CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Hanya 120 doktor mengadu kena buli, stress dgn kerja

[Copy link]
Post time 7-5-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 6-5-2022 12:49 PM
---------------------------------------------------------------------------------------------------- ...

Kaka ni org baru agaknya...

1) dolu2 housemanship hanya setahun, buat medicine dan surgeri jahh.. pastu sbb ramai pi jadi GP lepas HO, tiba2 baru deme prasan, GPs tak reti handle O&G and paeds cases.. maka, jadi la HOship 1.5 years, tambah O&G dan paeds sbb nak prepare bebudak yg blah jadi GP. Kat mesia, bukak klinik GP ni pakai mbbs dah cukup.. kat UK nun, deme semua ada training GP sblm blah bukak klinik.. giteww...

Pastu, timbul pulak isu bebudak lepas HOship tak reti handle acute cases dan pada masa yg sama, ada isu kekangan waran utk jadi MOs. Maka dipanjangkan lagi HOship kpd 2 tahun mulai 2008, tambah ED ka anaes ka sbb nak cukupkan critical care and emergency training.

2) isu waktu keje, dolu2 lagi mmg waktu keje pjg, gaji sikit. Dolu2 oncall rm20 semlm, pastu naik rm50 mlm, la ni tak tau la baper tapi kira ciput la banding dgn keje yg dibuat.... Oncall jaman dolu2 ialah lepas hang dah keje seharian from 8am-5pm, sambung oncall from 5pm to 8am next day, pastu sambung balik keje harian 8am to 5pm. Pandai2 la survive tak pengsan. Pastu kalau dpt org2 jahat yg buat roster, ko dpt la oncall waktu hari bekerja or keje Ahad yg mana hang oncall from 8am Sunday with minimal staff until 8am Monday pastu sambung keje harian Monday 8am to 5pm. Manakala deme dan geng deme spesel dpt oncall yg mana next day ialah wiken yg mana deme keje habis awal lepas morning rounds. Also, extra calls for the month akan dpt kat hang sbb hang bkn kroni. Yg jahat lagi drp tu, buat roster last minute sbb nak bubuh hang oncall, tapi nama dia dan kroni2 dia hilang drp oncall roster, so hang oncall la setiap bln selama seminggu padahal ada lebih 8 org utk rotate setiap minggu... giteww..

nak plan cuti? Takde sapa nak swap sbb deme hanya pikiaq diri sendiri tapi bila deme nak swap dgn hang, kalau hang tak bg, mula la buat cerita dongeng dlm department. Cerita dongeng iols pernah kena ialah iols ni homoseksual.. giteww la hitamnya hati org2 keliling iols. Masalahnya, org lain pun caya cerita2 dongeng psl iols.. so nampak sgt la iols ni bknnya perempuan melayu terakhir kat dept. Haha..

Kawan iols kena alternate oncall days for a month, pastu diberitahu keje tak memuaskan, maka kena sambung lagi sebulan alternate oncall days. Hat ni bermaksud, oncall selang sehari. Sapa bkn kroni mmg akan dpt roster sekurang2nya sekali sebln dpt alternate oncalls. Yg kaki buli ni samada yg single tapi kaki sundal nak pegi disko, atopon org2 yg dah berkahwin bg kat yg single dgn alasan yg single takde famili... giteww.. HO jaman now keje shif, sbb dolu2 ada anak lord jadi HO, tiba2 deme dpt keje shif. So tak merasa la keje 34 jam oncall masa HO. Bila jadi MO, voley la deme takazut beruk. Oncall long hours ni ok asalkan ada support. Yg tak ok bila takde support, tu yg jadi mcm kes HO salah masukkan jarum dlm tangan baby sampai end up kena amputate lengan baby.. kesian..

3) Budaya membuli ni ada di mana2 shj, tak kira la kat mesia ka kat UK ka.. ada jahh.. antara hang nampak ke dakk.. kat mesia lagi ketara sbb kita dok sana dan bergaul dgn org2 sana. Plus, kat mesia, walopon dikatakan beragama, kadang2 tuh deme mcm tak beragama..

4) isu training kat UK, deme review setiap beberapa tahun. Dolu2 deme pun ada isu, org tak dpt jadi consultant, amik masa lama.. la ni deme rasa kena selaraskan utk dpt complete training by 10 years post-graduation. Itupun post limited dan tak semua dpt. Iols kenal jahh org yg tak complete training lagi kat UK walopon counterparts kat mesia dah habis training. Tapi deme yg dah habis training kat mesia, belum tentu dpt kekal dlm KKM or yg sekufu dgnnya. Ada byk isu kroni kat mesia, so last2 pakar blah ke swasta sbb tersedar yg duit lebih penting drp dianaktirikan. Yg tinggal, kalau bkn kroni, semua tu ada ikatan yg tak voley dipisahkan sbb melibatkan pembayaran balik..

Kaka samada muda lagi atopon tak nampak semua ni.. amik la iktibar drp org yg dah lama mkn asam garam kehidupan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:33 PM
Ingatkan profession doktor ni high-class rupanya lowclass suka buli membuli....ke Only In Malaysia?

There are little napoleons everywhere.. bkn mesia jahh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2022 05:42 PM | Show all posts
'Dua kali saya cuba bunuh diri kerana dibuli emosi' - Doktor pelatih
Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Penat, rasa tidak berguna dan menangis adalah perkara biasa yang sering dilalui oleh seorang doktor pelatih (houseman) sepanjang ditempatkan di Jabatan Pembedahan di sebuah hospital kerajaan di Pantai Timur.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, bekas doktor pelatih itu mendedahkan kes buli secara emosi itu bermula selepas dua minggu ditempatkan di jabatan berkenaan.

Katanya, dalam jabatan itu terbahagi kepada dua pasukan yang berbeza dan semua doktor pelatih perlu berkhidmat selama dua atau tiga minggu dalam setiap pasukan.

"Antara dua pasukan itu, pasukan B paling menonjol dan terdapat dua 'taiko' yang dikenali sebagai Encik Z dan Dr M. Kedua-dua mereka memang dikenali sebagai seorang yang sangat kejam dan bersikap kasar dengan jururawat, doktor pelatih atau sesiapa sahaja yang pangkatnya lebih rendah.

"Konflik saya bermula apabila saya tidak dapat menghubungi Dr M walaupun sudah mencuba banyak kali untuk memaklumkan mengenai laporan darah pesakit secara peribadi.

"Ketika Dr M melihat hasil laporan darah berkenaan, dia mula menjerit ke arah saya dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, selain mengoyakkan laporan fail pesakit termasuk dokumen yang sudah ditulis. Sejak dari itu hidup saya seperti dalam neraka kerana setiap hari saya dimomokkan dengan kata-kata bahawa saya ini teruk dan tidak berguna," katanya.

Disebabkan tidak tahan dengan layanan yang diberikan kepadanya, doktor pelatih itu akhirnya nekad melaporkan perkara itu kepada Timbalan Pengarah namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil.

Katanya, lebih merunsingkan, Timbalan Pengarah berkenaan memberitahu kepada Ketua Jabatan dan seterusnya memberitahu kepada Encik Z terdapat laporan berkaitan isu berkenaan kepada pihak atasan.

"Kehidupan saya di sana menjadi semakin parah, apabila Encik Z pula mula menjerit kepada saya di hadapan pesakit yang mengatakan saya seorang 'kaki report' dan akan susahkan hidup saya sebagai doktor pelatih.

"Keadaan menjadi semakin buruk apabila ketua jabatan memberitahu setiap pegawai perubatan (MO) dan doktor pakar lain yang saya seorang doktor pelatih yang teruk dan patut dilayan dengan teruk kerana melaporkan kejadian berkenaan," katanya.

Menurutnya, dikutuk dan diberitahu dirinya bodoh dan tidak berguna adalah 'makanannya' setiap hari ketika dalam jabatan berkenaan. Bukan sahaja didera secara emosi, malah, dia juga disuruh bekerja lebih masa walaupun syif sudah tamat.

"Doktor pelatih yang tamat syif pada 9 malam tidak dibenarkan pulang sehingga syif malam tamat. Jika bermula lewat, kami perlu menunggu sehingga pusingan malam selesai dan barulah dibenarkan pulang ke rumah.

"Jika pulang sebelum pusingan tamat, nama akan dipanggil serta dilabel sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai dan tidak cekap. Penderaan emosi yang dilakukan oleh Encik Z dan Dr M seperti mencurahkan minyak ke api.

"Tanpa disedari, saya mendapati berada di dalam bilik secara bersendirian dengan tangan memegang pisau. Namun belum sempat membuat apa-apa, rakan serumah tiba-tiba pulang ke rumah lebih awal dari sepatutnya dan berjaya menghalang cubaan membunuh diri itu," katanya.

Katanya, seminggu selepas kejadian itu dia dirujuk ke psikiatri dan kehidupannya menjadi lebih baik serta meneruskan kerjanya di dalam jabatan berkenaan.

"Namun selepas sebulan, saya tidak dapat hadir untuk mendapatkan rawatan susulan kerana doktor dalam jabatan berkenaan sering memberitahu tindakan saya mendapatkan rawatan psikiatri itu hanya menambahkan beban kepada rakan doktor pelatih yang lain.

"Tidak lama selepas itu saya nekad untuk berpindah dan terpaksa melutut kepada ketua jabatan bagi menandatangani borang penukaran ke tempat lain, namun saya dihalau keluar dari pejabatnya.

"Saya kemudiannya ke pejabat Pengarah, namun sia-sia kerana orang atasan tidak pernah ada di pejabat atau selalu bermesyuarat. Saya merayu berulang kali namun sia-sia sehingga pada Disember 2019 sekali lagi saya cuba untuk mengambil nyawa sendiri namun masih gagal kerana diselamatkan.

"Namun saya kini sudah berhenti bekerja kerana berada di penghujung fasa kemurungan," katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Encik Z dan Dr M, bekas doktor pelatih itu memaklumkan Encik Z mula mencari sasaran baharu dan sikap Dr M semakin buruk dan sukar dibendung.

"Walaupun banyak aduan dan laporan dibuat oleh doktor pelatih lain, namun tiada tindakan yang diambil.

Menurutnya, dia kini gembira apabila cubaan membunuh dirinya gagal dan sekarang mendedikasikan hidupnya untuk membantu individu yang mempunyai kemurungan dan bipolar.

Disiarkan pada: Mei 7, 2022 @ 4:25pm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 06:21 PM | Show all posts
Lama dahulu seorang kawan saya senior Dr pernah bagi tau  Dr juga adalah salah satu kes penyumbang membabitkan bunuh diri.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:33 PM
Ingatkan profession doktor ni high-class rupanya lowclass suka buli membuli....ke Only In Malaysia?

Bukan doktor2 je sis
Kat mana2 opis pun sama je..mesti ada bos lahanat yg suka susahkan staf lain.
Mcm kt my previous ofis, bos ni mmg lahanat la kan.selalu buli staf
And it turns out one day her father mati, as a muslim mmg our surau akan buat tahlil utk staff family after asar.
Skali ms tu lps asar je,semua jemaah blah..takde sapa pun stay utk tahlil.
Termalu la sheols
Pastu last2 sheols resign
Tp dia join tmpt lain pun, our staff still bitching about her dlm industry ni..so dia tetap dilahanatkan oleh staf lain kt tmpt lain gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 11:39 PM | Show all posts
Elok la buat test psikologi tiap2 6bln sekali kalau dah teruk gini... Kesian nau tertekan macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-5-2022 11:00 PM
Bukan doktor2 je sis
Kat mana2 opis pun sama je..mesti ada bos lahanat yg suka susahkan staf lain. ...

Bos perempuan mmg teruk...hehe..selalu moody x tentu pasal...masuk opis jln hentak2 boleh gegar runtuh bangunan tingkat 9 yg kita org duduk dulu...stress dgn boss perempuan ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:25 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 7-5-2022 04:59 PM
Kaka ni org baru agaknya...

1) dolu2 housemanship hanya setahun, buat medicine dan surgeri jahh.. ...

.... Sis Tinot ni doktor ye?
You OK tak stress atau di buli?

Kak Lid rasa buli ni ada di mana mana ...dan ada banyak variasi nya ..

NURSE tak ada yg kena buli ke?
asyik nampak doktor jer yg stress sampai nak bunuh2 diri bagai2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 8-5-2022 11:25 AM
.... Sis Tinot ni doktor ye?
You OK tak stress atau di buli?


Iols citer jahh..
Iols bkn jenis stress sbb nasib baik iols dilahirkan bijak.. so iols anggap ni mcm permainan chess, kalau deme cuba susahkan iols, iols kena anticipate apa deme bakalan buat, pastu buat 10 langkah terkedepan. Dgn cara tuh, iols selamat la. La ni kami pakai cover your ass medicine, yg evidence-based. Giteww..
Takde sapa suka dibuli, tapi bila dah minoriti kat tmpt keje, kena cari jalan utk selamat. So caranya iols selamat adalah dgn buat lebih byk duit dan bergantung kpd Allah. At the end of the day, duit tu la akan menyelamatkan kita pada hari tua dan utk dpt duit extra itu, mmg kena bergantung kpd Allah utk tunjukkan jalan. Duit gaji biase2 ni tak byk mana pun... lepas iols buat duit extra ni, takde pulakk deme nak kacau byk sgt.. masa nak buat duit extra, deme gigih nak stop iols dan susahkan iols. Tapi Allah Maha Berkuasa. Kena ingat tu sampai bila2.

Buli ni ada di mana2 jahh tak kira keje dan tmpt keje.. iols dah habaq, there are little napoleons everywhere..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 7-5-2022 06:21 PM
Lama dahulu seorang kawan saya senior Dr pernah bagi tau  Dr juga adalah salah satu kes penyumbang m ...

Tak sangka.. ingatkan org jahat takkan mengaku jahat.. rupanya dunia dah terbalik.. org jahat bangga nak ngaku jahat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-5-2022 11:00 PM
Bukan doktor2 je sis
Kat mana2 opis pun sama je..mesti ada bos lahanat yg suka susahkan staf lain. ...

Org2 jahat ni tak sedar deme jahat..
Masa ayah iols meninggal, iols tak amik cuti, balik wiken settlekan pastu balik keje.. voley pulakk lahanat senior tua bangka ni dgn muka tersenyum habaq kat iols, yg iols voley mintak cuti tanpa rekod, tapi sbb iols tak habaq maka tak dpt cuti itu. Slalunya bila org kematian ahli keluarga, manusia normal akan ucapkan takziah, hat ni lahanat spesel yg dok bergentayangan kat tmpt keje iols voley tersengih2 kata mcm tuh psl cuti..

Sebulan lebih lepas tuh, cuti raya tapi ada pulak lahanat non-muslim lain minta iols mai balik keje kaver oncall dia.. dia ada urusan penting. Iols gigih la pi sbb ingatkan dia kena hantaq anak pi somewhere ke apa.. sampai iols eksiden masa balik. Tapi iols gigih pi keje kaver dia.. sampai tmpt keje, dpt tau dia pi laser muka hitam dia tuh.. dah le muka hitam, hati pun hitam tak voley tgk org lain cuti raya. Si muka hitam ni walopon non-muslim tahun lepas kata dia gigih nak cuti raya sama mcm weols yg muslim, konon nak lawat famili kat johor nun. Bila iols offer utk keje waktu deepavali supaya dia voley balik lawat mak pak dia, tiba2 dia taknak sbb watpe dia nak balik jumpa mak pak katanya.. ekceli dia non-muslim jeles dgn hak bumi.. sbb tu org dpt cuti haji, dia pun gigih nak cuti haji, padahal dia pi rewang2 gunung mana tah.. bknnya pi haji.. mcm la org vodo sgt tak tau dia menipu.. tapi iols tabik kat mak pak estet ni la sbb gigih kumpul duit hantaq anak pi blajaq perubatan kat india nun.. walopon degree cap ayam, ini la caranya deme angkat anak deme masuk kumpulan sosioekonomi yg lebih tinggi. Hat org melayu tak nampak menda2 ni.. hat melayu pakai konsep biar papa, asalkan bergaya.. pastu merempan bila kekal di takuk lama. Sbb tu drama melayu byk psl kawen dgn anak megah holdings. Kuat bermimpi..

Tiberr iols citer sbb kaka ckp psl ayah yg meninggal.. mengimbau kejadian lepas bg iols.. bg lahanat2 tuh, iols tak peduli sgt kot hidup mati deme. Iols pernah pi ke funeral sorang atuk tua drp department iols. Walopon dia ada kongsi klinik dgn famili dia sbg extra income, seminggu bubuh 70k dlm bank, tapi pada funeral night, masih gigih minta duit ehsan drp org ramai. Rumah besaq kott kat setia alam tuh, tapi tak tau la loan dah habis bayaq ke dakk.. masa tu la iols sedar, yg kalau taknak menyusahkan org lepas mati, baik pandai2 cari duit dan simpan.. kena byk bergantung kpd Allah, minta pengakhiran yg terbaik. At the end of the day, Allah je akan bantu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 7-5-2022 11:39 PM
Elok la buat test psikologi tiap2 6bln sekali kalau dah teruk gini... Kesian nau tertekan macam ni

Isunya kalau ada masalah, takkan voley keje lagi? Tiba2 meroyan kat wad, camne? Deme baru start keje..
Lagi satu, masa mula keje, baru tau baper byk keje kena buat.. so ramai yg kejutan budaya masa ni. Itu belum kira yg masuk blajaq, baru tahun pertama dah kejutan budaya, tanya mmg kena blajaq byk ni ka? Watpe kena blajaq semua ni utk blajaq medik? Haa.. camne nak jawab tuh? Sblm masuk medik, gigih nak masuk sbb org lain apply, deme pun nak apply.. lepas masuk, pertikaikan kenapa kena blajaq byk2.. bila keje, pertikai kenapa kena keje lama2.. so muncul la jenis kaki buli tolak keje kat org lain.. muncul la kroni yg sekufu sama kaki buli.. giteww..
Vicious cycle namanya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 5-5-2022 05:46 PM
Alhamdulillah tapi kami adik beradik mmg berebut nk jaga mak...nk bawa mak kerumah masing2 pun ber ...

Bagusnye....ade sedara ai mak die jenis dh xleh kawal berak kencing .tp jenis smngt lg nak mcm2 ...cthnye bab makan dan jalan2 .anak2 ok je melayan maknye .to bab cuci berak yg bersepah tu sorg je yg asik kene..anak pompuan sorg duk rumah mak sbb suri rumah,jaga camtu2 je .ari2 merungut tgaih simpati srpd adik yg jenis rajin tu.. rumah dlm stengah jam jugak nak balik kg..maknye creet merata pon bkn ari2..kalau silap makan je pon..mak nye pulak jenis xnak duk rumah anak lain lama2..kalau dtg jalan2 makan2 die nak le..kalau nak dduuk lebih 3 hari mmg die buat2 la drama air mata nak balik rumah sndri..adik bradik lain bab basuh atau urus mak tu mmg lepas tgn je la..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-5-2022 11:51 PM
Iols citer jahh..
Iols bkn jenis stress sbb nasib baik iols dilahirkan bijak.. so iols anggap ni m ...

Kenapa aku rasa tinot MN seorang forumer... Rasa nya dia juga ada issue toxic environment di office... Sekarang sudah tidak masuk... Kata nya mahu sambung study juga... Jika salah ampooonnn...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 8-5-2022 04:48 PM
Kenapa aku rasa tinot MN seorang forumer... Rasa nya dia juga ada issue toxic environment di offic ...

Salah tuh.. ni satu2nya username iols. Kalau kantoi sapa iols, iols tak masuk lagi la alamatnya.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-5-2022 04:59 PM
Kaka ni org baru agaknya...

1) dolu2 housemanship hanya setahun, buat medicine dan surgeri jahh.. ...

I baca smpai habis & hadamkn tanpa perlu lukisan wpun komen dh mcm cerpen pendek Tq atas pencerahan. Salam aidilfitri utk kaka tinot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 8-5-2022 03:23 AM
Salah tuh.. ni satu2nya username iols. Kalau kantoi sapa iols, iols tak masuk lagi la alamatnya..  ...

Hahahaha... Aku tanya pula...

Tinot habis terus balik selepas habis or bagaimana... Or Explore new things baru bawa balik ke malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 07:43 AM | Show all posts
dulu ms kecik aku admitted kt GH, penah tgk houseman kena marah MO dpn patient.
kelam kabut dia. kesian jgk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 8-5-2022 11:14 PM
I baca smpai habis & hadamkn tanpa perlu lukisan wpun komen dh mcm cerpen pendek Tq atas pencera ...

Salam aidilfitri.. maaf zahir batin..

Iols mmg suka tulis panjang2 mcm cerpen.. verangan nak jadi mcm Loretta Sage giteww.. atopon mcm stephanie meyer.. overnight jadi jotawan sbb tulis novel chenta.. giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 9-5-2022 07:38 AM
Hahahaha... Aku tanya pula...

Tinot habis terus balik selepas habis or bagaimana... Or Explore ne ...

Takde apa nak explore. Balik kena keje. Sambil2 tu iols mmg nak cari peluang blajaq. Tanpa kelulusan extra2 tuh, iols rasa tersekat dlm byk perihal.. sbb tu iols amik cuti ni utk cari ilham nak wat apa pasni. Keje mmg pasti.. tapi nak persiapkan diri utk keje sampai pencen ni yg iols rasa dah mula mencabar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.216546 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list