CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua anaknya dilepas dan dibebaskan

[Copy link]
Post time 21-6-2022 11:55 AM | Show all posts
Keluarga Nazrin mohon rayuan keputusan kes

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... yuan-keputusan-kes/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
21 Jun 2022, 11:29 am


Abdul Aziz ketika ditemui selepas prosiding keputusan akhir pendakwaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Keluarga kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. akan memohon pihak pendakwaan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Nazrin Hassan.

Abdul Aziz Hassan, 62, yang merupakan abang kepada Allahyarham Nazrin berkata, pihaknya akan memohon demi keadilan adiknya.

“Kita bersyukur walaupun tidak berpihak kepada kita. Namun, kita akan memohon pendakwaan memfailkan rayuan berhubung keputusan ini demi keadilan mangsa.

“Insya-Allah, kebenaran akan timbul. Kami berdoa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding keputusan akhir pendakwaan hari ini.

Menurut Abdul Aziz, tidak timbul isu tidak puas hati berhubung keputusan itu sebaliknya pihak keluarga menerima takdir dan mahu usaha disambung mencari keadilan.

“Ini kerana benda ini (kejadian) itu bukan senang sebab tiada siapa nampak dan tiba-tiba mati (Nazrin). Jadi kena teruskan mencari kebenaran.

“Banyak soalan tidak dijawab dan kita akan membuat rayuan supaya kes ini sampai ke akhirnya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memfailkan prosiding inkues sekiranya pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan keputusan tersebut.

“Jika mereka tidak failkan rayuan, saya akan mohon inkues bagi mengetahui kematiannya. Buat ketika ini, kita biarkan proses berjalan seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pihak pembelaan memaklumkan tiada halangan sekiranya permohonan rayuan dilakukan berhubung kes anak guamnya itu.

“Ada dua peringkat lagi iaitu rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi kes ini.

“Namun, kami berpendirian untuk kekal menang,” ujarnya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan Isteri Nazrin, Samirah dan dua remaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bekas CEO Cradle Fund Sdn. Bhd. itu empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie diakhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh. -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahah! Seperti yg dijangka
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:12 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-6-2022 10:56 AM
Perghhhh ini berita hangat ni. Lawyer shafee mmg handal erkk.

I think kelemahan dr bhgn pendakwaan  ...

dah macam jadi taktik umum dah..seorang yang tak dikenali atau diketahui akan wujud tapi tidak dapat dikesan..so pendakwaan susah nak buktikan kes bunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 21-6-2022 11:32 AM
tak aneh pun. aku akan rasa aneh kalau keputusan sebaliknya

Betul tu, dah dijangkakan pun.

Lama sangat kes ni berjalan iols sampai ingat dorang mmg dh didapati tak bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:24 PM | Show all posts
as expected..semoga seumur hidup dihantui kesalahan..if betul bersalah, which is macam yg forumer atas tu cakap, takkan kucing dia plak yg panah, yedak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:25 PM | Show all posts

Hallo Hakim

ulamalu replied at 21-6-2022 11:36 AM
Hakim buat keputusan berdasarkan evidences.  X tahu pihak pendakwaan nak buat rayuan ke x.

Kalo nak tunggu si pelaku ucap dalam kandang "Ye saya yang bunoh si mati" baik takyah bicare.  Buad buang karan je..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 12:35 PM | Show all posts
memalukan...asal melibatkan "high profile" semua lepas..mcm mahkamah Yindia dah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:43 PM | Show all posts

Casting Call

Casting aku jugak yang meletop..

Eheh, tingat lak kat Lopa ye..  Kasi je dia watak tambahan tunang pilihan keluarga buat Hans Isaac..  Boleh la ade scene Raja Ilya tarek2 turban Lopa gitu.  Tidak ketinggalan tudong Naelofar sebagai salah seorang sponsor.  Dikuatkan dengan aksi Raja Ilya yang tidak berjaya menarek turban di kepale Lopa ittew ..  Pull-proof gitu yach konsepnye..  Musti makcik bawang berpusu keluar membeli..

Mira Filzah takat watak babysitter jah cukop la..  Babysitter yang inesen ni la yang pelakon Zaefrul merangkap si mati mengidam yach..  Jugak bila dah ade watak babysitter senang nak buat babak terserempak kat rumah gittew..

Babak panah tu sape ade idea?  Camne nak buat si Buntat panah bapak tiri nokks..  Tepu jap.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1123013&page=44#pid68056237
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 12:47 PM | Show all posts
taji2906 replied at 21-6-2022 11:27 AM
hilang gitu je maid dorang ni. kalau dia suspek, apa motif bunuh majikan?
samirah ni kawan baik i ...

bersubahat dgn samirah maybe. ofkos la dibayar. takkan senang2 gitu je dia nak buat keje. klu x salah kenapa lari. mesti aman2 je kt kampung indon skrg
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:48 PM | Show all posts
kesian takde keadilan, baru tgk harian metro td reporter gaduh ngan lawyer sampai tolak2.. reporter pn org nak lalu kau kerumun. sengal jugak kot ye pon
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:50 PM | Show all posts
Ramai dah jangka ini keputusannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:51 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 21-6-2022 11:33 AM
Hebat betul maid tue menyorok...

confirm dah selamat nyorok kt kampung pedalaman kt yindon sanaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 21-6-2022 12:47 PM
bersubahat dgn samirah maybe. ofkos la dibayar. takkan senang2 gitu je dia nak buat keje. klu x sa ...

mungkin bersubahat...kalau tak, knp nak lari senbunyik bagai tanpa dpt dikesan? org x bersalah x perlu takut kecuali kalau dia kena lari takut disoal byk nanti terbkk cerita sbnr plk... pelik bila maid tu x dpt dikesan...sgt pelik....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:52 PM | Show all posts
Seperti yang akak sudah jangkakan, kerana itulah akak malas nak mengikuti 'drama' ini...
ianya kelihatan dari awal lagi tidak 'mengikut' kehendak penonton  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:54 PM | Show all posts
ekselen replied at 21-6-2022 12:51 PM
mungkin bersubahat...kalau tak, knp nak lari senbunyik bagai tanpa dpt dikesan? org x bersalah x p ...

rasa lepas kejadian tu dia mesti selamat terbang dahhh.. lambat pon nk matikan passport ke ape. maid laju buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:56 PM | Show all posts
mcm kes laki bunuh bini dulu tu, maid hilang jgk kan..lepas lakinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk sidang media TS Shafie td, katanya samirah minta escort polis sbb ada sesuatu berlaku masa tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 21-6-2022 12:54 PM
rasa lepas kejadian tu dia mesti selamat terbang dahhh.. lambat pon nk matikan passport ke ape. ma ...


mungkin juga...dibantu pula org2 yg boleh lepaskan maid tu keluar secepat mungkin..mana kita tau kan? kalo dh kes high profile, ada yg diupah kot utk execute...menda2 mcm ni dah diplan awal le tu spy kejadian tu jadi smooth je...xdpt dikesan.. xde bukti kukuh... harap2 ada bukti baru spy kes bole dibuka semula dan dibicarakan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:01 PM | Show all posts

From Lowyat

Edited by tumpanglalu74 at 21-6-2022 01:04 PM



https://forum.lowyat.net/topic/4601421/+60

His limbs tak kene api ye..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
biasanya kes pihak pendakwa lemah sbb ms siasatan dijlnkan polis lupa ttg CPC yg sgt wajib dipatuhi plus dlm kes ni suspek utama cum saksi may be x dpt ditemui
Apa pun moga ada lg ruang utk appeal dan berjaya di COA dan FC
benda x mustahil kan walau may be xde prima facie kes di HC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.373261 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list