CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: seribulan

[Lain-lain] Banjir di BALING, 3 mayat mangsa ditemui...FASA PERALIHAN MONSUN...

[Copy link]
 Author| Post time 3-5-2022 10:58 AM | Show all posts
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 12 tengahari nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

“Di Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya.

Sementara itu, di Sarawak, cuaca buruk dijangka tertumpu di kawasan Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam.

https://www.kosmo.com.my/2022/05/03/ribut-petir-hujan-lebat-di-enam-negeri-pagi-ini/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 03:37 PM | Show all posts
hujan lebat pagi td di KL
adik kaka kata byk jln yg naik air dan smart tunnel pun dah tutup by 12.30 am utk langkah berjaga2, hrp2 jumaat ni cuaca aman2 aje sbb kaka ada meeting area masjid jamek dr pg hingga ptg
moga dipermudahkan buat mereka yg terlibat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 25-5-2022 02:37 PM
hujan lebat pagi td di KL
adik kaka kata byk jln yg naik air dan smart tunnel pun dah tutup by 12.30 ...

12.30 pm...hujan dari pagi sampai petang kan...

https://www.inforakyat.net/kl-banjir-besar-lagi-masjid-jamek-sikit-lagi-nak-tenggelam/
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-5-2022 05:54 PM
12.30 pm...hujan dari pagi sampai petang kan...

https://www.inforakyat.net/kl-banjir-besar-lagi-m ...

yea hujan dr pg, adik kaka kerja area PNB dan adik ipar kami kerja area masjid jamek, info dpt dr diaorg td

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2022 02:33 PM | Show all posts
takayama replied at 25-5-2022 06:55 PM
yea hujan dr pg, adik kaka kerja area PNB dan adik ipar kami kerja area masjid jamek, info dpt dr  ...

Makcu fwd kan ni...Selangor...
https://youtube.com/shorts/ncy4QC4qrcw?feature=share





Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sekrg ni tgh monsun apa ek
jujur mls betul nk cari info walau di hujung jari
sbb apa kak tanya gitu kerana sekrg ni hujan lebat tetiba kdg smp banjir kilat then pns lit2 plk
contoh hr ni pkl 9.30 hujan selebat2nya then half an hour later smp sekrg ya rabbb panas xleh bawa berbincang
hujan lebat td menyebabkan kolam ikan penuh dgn air dan lps pkl 2 jap ni air pun surut
sbb tu nak gak taw now tgh msh monsun sama ke atau kita sdg beralih monsun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2022 02:20 PM | Show all posts
takayama replied at 14-6-2022 01:05 PM
sekrg ni tgh monsun apa ek
jujur mls betul nk cari info walau di hujung jari
sbb apa kak ta ...

KUALA LUMPUR, 10 Mei - Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2022 dan akan berterusan sehingga pertengahan September 2022.

Semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain.

Keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang rendah.

Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung
dan barat Sabah pada awal pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 09:57 AM | Show all posts
seribulan replied at 14-6-2022 02:20 PM
KUALA LUMPUR, 10 Mei - Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2022 dan akan berterusan seh ...

thanks seri
semlm kat tempat kaka gerimis pkl 11 pg tp ms tu mmg tgh panas
gerimis memula halus then kasar sikit tp xdelah klu kita diri tgh laman akan bsh lencun
then keluar dr ioi dlm pkl 2.30 tgh lebat selebat2nya
jd sekrg ni kira musim hujan + panas lah juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
semlm banjir kilat x silap di Kg Iboi Baling Kedah, kaka dpt info dr FB sbb kwn kaka share. Moga dipermudahkn buat sahabat2 yg terkesan dgn banjir di sana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:11 AM | Show all posts
BALING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga sekeluarga yang masih hilang selepas rumah mereka dihanyutkan banjir lumpur di Kampung Iboi di sini, semalam diteruskan hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata pihaknya semalam menerima laporan daripada pengadu, Abdul Rahman Said, 71, mengatakan isteri, menantu dan anak tirinya gagal dikesan sehingga kini.
Beliau berkata, tiga mangsa itu adalah isterinya, Salmah Mat Akib, 53, menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 28, serta anak tirinya, Khairul Ikhwan Nor Azam, 14, yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.
"Polis turut menggerakkan SAR bagi mengesan ketiga-tiga mangsa dan sehingga jam 3 pagi tadi masih belum menemui sebarang petunjuk dan memulakan semula operasi sekitar jam 7 pagi ini.
"Malah, skop pencarian akan diperluaskan membabitkan beberapa tambahan agensi berkaitan. Kita masih menggerakkan usaha SAR berikutan laporan dibuat Abdul Rahman berkaitan kehilangan tiga ahli keluarganya yang dikategorikan sebagai orang hilang," katanya ketika ditemui media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Kupang awal, pagi ini.
Shamsudin berkata, berdasarkan laporan pengadu, dia menerima panggilan daripada menantunya, Nurul Anis memaklumkan berlaku kejadian banjir di rumah jiran mereka pada waktu itu.
"Ketika hendak pulang ke rumah, pengadu menerima panggilan daripada anaknya yang menetap di Pulau Pinang bahawa rumah mereka di Kampung Iboi dinaiki air.
"Namun, sebaik tiba di simpang Lata Celak didapati rumah pengadu sudah tiada dan dibawa banjir. Pengadu gagal menghubungi isteri, menantu dan anak tirinya malah mereka juga tidak ditemui sebaik dia pulang ke rumah," katanya.

kaka copy paste dr BH online


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2022 05:04 AM | Show all posts
Banjir di Baling: Mangsa ketiga ditemukan dalam timbunan kayu [METROTV]


Oleh Zuliaty Zulkiffli
[email protected]


KEADAAN di Kampung Iboi selepas dilanda banjir lumpur semalam. FOTO Luqman Hakim Zubir
Baling: Mayat terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, berjaya ditemukan pasukan penyelamat pada 11.55 pagi tadi.
Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi.
"Mayat mangsa ketiga turut ditemukan di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat.

"Berikutan itu semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian semalam, berjaya ditemui dalam operasi hari ini," katanya

Disiarkan pada: July 5, 2022 @ 1:01pm



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.696450 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list