CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Hari Raya Isnin?Betolla isnin raya.cisss

[Copy link]
Post time 27-4-2022 03:10 PM | Show all posts
cicicumel replied at 27-4-2022 02:56 PM
Raya sakanggg la org Ganungggg

Kalau raya hari Selasa, hari Isnin tu orang ganu kena amik cuti (or kerja)
Kalau raya hari Isnin, hari Rabu & Khamis kena amik cuti.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-4-2022 01:48 PM
On paper possible ka nampak bulan on Sat? aku tengok satu animasi kat whatsapp anak bula akan namp ...

tak kisah berapa tebal paper tu..kalau teropong ptg ahad nanti nampak anak bulan..confirm esok raya.. itu yg diamalkan dulu sebelum zaman taat pada kalender kuda skrg..

sbb tu zaman dulu kita berdebar tiap kali pengumuman puasa dan raya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-4-2022 01:51 PM
Kalau benarlah terjadi umat Islam satu dunia Raya on 3 different days memang sejarah baru tercipta.  ...

normal beza sehari je..hari ni atau esok..kalau sampai 3 hari tu mmg pelik
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 27-4-2022 10:45 AM
Allah..masa pkp dulu pun mcm tak biasa org Malaysia ni X beraya salam...knp tahun nih nak gelabah  ...

Raya all out konsepnya.. 2 tahun tak practice tu yg masing2 ala lupa ingatan menggeletis nak meraikan raya pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut ostolia je la..raya isnin
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 06:22 PM | Show all posts
cenggitu meols akan sampai rumah di pagi lah jawabnya sendurina sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 26-4-2022 04:02 PM
Kalau kalendar kuda silap, aku akan telan dua batang bunga api.

Moga silap
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 07:22 PM | Show all posts
ini  adalah dari :https://www.facebook.com/FalakMalaysia/

Salam, bermula awal bulan Muharram 1443H/2021M, negara2 MABIMS telah menggunakan kriteria yg baru bagi kebolehnampakan hilal (imkanurrukyah) berkaitan dengan penetapan awal bulan Hijriah, iaitu tinggi bulan tidak kurang 3° dan jarak lengkung tidak kurang 6.4°, dan tidak lagi menggunakan nilai-nilai 2° dan 3° atau umur bulan 8jam.
Bagi kebolehnampakan anak bulan Syawal tahun ini, ianya agak menarik (sehinggakan telah menimbulkan pelbagai polemik dikalangan masyarakat) disebabkan data falak menunjukkan nilai jarak lengkungnya sangat hampir dengan kriteria minimum. Berdasarkan kiraan falak untuk 1 Mei 2022, iaitu hari ke-29 Ramadan (hari melihat anak bulan Syawal), tinggi bulan di Tg Cincin, Langkawi (stesen rujukan paling barat) ialah 5° 15' dan jarak lengkung ialah 6° 2'.  Ini bermakna bahawa sifat bulan mengikut hisab pada 1 Mei 2022 tidak memenuhi kriteria baru dan mustahil untuk dilihat.
  
Oleh itu, insya Allah Hari Raya Aidil Fitri dijangka jatuh pada hari Selasa 3 Mei 2022. Walaubagaimanapun, oleh kerana Malaysia menggunakan kaedah rukyah dan hisab didalam penetapan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah, tarikh sebenar Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M bagi Malaysia akan diumumkan setelah menerima hasil pelaporan resmi kenampakan anak bulan dari 29 tapak cerapan anak bulan seluruh Malaysia. Pengumuman tarikh sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M bagi Malaysia akan dibuat melalui  pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Wallahualam
Dato' Dr Azhari Mohamed
Persatuan Falak Syar'i Malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 07:29 PM | Show all posts
Isu ini bermula apabila seorang individu daripada UK  - yg cakap

Terdahulu seorang individu bernama A Zaharim A Aziz mendakwa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing 5 darjah dan 7 darjah.
“Ini bermakna dengan kaedah Imkanur Rukyah, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.

so in pendapatnya berdasarkan almanak daripada sumber itu.

sumber asal:

https://www.astroawani.com/berit ... jKGMefKVAltUXrVgA34

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 07:41 PM | Show all posts
respons JAKIM:



JAKIM PERJELAS ISU PENULARAN TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata proses tersebut telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak berautoriti.
Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta astronomi yang telah dipersetujui semua negeri.
Berkaitan penentuan awal Syawal 1443H atau tarikh Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan 1443H bersamaan 1 Mei 2022M.
Baca artikel penuh di : https://www.astroawani.com/.../jakim-perjelas-isu...


KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN KAEDAH PENETAPAN RASMI 1 SYAWAL 1443H DI MALAYSIA
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk isu penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang sedang tular di media sosial.
2. Sebagaimana maklum, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Kaedah ini adalah selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak dan astronomi yang telah dipersetujui oleh semua negeri.
3. Berkaitan penentuan awal Syawal 1443H atau tarikh Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan 1443H bersamaan 1 Mei 2022M. Aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Data rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM.
4. Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja (PMBRR) selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di semua lokasi yang telah ditetapkan.
5. Sehubungan itu, suka pihak JAKIM menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak berautoriti.
Sekian.
DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
27 April 2022M / 25 Ramadan 1443H








Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 07:52 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 27-4-2022 07:58 PM

sebenarnya data astronomi dan pemerhatian  saintfik adalah penting.

Raya tetap Selasa ikut metodologi saintifik
Norul Ridzuan Zakaria
April 27, 2022 11:29 MYT

Penulis ni dulu adalah  pengarahg ruangan astronomi dalam majalah Dewan Kosmik.

ISU perbahasan penampakan anak bulan 1 Syawal setelah 29 atau 30 hari berpuasa adalah isu yang sentiasa berulang hampir setiap tahun dan tahun ini, ia berlaku lagi.
Berdasarkan pengiraan astronomi terkini, sememangnya anak bulan 1 Syawal semestinya kelihatan pada hari Isnin, 2 Mei 2022 pada waktu maghrib di ufuk barat.


Ini kerana, menurut pengiraan astronomi, anak bulan itu akan berada pada ketinggian 6 darjah pada pukul 7.27 malam di Semenanjung Malaysia, iaitu pada hari itu, matahari terbenam lebih awal dari bulan cukup lama membolehkan anak bulan berada cukup tinggi di atas ufuk.


Kedudukan anak bulan lebih tinggi dari 5 darjah semestinya membolehkan anak bulan itu kelihatan, kecualilah berlaku cuaca buruk atau pencemaran atmosfera sehingga menghalang penampakan anak bulan ketika itu.


Walaupun berdasarkan pengiraan astronomi ini memastikan penampakan anak bulan, Islam tetap mensyaratkan anak bulan ini semestinya dapat dilihat secara fizikal dengan bantuan peralatan optik seperti teleskop dan teodolit.

Inilah sebenarnya kehebatan dan keindahan ajaran Islam.
Metodologi saintifik adalah pengesahan pengiraan melalui pemerhatian fizikal sepertimana yang disyaratkan dalam Islam.
Metodologi saintifik ini dipraktikkan dalam semua bidang saintifik termasuk astronomi dan fizik nuklear dari evolusi makrobiologi sehinggalah fisiologi sel.
Dalam bidang fizik nuklear misalnya pengiraan kewujudan partikel baru hanya boleh disahkan dengan pemerhatian fizikal kewujudan partikel berkenaan.

Sebab itulah konsortium negara-negara maju membangunkan pemecut partikel seperti CERN (Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah) bagi membolehkan pemerhatian fizikal membuktikan kebenaran pengiraan atau simulasi.


Maka mana-mana saintis astronomi yang berpegang semata-mata kepada metodologi pengiraan tanpa pembuktian melalui pemerhatian fizikal adalah bertentangan dengan metodologi saintifik, yang mensyaratkan pengiraan atau mesti disempurnakan dengan pemerhatian fizikal.
Inilah juga yang disyaratkan oleh Islam.

Oleh itu, kita sebagai orang Islam yang benar-benar memahami ajaran Islam mestilah menyerahkan keputusan penampakan anak bulan Syawal ini kepada pencerapan bukannya pengiraan anak bulan Syawal.
Dengan izin Allah, pencerapan itu akan membuktikan pengiraan tersebut.
Isu ini juga hendaklah ditangani secara positif. Sekurang-kurangnya kita dapat buktikan bahawa metodologi saintifik bukan sahaja tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah disyaratkan sepertimana pencerapan anak bulan Ramadan dan Syawal.
* Norul Ridzuan Zakaria ialah Koordinator Pusat Angkasa di Universiti Sultan Azlan Shah

** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang.
https://www.astroawani.com/berit ... gi-saintifik-358820




Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 07:57 PM | Show all posts
sebab tu i senyum je pada sapa yg kate : hey kan kite ade data data saintifik bservation semue  computed etc ? hai jagn bgeitu kawan , observation tu kenalah , itu kaedah saintifik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
I x blk raya sbb nak siapkan keje so I hrp raya selasa biar I blh siapkan keje ikut schedule biarpun I rasa I akan keje juga waktu raya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan raya isnin, nnti awal aku kena gerak ke kg mentua
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman kecik² dlu tahun 90an pernah raya awal. Melompat kami semua kecuali mak pak terus kalut diorg cari lemang ketupat nak masak rendang bagai. Anak² semua bersyukur takyah pose lagi sehari
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara2 jiran, brunei singapore indonesia ada kecoh2 macam ni tak...
Ada member tanya kenalan di indonesia, raya bila, mungkin 3hb jawabnya...makna kata belum pasti jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 09:01 PM | Show all posts
imanjannah replied at 27-4-2022 08:09 PM
jangan raya isnin, nnti awal aku kena gerak ke kg mentua

awat sis bukan menantu pilihan ka camna??
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 27-4-2022 07:52 PM
sebenarnya data astronomi dan pemerhatian  saintfik adalah penting.

Raya tetap Selasa ikut metodolo ...

jelas pandangan yg ini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 27-4-2022 09:01 PM
awat sis bukan menantu pilihan ka camna??

hhahhaa.. tak la, cuma nak lama kat rumah mak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Perenggan pertama nafikan raya awal...tiber perenggan akhir minta rakyat buat persiapan agar tidak panik kalau raya awal..
Kadang2 berita palsu yg tular tu betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.069349 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list