CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hihahiha

Okt 92 - Budak tahfiz nampak objek pelik di langit

[Copy link]
Post time 7-3-2022 03:03 PM | Show all posts
hihahiha replied at 7-3-2022 01:02 PM
Inshallah sy baca link tu

AK explain la psl Al Arqam. Sy betul2 tak tahu. Nak baca from Google Ta ...

keh keh keh

itu memang kena @miftahuljamilah yang cerita..
itu bidang dia...


keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
@miftahuljamilah akak cite la sikit psl Al Arqam. Sy taknak cedok dr Google. Baik dgr drpd yg tahu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Al Arqam ni sama je mcm cerita2 lain, terlalu taksub kpd pemimpin. Mungkin di awalnya dah betul tp makin lama makin terpesong. Betul ke kaka mift?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 6-3-2022 10:15 PM
keh keh keh

itu lu kena tanya mifatahul lah...

bukan otai apapun.. saya cuma tau citer akhir zmn dr Al Arqam.. saya salute pertubuhan ni dr awal dh mula sebut Pemuda Bani Tamim.. pemimpin dr Tanah Mly yg bakal membantu Imam Mahdi.. ustaz saya yg beri info 26 objek ni di Klang Sek Hishamuddin kg Jawa dgn Sg Bertih 2 sekolah sekali dpt tgok pemandgn. 26 objek ni.. tp ntah macamana citer objek ke 27 tu boleh timbul dr temuramah 11 pelajar ni.. sama ada mrk ada kaitan ahli al arqam sy pun x pasti.. yela excited zmn tu nmpk perjuangan al arqam ni bawa dimensi baru dlm ajaran Islam.. fesyen pakaian , muzik nasyid,ada produk IKS dan ada perkampungan Islam sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 11:19 PM | Show all posts
miftahuljamilah replied at 8-3-2022 04:36 PM
bukan otai apapun.. saya cuma tau citer akhir zmn dr Al Arqam.. saya salute pertubuhan ni dr awal  ...

keh keh keh

walau wa tak minat sangat mau cerita pasal ini arqam..ta[i wa bagi sajalah pandangan wa ya...
walau wa tahu, kalau ada geng itu dalam ni mesti rengsa dengan wa punya....

since wa sekolah menengah, cerita aqram ni memang famous...
berapa ramai profesional tinggalkan kerja mereka untuk duduk dalam jamaah ini...
malah mereka leburkan semua harta mereka ke dalam jamaah ini....
itulah yang 'menakutkan' dalam jamaah ini....
mereka tinggalkan dunia mereka..dan duduk dalam satu dunia baru menuju pada Allah dan Muhammad....
segala harta mereka laburkan di sana....

masa muda wa, wa ingat ok lah...elok lah....baru jadi satu jamaah islam terulung....
kerana tiada jamaah lain boleh menandingi jamaah ini...even tabligh pun tidak sekuat mereka...

dan pada tahun 1994, arqam diharamkan....
yang haram cuma arqam ..
yang bertaubat cuma abuya...

bukan jamaah mereka....
jamaah mereka masih terus bergerak..kerana semua pendukung pergerakan itu masih tak haram...
cuma ianya bertukar nama...kepimpinan masih sama....
dan wa menyaksikan kedai kedai runcit ikhwan ...muncul di merata rata...
dan mereka dapat sokongan dari bangsa melayu yang beragama islam....
maka, bab ekonomi...mereka menjana keuntungan yang sangat tinggi....
dan itu wa tahu apablia berjumpa dengan budak-budak yang melarikan diri dari asrama penempatan mereka....


rupa-rupanya, (ini pandangan wa saja tau) ...mereka berkembang dengan mengamalkan amalam karl max..ataupun dinamakan fahaman komunis...
jemaah mereka berkahwin sesama mereka, dan anak-anak mereka akan dikumpulkan di satu tempat untuk brain wash tentang jalan sabil...
baru wa faham, bagaimana mereka boleh naik tinggi...
segala harta adalah harta jamaah....yang bekerja mendapat gaji minimum, tiada pengumpulan harta...
anak anak mereka, di doktrin untuk bekerja dalam jamaah sahaja....
mereka di doktrin untuk melakukan segala galanya untuk jalan sabil....

jadi di mana salahnya?
mari bukak sirah Muhammad s.a.w
di Mekah dan Madinah....
adakah itu apa yang Muhammad praktrikkan di sana?
Abdul Rahman Auf dan Saidina Uthman, tetap menjadi kaya raya....
adakah anak2 mereka di doktrin untuk bekerja dengan jamaah?
tidak...mereka bebas memilih jalan hidup mereka....
tapi, yang teguh dan tegap di dada mereka adalah ketauhidan kepada Allah dan Muhammad...

apabila terjadi perang, barulah mereka akan datang dan berlumba lumba menyerahkan harta benda mereka serta jiwa mereka ke jalan sabil..
ianya bermula dari hati...bukan doktrin akal...

Iman itu duduknya di hati...bukan di akal...
ianya bukan di doktrin..tapi di yakini..di hati
jika doktrin, maka jadilah seperti bangsa melayu sekarang....
solat pun tatau sebab apa mereka solat...sebab dah doktrin dalam akal, tak solat masuk neraka..
ibadah main taram buat..tanpa ada kefahaman kenapa mereka buat....janji ada dalam quran dan hadith sahih...
itulah masalahnya doktrin....mereka ikut...tanpa memahami

sedang di zaman Muhammad s.a.w..mereka yakin dengan hati....ramai antara mereka 'saksi' akan Allah dan Muhammad...
doktrin itu satu perkara yang mudah dipecahkan...kerana akal itu mudah terkeliru....
sedang yakin di hati itu cukup sukar, kerana tak boleh fikir fikir...ianya dirasai...berkembang di hati


then akhir musim ini naru wa tahu mereka juga mendakwa abuya mereka adalah PBT satu ketika dahulu...
dan Sheikh Suhaimi, yaani guru abuya di jawa itu adalah IM...
kalau masih hidup, oklah...
ini dah mati pun masih claim lagi, dengan mengatakan abuya dan ss di angkat kelangit sepertimana Isa a.s di angkat...
sampai masa mereka akan dibangkitkan kembali, untuk menjadi IM dan PBT

bukan wa tolak cerita itu...
Allah itu Maha Kuasa....DIA bley perbuat apa sahaja jika DIA berkehendak...
tetapi, kenapakan Allah bangkitkan abuya dan sheikh suhaimi? bukan kan lebih hebat jika Allah bangkitkan Salehuddin al ayubi?
bertetabur puak musyrik jika salehuddin yang bangkit....
kenapa abuya? kenapa sheikh suhaimi?
adakah abuya itu susur gakurnya dari sebelah hussain, cucu baginda Muhammad s.a.w
adakah Allah tak berkuasa menjadikan orang yang masih hidup di atas muka bumi ini sebagai PBT dan IM?
kenapa harus sampai hidupkan atau jelmakan kembali mereka berdua ini...lebih afdal kalau dijelmakan kembila Saidina Ali Karamallahuw ajh terus...
kan mudah.....

dan untuk menjadikan cerita itu lebih ke laut, wa tahu banyak jamaah yang claim mereka juga sedang menunggu guru mereka yang dah meninggal dibangkitkan untuk menjadi IM....
dah satu cerita streorype dari banyak puak...bukan arqam sahaja....

itu lah yang buat wa kata, mereka bermula dengan betul, kerana Allah dan Muhammad, tapi terpesong ke jalan taksub pada makhluk...
tapi kerana Allah naikkan mereka dari segi ekonomi, mereka rasa apa mereka buat dah betul..jika tak betul takkan Allah beri mereka keupayaan ekonomi yang dasyat macam ni...
benar..mereka billionair....
tapi...benar juga vincent tant pun taikooon kaya....
Rothchild juga billionair..mungkin trillion air..
adakah mereka beriman pada Allah dan Muhammad?

Allah izin dan beri, bukan bermakna Allah redho....

tapi yakin wa, sesuatu yang bermula kerana Allah..akan kembali pada Allah juga...
sampai satu masa, bila yang di tunggu di rembau itu tak bangun bangun, dan kedengaran di telinga mereka seruan yang panji hitam sedang bergerak ke khurasan,
baru rasanya Allah campak sedar itu, dan berbondong bondong mereka ini berlari untuk berama IM....
wa doakan itu untuk jamaah mereka....

keh keh keh


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 8-3-2022 11:19 PM
keh keh keh

walau wa tak minat sangat mau cerita pasal ini arqam..ta[i wa bagi sajalah pandangan  ...

Saje je AK taknak cite awal2 pdhl tahu je kisah Arqam

AK tahu ke sapa jemaah tu skrg? Ada lg ke mereka ni berkecimpung dlm dunia kebajikan ke dunia hiburan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
zarasofia replied at 8-3-2022 01:42 PM
Al Arqam ni sama je mcm cerita2 lain, terlalu taksub kpd pemimpin. Mungkin di awalnya dah betul tp m ...

itula mereka terlalu taksub pada pemimpin.. dan yakin watak Syeikh Syuhaimi yang telah meninggal itu dighaibkan dgn gelaran Al Mahdi Al Muntazar( yang ditunggu2) juga Abuya sbg Fata At Tamimi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 8-3-2022 11:19 PM
keh keh keh

walau wa tak minat sangat mau cerita pasal ini arqam..ta[i wa bagi sajalah pandangan  ...

ye saya tak sangkal lagi.. inilah menyebabkan saya mula rasa jln mereka bawa telah terpesong.. padahal asalnya nampak ok kan.. pergerakan ni try hard sangat nk nampak seperti jemaah yang benar dgn cipta watak seperti dlm hadis .. tak silap ustaz saya rujuk kitab Al Hawi Lil Fatawa.. berkenaan kebangkitan panji hitam dari timur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
hihahiha replied at 9-3-2022 08:19 AM
Saje je AK taknak cite awal2 pdhl tahu je kisah Arqam

AK tahu ke sapa jemaah tu skrg? Ada lg k ...

masih ada kedai2 mereka di bawah jenama al ikhwan ..di Rawang  sekitar Country Homes  dan area umah saya ni pun ada mcm2 kedai mereka, dobi, bundle, bakeri, pasaraya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 9-3-2022 09:04 AM
masih ada kedai2 mereka di bawah jenama al ikhwan ..di Rawang  sekitar Country Homes  dan area uma ...

Oh Al Ikhwan tu diorang punya ya? Kt kelantan ada byk kedai runcit brand ni. Gerai tepi jalan pun ada. Ketua dia skrg sapa kak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:06 AM | Show all posts
hihahiha replied at 9-3-2022 08:19 AM
Saje je AK taknak cite awal2 pdhl tahu je kisah Arqam

AK tahu ke sapa jemaah tu skrg? Ada lg k ...

keh keh keh

bukan tamau cerita...
tapi wa di luar...mana tahu apa cerita di dalam
boleh bagi pandangan dari luar sahaja...

macam cikgu mifta, dia ada spy kat dalam
yang terahsia semua dapatlah korek...

lu nak tengok sudut ekonomi mereka macam mana?
nak..wa bagi linkni..dipersilakan tengok..betapa kuatnya mereka...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 9-3-2022 09:04 AM
masih ada kedai2 mereka di bawah jenama al ikhwan ..di Rawang  sekitar Country Homes  dan area uma ...

Akak, cite lg psl AURAD MUHAMMADIAH ASYAA’RI MUHAMMAD. Ni yg sy cedok dr Google

Bahaya ajaran Aurad Muhamadiah

25 Oct 2019

MAJORITI masyarakat awam di Malaysia mungkin sudah lupa tentang Aurad Muhamadiah yang diperkenalkan oleh jemaah Darul Arqam suatu ketika dahulu.

Namun, bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam kajian mengenai Aurad Muhamadiah menurut perspektif syariah, ia merupakan suatu amalan yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.


Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa sesetengah negeri termasuk Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memfatwakan bahawa buku yang bertajuk ‘Aurad Muhamadiah Pegangan Darul Arqam’ adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan mengelirukan masyarakat Islam seluruhnya, sekali gus menjawab tuduhan yang ditulis oleh Ustaz Ashaari Muhammad.

Aurad Muhamadiah adalah sebahagian daripada amalan yang difatwakan menyeleweng dalam Pertubuhan Darul al-Arqam. Aurad Muhamadiah ialah bacaan tertentu yang dijadikan wirid atau amalan setiap kali selepas solat fardu yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan juga selawat. Ia dimulakan dengan bertawasul kepada nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda, sahabat-sahabat dan lain-lainnya kemudian kepada Abuya iaitu Ashaari Muhamad dan kepada Syeikh Suhaimi.

Aurad Muhamadiah kononnya berasal daripada ayat-ayat suci al-Quran yang diamalkan oleh Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi yang kemudiannya dikenali sebagai Imam Mahdi al-Muntazar (yang ditunggu) sebagaimana yang didakwa oleh Ashaari Muhamad.


Menurut Syeikh Suhaimi, oleh sebab ayat-ayat yang diamalkan semakin banyak dan terlalu berat untuk diamalkan dengan sempurna, maka beliau telah berdoa kepada ALLAH supaya ditunjukkan cara bagaimana untuk meringkaskan amalan-amalan tersebut.

Kemudian Syeikh Suhaimi mendapat ‘alamat’ kononnya menyuruh dia masuk ke dalam Kaabah selepas tengah malam yang tertentu. Maka ketika dia masuk, tiba-tiba dia berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan Rasulullah SAW telah mengajarkan kepadanya bacaan Aurad Muhamadiah itu serta cara-cara mengamalkannya.

Kemudian Aurad Muhamadiah itu kononnya telah diizinkan untuk ‘diturunkan’ kepada sesiapa sahaja yang hendak mengamalkannya. Demikianlah secara ringkas mengenai Aurad Muhamadiah sebagaimana yang diceritakan oleh ustaz Ashaari kepada murid-murid beliau.


Aurad Muhamadiah juga telah diijazahkan oleh Syeikh Suhaimi kepada Ustaz Ashaari Muhamad dalam keadaan jaga, walaupun Syeikh Suhaimi telah meninggal pada tahun 1925 dan Ustaz Ashaari tidak sempat berjumpa dengan beliau dan hanya sempat berjumpa dengan anak murid Syeikh Suhaimi.

Ustaz Ashaari menganggap bahawa Syeikh Suhaimi ialah seorang wali kerana didapati bermacam-macam perkara luar biasa yang diizinkan ALLAH terjadi padanya, bahkan dimasukkan dalam golongan wali-wali besar (Kutubul Auliya’) yang mempunyai karomah (kemuliaan dan darjat).





Doktrin sesat

Sedangkan Syeikh Suhaimi sebenarnya hanyalah manusia biasa yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan juga seorang pendakwah yang mengajar ilmu-ilmu agama di daerah Klang, Selangor.

Ustaz Ashaari menganggap Syeikh Suhaimi tidak mati, tetapi dighaibkan dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dan beliau sendiri akan menyambutnya. Berikut merupakan kefahaman Ustaz Ashaari tentang Imam Mahdi dan perjuangannya dengan merujuk kepada hadis-hadis akhir zaman serta ilham yang didapatinya dari semasa ke semasa sejak 40 tahun yang lalu:

1. Imam Mahdi ialah seorang lelaki yang masih hidup dan sedang dighaibkan ALLAH.

2. Dia akan zahir (muncul) ke dunia nyata pada waktu yang ALLAH kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.

3. Pada hari zahirnya iaitu hari Jumaat bulan haji, ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat di mimbar Masjidil Haram di Makkah, tiba-tiba hidungnya berdarah kerana cuaca terlalu panas. Lalu khatib tadi itu turun dari mimbar dan naiklah khatib yang kedua untuk berkhutbah, tetapi hidungnya juga berdarah. Maka naiklah khatib yang ketiga, tetapi hidungnya juga berdarah. Demikianlah berlaku hingga sampai kepada enam orang khatib mengambil tempat, tetapi semuanya berdarah hidung mereka. Oleh kerana darah itu najis, maka batallah khutbah mereka semuanya. Maka yang terakhir, naiklah khatib yang ketujuh dan didapati hidungnya tidak berdarah, maka dialah yang menjadi imam solat Jumaat pada hari itu. Itulah dia Imam Mahdi sewaktu mula-mula dizahirkan ALLAH ke alam nyata setelah dighaibkan ALLAH selama 80 tahun. Kejadian itu mirip dengan kejadian sewaktu akan zahirnya Nabi Isa, waktu subuh di Masjid Omawi di Damsyik, Syria.

4. Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy dan merupakan ahlul bait.

5. Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas terjadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar tiga hingga empat tahun lagi.

6. Dari Makkah, dia akan ke Malaysia untuk menerima serahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku setelah enam bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.

7. Dalam tempoh enam bulan itu, Imam Mahdi belum mengisytiharkan dirinya. Beliau hanya bertemu wazir-wazirnya (menteri-menterinya) dan mengatur strategi bagaimana untuk melengkapkan persiapan untuk pengisytiharan tersebut. Umat Islam yang sudah mengetahui keberadaannya walaupun tidak diisytiharkan, akan berbaiah kepadanya. Maka Imam Mahdi mensyaratkan mereka mesti berbaiah terlebih dahulu dengan Putera Bani Tamim, kemudian mengikuti kursus Ilmu Ikhwan dan Asoib di Malaysia. Kebanyakan yang berbaiah ialah syeikh-syeikh tarekat yang benar bersama pengikutnya, yang kebanyakannya adalah orang Timur Tengah dan juga dari seluruh dunia yang akan berbondong-bondong ke Malaysia.

8. Program penyerahan kuasa berlangsung hanya dalam masa satu malam kerana kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun yang dipimpin oleh Imam Mahdi dari sebalik tabir.

9. Dengan kuasa daulah yang ada, sistem pemerintahan khalifah yang sudah wujud dan pengaruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.

10. Imam Mahdi memerintah dunia selama 40 tahun. Apabila dajal datang, Nabi Isa akan turun untuk membunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi, hasilnya seluruh penghuni dunia akan menjadi pengikut Imam Mahdi.

Itulah sebahagian daripada doktrin-doktrin sesat ajaran Ustaz Ashaari yang ditanamkan dalam minda pengikut-pengikutnya sehingga ke hari ini.

Mereka gigih memperjuangkannya sebagai penyediaan tapak pemerintahan yang kukuh yang akhirnya diserahkan kepada Imam Mahdi.

Berkaitan dengan Aurad Muhamadiah, ia ialah suatu formula mengenai cara menjalinkan hubungan hati antara para pengikut dan para pemimpin supaya tetap dengan perjuangan di atas dasar ketaatan dan keikhlasan. Perjuangan yang dimaksudkan ialah pengukuhan ekonomi sehingga akhirnya mampu mendapatkan kuasa secara tidak langsung.

Adakah Aurad Muhamadiah masih diamalkan? Bagi menjawab persoalan itu, kita perlu melihat kepada ‘pengikut’ yang begitu taasub dengan pemimpin mereka hingga menurut apa sahaja yang diarahkan kepadanya oleh pemimpin.

Bahkan dalam memilih pasangan hidup, berpoligami dan mencari pekerjaan pun akan ditentukan oleh pemimpin. Anak-anak daripada kumpulan ajaran itu akan diasuh semenjak daripada usia kanak-kanak sehingga dewasa dan dipisahkan dari dunia luar dan juga arus perdana bagi memastikan kelangsungan perjuangan mereka.

Berdasarkan kepada pemantauan di laman sosial mendapati, terdapat beberapa individu yang masih mempromosikan Aurad Muhamadiah. Malah, telah dikesan pelajar-pelajar di sebuah sekolah tahfiz yang mengamalkan ‘Zikir Agung’ iaitu nama lain bagi Aurad Muhamadiah.

Sememangnya Aurad Muhamadiah tidak boleh dipisahkan daripada kumpulan itu dan mesti diamalkan bagi mendapatkan perlindungan daripada pengasasnya dan jika tidak diamalkan nescaya diyakini berkemungkinan besar akan mendapat bala daripada ALLAH SWT.

Seruan kepada seluruh umat Islam yang mengamalkan ajaran Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran serta fahaman Ahlus Sunnah Waljamaah, sekali gus menolak dan menjauhi serta menghindari mana-mana ajaran sesat yang bercanggah serta menyimpang dari fahaman Ahlus Sunnah Waljamaah seperti ajaran Aurad Muhamadiah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miftahuljamilah at 9-3-2022 02:33 PM

Iman itu duduknya di hati...bukan di akal...
ianya bukan di doktrin..tapi di yakini..di hati
jika doktrin, maka jadilah seperti bangsa melayu sekarang....
solat pun tatau sebab apa mereka solat...sebab dah doktrin dalam akal, tak solat masuk neraka..
ibadah main taram buat..tanpa ada kefahaman kenapa mereka buat....janji ada dalam quran dan hadith sahih...
itulah masalahnya doktrin....mereka ikut...tanpa memahami

saya sangat2 setuju dgn Ahkwan..sesungguhnya perbezaan sebenar antara semua jemaah akhir zaman ini adalah antara doktrin akal atau dari hati .. kalau kita dah faham dan dapat membezakan antara kedua2nya kita akan nampak duduk sebenar sesuatu perkara.. benda raSA melalui hati dan faham melalui akal adalah berbeza..  

kalau korang dah pernah makan durian dgn raSA bukan dengar cerita2 tentang durian .. maka korang fahamla mana satu raSA tu.. boleh beza musang king, durian kg D24 atau durian siam.. hehe tapi kalau tak raSA bercerita bagai nak rak itu menipukena raSA baru kenal tiap2 durian
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita 26 objek ni mungkin laluan masing2 Allah nk tunjuk keadaan ummat masa tu .. saya ni pun dulu siap bawak balik tunjuk kat mak saya kertas fotostat tu. nak decode la kononnya. terdoktrinla jugak.. tengok bulan boleh nampak muka IM .. pastu ada yg kt nampak Abuya dgn spek bertalinya kelakar jugak bila ingat balik.. pastu dgr Abuya kn tangkap .. kawan2 mana yg famili ada kaitan dgn al arqam pun dh diarahkn ke ISA time tu.. mcm2 la .. 26 objek kekal ada 26 takde timbul citer 27 lagi sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hihahiha replied at 9-3-2022 11:44 AM
Akak, cite lg psl AURAD MUHAMMADIAH ASYAA’RI MUHAMMAD. Ni yg sy cedok dr Google

Bahaya ajaran A ...


ye camtulah yang saya pun dapat tau.. tak faham sgt Aurad tu mungkin sejenis zikr atau wirid yang ditambah2 oleh pengikutnya.. dah muncul citer bertawasul dan beryaqazah dgn Rasulullah saw..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miftahuljamilah at 9-3-2022 02:46 PM



dari objek2 yang ditunjukkan sebenarnya saya rasa semua tentang diri umat Islam itu sendiri.. orang Islam yang punya hati pandang dengan kebenaran bukan sekadar pemandangan yang menginsafkan.. ia bermula dari kalimah syahadah kemudian terlihat janin serta berubah menjadi manusia ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 9-3-2022 02:44 PM
dari objek2 yang ditunjukkan sebenarnya saya rasa semua tentang diri umat Islam itu sendiri.. oran ...

gambar ke 26 tangan berlubang tu ada yang kaitkan dgn omicron


tula terpulang pada pentafsiran masing2 .. kalau tahun 90an kita fikir mungkin tangan berlubang tu maksud lain .. tak terfikir pulak muncul virus ada cover poster filem lama gambar tangan berlubang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 05:49 PM | Show all posts
miftahuljamilah replied at 9-3-2022 01:51 PM
Iman itu duduknya di hati...bukan di akal...
ianya bukan di doktrin..tapi di yakini..di hati
jika do ...

keh keh keh

itulah kunci utama untuk mengenal...
beza antara akal dan hati.....

kerana itu lah Allah kata, qalbu mumin baitullah...
hati orang mukmin itu adalah rumah Allah....

hati yang bersih, jatuh satu barang terus cam....
hati yang hitam...jatih 100 barang, nampak lah sipi sipi sikit jer...
sipi sipi tu pun dah buat meraung raung....
tapi kejap jer lah..paling lama pun 3 hari....

sebab, belum dapat detect setiap masa...yang Allah dan Muhammad tu ada dengan kita...
tu yang susah mau cerita sama orang lain sebenarnya.....
orang lain akan membayang kan dengan akal...payah..takkan sama...

dulu masa ada sorang forumer cerita dia dapat bab mennagis2 ni, wa dah tersentak dah...
wa ajak datang untuk explain, apa itu barang....
tapi lain plak jadinya....hujung2 dituduh sesat..apo...??
lantak lah..jalan masing masing....


bagi siapa dah rasa, takkan boleh menidakkan barang itu dengan akal....
ramai je yang menipu diri sendiri...cuba menidakkan..walau dah rasa....
kerana takut nak menuju ke sana..takut dianggap gila....

tapi, nak kemana kita ni kalau tak menuju pada Allah dan Muhammad?
hidup..untuk akhirnya mati....
apa tugas sebenar atas dunia yang sementara ini?
tatau...? baik ready nak kena bakar sajok....coiiii....
wa cakap wa lah ni..wa bukan baik pun....

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 9-3-2022 02:53 PM
gambar ke 26 tangan berlubang tu ada yang kaitkan dgn omicron



dah tak penting pun kalau dapat lengkapkan semua tafsiran ni kalau kita tak faham apa cerita sebenar yang Allah nak tunjukkan pada kita.. dlm 11 orang yg melihat maka 11 tafsiran la yg kita dapat.. kita cuma mencari kebenaran.. yang hanya dipegang orang yang “nampak “ dan krn cahaya kebenaran itu ada padanya.. yg haq dr Allah jua … dari Awal dah tunjuk kalimah Allah dah dgn syahadah..disitulah ada Allah dan Muhammad ..serta asal kejadian manusia.. yg lain2 tu berantaian dr sbb kisah yg mula tadi  org dh silap maka kita tengoklah gambaran hukuman pd diri kita yang menzalimi diri sendiri.. itu je yang saya nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 9-3-2022 05:49 PM
keh keh keh

itulah kunci utama untuk mengenal...

huhu nak detect setiap masa duduk dgn akal memang tak sampaila ahkwan.. bila teringat ni layan lagu Bila Nak SAksi huhu berderaila air mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.115755 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list