|
“Makhluk ghaib lagi nampaknya ni. Agaknya budak-budak yang pernah hidup di kawasan ini dulu. Apa yang dibuat mereka kat sini? Alamak...apalah yang aku merepek ni? Ini kerja jin lerrr...... Tak apalah, sekarang aku nak kembali ke tempat tinggal sampan aku tu dan terus menyusur pantai. Mana tahu kalau terjumpa sesiapa ataupun ada nelayan yang nampak nanti.” Fikir Hadi dan memulakan langkahnya.
Pagi itu, unggas-unggas rimba berkicau dengan bingitnya. Mungkin berebut buah-buahan yang terdapat dengan banyaknya. Perjalanan ke pantai tidak mengambil masa yang lama kerana Hadi tidak berhenti di mana-mana. Hatinya berasa kurang sedap.
“Apalah agaknya nak terjadi ni? Lain macam rasa hatiku ni.”
Soalannya terjawab apabila tiba di pantai dan mendapati sampan yang diletakkannya di atas dua batu besar telah tiada lagi di situ.
“Alamak! Ke mana perginya sampan ni? Air laut tak naik sampai ke sini. Mesti ada orang yang ambil. Hairan sungguh, tak nampak kesannya langsung.” Hadi terduduk sambil menggaru-garu kepalanya. "Nak balik macamana ni?" |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hatinya dia bersyukur kerana dia tahu bahawa Langsuir Rimba lebihganas daripada langsuir biasa yang hanya suka menyakat. Dia tahu bahawaLangsuir Rimba telah banyak kali merupakan punca kematianpemburu-pemburu dan pembalak-pembalak di hutan. Langsuir Rimba jugapernah dijumpai di waktu siang.
azredclaw66 Post at 18-12-2009 22:08
puaka sengkuang kot ni... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...akhirnya...
.
.
trima kasih lah tuan tanah...untuk catatan merapu nih....
hilang kebosanan ku...
**pada ku laa..bukan macam catatan merapu jer..hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tq semua, nanti pokcik sambung....nak habiskan lukisan jap....peh tu jengok udangkara...peh tu.....apa hek? Sabo jap yo |
|
|
|
|
|
|
|
Dipanjatnya tiang letrik tu dan diambilnya rambut si Langsuir yang terputus. Buat kenangan dan bukti katanya, kalau tidak nanti orang tak percaya ceritanya. Rambut benda tu keras macam dawai dan berbau busuk tengik pula . Siva tak lama dapat simpan rambut langsuir tu.
braninyeeeee....
siap simpan bahan bukti lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Puas dicarinya di sekitar kawasan itu tapi hampa.
“Alamak! Ke mana perginya sampan ni? Air laut tak naik sampai ke sini. Mesti ada orang yang ambil. Yang menghairankan, tak nampak kesannya langsung.” Hadi terduduk sambil menggaru-garu kepalanya. Tidak ada sebarang tanda bahawa sampan itu pernah wujud pun.
“Kalau hilang, maknanya bermaustatinlah aku di sini sampai ke tua!” rungut Hadi. Peluh mula merenik di wajahnya. “Tak boleh jadi macam ni, baiklah aku menyusuri pantai ni. Mana tahu kalau jumpa apa-apa nanti.”
Air laut di lagun itu begitu tenang sekali. Hijau kebiruannya sedikit melegakan hati anak muda yang keresahan itu. Sesekali kelihatan riak kecil akibat hamburan anak-anak ikan yang bermain di permukaan. Tiba-tiba hidung Hadi terbau sesuatu yang menyenangkan.
“Bau bunga Melur ni. Mesti ada pokok Melur di sekitar kawasan ini. Kalau ada pokok Melur, mesti ada rumah orang. Mungkin di sebalik selekoh depan tu saja.” Fikir Hadi sambil melajukan langkahnya ke arah satu belokan berdinding batu. Setelah tiba di sebalik selekoh itu, Hadi kelihatan hampa sekali kerana tidak terdapat sesuatu yang menarik di situ, hanyalah batu-batu pantai yang berceragah di sana sini. Bau wangi Melur itu tiba-tiba hilang begitu sahaja.
“Misteri lagi! Apalah banyak benor misteri di pulau ni? Dugaan.....dugaan!”
Hadi terus berjalan di atas pasir pantai yang putih bersih itu. Sesekali kakinya tersepak ketul-ketul batu dan kulit-kulit siput laut yang bertaburan di sana sini. Beberapa ekor ketam kecil kelihatan bertempiaran lari masuk ke air. Suasana pagi itu begitu damai sekali. Dalam keasyikannya menikmati keindahan pantai itu, tiba-tiba kembali terbau haruman bunga melur seperti tadi. Kali ini lebih kuat baunya. Hadi mendongak dan ternampak sesuatu tidak jauh di hadapannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tuan/Puan momod sekelian, leh kasi tacang lebih sket tak? Banyak dah den menulis ni hah.... |
|
|
|
|
|
|
|
51# azredclaw66
hahahah, mintak tacang. |
|
|
|
|
|
|
|
53# azredclaw66
hiapp, den elak guno jurus hikmat pelangi silau tujuh tingkat,
result:
azredclaw66 kroit92
:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kena kan? kan? Den ado perisai hikmah penjara Pudu! Ye ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by azredclaw66 at 19-12-2009 15:25
“Eh, itu seperti orang je. Hah! Pasti orang tu...Lega rasanya.” Kata Hadi sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke arah sesusuk tubuh yang sedang duduk di atas sebatang kayu hanyut di gigi air.
“Eh, perempuanlah. Apa dibuatnya di sini? Jangan-jangan Langsuir Rimba lagi tak?” Hadi berhenti seketika sambil menggunakan ‘scanner’ auranya.
“Bukan syaitan ni, seronoknya.” Getus hati Hadi.
Ketika berada lebihkurang dua puluh kaki daripadanya, perempuan itu berpaling kepada Hadi sambil tersenyum kecil. Dia bangun berdiri dan terus melangkah pergi ke arah lain.
“Hei nanti! Tunggu kejap!” jerit Hadi sambil berlari. "Alamak, apahal pula ni, muka aku macam orang jahat ke?"
Perempuan itu terus berjalan tanpa mempedulikan panggilan Hadi.
“Apa kena perempuan ni? Takutkan aku ke?” bisik Hadi. Semakin cepat dia berlari, semakin cepat pula perempuan itu bergerak.
“Aduh!” kaki Hadi tersepak ketul batu menyebabkan dia terhumban jatuh. Mujurlah kakinya tidak luka. Dia bangun kembali tetapi perempuan itu telah hilang daripada pandangannya.
“Ke mana perginya pula ni? Apapun aku kena cari sampai jumpa. Tentu ada perkampungan di pulau ini.” Kata hati Hadi. Setelah mengibas tubuhnya yang diselaputi pasir, dia terus berjalan, kali ini lebih berhati-hati.
“Pelik juga, daripada firasat aku, dia bukanlah keluarga syaitan tetapi tak ada pula jejaknya di pasir? Mungkinkah perempuan itu khayalan aku saja?”
Hadi terjumpa satu denai kecil menghala ke dalam pulau. Dia terus menyusuri denai itu sambil matanya memerhati sekeliling mencari kelibat perempuan tadi. Denai itu kelihatan seperti selalu digunakan Rumput dan pokok-pokok kecil di pinggir denai itu seperti sering di potong rendah.
“Hah, bau bunga melur tu lagi. Pasti perempuan itu ada dekat-dekat sini saja.” Kata Hadi sambil melangkah laju. Benar seperti tanggapannya, perempuan itu sedang duduk di banir sebuah pokok besar sambil tersenyum memerhatikan Hadi yang sedikit termengah-mengah kepenatan.
“Assalamualaikum.” Hadi memberi salam.
‘Waalaikumsalam.” Lembut dan halus suara perempuan itu. Wajahnya yang ayu mendamaikan hati siapa sahaja yang memandang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|