CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: cahayakasih

MENYINTAI LELAKI LAIN / CINTA TERLARANG

[Copy link]
 Author| Post time 20-10-2009 09:24 AM | Show all posts
betol la you all kata, aku tak boleh ada skendel sampai kes aku selesai. sebenarnya bila aku letak Hail dlm hati aku ni, baru perasaan benci kat hubby aku tu ada, kalau tak aku asyik rasa dia akan berubah dan kembali kat aku. s

sejak aku mula pikirkan Hail aku dah tak kisah dia tak balik rumah malah aku rasa lagi bagus dia tak balik sebab aku benci tengok muka dia. sebelom tidur aku fikirkan Hail kadang2 sampai terbawak dalam mimpi, indahnya mimpi aku.

walaupun sekadar bertepuk sebelah tangan. aku sedar sebenarnya, Bujang mesti la cari anak dara, sesuatu yg mustahail kalau dia boleh syok kat aku sebab arwah ayah Hail dulu rapat sangat dng hubby aku macam abg dng adik, Hail pun anggap hubby aku tu dah mcm abg dia. Walaupun aku sedar hakikatnya aku akan kecewa dan tak akan memiliki hati Hail , tp biarlah............. mungkin aku rela syok sendiri dr terus mengharapkan cinta dr hubby aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 12:37 PM | Show all posts
simpati ngan ko cahaya kasih...aku pun tak reti sangat nak nasihat..
yang penting kau sayangkan diri kau dan anak tu...kuatkan hati dan
semangat...ko masih muda dan masih boleh pegi jauh...

tolonglah tinggalkan jantan celaka camtu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:48 PM | Show all posts

Ada suami tak guna bukan alasan untuk ada hubungan dengan lelaki lain :@
Nanti terkena batang hidung sendiri balik
Bila mintak cerai, silap-silap suami dapat hak penjagaan anak
Time tu semua orang akan nampak kesalahan isteri kononnya curang

Jadi sebelum pegi lebih jauh, pastikan fikir masa-masak
Yang pasti, tinggalkan la suami tak guna tu
Tapi jangan terlalu mudah jatuh cinta seperti dengan suami tu dulu

Betul la orang kata, kalau ibubapa tak suka tu adalah sebabnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:57 PM | Show all posts
aku ni di bod ABC ka di  CI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 03:42 PM | Show all posts
td aku tengok ada 4 mis cal dr hubby aku, tp aku malas nak jawab, aku tak tahu apa nak cakap. lepas tu dia sms aku di kata aku cerita masalah rumah tangga kami kat offis sampai menangis-nangis, dia kata hal rumah tangga kita settel sendiri la, kenapa nak cerita kat orang lain. aku begang gak, bila masa lak aku menengis2 depan orang, aku ni paling susah nak menangis dpn orang, dulu datok aku meninggal pun aku nangis sorok2 jer. mungkin Hail yg cakap kat hubby aku mcm tu, sebab dia pernah tengok muka aku sedih sangat dan kekadang air mata aku mengalir sendiri (setitik dua jer) bukan menangis beriya-iya.

Hubby kata lg (dlm sms) mulai saat ni kita bawa haluan masing2 dan buat hal sendiri, dia pergi dan tak akan kembali lagi.

dah banyak kali sms macam tu tp bila habis duit, dia merayu supaya aku terima dia balik, kononnya tak boleh hidup tanpa aku dan anak, dan lepas tu ugut nak bunuh diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 04:03 PM | Show all posts
~ pernh tbace kes nih .. di bod mane yer ??
~eVa~ Post at 19-10-2009 21:10



baru sekali ni aku luahkan perasaan dan minta pendapat melalui ruangan maya yg mcm ni. sebelom ni ada la jugak terasa nak masok forum kat tempat lain, tp aku rasa kalau aku masuk kat situ mesti banyak nasihat2 berunsur keagamaan. suruh sabar dan balasan syurga bila sabar dng lelaki yg mcm tu. Tp aku bukan alim ulamak atau ustazah, sikit2 tu mampu la aku tutup mata dan telinga tp sekarang hati dah berubah. rasa dah tak mampu nak terima dia balik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2009 07:38 AM | Show all posts
kalo aku kat tempat ko, dah lama aku CERAIKAN laki tua tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 10:45 AM | Show all posts
45# cahayakasih

laki  tu tau pe kelemahan akak...
jadi dia kan raih simpati akak...ugut nk bunuh diri pe sume...
sdgkn dia tak berubah2 pun...
better akak gi pej agama ke.. wat aduan..
akak muda lagi..berhak hidup bahagia..
takkan selamanya nk hidup cmni..
lebih baik sendiri dari hati ,jiwa tersiksa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 11:49 AM | Show all posts
aku rase cam nak bunuh je laki cam ni... tu pasal la jgn bagi muke sgt kat laki ni...

dan jgn sesekali manja kan sgt bg pakai duit kita... nnti melampau2...

panas je... batter tuan tanah ni g mahkamah syariah minta kaunseling ke ape yg patut...

jgn biarkan laki mcm ni... hampeh.. :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2009 12:48 PM | Show all posts
semalam dia balik aku dah pek kan semua kain baju dia masuk dalam beg, bila dia balik aku suruh dia pergi, aku cakap aku tak boleh terima dia lagi cukuplah dia tipu duit aku, dia minta maaf dan suruh aku pikir habis2, memang aku sedih sangat tp aku cakap dia dah tak ada dalam hati aku, mcm aku nak terima dia balik sedang kan hati aku dah kosong.

sebelom dia pergi aku minta gran kargo, satu-satu nyer kergo yang beli secara cash utk perniagaan. tp dia cakap dia dah cagar gran tu kat Along. dia bg no. tel along tu kat aku. terkejut sungguh aku sampai macam tu sekali dia tergamak buat kat aku. sedangkan duit dia satu sen pun tak ada dlm bisnes tu.

Aku suruh Hail cari along tu dan tanya berapa dia cagarkan gran kargo tu sebab esok kena renew cukai. menangis lg aku bila tahu dia cagarkan RM 10 000. mana aku nak cari duit tebus balik gran tu. Along tu nama Wong, aku pun jumpa dia lepas hail call suruh datang, Wong mintak kat aku RM 1000 dulu, lepas tu dia akan renew kan cukai dan bg cukai tu kat aku, dia kata dia bg tempoh sebelum bulan februari 2010 ni untuk bayar balik semua duit dia, dia minta bunga RM 1000 jer so kena bayar kat dia rm 11000. nasib baik jugak wong ni baik kalau Along yg betol2 Along sah la dia dah rampas lori kargo tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:54 PM | Show all posts
yaallah ciannya aka ni... sis pun x tau nak buat ape... sis pun takut dh kawin nnti jd cam ni...

yaallah jauhkan ni semua dari hidup ku...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 08:05 PM | Show all posts
Dah terlambat ka utk durjana bagi nasihat? Tak kira. Nak bagi jugak.

Ceraikan saja lelaki tak sedar diri tu. Tak payah nak bagi peluang lagi dekat dia. Dan jangan terpedaya dengan kata-kata atau pujuk rayu dia. You know he's not going to change. You know he's merely using you. If he wants to change, dah lama dah dia boleh berubah.

Jangan dok sedih sangat. Bersyukur lah yang akhirnya mata u dah terbuka. dan insya'allah, mungkin a few years from now, you'll find somebody else to love. somebody who really loves you and will treat you well. kalau mata masih lagi tak terbuka walaupun dah berkali-kali kena tipu -- lagi teruk.

Cinta dengan office mate tu..... Tunggu lah dulu. Pikirkan perkara2 yang perlu di-settle kan dulu, buat checklist dan fokus utk men-settlekan benda2 tu. Kalau ada jodoh, tak ke mana, kata orang tua2.

Tolong lah bina balik keyakinan diri u. Nilai balik apa kelemahan, kekuatan dan pencapaian u selama ni. Fokus pada yang positip. U are a career woman. Take pride in that.

Saya doakan yang terbaik untuk awak dan anak awak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:01 PM | Show all posts
cenggini la...

ko memang patut tuntut cerai. laki tu bukan leh harap.

Cadangan aku, kau provoke dia supaya pukul ko ke ape ke. Kendian gi report polis. Simpan report tu, ko tuntut fasakh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:16 AM | Show all posts
sangat setuju..
1st step, pegi pejabat agama dan mintak fasakh..
sebabnya, suami tinggal TT lebih dari 3 bulan..
tak bagi nafkah zahir dan batin..

kemukakan pulak hal yang dia kaki pkul dan panas baran..
pecah bibir, pengsan, dan semua tu kena cerita lah nanti..

pastu bagitau dia curang semua..
dan gtau TT dah tak tahan dah hadapi semua nih..
ckup lah selama nih asek bodohkan diri demi lelaki yang tak guna tuh..

dah settle kes cerai..
baru bkak mata tengok sekeliling..
samada leh harap pada Hail tu atau tak..
sbb Hail nih adalah kawan kepada husband TT..
better think wisely..

yang pasti..
jgn lupakan anak tu..
dia amanah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 11:28 AM | Show all posts
setuju sesangatnye..p pej agama n mtak fasakh..
aku bace bab ko d pukul n d blasah tu, aku dah rasa angin je..
apalagi bab wat hal dgn ppouan lain x sudah2..x sedar untung pnye jantan
due2 tu habit yg buruk n x kan ada kesudahan..sok die dgn minah lain pun die akan wat yg same..(sdgkan dgn ko pun die dah wat pon)
ko, ada smuanye ; cntik, bkerjaya n etc knp ko pelu bthn dgn mamat g2?hanye semata SAYANG??..sdgkan die wat ko sesuke ati die je..lupakan je die
ko BERHAK tuk HIDUP LBH BAIK dgn ape yg ko ada
n cukuplah hati ko d sakitkan
jgn biarkan lg laki ko2 sakitkan hati ko:@!
yg mamat muda tu, ko rilex ler dulu..skrg ko setelkan hal laki ko dulu
pas2 ko jage anak ko n2 bisnis ko..
ko kene KUAT,TABAH,SABAR
tuhan sayang ko n DIA tahu  ko mmpu lalui semua ini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 12:00 PM | Show all posts
mmg perempuan akan jadi bodoh dan buta kerana CINTA...

yg pting TT dah sedar siapa suami TT yg sebenarnya...
tapi jgn sesekali lepas ni bila dia balik dan merayu memujuk lagi TT tunduk lagi dgn dia..
bukan nak mghasut...

tapi fikir-fikirkanlah nasib TT sendiri dan anak TT tu...
hari ni dia pukul TT..
esok2 dia pukul anak pula...sapa nak jawab tu???

sblum perkara buruk berlaku baiklah TT repot dulu kat Pej. Agama dan Polis ttg penderaan fizikal tu...
kalau boleh TT jgn kusutkan keadaan dgn bermain cinta dgn "Hail" tu sbb sbrang hubungan terlarang aka kecurangan boleh dijadikan bukti ttg kelemahan TT pulak bila suami TT dpt tau nnti... lagi susah dan rumit...

jadikan pejabat agama dan keluarga terdekat sbgai rujukan. jgn cari org luar (Hail) sbb nnti TT terjerat dlm kancah cinta terlarang lak... walaupun hati TT dah suka dia tapi ingatlah yg TT masih berstatus isteri kepada suami TT.
jgn cari penyakit dan tmbah penyakit....

selesaikan dulu permasalahan yg berkaitan dgn suami TT yg hilangkan diri tu...
bila dah bebas dari suami barulah TT fikir ttg cinta lain....kalu boleh lupakan dulu pasal cinta sbb TT dah ada anak...
kita tak tahu tujuan dan niat org lain.....fikir dulu sblum bertindak melulu.

jgn jadikan diri sebagai tmpt suami melepaskan geram....(pukul memukul tu)
TT haruslah berani bertindak melindungi diri sendiri dan anak... bukan tuk menderhaka tetapi tuk melindungi diri sbb suami TT dah tak tahu hargai TT lagi sbgai isteri.

walau cinta dan sayang bergunung2 pun kalau diri disakiti dan didera fizikal dan mental....maka carilah jalan penyelesaikan yg terbaik agar tidak menyesal kemudian nnti....tak susah tuk TT hidup bersendirian sbb TT ada kerjaya tetap dan sokongan keluarga(walau keluarga blum tahu)

FIKIR-FIKIRLAH.......... jgn nnti anak TT pula menjadi mangsa baru dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.149526 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list