|
39# sigila
Ingin saya bertanya sedikit, adakah Rasulullah yang saudara ertikan dengan perkataan berwarna merah itu merujuk kepada konteks ayat Surah Al Ahzab ayat 21?
Tidak.. saya memperkatakan.. Siapa yang patut menjadi contoh ikutan. |
|
|
|
|
|
|
|
Amin.... mana-mana yang salah/silap, mohon diperbetulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul.. Al-Quran dan 'Kitab Terdahulu' (sepatutnya) membawa kita kepada panduan kehidupan.. tapi apabila pemahaman terhadap kandungan kitab suci tidak menurut pemahaman seperti yang dikurniakan kepada Para Rasul akan menyebabkan Salah Faham dan seterusnya penyimpangan seperti yang berlaku pada Zabur,Taurat dan Injil.
Nazrulism Post at 1-12-2009 00:19
Bila Tuhan menurunkan Panduan, pilihan dan susunan ayat2 itu sendiri akan memastikan kandungannya terpelihara. Ini dijanjikan oleh Tuhan tanpa bergantung kepada pembawa risalah. Saudara mungkin boleh melihat rujukan2 yg membicarakan tentang self-reference yg in-built didlm al Qur'an.
Penyimpangan yg berlaku pada Zabur, Taurat dan Injil seperti yg sedara nyatakan diatas ujud dari penambahan sepertimana koleksi Hadis keatas al Qur'an.
Seringkali kita diingatkan bagaimana panduan/risalah yg sama diberikan kpd umat2 terdahulu. Tuhan yg sama tidak akan merubah2kan panduan dari satu umat ke umat yg lain. In essence, message yg sama disampaikan dari satu generasi ke generasi yg baru. |
|
|
|
|
|
|
|
35# M5
Salam Saudara ....
Minta maaf kalau saya ada sedikit pertanyaan... Apakah pemahaman saudara berhubung dengan surah Al Israa'/Bani Israel ini secara keseluruhan?. Jika dilihat surah ...
sigila Post at 3-12-2009 01:31
Salam Saudara,
Kita fokuskan kembali Q17:1-2 sebelum berbicara tentang yg lain.
Dari pengamatan saya individu yg dirujuk didlm Q17:1 ada dijelaskan didlm Q17:2, i.e Musa. Diphtong "wa" di awalan Q17:2 menghubungkan ayat sebelum dan sesudah sambil mengekalkan konteks makna yg dibawa.
Apa pandangan saudara? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sigila at 6-12-2009 07:16
Salam Sahabat…
Saya bersetuju dengan pandangan sahabat bahawa ayat ini telah digabungkan dengan huruf ’Wa’ di awalan ayat kedua tetapi menerangkan akan 2 hal yang berbeza. Berikut sedikit penjelasan dari saya
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١)
وَءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَـٰبَ وَجَعَلۡنَـٰهُ هُدً۬ى لِّبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ أَلَّا تَتَّخِذُواْ مِن دُونِى وَڪِيلاً۬ (٢)
Saya ingin membawa perhatian sahabat kepada kalimah-kalimah yang telah saya boldkan dan diunderlined dan kalimah-kalimah yang berwarna merah.
أَسۡرَىٰ
kalimah ini terbit dari kata dasar سرئ
yang membawa maksud berjalan malam. Dan kita sedia maklum kata ini adalah fi’il (kata kerja). Kemudian mari kita lihat pula kalimah ءَاتَيۡنَا
. Kalimah ini terbit dari kata dasar اتئ
yang membawa maksud mendatangkan/memberikan. Dan sekali lagi kita sedia maklum kalimah ini adalah fi’il (kata kerja). Secara sepintas lalu tiada perbezaan di antara kedua-dua kata ini. Kerana masing-masing adalah fi’il (kata kerja).
bersambung ....
|
|
|
|
|
|
|
|
48# sigila
sambungan...
Sebelum itu biar saya jelaskan sedikit berhubung dengan fi’il ini. Fi’il terbahagi kepada 2 iaitu fi’il Madhi (telah berlaku/past Tense) dan Fi’il Mudhari’ (Sedang berlaku/Present Tense). Kita juga perlu tahu bahawa baik Fi'il Madhi maupun Fi'il Mudhari', senantiasa mengalami perubahan bentuk sesuai dengan jenis Dhomir (kata ganti) dari Fa'il ( فَاعِل
) yang bermaksud Pelaku pekerjaan itu. Untuk Fi'il Madhi, perubahan bentuk tersebut terjadi di akhir kata, sedangkan untuk Fi'il Mudhari', perubahan bentuknya terjadi di awal kata dan diakhir kata berdasarkan kepada Dhomir yang dimasukkan kepada fi’il itu.
Sekarang mari kita lihat lihat tambahan أَ
pada kata dasar سرئ
itu yang mewujudkan kalimah أَسۡرَىٰ
. Berdasarkan kepada kriteria ringkas yang saya nyatakan di atas, maka kita sedar bahawa kalimah ini telah menjadi fi’il
Mudhari’ ( فِعْل
مُضَارِع
) atau Kata Kerja Kini/Present Tense. Huruf أَ
itu terbit dari
Dhomir Rafa’ (kata ganti) iaitu kalimah انا
(mufrad) yang bermaksud ’aku’. Disebut Dhomir Rafa’ kerana ia merujuk kepada سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ
yang bermaksud ’Maha Suci Yang’.
Sekarang mari kita lihat pula tambahan نَا
pada kata dasar اتئ
yang mewujudkan kalimah ءَاتَيۡنَا
. Kalimah ini telah menjadi fi’il Madhi ( فِعْل
مَاضِي
) atau Kata Kerja Lampau/Past Tense). Huruf نَا
terbit dari Dhomir Rafa’ iaitu kalimah نحن
(Mutsanna/Jamak) yang bermaksud ‘kami’kerana ia merujuk kepada هُو
َ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
yang bermaksud ’Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat’.
Kemudian kita lihat pula حَرْف
(Kata Tugas), kita tahu bahawa Harf adalah semua jenis kata selain Isim dan Fi'il, yang tidak boleh berdiri sendiri dan tidak memiliki arti yang jelas tanpa kata-kata lain dalam hubungan kalimah. Disini ’Harf’ itu adalah وَ
. Kita tahu bahawa Harf وَ
mempunyai dua fungsi iaitu:
a) ATHAF (عَطْف
) atau Kata Sambung bermaksud ’dan’.
b) QASM (قَسْم
}atau Kata Sumpah bermaksud ‘demi’.
Oleh yang demikian itu وَ
bermaksud ’dan’ adalah kata penghubung bagi 2 ayat ini. Dimana satu kisah berlaku waktu ayat ini diturunkan dan satu kisah lagi berlaku dimasa lampau. Kesimpulannya ia menceritakan 2 kisah yang berbeza. Jika 2 ayat ini menceritakan kisah yang sama yang menceritakan kisah lampau maka kalimah أَسۡرَىٰ
akan menjadi سرءت
yang bermaksud ’Aku telah menjalankan diwaktu malam (masa lampau)’.
Maaf sekiranya ada yang tersilap, silalah sahabat bertanya kepada yang ahli...
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
49# sigila
sori sahabat... naper semua margin tulisan tu lari ek ... harap2... sahabat dapat membaca nya... |
|
|
|
|
|
|
|
50# ibnur
Salam Sahabat....
Maaf kalo tidak berkenaan dengan tulisan saya.... Kalau sahabat menuduh saya copy paste dari website, itu terpulanglah.... sebab sekarang ini banyak buku-buku nahu dan sorof yang boleh didapati secara online dan begitu juga dengan Al Quran. setiap buku nahu dan sorof itu kandungan nya adalah sama dan tidak ada beza yang ketara bagi mereka yang mempelajarinya.
Apabila kita menulis atau menjawab sesuatu persoalan yang ditujukan kepada kita, menjadi tanggungjawab kita untuk menjawabnya sebaik mungkin. untuk mendapatkan jawapan yang baik perlu kepada waktu untuk menghuraikan dan membalas hujjah dengan berhati-hati. Oleh kerana persoalan ini melibat Kalamullah, dan jawapan yang diberikan boleh mengubah terjemahan ayat yang sebenar, maka ia memerlukan waktu untuk melihat kedudukan ayat tersebut. Sahabat akan faham untuk menghuraikan ayat itu dengan menggunakan kaedah nahu dan sorof serta balaghah, huraiannya boleh dibuat satu buku nipis.
walaupun begitu sila lah sahabat merujuk kepada website yang sahabat maksudkan yang menerangkan Surah Al Isra ayat 1 dan 2 serta penghuraiannya. mungkin di website itu penerangannya lebih lengkap berbanding huraian saya yang terlalu simple yang saya tulis dahulunya di MS Words.
Maaf sekiranya ada salah dan silap...
silalah sahabat bertanya kepada mereka yang Ahli....
wassalam.... |
|
|
|
|
|
|
|
50# ibnur
Salam Sahabat....
Maaf kalo tidak berkenaan dengan tulisan saya.... Kalau sahabat menuduh saya copy paste dari website, itu terpulanglah.... sebab sekarang ini banyak buku-buku ...
sigila Post at 6-12-2009 17:19
wassalam, saya hanya sekadar jawab soalan awak kenapa margin post awak lari. Kenapa panjang cerita jadinya? Lain kali baik saya tak payah jawab. |
|
|
|
|
|
|
|
53# ibnur
Salam Saudara Ibnur..
Maaf kalau ada yang saya tersilap kata...
Wassalam... |
|
|
|
|
|
|
|
52# M5
salam Saudara M5...
Saudara benar, dan website yang saudara rujuk juga benar. Secara ringkasnya beginilah... setiap satu kalimah fi'il itu, ia boleh menjadi fi'il madhi atau mudhari' secara berdiri dengan sendiri. Apabila wujudnya mubtada' khabar kalimah yang pada asalnya madhi boleh menjadi mudhari' atau sebaliknya.
Kita tahu fi'il madhi ini selamanya akan fathah di akhir hurufnya samada ia fathah secara lafaz atau secara perkiraan. Itu adalah sifat fi'il madhi itu sendiri. Jelas secara tunggal kalimah 'asraa' atau 'sara'tu' adalah fi'il madhi yang digunakan pada kaedah ayat tertentu yang mempunyai mubtada' khabar yang sempurna. Sebab itu ilmu nawhu dan sorof tidak boleh berdiri sendiri tanpa kita faham kaedah lughoh dan balaghah itu sendiri.
Isunya kenapa kalimah itu kalau mudhari' ia tidak menjadi "Asru" atau "nasru". Secara ringkasnya kita perlu lihat, asalnya ia adalah fi'il madhi, bilamana wujudnya mubtada' khabar yang sempurna, dan melihat juga kita kepada kaedah lughoh berserta sighot-sighotnya dan juga dari segi konteks balaghah al quran itu sendiri, kalimah itu tidah boleh menjadi "asru" atau "nasru" sama sekali tidak boleh. Persoalannya kalimah itu 'asra' dan huruf akhirnya di fathah kan, sebab itu ia adalah fi'il madhi. Tapi timbul pula persoalan dhomir marfu' iaitu 'ana'. Jika fi'il madhi di fathahkan huruf akhirnya dan bertemu pula ia dengan dhomir marfu' maka terlepas lah ia dari dhomir mutaharrik yang di rafa'kan itu.
Begitulah menurut pemahaman saya.. maaf sekiranya ada silap dalam penerangan di atas...
wassalam... |
|
|
|
|
|
|
|
52# M5
salam Saudara M5...
Saudara benar, dan website yang saudara rujuk juga benar. Secara ringkasnya beginilah... setiap satu kalimah fi'il itu, ia boleh menjadi fi'il madhi atau mudhar ...
sigila Post at 7-12-2009 20:26
Bila membaca al Qur'an, apa yg sedara cari? Arabic Grammar ka? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
ada kebenaran kat sini
sebab dulu pun AL QURAN ditulis tanpa baris dan titik
dan iyelah si arab sana membacanya
cam kita baca kitab atau buku2 dlm bahasa ibunda masing2
dan terjemahannya dr bahasa arab ke bahasa lainnya
pun berbeza mengikut keupayaan diri yg menterjemahkan tu
hanya persoalannya kenapa kita belajar, mengkaji dan mentelaah????
utk dunia ka? utk dipuji disanjung dihormati???????
tanpa keikhlasan.................................... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum..
perbincangan kat sini menarik...
kepada mereka yang menolak hadith dan menerima Al-Quran sahaja, saya nak tanya..
bagaimana kamu memahami Surah An-Nahl, ayat ke 44?
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (An-Nahl;16:44)
harap dapat share pendapat kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan M5...
saya tertarik nak tahu penjelasan ttg surah isra' tu la...
adakah ayat 1 dan 2 merujuk kepada individu yg sama? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 30# orangbesi
yup, hadis nie dijadikan hujah utk kita wat bidaah dlm hal dunia(teknology, sains dan lain2)@muammalat.
bukan bidaah dlm hal2 urusan agama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|