Kadang-kadang rasa tekak ni nak makan yang simple-simple je kan?
Kalau asyik sup biasa je boring pulak.
Apa kata cuba resepi sup tulang ala Thai macam kat kedai Siam tu.
Simple je nak buat, lebih-lebih lagi musim korban ni mesti ramai yang ada lagi daging atau tulang yang orang bagi kan?
Di sini kami kongsikan resepi sup tulang ala Thai oleh Puan Hamizah Hassanudin yang gerenti kita buat terliur.
Katanya resepi ni serius memang sedap sangat!
Jom tengok resepi beliau selengkapnya di bawha ini.
RESEPI SUP TULANG ALA THAI SIMPLE TAPI POWERResepi sup tulang ala Thai ni memang special, rasa dia masam-masam pedas gitu.
Nak makan dengan nasi putih boleh, cicah roti pun sedap.
Cara nak buatnya mudah sangat.
Jom tengok bahan-bahannya dulu.
BAHAN-BAHAN- 1 kg tulang / daging (rebus dulu dengan halia sampai empuk)
BAHAN TUMIS:- Serai 2 – 3batang (ketuk)
- Lengkuas 1 inci (ketuk)
- Bawang putih 3 ulas (ketuk)
- Bawang holland 1 biji (hiris)
- Bawang besar 1 biji ( hiris)
- Halia 1 inci (ketuk)
- Akar ketumbar (ketuk)
- Daun limau purut ( 3 or 4 helai)
BAHAN HIRIS:- Batang saderi
- Tomato
- Cili hijau
- Cili merah
- Hirisan bawang holland
- Daun ketumbar
- Daun sup
Ni gambar bahan-bahannya.
Sebelah kiri untuk di hiris dan di sebelah kanan untuk menumis nanti.
CARA-CARA1. REBUS DAGINGMula-mula macam biasa kita rebus dulu daging atau tulang tu. Rebus sampai empuk tau.
Takdelah patah gigi nak siat daging tu nanti.
Kalau ada pressure cooker lagi senang. Kejap je empuk.
2. TUMISDalam satu kuali lain, kita tumis semua bahan di atas sampai layu dan naik bau.
Jangan sampai hangus tau nanti tak sedap jadi pahit pulak.
3. Masukkan Bahan Tumisan Ke Dalam Rebusan Tulang / Daging
Ok lepas dah tumis tadi, masukkan bahan tumisan tu ke dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi tulang dan daging.
Tunggu kejap bagi mendidih seketika.
4. BUBUH AIR LEMON / LIMAULepas tu masukkan air lemon / limau kasturi, kuantiti banyak mana tu ikut tekak masing-masinglah ya.
Nak masam lebihkan air limau kasturi tu.
Kalau tak nak masam sangat bolehlah kurangkan sikit.
5. MASUKKAN BAHAN LAINNi bahan-bahan yang di hiris. Ada batang saderi, tomato,cili hijau, cili merah, hirisan bawang holland dan lain-lain.
Kita bubuh semua tu ke dalam sup yang dididihkan tadi.
6. PERASAKAN SECUKUPNYAAkhir sekali taburkan daun ketumbar atau daun sup, bawang goreng dan perasakan secukupnya.
Maklumlah kalau makanan Siam memang selalu guna daun ketumbar untuk bagi naik baunya.
Kalau yang tak suka ketumbar boleh juga gantikan dengan daun sup.
Lepas tu perasakanlah secukupnya dengan garam dan perasa ikut suka.
Haa…. Dah siap!
MASAM-MASAM PEDAS, SERIUS SEDAP!Dah siap bolehlah hidangkan terus.
Makan panas-panas memang power.
Hirup macam tu je pun dah sedap…
Mudah kan resepi sup tulang ala Thai ni?
Nampak pun menyelerakan…. Boleh terliur dibuatnya.
Selamat mencuba!
*Resepi sup tulang ala Thai ini dikongsikan oleh Puan Hamizah Hassanudin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai resepi sila rujuk post asal beliau di SINI.