CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdlorong

MIsteri Mayat bogel di ULU YAM

[Copy link]
Post time 9-6-2010 05:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinktriangle at 9-6-2010 17:58

baiklah kengkawan...

begini citernya...pada suatu hari lama dah citer ni berlaku.hemm rasanya mcm xpatut kot nak bongkar kan kaw kejadian..malulah pulakk yg pasti berlaku dpn kedai umh mak aku je.hehe.yg pasti bkn kat kg.

xsekolah aku ngn sekolah satu lagi nih rupanya bermusuh.sekolah lagi satu ni dgr dari org katanya sekolah yg ganas giler....sek ganas ni baru je buat.so aku xtau sgt sbb aku dah berzaman berenti sek kan. xsekolah aku xleh lalu pun dpn sekolah nih or apatah lagi nak masuk.student dorg nih standby benda2 tajam semua.cikgu2 semua dah naik xkisah...pegi sekolah nak buat apa pun suka ati.sekolah ni sekolah biasa je.adik kawan aku citer, dorg leh ponteng sekolah sesuka hati walhal dah dtg sekolah.pastu boleh pakai kasut sek kaler2..subang besar2..ala2 mcm bukan nak p sekolah.

nak dijadikan citer....kejadian malang ini berlaku disebabkan hanya merebut seorang awek!! of cozlah yg lelakinyaa dari xsekolah aku n laki sorang dari sek ganas tu.

hari kejadian malam.dorg ni bergado giler2..satu group pakai motor satu group pakai keta..yg motor sampai jatuh dalam longkang...yg group keta ni salah seorangnya kepalanya sudah terputus.jadik kepala budak yg terputus ini adalah bdk yg berebut tu.dia dari xsek aku lah.mlm tu kecoh giler kaw kedai dpn umh mak.aku xtengok takuttt... semua duk umh je.bapak aku ngn sorang ustaz ni je yg tgk n org2 lain.ustaz ni mmg best friend ayah aku.dia dtg umh aku siap citer lagi dia pegang pale budak tu baik punyaa yalah nak uruskan

pasal kepala putus tu ada 2 story.satu katanya group keta ni kuar kepala kat tingkap masa berlumba ngn motor tu.then kepalanya terputus langgar trailer yg sedia parking ada kat situ.another story terkena parang....tapi ustaz tu kata leher budak yg putus tu cantikk je terbelah....

esok nya aku p keja (keja part time kedai buku) mmg group2 budak xsek aku selalu lepak kedai buku yg aku keja tu.ada sorang budak ni mmg rapat ngn aku.dia ckp dia sedih kawan baik dia meninggal.budak yg putus kepala tu lah.dia kata budak tu mmg baik.cuma tulah sedih ajal kawan gitu.muda lagi tu.bdk ni xsanggup nak citer hal sebenar pale kawn dia putus tu.so malas lah nak tanya lebih.tapi aku lihat lorong kaw kedai dpn umh mak aku tu malap n sunyi je sejak kejadian tu...mybe org takut kot nak kuar jenjalan or lepak sana..xlama lps tu barulah back to normal

apapun moga roh budak ni dicucuri rahmat...amin. tpi dlm paper ckp berlaku kemalangan antara keta ngn motor...xde kena mengena langsung.berita pun sependeknya2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 05:56 PM | Show all posts
Lokasi mayat bogel dipercayai sarang maksiat


HULU SELANGOR 8 Jun - Misteri penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan bogel di Sungai Tembalik petang kelmarin mungkin boleh dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral oleh segelintir pasangan kekasih yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat mereka memadu asmara.

Difahamkan, kawasan rekreasi itu sering menjadi tumpuan pasangan kekasih untuk memadu asmara berikutan kedudukannya agak jauh dari pandangan umum.

Hasil tinjauan dan pemerhatian Utusan Malaysia di sekitar lokasi itu hari ini mendapati, kawasan tersebut tidak berada dalam penyeliaan mana-mana pihak dan kesempatan ini diambil oleh golongan muda mudi yang menjadikan ia sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Abdul Rashid ketika dihubungi berkata, polis dalam pada itu masih menyiasat punca kematian mangsa dan menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati, mangsa yang dipercayai wanita warga Myanmar berusia lingkungan 20-an meninggal dunia akibat lemas, dan bukannya sebab lain.

"Kita turut menemui pakaian dan kasut selipar yang dipakai oleh wanita itu, tetapi sehingga kini, identitinya masih belum dikenal pasti," katanya.

Petang Ahad lalu, mayat seorang wanita tanpa pakaian yang belum dikenal pasti identitinya ditemui terapung di sungai yang terletak berhampiran dengan sebuah tangki air di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru.

Penemuan mayat itu menimbulkan misteri kerana sebelum ini, dua kejadian yang hampir sama pernah berlaku di lokasi tersebut iaitu mayat mangsa lemas yang ditemui juga dalam keadaan tanpa pakaian.

Sementara itu, menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, dia sering terserempak pasangan kekasih duduk berdua-duaan di lokasi itu, malah adakalanya ternampak mereka melakukan perbuatan terkutuk.

"Penduduk yang tinggal tidak jauh dari kawasan ini percaya kemungkinan wanita yang ditemui mati itu sedang berdua-duaan dengan kekasihnya dan dipercayai tergelincir sebelum lemas dibawa arus," katanya yang mengaku arus sungai di kawasan itu agak deras menyebabkan ia kurang menjadi pilihan pengunjung untuk berkelah.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ah&pg=je_03.htm
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 06:04 PM | Show all posts
pendapat aku

tidak logik wanita tu secara waras berbogel dikawasan awam dan memilih tempat tu tuk bunuh diri. kalau nak bunuh diri ada cara lain lebih praktikal dan mudah.

berdasarkan lapuran, tempat tu dah ada 2 kematian sebelum ini dengan cara yang sama. disini, takanlah ketiga tiga mangsa ada idea yg sama tuk bunuh diri cara bogel. dan ketiga tiga mangsa punya pakaian didapati hilang di kawasan itu. tak logik kan? tiga tiga sorokkan baju baru bunuh diri.

aku rasa, kes ini bukan seorang yang terlibat...kes ini melibatkan pihak lain. dan pihak lain inilah yg menjadi tanda tanya ;-

1. entiti berkaitan makhluk halus - pukau, pemujaan, ajaran sesat etc etc

2. perbuatan manusia - pembunuh yg ada masalah mental, kepercayaan sesat,   
    mengamalkan amalan tertentu.

tapi apabila tiada kesan kesan dan bukti bukti zahir seperti kecederaan ditubuh, pengelutan dikawasan kematian. polis akan klasified sebagai mati mengejut....tutup kes. hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 06:08 PM | Show all posts
Reply 43# Saat


  dari berita kat atas cakap tmtp  maksiat ..takan dorang buat skinny dip kat ctuh kot lps tu lemas... adventurous betul manusia2 skrg .....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 06:17 PM | Show all posts
uikss....takanlah kes maksiat kot......melakukan maksiat dalam air, sebab tu berbogel?? dan terlalu ghairah sampai lemas???

teori saper nie?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 06:22 PM | Show all posts
teori terbaru lepas baca berita  kat atas..

sbb 'misteri baju hilang ' dah selesai ... dah jumpa tu....

"Kita turut menemui pakaian dan kasut selipar yang dipakai oleh wanita itu, tetapi sehingga kini, identitinya masih belum dikenal pasti," katanya.


perempuan myanmar ...patutlah tak de org claim/kenalpasti  mayat dia yea....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2010 06:55 PM | Show all posts
Kat Empangan Batu.... macam-macam citer misteri pernah dengar....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:09 PM | Show all posts
a'ah erk...motif dia nak mandi bogel??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 11:23 PM | Show all posts
a'ah erk...motif dia nak mandi bogel??
neez_cookies Post at 9-6-2010 23:09


bukan dia mandi bogel tu..kalau ikut teori diatas...dia buat maksiat, agaknya terlalu ghairah lalu jatuh mati lemas kot...

tapi kenapa pasangan dia tak selamatkan dia? ke pasangan dia pun tak reti berenang? muskil muskil.....

dan kenapa pasangan dia tak mintak bantuan kat penduduk berdekatan?

adakah pasangan dia biarkan saja awek dia mati dan beredar gitu aje? macam tak logik kan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:38 PM | Show all posts
Reply 49# Saat

logik aje klu 'bercinta' sbb nafsu bukan sbb sayang  ..salah2 nama betul awek tu pon dia tak tahu ... nmpk je yg tu lemas ..dalm kepala pk ..alamak matilah aku klu org tahu ...kena buang keje lagi  ..cepat2 selamtkn diri sendri ....


motif - melayan tred ni ................
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 12:51 AM | Show all posts
Reply  Saat

logik aje klu 'bercinta' sbb nafsu bukan sbb sayang  ..salah2 nama betul awek tu pon ...
ea208964 Post at 9-6-2010 23:38


confirm ke kes maksiat ni ?? atau sekadar teori.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 12:59 AM | Show all posts
bukan dari tadi berteori ke.....motif tetiba tanya kompem ke tak ......... polis ada kluarkan statement baru ke......
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 01:07 AM | Show all posts
Reply 41# pinktriangle


    wow pink ..sadisnya pergaduhan tu sampai putus kepala...macamana agaknya dgn mak ayah budak tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 01:16 AM | Show all posts
Kat Empangan Batu.... macam-macam citer misteri pernah dengar....
HangPC2 Post at 9-6-2010 18:55

Klu ada masa terluang cetelah psl misteri2 yg pernah didengar tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 01:36 AM | Show all posts
aku rasa polis dah tutup kes tu la....alasannya mati mengejut....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 02:56 AM | Show all posts
owh2...wat maksiat ke?hurmm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 08:47 AM | Show all posts
tempat tu mmg keras skit...aku pernah mandi kt situ dulu...mmg ada org mandi bogel..eeii..xlalu aku nk mandi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 08:49 AM | Show all posts
aku ni peminat cerita CSI....mustahil la tak ada explaination!

kalau cerita Criminal Minds, FBI Behaviour Analysis Unit BAU (CH 708 Monday 10pm)..tak logik profil nak suicide berbogel. malay pulak tu, ada la sikit faktor: adab melayu + Islam.

unless schizophenia ke...anything mental disturbance.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 08:51 AM | Show all posts
Reply 50# ea208964


haha akhirnya misteri terungkai....
baru nampak kaitan tiga tiga kes.

mati lemas, atas darat pun bleh kan? 

maybe tak
1. ada mamat mamat durjana yg duk geng bang, then duk bunuh mangsa ngan melemaskan org tu.
2. maybe autopsi tak nampak air duit sbb pakai getah
3. bila dah puas, diorg bunuh, and humban dalam air
                    or
    mati sbb terlalu 'lemas' dek lelaki.

teringat kes allahyarhamah seseorang dulu, yg sampai last tadak sapa yg di caj. malah yg kena dakwa leh lak saman mahkamah. kinda same.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 09:07 AM | Show all posts
takde ati aku nak tengok perompak merompak dalam keadaan berbogel......boleh runtun jiwa melihat bebolanya bergantung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.211356 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list