|
nk lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 22-5-2010 01:43
Episod 10
Pagi-pagi buta lagi telefon kat meja aku dah berdering. Belum pun sempat aku memanaskan tempat duduk. Tak patut betul. Memanglah waktu kerja aku dari 8.45 a.m hingga ke 5.45 p.m. Tapi, agak-agak ler…ni baru 2 minit lepas jam 8.45 a.m tu….. Aku ulang lagi sekali 2 minit selepas pukul 8.45am. Roti bakar yang baru nak melangkah masuk ke dalam mulut aku letak balik.
“Assalamualaikum.” Alamak! Suara itu lagi! Dua berhari berturut-turut tak bosan ker? Masalah, masalah. Kalau Encik Zulkifli yang berada di talian, memang masalah bagi aku. Tak nak jawab berdosa pula.
“Waalaikumsalam.”
“Zulaikha?” Soalnya meminta kepastian.
“Hmm…” Balasku acuh tak acuh. Kalau setakat dia baik aku makan roti bakar itu. Cepat-cepat aku capai semula roti bakar tadi, tak perlu nak control-control cun. Aku pun dah sememangnya lapar.
“Tengah buat apa tu?” Aku mengulum mulut yang berisi separuh roti bakar berintikan kaya. Cuba menghadam secepat yang mungkin.
“Tengah buat bodoh.” Jawabku dalam keadaan mulut separuh penuh. Tak senonoh betul. Gelak sakan orang di sebelah talian. Dia tak tahu ke yang aku tak sudi nak melayan kerenah dia?!
“Busy ker hari ini?” Soalnya lagi. Soalan biasa.
“Macam biasa. Ada apa yang boleh saya bantu Encik Zulkifli?” Jawapan yang biasa juga aku berikan.
“Janganlah ber-encik dengan I. Panggil Zul dah ler, takpun panggil abang Zul lagi manis.”
Ergh!!! Nak muntah. Aku buat dengan gaya-gaya sekali, walaupun dia tak nampak sekurang-kurangnya terlepas juga geram yang bertandang. Rozaini yang kebetulan menoleh ke arahku bagai nak rak tergelak.
Rozaini mengangkat kening kedua-dua belah secara serentak, seolah-olah bertanya siapa? Macam tak tahu siapa. Tapi aku jawab juga dengan menggerakkan bibir tanpa suara. Zulkifli, kataku sambil membesarkan mataku. Oooh. Tanpa suara juga Rozaini membalas, membentuk huruf ‘O’ dengan mulutnya. Dia menganggukkan kepala sekali sebelum ketawa terkekek-kekek macam tikus. Nasib kaulah. Sambungnya semula. Aku telengkan kepala sambil lidah terjelir keluar. Stail orang nak pengsan! Dah macam drama pantominlah pula.
“Perasan tak awalan nama I dengan you sama. Zul dengan Zul. Zulaikha dan Zulkifli. Macam ada jodoh pula, kan?” Aku dah menjulingkan mata sambil menepuk dahi berkali-kali. Kata-kata tipikal seorang kaki ayat. Malasnya nak layan orang tua ni. Rasa mual bila mendengar suaranya yang macam suara orang tua gatal nak merenyam. Eeh !! Geli. Takde insuran betul mulut aku ni!
Sejak pertama kali berhubung dengan Encik Zulkifli yang merupakan salah seorang pekerja dari pejabat peguam (tak tahu apa jawatan yang dipegang) sampai ke hari ini masih lagi ingin berhubung dengan aku walaupun tak ada hal yang berkaitan. Kalau tak layan kang terasa macam melanggar etika pula. Kalau layan kang buat menyakitkan hati dan menyemakkan minda. Etika atau soal hati? Hmmm….
Tambahan pula aku bekerja bahagian redemption and discharge property, jadi biasalah kena liaise (berhubung) dengan pejabat peguam, pejabat tanah, pelanggan, pihak bank, pihak insurans dan pihak-pihak yang berkenaan. Kalau dah nama pun berurusan dengan pelbagai pihak, maka tidak dapat tidak berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia juga.
Bukanlah salah aku yang melayan dia terlebih, mana-mana pihak yang ada berhubung dengan aku akan dilayan sama rata secara adil dan saksama. Chewah! Secara kebetulan aje kes yang dia kendalikan menuntut proses masa yang terhad. Maksudnya nak cepatlah, maka aku buatlah dengan cepat. Kata ‘urgent’! Department aku memang dah sinonim dengan perkataan tu. Tapi aku tak sangkalah pula melarat jadi begini.
Ingatkan bila dah settle, dah settlelah. Kuranglah hubungan rasmi yang berkaitan melainkan ada kes susulan atau kes lain yang melibatkan department aku dan lawyer firm tempat Encik Zulkifli ini bekerja. Rupa-rupanya, aku pun dia nak settle juga.
Mula-mula dia berkirim salam melalui despatch dia (kiranya despatch pejabat peguam) minta nombor phone bagai siap suruh survey pula tu. Mak aih! Ingat aku ni apa? Main survey-survey, line okey ker tak okey. Lagi satu, kirim-kirim salam ni dah ketinggalan zaman ler. Nasib baik aar budak despatch tu baik dengan aku. Tak ada nak cover-cover boss dia tu.
“Apasal tak cakap jer akak ni dah kawen. Anak dah lima.” Kataku pada Azlan, nama budak despatch itu. Badan kurus jer, tak tinggi manapun.
“Saya tak nak campur kak, lagipun tak baik menipu.” Balasnya pula.
“Habis yang siap berkirim-kirim salam tu apahal?” Tanya Rozaini pula.
“Itu lain kak. Itu amanat. Amanat mesti dilunaskan. Tapi kan kak, nasihat sayalah. Kalau akak nak dengar atau tak itu akak punya pasallah ekk.” Dia berhenti seketika, ambil nafas.
“Jangan layan kak. Dia tu dah ada anak bini.” Memang harus dik. Kalau dia bujang trang-tang-tang pun akak tak mungkin akan melayan suka-suka hati.
“Encik Zulkifli tu camana orangnya?” Amboi, Rozaini tak habis lagi dengan soal selidik dia.
“Boleh tahan juga orangnya. Yang lain-lain tu semua okey. Part perempuan jer dia tak okey. Itulah kak buaya besar.”
Aku tak ada lah beria-ia nak ambil tahu, si Rozaini tu yang terlebih-lebih. Aku bab-bab laki orang yang suka menggatal memang allergic sikit. Silap tu! Allergic banyak!!! Nak-nak jenis yang suka ‘test market’. Memang allergic sangat-sangat.
“Macamana boleh keluar dengan I tak hari ini?” Tiba-tiba aku tersentak. Tak jemu-jemulah dia ni. Telinga aku pun dah macam immune mendengar pelawaan yang entah keberapa kali.
“Hari ini?”
“Please-lah. I belum pun sempat nak belanja you sebab jasa baik you mempercepatkan proses discharge dokumen client I the other day.”
“Itu memang dah kerja sayalah, Encik Zulkifli.” Jawabku sambil lewa.
“Memanglah I tau itu kerja you tapi you buat very prompt and I really, really impress. Kes tu agak complicated juga tapi you manage.”
“Takyah lah bodek-bodek saya supaya keluar dengan Encik Zulkifli.” Aku memang tak berminat nak keluar dengan orang-orang yang macam ni. Dia gelak-gelak kat sebelah sana. Gelak mengada-ngada. Ala-ala menggoda. Hih!! Menyampah aku mendengarnya. Menyampah tau tak!!
“I betul-betul ikhlas nak belanja you ni.”
“Saya bukannya tak nak, tapi….”
“I taulah you tak sudi keluar dengan I.” Tau takpe!! Getus hatiku.
“Tapi, I merayu dengan you…. “ Aku buat dek. Dia menyambung bila aku senyap aje.
“I kecil hatilah dengan you…” Allah! Merajuk ker? Ish!!! Dia ingat aku nak pujuk ker. Tak ada maknanya. Meluat lagi ada.
“Hmmm….boleh gak tapi dengan syarat, teammate saya kena ada sekali sebab saya bukan buat kerja sorang-sorang.” Aku pasti sangat-sangat dia tak akan setuju.
“Tapi, bukan you yang banyak handle, kan?” See?
“Takpun, Encik Zulkifli belanja fast food jer…delivery kat kami.” Ewah ! Ewah! Boleh pula aku demand. Ehehe!! Kata ‘ikhlas’ nak belanja, jadi apa salahnya.
“Tak best lah pula. I’ve got no chance meeting you.”
“Nak jumpa saya, datanglah sini.” Serentak aku menutup mulut. Terlepas kata, baru terasa menyesal. Sebab itulah pepatah ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Aku dah goyah. Janganlah dia perasan. Jangan…..lah dia perasan! Aku mengulang dua kali macam berdoa pula.
“Yeah, right!! That’s seems to be a very good idea! Kalau I datang sana, you takde can lah nak mengelak dari I. Iye tak?” Aku terkedu. Adusss!! Rasa macam nak ketuk kepala sendiri!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# babyanah
sorry kak qimi, reply kat atas tu utk comment akak yg dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# shahrinas
ehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# wwannurr
tima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# BondaQalQimy
hikhikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 42# nera85
will try my best...
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 23-5-2010 17:58
Episod 11
Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Panggilan yang aku nanti-nantikan tak juga kunjung tiba. Betullah kata pepatah itu. Seperti menunggu bulan jatuh ke riba.
Hmmm….aku melepaskan sebuah keluhan. Menerima panggilan dari mak memang sesuatu yang menggembirakan. Tapi bila panggilan itu diterima bersama berita yang kita tidak ingin mendengar maka ia akan menjadi sesuatu yang menduka-citakan. Kebarangkalian itu mesti ada. Heh, apalah yang aku merapu sorang-sorang? Macam itulah jadinya, kalau memilih untuk membeli sebuah apartment untuk didiami seorang diri. Apartment tiga bilik yang aku duduki sekarang, aku beli untuk hadiah hari lahir aku yang ke 25. Apa salahnya beli hadiah untuk diri sendiri kan?
Walaupun tahu yang gaji aku bulan-bulan akan dipotong sebanyak RM500++, aku tetap suka dan bahagia. Aku buat staff loan, jadi bayaran bulanan kurang sedikit berbanding dengan pinjaman dengan syarikat kewangan yang lain. Masa mula-mula pinjaman approved, memang suka sakan. Sakan pun tak suka macam aku nih. Ehehehe…Mau tak suka, dapat rumah sendiri... Mak ayah aku pun terkejut bila dapat tahu aku dah beli rumah. Mak siap buat kenduri kesyukuran kat kampung.
Berbalik kepada panggilan dari mak yang aku terima sebentar tadi dengan membawa berita mengejutkan . Bukanlah aku tidak pernah menerima berita sebegitu. Tapi, sejak aku menolak pinangan dari keluarga Irman, sebanyak dua kali (dua kali tau!) mak pun agak jarang menyentuh bab-bab kahwin secara direct. Masih ada, bukan tak menyentuh langsung tapi Mak suka bagi hint. Terutamanya bila aku balik kampong, dan aku pula selalu buat-buat tak faham. Eheehee…sebab bila mak nak cakap benda ni dalam telefon mak selalu tak berpeluang, bila agak-agak dia nak remind jer, aku cepat-cepat cantas. Mak, maafkan anak mak yang nakal ini.
Lupa pula nak bagitau, Irman tu dua pupu dengan aku. Dah lama dah pinangan tu, masa aku berumur awal dua puluhan. Takkanlah lepas habis study jer, aku nak kahwin. Agak-agak ler. Pinangan yang second time tu dari orang yang sama, dua tiga tahun yang lepas. Alasan yang aku bagi masa itu, nak fokus kat kareer. Aku bukannya apa, cuma……aaa…err….macamana nak cakap ekk…...? Mungkin aku tak bersedia lagi kut, takpun fobia….hah! atau alasan yang paling sesuai tak sampai seru lagi! Ahahaha…
“Ika, mak nak cakap sikit.” Dah tahu dah, itu sebenarnya mukadimah.
“Sebelum mak habiskan, Ika jangan buka mulut.” Aku baru nak nganga…mak dah bagi warning, kiranya mesti sesuatu yang penting giler jadi aku tak boleh nak sekat-sekat.
“Ika, minggu lepas ada orang datang merisik.” Urgh! Aku meneguk air liur, payau!
“Merisik sapa mak?”
“Laa…merisik siapa lagi kalau bukan merisik Ika, takkanlah datang merisik mak pula.”
“Mak…, Ika tak bersedia lagi…” Aku garu kepala yang tak gatal.
“Sampai bila Ika?” Suara mak dah naik satu octave dari yang biasa.
“Umur dah lanjut. Anak-anak jiran yang sebaya Ika semua dah selamat. Suzana, Anisah, Rohaiza semua dah bersuami. Dah beranak pinak. Haa, bulan lepas si Diba dah selamat melahirkan anak kedua. Mak pun nak juga merasa menimang cucu sendiri.” Sambung mak lagi. Kalau dengar mak menceceh, sehari pun tak cukup. Mau cair telinga dan isi-isinya sekali.
“Si Diba dah bersalin mak?”
“Hah! Kamu jangan nak tukar cerita…” Aku tersengih-sengih bila mak cakap macam tu.
“Mak dah minta rombongan itu datang semula dalam masa dua bulan. Sebab mak nak bagi peluang untuk Ika mempersiapkan diri melainkan dalam masa dua bulan tu Ika dah ada pilihan sendiri, mak akan menolak. Tapi, kalau Ika tak ada calon pilihan Mak akan terima pinangan tu.” Sambung mak dengan panjang lebar. Aku ingatkan dah tak ada noktah dah dengan sembang mak yang ala-ala ceramah itu.
“Tapi mak…”
“Tak ada tapi-tapi. Ingat dua bulan.” Nampaknya Mak dah terror mencantas aku.
“Enam bulan lah mak?” Macam lah dalam masa enam bulan tu aku boleh jumpa mamat yang boleh dibuat suami. Takpun terjumpa dengan sesiapa yang teringin nak beristerikan dengan perempuan seperti aku tapi dengan syarat orang itu mesti kena dengan taste aku. Amboi! Dalam mimpi pun takkan ada cik Zulaikha ooi!! Jangan nak berangan!
“Ya Allah, budak ni. Boleh buat tawar-menawar pula. Sudah. Letih mak cakap dengan kamu. Serupa cakap dengan dinding.” Marah mak. Mak, kalau dinding tu ada perasaan mak, dinding tu pun boleh menangis bila mendengar leteran mak yang tak sudah-sudah. Aku tersengih sendirian.
“Mak, janganlah macam tu mak. Ika sa…yang mak.” Balasku pula dalam nada memujuk.
“Ingat dua bulan tau. Jangan nak berdalih-dalih dengan mak lagi. Assalamualaikum.”
“Mak?” Cepatnya Mak aku dah letak telefon. Mati kutu aku memikirkan kata-kata mak aku. Itu dah macam blackmail aku. Wargh!!!!
Siapalah gerangan yang menghantar rombongan tu? Ada juga yang berkenan kat aku? Entah-entah family arrangement kut. Mak oh Mak. Mak tak cakap ker anak perempuan mak yang seorang ini serba-serbi tak berkebolehan.
Sebenar-benarnya, aku selalu beranggapan bahawa untuk menjadi seorang isteri yang baik mestilah serba-serbi berpengetahuan dalam pelbagai bab yang melibatkan hal-hal rumahtangga. Seperti masak-memasak, bercucuk-tanam, jahit-menjahit, kemas-mengemas dan mestilah seorang yang bersifat lemah-lembut, sopan-santun. Ala-ala wanita melayu terakhir gitu. Baking, cooking, sewing, flower arrangement, decorating…ini merupakan minat salah seorang kawan aku yang dah jadi isteri orang. See?
Aku?? Aku tak termasuklah dalam pakej tu. Sipi-sipi pun tidak? Hmmm…. Masak-memasak, ala-kadar jer. Masak nasi? Luluslah juga. Zaman sekarang bukankah dah ada periuk nasi automatik. Sukatan beras dan air telah disediakan. Ikut aje arahan dengan betul. Mesti jadilah. Tak macam dulu-dulu, kalau masih guna periuk belanga mau hangus nasi yang aku tanak. Kalau tak mentah jadi bubur. Sekurang-kurangnya kalau mentah, boleh tambah air. Kalau jadi bubur, makan ajelah bubur tu. Masih boleh makan, bukan?
Aku memang tengok rumah orang yang dah berkahwin ni, mesti ada pokok bunga. Macam-macam jenis bunga yang dorang tanam. Macam mak aku, dari bunga Kembang Pagi (betul ker aku sebut ni?) hinggalah ke bunga Orkid. Macam-macam ada. Takpun pokok-pokok sayuran yang boleh ditanam dalam pasu. Cili, tomato, bendi, serai, daun pandan, daun kunyit. Sekadar menyebut yang aku tahu. Aku bukan tak pernah cuba menanam pokok-pokok bunga ni. Malangnya tak menjadi. Cuba, bayangkan yang dah siap beli pun boleh mati. Macamana? Agaknya tangan aku ni jenis tangan yang panas kut, ekkk?
Itu belum masuk kategori jahit-menjahit dan hias menghias rumah. Mengemas rumah dan basuh-membasuh dikecualikan sebab itu bagi aku adalah satu kemestian dan bukan sejenis kemahiran. Tidak boleh tidak, sebab aku sendiri pun tak suka rumah aku macam tongkang pecah.
Kalaulah ada penilaian yang dibuat kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri, anak mak ini baru sampai takat Level 1. Ahaks! Kesimpulannya Mak….anak Mak ni belum layak jadi isteri sesiapa pun Mak. Aku mengeluh sendirian.
p/s : komen please... saya nak tau whether korang boley terima...xleh terima... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 24-5-2010 01:55
Episod 12
Pagi Jumaat yang kusut. Sebenarnya aku yang kusut, hingga ke dinihari masih memikirkan kata-kata mak semalam.
Aku sampai kat pejabat pukul 8.00 pagi. Pagi-pagi lagi dah berteleku kat meja sambil memikirkan nasib badan. Mencari idea yang tak mau muncul.
“Hai, awal hari ni?” Rozaini yang kebiasaannya datang lebih awal dariku terkejut dengan kehadiranku. Aku sekadar memandangnya seraya tersenyum tak bermaya.
“Dah breakfast?” Aku menggeleng.
“Nak?” Pelawa Rozaini sambil membuka Tupperware hijau berisi nasi lemak. Sebenarnya Tupperware tu satu jenama, kan? Bau semerbak tapi aku tak berselera lah pulak.
“Jangan menyesal. Ini aku masak sendiri taw.” Lepas itu, dia laju jer menghabiskannya.
Sejam yang berikutnya aku kerja macam orang tak betul. Banyak sangat aku buat silap hari ini. Parahlah aku kalau berterusan begini. Telefon berdering memanggil-manggil aku. Dengan rasa malas aku mengangkatnya. Sebaik sahaja mendengar suara, aku sudah maklum siapa.
“Apa khabar you hari ini?”
‘”Tak sihat.” Jawabku tanpa berselindung. Nampaknya bertambah-tambah sakit arr bila menerima panggilan dari awak. Ingin saja aku berkata begitu.
“Kasihan you. Nak I hantar pergi klinik tak?” Hek-eleh!
“Don’t bother. I am just a bit dizzy and quite a busy day today.”
“You memang, kalau I call mesti busy. Anyway, dizzy naper? Ingatkan I ker?”
“Ha, ha, ha..that’s funny.” Aku menjawab sedikit jelek.
”Rindu nak dengar suara you.” Aku senyap jer.
“Entah kenapa, rasa seronok. Macam dah lama kenal dengan you.” Aku biarkan dia bercakap seorang diri. Maklumlah aku pun dah rasa macam tak sedap badan. Layan ala-ala kadar jer..Bukan ker selama ini aku memang layan dia macam tu. Apada...
“You pernah dengar tentang Tajul Muluk?”
Tajul Muluk? Rasanya macam nama sebuah kitab. Kitab Tajul Muluk. Aku percaya ianya mesti sesuatu yang ada kaitan dengan soal jodoh. Boleh percaya ke semua benda-benda yang berbentuk ramalan? Aku tertanya-tanya juga.
“Tak.” Jawab aku sepatah. Malas. Ayat-ayat seterusnya aku dengar sambil lalu jer. Tak sepatah pun melekat dalam minda. Kepala pula semakin berat.
"You tahu tak...bla...bla...bla..." Apa lak si Zulkifli ni membebel pagi-pagi ni. Aku rasa badan aku macam tak cukup oksigen. Rasa aku, aku tidur cuma 3 jam jer…itupun tidur-tidur ayam. Selebihnya sekejap pandang dinding, sekejap pandang syiling. Aduih! Sakit kepala aa….si Zulkifli ni dari tak habis-habis dengan Tajul Muluk ..Bintang 12lah…Fitrah Cintalah …tak habis-habis dengan soal jodoh!! Dahlah mak aku cerita benda yang sama…argh! Bengkek!!! Gosh! When will this going to end. Like forever never ending.
Aku garu kepala, tak tahu camna nak stop this conversation.
“Would you please stop all this nonsense, it’s kinda irritating.” Wah, hari ini aku dah jadi sarcastic lady. Aku berterus terang sebab dah tak tahan. Dia boleh gelak-gelak kat sebelah sana, yang aku pula rasa macam kepala dah nak pecah.
“Awak?! Can you stop bothering me? I’m going to be somebody’s wife very soon enough, so bug off!!!!” Lepas tu aku hempas gagang telefon. Wah!! Tak pernah-pernah aku naik angin sampai macam tu sekali. Jangankan officemate aku, aku sendiri pun terkejut.
“Kau ada masalah ker?” Rozaini bertanya setelah datang menghampiri aku.
“Entahlah Zai, aku tak tahu nak cakap apa…”
“Baik kau ambil time-off, tenangkan fikiran.” Katanya sambil mengurut bahuku.
“Rasanya Encik Hanan kita okey jer, kalau kau nak cuti half-day. Nanti aku take over mana-mana yang urgent.” Sambungnya lagi.
Betul juga kata si Rozaini, daripada kerja tak fokus. Buatnya aku tersilap dan mixed out the document yang melambak-lambak mau naya aku. Kerja handle security documents ni, kadang-kadang memerlukan perhatian yang lebih terutama yang complicated. Kalau kes yang straight forward tak ada masalah.
Biasanya kes-kes complicated melibatkan property yang lebih dari satu atau credit facilities pun lebih dari satu. Kalau satu property untuk satu facility itu kira kes straight forward. Kes straight forward tidaklah sesukar mana, setelah facility itu, biasanya term loan atau overdraft dah confirm settled maksudnya hutang dah langsai, proses seterusnya cuma execution of form by the Bank’s Power of Attorney. Bagi property yang sudah mempunyai title (geran tanah) pihak Bank cuma perlukan execute borang 16N (boring melepaskan gadaian) manakala yang belum mempunyai title, piak Bank perlu execute Deed of Receipt and Reassignment. Semua dokumen=dokumen akan disediakan oleh pihak guaman.
Jangan tanya pasal kos sebab itu di antara pihak borrower dan lawyer office.
Setelah meminta cuti setengah hari, aku segera balik ke rumah. Aku jarang ambil cuti sakit. Bukan jarang, memang tak ada pun. Kiranya aku bolehlah dapat anugerah pekerja tanpa MC of the year. Ehehehe…
Aku tiba di rumah tepat jam 1 petang. Perut terasa laparlah pula. Maklumlah dari pagi perut tak berisi. Tiba-tiba aku teringatkan tentang Tajul Muluk yang diungkit oleh Zulkifli pagi tadi. Aku bukan fikirkan tentang Zulkifli ekk…
Setelah mandi, menyegarkan diri. Aku ke dapur mengintai apa yang ada untuk mengisi perut yang kosong. Aku selak daun pintu kitchen cabinet, cuma ada beberapa jenis biskut dan makanan segera. Hmmm…. Aku buka peti sejuk pula. Ada susu segar, aiskrim dan buah-buahan yang sudah hampir nak kecut. Aku mengeluh, betullah kata mak…aku kena buat persediaan. Kalaupun bukan atas sebab nak kahwin tapi untuk diri sendiri. Nampaknya petang karang aku kena turun membeli-belah untuk barang dapur. Oh! Jangan lupa buku resepi sekali.
Sekarang ni, demi mengisi perut yang kosong aku bedal koko krunch campur dengan susu segar tadi. Lepas ni aku nak landing kat bilik, memburu mimpi yang indah.
Sedikit info tentang Tajul Muluk
Qiraat Perhubungan Tajul Muluk membawa anda melihat sejauhmana keserasian anda dan pasangan dari pelbagai aspek perhubungan berdasarkan kitab Tajul Muluk. Bila cinta dan kasih terbit antara dua hati sudah tentu kita akan mengenali hati & karektor pasangan kita masing-masing.
Kitab Tajul Muluk atau Bintang 12 adalah satu kajian terperinci yang telah dilakukan oleh masyakarat terdahulu dan catatan hasil kajian itu telah dihimpun dari pelbagai sumber, termasuk dari tamadun Yunani Purba.
Kitab ini begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya bagi masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak manusia, tabiat & cintanya, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.
Secara logiknya, masyarakat melayu masih lagi mengekalkan budaya dan adat resam serta mengamalkan pesanan orang-orang tua sebagai nasihat dan juga panduan. Namun hakikatnya, budaya & kepercayaan turun-menurun ini masih lagi relevan untuk diaplikasikan pada masa kini.
Sumber: http://www.tajulmuluk.com.my/\
Nota: Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya". Oleh itu saudara hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri saudara di dunia dan di akhirat.
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/
p/s: komen please... |
|
|
|
|
|
|
|
Best..best... pengolahan ayat yang baik.
Nk lagi bleh? |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi la................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 51# my_dahlia
tima kasih...
masih belajar menyusun ayat lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 52# wwannurr
muahahaa
nanti kite post n3....harap u all suke..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 53# mie07
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 24-5-2010 22:08
Episod 13-part 1
Sudah seminggu sejak peristiwa aku melepaskan geram ke atas Zulkifli. Sudah seminggu jugalah masa berlalu untuk count down menuju ke tempoh dua bulan sebelum mak aku menerima kunjungan semula dari pihak yang merisik. Ngee…..Takut aku memikirkannya. Lebih baik redha sahaja.
Lunch ala kadar kat gerai Pakcik Bulat dengan Syila, Farah dan Robi sambil share gossip-gossip hangat. Dulu masa sekolah aku tak ambil port pun pasal gossip-gossip ni. Sekarang aje, bila dah meningkat dewasa. Kalau tak join , rasa macam tak up-to-date pulak. Zaman dah berubah. Heh!
Aku balik ke pejabat lagi 5 minit sebelum pukul dua petang. Waktu makan aku memang dari jam 1 hingga 2 petang. Panasnya kat luar. Rasanya petang karang, hujan lebat. Pandai-pandai aje aku buat ramalan. Sebenarnya aku agak jer sebab minggu lepas pun keadaan lebih kurang sama jer.
“Eh-ehh ! Lupa pula nak bagitahu kat Ika. Ada mamat cun nak jumpa engkau kat waiting room.” Mamat cun? Aku pandang Rozaini atas bawah. Huh, bukan boleh caya minah ni. Semua mamat pun dikatakannya cun, hensem, comel, lawa, segak. Tapi aku tak bolehlah nak komplen taste orang, bukankah tak sama?
“Dari mana? Lawyer office ke?” Aku bertanya. Cuak juga kut-kut si Zulkifli tu datang terjah aku kat office. Dia menggeleng.
“Developer?” Dia menggeleng lagi.
“Customer?” Menggeleng bukan ke menggeleng tak tahu? Musykil aku dibuatnya.
“Nope, dia tak mentioned tapi nampak macam orang jauh je.” Laa….cakap ler awal-awal.
Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Dari jauh, siapa? Kaum kerabat aku ke? Takkan datang tak bagitahu aku kut… Adik aku ker? Pelik juga aku. Saja buat spot-check takpun saja nak surprise kan aku. Heh! Buatnya aku tak ada kat pejabat. Hah, baru padan dengan muka.
“Macamana rupanya?” Soalku semula.
“Pergilah tengok sendiri.” Tukasnya pula.
“Ada iras-iras aku tak? Rambut panjang ? Badan sedang-sedang.” Soalku lagi. Adik aku si Adli tu memang simpan rambut panjang.
“Ala… pergilah tengok sendiri.”
“Hmmm….yelah, aku nak pergi lah ni.” Balasku tak puas hati lalu bergegas pergi. Aku memang tak suka benda-benda yang diluar jangkaan ini.
Aku menolak daun pintu bilik menunggu. Kelihatan seorang pemuda sedang duduk bersandar di sofa. Santai. Seraya dia menoleh tatkala menyedari kehadiranku. Aku memandangnya. Pakai kaca mata pula? Silau ker? Atau sekadar gaya? Eh! Jangan salah sangka tapi abad ini, pakai kacamata bukan setakat untuk nampak stylo. Aku pun baru tahu yang sesetengah kacamata itu diciptakan untuk mengurangkan tahap silau yang boleh diterima oleh mata kita. So, tak bolehlah aku saja-saja mengutuk mamat itu. Betul tak?
Tersengih-sengih dia memandang aku. Tak siuman apa mamat nih? Aku pandang kiri, pandang kanan kut-kut ada benda yang melekat kat tubuh badan ku lalu membuatkan aku kelihatan janggal. Manalah tau ada zip yang terbuka, takpun butang baju yang tak dikancing,….hush…..
Aku terkebil-kebil. Cut the crap girl! Tingkahku sendiri dalam hati. Kalau masing-masing asyik pandang-memandang sampai bila….macam ada orang lain yang pegang remote control dan tekan butang ‘pause’ pula. Melalutlah aku ni. Sekarang aku nak kena tekan butang play semula.
“Assalamualaikum,?” Aku bagi salam memecahkan kesunyian.
“Waalaikumsalam.” Balasnya lalu bingkas berdiri dihadapanku.
“Yes sir, I am Zulaikha. Anything, that I may assist you?” Tapi dia senyap aje.
“Encik dari lawyer firm ker? Nak collect document ker?” sambung aku semula. Kut-kut lah datang nak ambil dokumen, kan? Tapi berdasarkan pada gaya dan rupa takdelah macam despatch pun. Lagipun, rata-rata budak-budak despatch yang datang aku boleh cam. So, tak mungkin ler nak collect dokumen. Hmmm… Dia melangkah setapak ke hadapan. Ala-ala slow motion gitu. Aku pula mengundur setapak ke belakang. Dia membuka mulut.
“Tak. Bukan datang nak collect dokumen tapi datang nak collect kamu.” Tersentap aku mendengarnya. Siapa yang berani bercanda begitu dengan aku? Aku pandang lagi mamat yang tingginya lebih dua jengkal jer daripada aku. Senyumnya semakin melebar. |
|
|
|
|
|
|
|
bset gak citer ni...
nanti smbg lagi yer...
nah amik ni ..
wat semangat.. nanti leh bg n3 pnjg2.. |
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaaa rizzzzzzzzzzz:re:{:1_126:}amboi zu awat hang tak kenai iii |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|