Post Last Edit by 316 at 5-5-2010 14:07
Hari Khamis :- Selepas solat subuh, aku dan 2 org kawan aku bawak garam pergi ke pokok sena blakang rumah, beberapa orang kat dalam bilik jaga T, dengan perasaan yang agak gementar kawan aku ambik segenggam garam dalam bekas dan dengan mata yang terpejam dia campakkan garam kepangkal pokok sena tuh. Dan tak ada apa2 pun kejadian aneh yg berlaku sebagaimana yg kami gambarkan dlm kepala kami (mungkin angin akan bertiup dgn kencang dsb) “macam ni ke?” “betui dah kot” Kemudian kami balik ke bilik dan tengok T belum bangun lagi, puas kami kejutkan dia pon dia wat derk jek, badan dia kaku. “uikss betui ka Makcik Nab neh, macam ada lagi jah nih” aku kata. Lepas tu kami nak test lah kan betui ka jin ada lagi dalam badan dia. Ambik garam jampi tuh sikit, taburkan ke atas badan T. Mengganaslah jin dalam badan T bila kami wat gitu n rupanya jin memang masih ada lagi dlm badan T. Cepat2 kami pegang T sambil maki2 jin tu dan berusaha mengeluarkannye dari badan T. Azan, ayat kursi, picit jari kaki dia dgn lada hitam, bagi dia genggam garam n taburkan lagi atas badan dia pun tak berkesan jugat, cuma meronta2 gitu jek sambil menjerit2 ‘panasssss panasssss’ naik kesian lak kami tengak T dlm keadaan camtuh. Masa aku tengah baca ayat kursi kat depan muka dia, tiba2 dia hantuk kepala dia kat muka aku. Hak3. Sakit siatt! Lama kelamaan usaha kami macam sudah tak berhasil, picit jari kaki dia pun takde kesan, letak garam pun takde ape2. Setelah fikiran menjadik buntu, aku call Abe Jak, memule dia takleh datang tapi lepas aku pujuk2 baru dia datang jugat. “mampus ngko kali nih, Abe Jak nak datang” kami kata kat dia |