|
rumah moden sekarang ade alang x?
kalau cerita antu omputih hantunye byk duduk kat loteng bu ...
popiarangup Post at 12-6-2010 17:29
klu x dew alang org kata 'dia' duk kt line tgh umah.........
betul ke x, kucen x tau....<---x nk jd isu...
tp better rujuk pada yg lebih arif utk keterangan lanjut |
|
|
|
|
|
|
|
saya x fitnah sape2 blh dgr ceramah Ust Ismail kamus tentang Alam roh, search Aja kat YouTube tajuk ceramah Ismail kamus blh pilih Ada byk ceramah beliau tentang alam roh, Jin, hidayah min (Dari) Allah.
hakikatnya org dh mati takkan ada hbgn dgn alam dunia. mrk dipisahkan satu dinding dgn alam dunia. Ada ayat Quran menerangkan tentg alam barzah n alam dunia.
blh bc tulisan dr amran kasimin tentang ni juga. hidup mesti sentiasa mencari ilmu
biasa nya bila Ada yg menyerupai simati is berkaitan dgn amalan seseorang . sy tls in general ni tiada kaitan dgn sesapa. org ygberdendam dirinya sentiasa dikuasai setan. kita diajar redha menerima setiap ketentuan ilahi w/pun ditimpa musibah. setiap keredhaan itu ada balasan disisi Allah bukan berdendam. doa adalah senjata yg paling kuat bg kita umat Islam.
hadist qudsi, berdoalah kamu nescaya akn ku perkenankan.
ramai mudah marah, berdendam, tak puas hati etc etc bila terjadi sesuatu yg x menyenangkn or ditimpa musibah, padahal musibah itu merupakan hikmah Dari Allah utk kita. blh baca majalah solusi edition bln lepas tajuk musibah itu hikmah
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin
SOALAN:
Kami sekeluarga seumpama burung terbang sekawan, mengharungi hidup aman bahagia dengan sepasang anak yang comel dan suami begitu penyayang.
Bulan lepas suami saya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Tangan dan pahanya patah. Segala-galanya musnah, luluh di penghujung kedamaian yang kami kecapi selama ini.
Saya terlalu merinduinya. Dada saya sakit menahan hiba dan sebak. Segala penderitaan dan rasa remuk hanya saya menanggungnya. Anak yang sedang membesar tidak faham segala-galanya, kerana saya perlu menyembunyikannya.
Beberapa kali saya bermimpi didatangi olehnya. Saya khayal dalam dakapannya yang saya rindui sejak kehilangannya. Hidup saya bertenaga kembali.
Tangan kanannya kelihatan terkulai. Ketika ditanya kenapa ia tidak memeluk saya sempurna, dia menyatakan ``tidak mengapa. Kita akan bertemu di syurga nanti.'' Setiap kali bertemu dia berpesan supaya menjaga anak kami sebaik mungkin.
Saya terlalu mengharapkan mimpi ini berulang selalu, tetapi ia tidak berlaku. Saya kebingungan. Ke mana sebenarnya pengakhir kehidupan kami? - LYANA, Kuala Lumpur.
JAWAPAN:
Kehidupan insan terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal, juga nyawa. Nyawa tidak ubah seumpama lampu bagi bangunan. Apabila lampu itu padam, maka gelaplah bangunan berkenaan, seumpama nyawa, apabila ia berpisah daripada jasad, maka padamlah manusia itu lalu ia menerima mati.
Roh tidak akan binasa. Apabila janin yang ada dalam perut ibu itu sempurna kejadiannya, maka Allah meniupkan padanya roh, lalu hiduplah manusia (janin) tadi. Ia membesar dan akan dicabut daripada tubuh manusia oleh malaikat maut apabila tiba masanya, diserahkan kepada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika itu roh berada di alam barzakh, iaitu alam yang memisahkan antara hidup dunia (fana) dengan kehidupan akhirat kelak.
Kehidupan di antara dua dunia ini dikenali sebagai arwah apabila seseorang itu telah mati, maka ia berada di alam akhirat, yang bermula apabila seseorang itu mati, sehingga dibangkitkan kelak, dihimpunkan di padang mahsyar lalu akhirnya dibalas, sama ada di syurga atau neraka.
Apabila seseorang yang beriman itu tiba ajalnya, maka dia akan didatangi oleh malaikat, yang datang dengan sekeping kain sutera yang ada padanya kesturi, anbar dan harum-haruman.
Maka keluarlah rohnya seumpama tercabutnya sehelai rambut daripada tepung adunan. Diucapkan padanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda dan diredai ke atasmu, engkau akan memperoleh kegembiraan daripada Allah dan kemuliaan-Nya. Maka apabila keluar rohnya, ia diletakkan di atas kesturi dan raihan kemudian kain tadi dilipat lalu dibawa dengannya ke illiyiin.
Apabila roh itu keluar dari jasad, maka ia berada di alam barzakh. Menurut sesetengah ulama, mayat akan merasai nikmat atau azab, iaitu azab yang dikenakan atau dirasai oleh roh dan jasad sekali. Dalam surah al-Mukmin: 46 dijelaskan: Kepada mereka diperlihatkan neraka pagi dan petang.
Dalam surah Taha: 124 dijelaskan: Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sukar (sempit) dan Kami akan menghidupkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Jelasnya, apabila roh seseorang itu telah berpisah daripada jasad atau berada di alam barzakh, ia akan dipersembahkan oleh malaikat maut kepada Allah, dibalas dengan nikmat syurga atau neraka, bergantung kepada amalan-amalan yang telah dilakukan ketika hidup di dunia.
Alam barzakh inilah yang memisahkan di antara kehidupan alam dunia dengan alam akhirat atau hari kiamat kelak. Lebih jelas, tidak akan berlaku kehidupan yang saling tembus-menembusi.
Roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali, bergaul seperti biasa dalam kehidupan harian manusia, berbual-bual seperti biasa, ataupun melalui mimpi seperti yang berlaku ke atas saudari, mendakap dan memberi pesanan agar menjaga anak baik-baik.
Begitu juga sebaliknya iaitu ketika seseorang itu masih hidup. Manusia tidak akan berupaya menerobosi atau menembusi kehidupan di alam akhirat, akibat adanya pemisah, iaitu alam barzakh tadi.
Lebih jelas manusia tidak diberi keupayaan oleh Allah untuk meninjau-ninjau nikmat kehidupan di alam akhirat, di kubur, di syurga ataupun neraka, kerana Allah menjadikan keupayaan makhluknya dalam lingkaran kekuasaan masing-masing, kecuali dengan kehendak Allah ke atas hamba-Nya tertentu, seperti dalam kejadian israk mikraj.
Baginda melihat kehidupan di dalam kubur, kedatangan malaikat maut ketika hendak mengambil nyawa seseorang dan sebagainya. Terlalu banyak bukti memperlihatkan kekuatan hujah yang saya ketengahkan ini sama ada daripada al-Quran juga hadis-hadis yang begitu mudah untuk ditonjolkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam keadaan rasa rindu yang bersangatan, sebak dada yang sering menghimpit saudari didatangi oleh makhluk yang dikenali sebagai ``qarin''. Menurut bahasa, qarin bererti teman atau rakan. Yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak daripada kelahiran seseorang bayi sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.
Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.
Qarin sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan menggoda, merayu dan menipu, berupaya memilih dan memerhati waktu-waktu yang elok untuk memperdaya manusia, terutamanya ketika seseorang itu dalam keadaan stress atau depress dan seumpamanya, termasuk ketika menghadapi bala atau percubaan daripada Allah, akibat kematian orang yang dikasihi, ketika sakit bersangatan, ketika menghadapi keretakan rumah tangga dan sebagainya.
Itulah waktu yang ditunggu-tunggu, lalu qarin itu berlagak seumpama penyelesai masalah manusia, mengatasi masalah rindu yang terpendam di dada, memberi jalan-jalan keluar ketika manusia kehilangan anak yang disayangi dan sebagainya.
Dalam surah al-An'am: 112 terdapat firman Allah: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah pernah ditanya sama ada baginda didatangi qarin atau tidak. Baginda menjawab: Saya pun ada qarin. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya. Maka tidaklah ia boleh menguasai akan daku daripada gangguannya, maka tidaklah ia menyuruh saya, kecuali untuk melakukan kebaikan.
Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya tidak ada seorang daripada kalangan manusia yang baru dilahirkan melainkan dia disertai oleh Allah seorang jin sebagai kawan. Jin yang menemani manusia, untuk menyesatkan itulah yang dinamakan qarin.
Qarin ini sentiasa berada di samping manusia, ketika berjalan, tidur atau sebagainya. Kerana itu ia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang yang berkenaan.
Hutang yang ditanggung. Perilaku manusia termasuk membunuh, mencela dan sebagainya. Apabila manusia yang sentiasa ditemani oleh qarin itu mati, maka qarin ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, sama ada isteri atau keluarganya, maka makhluk qarin ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang berupaya berhubung dengan manusia yang masih hidup, melalui mimpi. Satu keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada makhluk ini, yang tidak ada pada manusia.
Sekiranya orang yang mati tadi mempunyai hutang kepada orang-orang tertentu, menganiaya orang-orang tertentu, melakukan sihir ke atasnya menyebabkan dia mati atau membunuhnya dengan senjata, maka qarin ini dengan izin Allah berupaya menggambarkan dirinya seperti si mati yang sedang diseksa dalam kubur.
Si mati melalui mimpi memohon kepada waris, seorang atau beberapa orang untuk memperkuat anggapan bahawa apa yang berlaku itu benar, memohon supaya waris tadi membayar hutang yang dilarikan atau memohon keampunan. Meminta kepada waris terutamanya isteri si mati supaya memohon keampunan kepada waris orang yang terbunuh, sama ada melalui sihir atau dengan senjata.
Tidak kurang juga orang yang didatangi mimpi supaya diadakan bacaan Yasin pada malam Jumaat, minta dibacakan al-Quran di atas kubur atau dibayarkan sedekah kepada 40 orang fakir miskin.
Anehnya, apabila permintaan tersebut dilaksanakan, mimpi-mimpi yang mengharukan itu menjadi reda dan akhirnya tidak ada gangguan berlaku.
Helah yang sama berlaku kepada puan, di mana seperti yang dimaklumi tangan arwah suami patah ketika berlaku kemalangan. Dalam keadaan kerinduan dan sebak dada yang sering berlaku akibat menahan hiba, qarin itu datang seumpama berusaha meleraikan pelbagai warna rindu yang tidak dapat digambarkan penderitaan daripadanya.
Semuanya ini menyebabkan puan mahukan agar mimpi itu berulang. Tetapi ia tidak berlaku kerana kalau ia berlaku setiap kali puan terlalu mengharapkannya, kerinduan puan yang sebenar akan berkurangan, menyebabkan pemikiran dan segala tumpuan puan berkurangan dan kembali normal. Demikianlah di antara helah-helah iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Terlalu mudah untuk mengatasi masalah seperti yang puan alami, biarpun ia sangat sukar untuk melakukannya. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Peristiwa menyayat hati berlaku terlalu baru. Apa yang puan rasai tetap akan dirasai oleh semua orang sekiranya ini berlaku, menimpa, puan akan berupaya mengatasinya menurut masa yang berlalu. |

Panjangnye jawab. Aku tahu pasal qarin. TQ for explain. Tp...mcm yg aku ckp td, InsyaAllah bnda ni betul
1. aku x rindukan nenek aku (terkenang, yes ada)
2. x pernah mimpikan pasal dia.
4. InsyaAllah dia seorang wanita yg solehah.
3. Cerita aku telah dipendekkan...dan x sama dgn explanation qarin tu. Sbb cerita dia pjg sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by edee_91 at 13-6-2010 19:56
Reply 40# 2tigapuluh2
lah, orang tanye je. hmm, sebab aku tak paham sgt kot ape yg suria terangkan tdi.. bila suria da terangkan camtu, nth camne, aku ley terpikir soalan tu.. ok ok, maybe aku da salah paham. nanti aku mendalami lagi ape yg suria nak terangkn sebenarnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam ner ngan atas alang?atau org panggil aper ek?
sbb ari tu ank sedara kucen tido kt situ. silap ...
kucingkarate Post at 12-6-2010 16:04
yup...the same thing happened to my son...mak aku pun ckp benda yg sama gak...pasal "alang2" nie...Ni nak share la kan...ada satu malam tu, dlm bulan lepas la, anak aku ni tgh tido boleh melalak tak pasal2. FYI, aku kalu balik kg memang tido kat depan tv kat ruang tamu...terkapar semua..ok sambung balik. anak aku nangis sambil gosok mata dia, pedih, pedih dia cakap..aku assume dia mengigau...and lepas tu dia tidor balik, lepas je dia tido, aku ngan laki aku dengar bunyi benda yg sama, iaitu mcm org dok gergaji kayu kat atas atap umah aku...laki aku ckp, bunyi kucing kot?? masa tu dlm pukul 2 pagi..aku cuak gile...sebab lain benor bunyi dia...
pastu anak aku dok nangis lagi, dan mak aku suruh alih anak aku dr tido bawah alang tu...mak aku pesan tak baik tido bawah alang tu, dan bila aku citer pasal bunyi mcm org gergaji kayu tu, mak aku ckp maybe Pontianak sebab dia tgh dok asah kuku dia & gigi...
wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|