan Kalimantan di Indonesia, menyebabkan ia hampir terputus hubungan dengan pekan dan bandar lain. Laluan ke dunia luar hanyalah menerusi pesawat ringan dan kenderaan pacuan empat roda.
Oleh itu, agak mustahil untuk membawa keluar buah epal dalam kuantiti besar bagi tujuan eksport.
Bagaimanapun, terdapat rancangan untuk membina jalan raya sejauh 170 kilometer dari bandar terdekat di kaki bukit, iaitu Lawas.
Beliau yakin cadangan membina jalan itu akan menarik minat syarikat-syarikat besar untuk menjalankan aktiviti penanaman komersiol, selain diproses menjadi jem dan tuak.
Pembinaan jalan itu juga, menurut Pak Tagal, mampu menjadikan Ba'kelalan sebagai pengeluar terkemuka buah-buahan dan sayur-sayuran di Sarawak seperti Cameron Highlands di Semenanjung dan Kundasang di Sabah.
Bagaimanapun, buah epal bukan hasil utama Ba'kelalan. Beras wangi Bario atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Adan' merupakan komoditi utama penduduk di sini.
Namun Pak Tagal percaya buah epal akan kekal sebagai aset penting Ba'kekalan dalam menggamit pelancong.

LIMA bakul epal dari dusun Pak Tagal sedia untuk
dipasarkan di Lawas dan Miri, Sarawak.
Daerah itu buat masa ini menerima hampir 3,000 pelancong setiap tahun, sebahagian besarnya warga Eropah dan bilangannya dijangka meningkat.
Sumbangan tidak ternilai
Warga emas itu kini menikmati hasil daripada titik peluhnya. Pak Tagal yang peramah, dan isterinya, Yammu Pengiran mempunyai tujuh anak iaitu Dr. Judson, Mutang, Dina, Rangai, Gerit, Martha dan Sandra.
Keluarga itu kini juga mengendalikan sebuah kemudahan homestay di Buduk Nur iaitu Apple Lodge, di mana pelawat boleh menikmati kehidupan dan adat resam masyarakat Lun Bawang.
Pak Tagal bertekad untuk meneruskan apa yang sangat diminatinya ini. Beliau mungkin tidak sedar yang minatnya untuk menanam epal telah menjadikannya ikon dan telah membantu Ba'kelalan mengukir nama dalam sektor pelancongan.
Buah epal di Ba'kelalan bukan lagi mitos. Terima kasih Pak Tagal. - Bernama
tingat masa aku kat DeKalb.. kat backyard rumah sewa aku ada crab apple tree... sedap ... aku mmg minat gardening tapi tak pandai sgt jaga.. setakat siram2 make sure tak banyak weeds.. wokey ler... kuar jugakler peluh jantan tu.. .. dan banyak gak pokok buah aku tanam... kat rumah aku... pokok mangga dengan promegenate.. sedap... apa2 pun apple mmg buah yg aku suker sekali.. terutama granny smith!!  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mana nak cari anak pokok apple ni..mana lah tau leh berbuah.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam tak caya jek......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekma at 4-6-2008 08:55 AM 
mana nak cari anak pokok apple ni..mana lah tau leh berbuah..
kena tanam tempat yang sejuk .. tu yang aku pahamkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mekma's post
pkk apple... kena tnm kat tempat sejuk mekk...baru jd...
Baru2 nie masa g Agrotek Park Cameron, rupanya ada tanam pkk epal nie...tgk2 ada yg dah berbuah tp blom besar lg...meh tgk nie..
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikna99 at 4-6-2008 15:54 
pkk apple... kena tnm kat tempat sejuk mekk...baru jd...
Baru2 nie masa g Agrotek Park Cameron, rupanya ada tanam pkk epal nie...tgk2 ada yg dah berbuah tp blom besar lg...meh tgk nie..:lovelin ...
meleleh air liur...teringin rasa teringin nak gigit epal tu...kalau gi beli kat kedai pun takleh makan jugak sebab tengah pantang bersalin huaaaa....  |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh sedap tu...kalu lah leh tanam kat belakang rumah..bagus ni heheheh
pokok anggur leh berbuah kat tempat mek.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dah lama dah org tanam apple di highlands sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Seingat saya epal kat CH tuh dah lama gak..masa saya mula sekolah darjah satu thn 1983..dah merasa buahnya cuma masa tuh buahnya masam sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 _mangifera_'s post
wahhh fera...balik sekolah.. ko trus g skodeng kat pkk apple sebelah sek tu ker... apapun kan fera, cun betul laman sek tuhh... tgh bga2 lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 _mangifera_'s post
tahun 1994 pun tgk epal di CH... |
|
|
|
|
|
|
|
biji epal yg akak campak 1 minggu lepas dah tumbuh 1 pokok.. camner ni yea... bleh ke dia idup dan berbuah kat tanah rendah ni... hemmm nak buat experimen ke tak niiiii?? mau bertahun2 baru berbuah.. tu pun kalo dia idop dan mau berbuah..  |
|
|
|
|
|
|
| |
|