|
Post Last Edit by bolt at 19-8-2009 17:36
39# tebuanharimau
Dari pemerhatian, mereka masih menggunakan seragam pasukan mereka yang asal contoh kalau dari RELA, akan gunakan seragam RELA juga.
Hanya dilihat bertugas sebagai pembantu kepada anggota bit yang sedia ada di dalam ops sepadu membenteras jenayah.
Mereka tidak dibekalkan sebarang senjatapi.
Seperti yang telah disebut oleh SangSaka, memang ada peruntukan di dalam undang-undang dan juga Akta Polis 1967 untuk 'mobilize' para anggota PVR yang sedia ada berikutan keperluan sekarang untuk menurunkan indeks jenayah. Sepatutnya ini yang digunapakai.
Memang arahan diterima dari Kabinet, akan tetapi sepatutnya Pegawai Kanan memberi maklumbalas balik mengenai wujudnya peruntukan yang sedia ada di dalam pasukan. |
|
|
|
|
|
|
|
weh..aku penah jmpe RELA yg belagak mcm polis ms roadblock aritu..polis pn xde lbh mcm tu..dia suh ketepi ..ms tu aku kt tgh ckit..xnyempat2 tu dia ngkat kayu mcm nk pukul..pale buttohh la..siap kejar mcm aku nk lari..pehal???dh brenti tu aku maki la dia..ko tu RELA jer..xyah nk belagak mcm polis..:@..ade sorang mamat tu motor dia kena rembat pecah bnda alah kt dpn tu..pdhal bknnye bdk tu nk lari pn..pastu dtg la polis mtk maap ngan RELA lg sorang nie.dia ckp mtk maaf la klu kwn dia ade tekasar..tuihhh..
RELA IS RELA la weeeeehhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
RELA & JPAM ni dpt pakai unifom polis ke??
tebuanharimau Post at 19-8-2009 12:46
Tengok Kat TV anggota RELA pakai Uniform Polis.... |
|
|
|
|
|
|
|
41# bolt
Selalunya, bahkan lazimnya juga, kita memilih untuk melaksanakan tindakan secara tergesa-gesa bagi menyelesaikan masalah seumpama ini. Kita faham niat kerajaan untuk mengurangkan indeks jenayah di kawasan-kawasan 'panas'. Dan tindakan segera memilih RELA dan JPAM bagi melaksanakan fungsi kepolisian ini bertujuan mengimbangi kekurangan anggota yang berada di tengah-tengah masyarakat.
Anehnya, difahamkan ada juga anggota RELA/JPAM ini yang tidak memiliki sebarang pekerjaan. Sedangkan syarat utama untuk menyertai PVR mestilah mereka bekerja - lebih baik bekerja dengan jabatan kerajaan yang lain. Banyak lagi persoalan yang timbul, tetapi rasanya pihak PVR sendiri (Pasukan Sukarelawan Polis Simpanan) yang boleh mengengahkan isu ini. Menggerakan pasukan ini dengan secara kerahan (seperti yang pernah dilaksanakan di kontijen KL) boleh mengimbangi kekuatan pasukan regular. Rasanya, mereka lebih berpengalaman, terlatih dan mampu melaksanakan tugasan ini dengan berkesan.
Apakah kawan-kawan dari PVR? |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok Kat TV anggota RELA pakai Uniform Polis....
HangPC2 Post at 20-8-2009 14:55
ye ke??mana adil!! senang2 nye dapat pakai!!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke??mana adil!! senang2 nye dapat pakai!!:@
tebuanharimau Post at 21-8-2009 11:45
Salam,
Awak kena fikirkan juga rupa uniform tu betul2. Bukannya uniform tu sepenuhnya macam polis. Di tepi shoulder tu, ada lambang yg menunjukkan diorang tu dari Rela ataupun JPAM. |
|
|
|
|
|
|
|
dah pakai uniform polis pulak dah...lepas nih dorang tak nak dah pakai uniform hijau oren..hijaun kuning |
|
|
|
|
|
|
|
ok jer kalo tukar kaler ..
offtopic
pastikan aku pengedar tunggal pembekal uniform baru itu .. menjadikan aku jerung perkasa .. ahak ahak |
|
|
|
|
|
|
|
dgn ni rasanya skrg ni unifom PDRM ni dah 'kurang ekslusif' dh |
|
|
|
|
|
|
|
RELA & JPA boleh lak pakai uniform rmp?...mcm x adil je.
ape beza uniform mereka ni dgn pb?
sm je...lambang je membezakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rela terus buang je unifom ijau - kuning tu pasni |
|
|
|
|
|
|
|
RELA training 2 weeks then can wear police uniform....
It really makes PDRM downgrade...
Dunno wat the menteri thinking of.....
p1g brain.... |
|
|
|
|
|
|
|
RELA training 2 weeks then can wear police uniform....
It really makes PDRM downgrade...
Dunno wat the menteri thinking of.....
p1g brain....
higen Post at 27-8-2009 23:18
wooissshhh... watch your language bro... don't get over emotional .... a leader make decisions based on available info not privy to us.... give one the benefit of doubt |
|
|
|
|
|
|
|
52# tebuanharimau
Saya ada cadangan lebih baik.... bubarkan sahaja terus pasukan RELA... serap masuk semua dalam polis sukarela.... boleh pakai uniform polis.... |
|
|
|
|
|
|
|
52# tebuanharimau
Saya ada cadangan lebih baik.... bubarkan sahaja terus pasukan RELA... serap masuk semua dalam polis sukarela.... boleh pakai uniform polis....
SangSaka Post at 29-1-2010 12:36
Saya sokong..tapi cadangan ikhlas ker ni? |
|
|
|
|
|
|
|
57# alphawaves
Yea... kalu suma RELA dan JPAM dah jadi Polis Sukarela.... untuk apa lagi RELA ditubuhkan??? Bubarkan RELA.. besarkan Polis Sukarela.... bleh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam pada semua saudara-saudara forumer. Lamat tak masuk dah, topik hangat kini Pasal anggota RELA dan JPAM menjadi PVR. Dari pengamatan saya, terdapat sedikit kekeliruan atau salah anggap terhadap inisiatif NKRA untuk mengurangkan Indeks Jenayah Negara. berikan saya sedikit masa. semuanya akan terjawab. rest assured. |
|
|
|
|
|
|
|
58# SangSaka
RELA tidak boleh dibubarkan kecuali Ordinan Darurat, Akta Kuasa - Kuasa Perlu dipinda. kerana peranan RELA adalah lebih kepada waktu darurat dimana pada waktu tersebut, RELA akan diletakkan dibawah pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia, sama juga dengan JPAM, dan menjalankan tugas-tugas melawan anasir yang menceroboh negara secara paksa melalui cara ketenteraan atau militan. Pada waktu aman, RELA adalah 'ready material" yang boleh digunakan kerajaan didalam apa jua inisiatif yang difikirkan perlu.
Pasukan Polis kekurangan anggota. cara terbaik untuk mendapatkan anggota adalah melalui 'inter department sharing of resources' termasuk memindahkan anggota dari pasukan lain kedalam pasukan polis. ingat bahawa saya menggunakan perkataan 'pinjam' kerana RELA meminjamkan anggota untuk berkhidmat sebagai SP. selepas inisiatif NKRA untuk mengurangkan Indeks Jenayah Negara tamat, anggota RELA yang dilantik menjadi SP akan diserapkan semula ke RELA, atau, akan diserapkan sepenuhnya ke PDRM sebagai SP. ini akan bergantung kepada keadaan semasa pada waktu itu.
Didalam perbincangan yang diadakan oleh pucuk pimpinan RELA, JPAM, KDN dan PDRM, program ini adalah short term. long term adalah untuk memantapkan PDRM dengan mengambil masuk lebih ramai anggota regular, dan pada masa yang sama mengatur langkah menambah baikkan perngunaan sumber manusia PDRM. sasaran adalah 60,000 anggota menjelang 2012. tetapi sementara itu, kekosongan akan diisi oleh sukarelawan dari agensi lain.
Berkaitan SUKSIS, ini agak susah kerana melibatkan pegawai berpangkat Inspektor, manakala yang diambil daripada RELA dan JPAM adalah APR dari agensi masing - masing. jadi saya tidak mahu komen kerana SUKSIS adalah dibawah pemerintahan dan pengurusan pihak PDRM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|