|
antu x naik belon hehehe
Nape?Tak caye? Post at 25-12-2010 18:47
hahaha ye ke antu tak leh naik belon? tumpang kete, boleh, takkan naik belon tak leh. kikikip/s..belon=kapalterbang. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ye ke antu tak leh naik belon? tumpang kete, boleh, takkan naik belon tak leh. kikikip/ ...
kikyou Post at 25-12-2010 22:31
kalo dia naik belon takut takdak paspot
. sejak dua menjak ni macam peleklah , ada orang kata aku ada benda alah ni... teman lah , JI lah muka buruk lah ..entah aku pun x tau nak cakap apa berserah n tawaqal jer lah . |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dia naik belon takut takdak paspot
. sejak dua menjak ni macam peleklah , ada orang ka ...
Nape?Tak caye? Post at 25-12-2010 19:40
hurm, abah saya pernah cakap (baru2 ni), kalau benda tu cuba berdamping, wat tatau je. banyakkan zikirdan ingat Allah. banyakkan solat taubat dan hajat (penting tu) mintak dihapuskan dosa yg sengaja atau tidak sengaja. jangan sesekali takut. sebab kalau takut, makin dia nak datang dekat. andai benda tu liar lah. rajin2 baca al-quran.
~~andai makhluk pendamping tu sejenis saka, nampaknya, awak kena mula lakukan sesuatu. awak perlu buang saka tu. maknanya, cukuplah saka tu setakat ayah atau mak awak sahaja. keturunan awak nanti, biarlah bebas dari segala mcm pendamping syaitan tu. kiranya awak ni mcm pemutus segala saka tu lah.
~~andai itu juga adalah saka/khadam, nasib awak sama macam kami sekeluarga. masih dalam proses nak hapuskan saka tu. saya tak nak saka tu jadi pendamping anak saya. saya nak keturunan yg lahir dari rahim saya bersih.
~~pesanan saya, banyak ingat Allah, taubat dan hajat jadikan amalan. baca quran dan jangan lupa, carilah guru agama yang sebenarnya guru agama(tahu bab makrifat, hakikat dll). bukan sekadar guru agama atas sekeping sijil.
semoga berjaya~~ |
|
|
|
|
|
|
|
hurm, abah saya pernah cakap (baru2 ni), kalau benda tu cuba berdamping, wat tatau je. banyakkan ...
kikyou Post at 25-12-2010 23:23
wo wow wo ..manyak susah wo..aku pun x mau benda ni, tapi adik aku sebok sebok nak jadi bomoh, aku dulu dulu waktu kerja dalm utan sawit tiap malam mimpi anjing hitam kejar aku , kadang tu sapi lah ular lah , selalunya anjing hitam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 48# Nape?Tak caye?
cu PM nenek ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Nape?Tak caye?
cu PM nenek ye?
kikyou Post at 25-12-2010 23:32
ok
sila kan |
|
|
|
|
|
|
|
TT kik...sambung le cpt time beruk pakai baju silat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tt ni mcm si ilah jg lah..ada pengetahuan dan pengalaman pasal benda mistik..
teruskan tt... |
|
|
|
|
|
|
|
salam warahmatullah,
sori kawan2 sebab lambat. biasalah hari minggu ni kena bawak baby g jalan2 kat taman. kalau tak meradang dia .
~~oklah ni saya nak sambung lagi.
esok pagi selepas sarapan saya mengadu pada ayh dan mak mertua saya mengenai kejadian malam tu. (ttg sesuatu yg nak masuk bilik saya melalui cermin nako). muka mak mertua dah lain. (mak mertua saya ni lurus sikit, tak pandai nak tipu) pastu ayah mertua saya cakap, kat cermin tu kucing selalu panjat masuk. saya pelik jugaklah, selama saya kawen, n selama itu jugaklah saya guna bilik tu (kalau balik kampung), tak pernah pulak ada kucing cuba panjat masuk.
~~"ish, mana pernah kucing masuk ikut situ, bang" kata mak mertua saya. saya tgk suami saya. saling berpandangan. dah tahu dah apa yg "sesuatu " malam tu. pastu ayah mertua macam jeling kat saya dan suami. dia bangun dari kerusi sambil cakap kat mak mertua, " lu apa tau? gue yang tahu"..saya pun tak naklah kekecohan berlaku pagi2 hari. saya back up ayah mertua. kata memang betul kucing yang masuk. jenuh jugak mak mertua nak percaya ..
~~petang tu saya balik semula ke rumah abah saya dan ceritakan pulak pada abah saya. apa yg abah saya bagitahu, memang sama dengan tekaan saya. "sesuatu" tu bukan nak masuk, tapi "sesuatu" tu berusaha nak keluar dari bilik kami. tu semua khadam silat suami saya. |
|
|
|
|
|
|
|
ni pulak nak cerita pasal program uzlah yang dibuat di rumah saya. masa tu usia kandungan saya 3 bulan jugak. saya balik kampung tanpa ditemani suami. saya ikut abang saya balik, sebab ngidam nak makan masakan mak.
~~petang tu lepas asar abah saya ada terima 7 hingga 8 orang murid baru. semua heavy kes yang berkaitan dengan saka. ada jugak kes yang terbeban dengan dosa seperti zina, arak dan lain2. saya ni pulak kalau orang kena histeria, memang saya suka. (nasib baik nombor ekor tu haram. kalau tak, leh mintak, kan?)
~~pas saya solat asar, saya ambik tasbih dan duduk di barisan paling belakang. sebelah saya sorang kakak yang mengandung 5 bulan. depan saya pulak sorang akk jugak. tapi bujang (cun wei). sememangnya abh suruh saya join budak2 baru. abah cakap boleh tolong pimpin diorang (masa tu saya malas sangat nak join. sebab saya nak ngumpat dengan makcik2 kat dapur) tapi bila incik pengetua suh buat, kenalah naik jugak.
~~awal zikir tu ok lagi. lama kelamaan saya rasa semput, sedih, sayu nak nagis semua ada. dan tak lama lepas tu akk yg cun depan saya tu hentak2 tasbih dia sebelum menjerit kena rasuk. saya automatik bukak mata. (teringin nak tengok dia jadi apa, mana tau tiba2 bertukar jadi sailormoon ke).. lepas dia menjerit terus dia tumbang atas riba saya. masa tu (mungkin Allah nak tunjuk kot) saya tengok muka dia hitam sangat. macam bontot kuali. berkilat lak tu. yang bestnya, masa dia jatuh terbaring, muka dia betul2 dekat kandungan saya. mata dia terbukak. terus abah (masa tu kawal saya) tarik tangan saya. abah tak bagi join dah. tapi saya tak nak. saya nak tengok kesudahan akk tu.( saya keras hati sikit). sampai abah marah, baru saya turun umah bawah.( konon merajuklah)
~~lepas abah baca2 kat telinga akk tu, baru akk tu sedar balik. abah suruh dia turun duduk kat dapur. masa tu saya terus gi dapatkan akk tu. (ngumpatla)
~~malam tu lepas maghrib, budak2 uzlah sambung zikir balik. saya tak join. abah tetap tak bagi, tapi akk tu kena masuk balik. tak lama lepas tu, dengar suara akk tu mengilai. nyaring giler. pastu dia ngarut sorang2 dalam loghat negeri perak. lebih kurang camnilah
~~"apa yang korang semua buat ni? nak tangkap aku? hahahahahahahaha(dia ngilai lagi)" (saya tak reti dialek perak.) pastu saya ngintai kat tabir yang halang laluan tangga turun. dalam gelap tu saya nampak jugaklah sikit gaya lenggok dia buat tu. dia bahasakan diri dia nenek putih. dia buat seolah2 lenggok ikan berenang. pastu macam2 lagilah mulut dia tu mengarut. saya tak ingat. dia cakap dia suka dengan akak cun tu. nenek tu kata lagi dia adalah jelmaan buaya putih. konon dia ratu lah...
~~disebabkan dia asyik kena histeria je, abah bawak dia turun kat ruang tamu. terpaksa diasingkan dari budak2 uzlah lain sebab mengganggu. masa ni saya seronok sebab dapat tengok secara jelas. bila dia duduk depan abah, saya cepat2 g bersila belakang dia (gatal sangat) tapi tak lama bila abang saya datang tarik saya duduk dekat dengan dia (kena ceramah sikit dengan abang saya)...
~~masa tu abah suruh dia buat satu teori pernafasan dalam zikir. kalau orang tu bersih dari dosa, dia mesti lepas. tapi akak ni tak lepas2. mesti sangkut. kali ketiga dia buat, tiba2 kena rasuk lagi. masa tu memang nak tergelak dia buat gaya ikan berenang. pastu marah2 abah saya. dia dah bangun nak cekik abah saya. abah saya masa tu pejam mata ngan bibir tersenyum. saya bisik dengan abg saya. "habislah pak pengetua (abah saya, dorang panggil tok ayah)kita," sambil gelak2. abang saya cubit peha saya. dia marah sebab saya macam main2.
~~tapi yelah, Allah sentiasa bersama orang yang mengingatinya. akak nenek buaya tu seolah2 kena kunci dengan pergerakan tangan abah saya. bila abah saya turunkan tangan, akak nenek buaya tu pon perlahan2 duduk semula. tak lama lepas tu dia terpunduk. abah bukak mata, suruh mak ambik kain buruk. abah cakap budak ni nak muntah. memang akak nenek buaya tu muntah. dan saya yang geli tengok dia muntah pon termuntah sekali. abang saya gelakkan je.
~~nanti saya sambung lagi. nak layan budak kecik ni kejap |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 51# kiblatku30
salam warahmatullah, ni saya nak sambung pasal beruk pakai baju silat tu.
~~sekarang ni anak saya dah berumur setahun 4 bulan. saya sangka benda2 ni tak kacau anak saya dah. tapi disebabkan kelekaan saya sendiri, saya alpa, saka tu datang ganggu anak saya lagi. kejadian ni berlaku kira2 3 minggu lepas. macam biasa saya balik kampung nak jenguk kedua keluarga kami. balik kali ni saya singgah rumah mak saya dulu. alhamdulillah memang tak jadi apa2 lah pada anak saya tu. makin aktif dia kacau mak su dia yang tengah susun dokumen utk naik ke tingkatan satu.
~~esoknya, usai makan tengahari, saya kemas beg nak ke rumah mertua pulak. entah kenapa hati saya panas sangat bila sebut nak ke umah mertua. rasa meruap dan nak marah. sedangkan sebelum ni tak ada masalah. bahkan saya yang seronok duduk rumah mertua. saya cuba rejam perasaan tu jauh ke dalam lubuk hati. tapi tetap bergelora. tapi saya tak beritahu pada suami saya. takut dia terasa hati.
~~malam tu, saya memang tak zikir kat rumah mertua. takut ayah mertua rasa "panas". jadi saya cuma ambik senaskah al-quran. malam masih muda, belum ada apa2 gangguan. saya layan cerita kat tv dengan mak mertua. bila anak saya dah mula meragam, saya masuk dalam bilik. nak tidurkan dia. alhamdulillah dia tidur baik je. tapi masa tu badan dia mula panas. macam nak demam. anak saya ni susah sangat nak demam, tapi bila sekali demam, teruk sangat dan pasti ada kaitan dengan "benda" tu.
~~kurang lebih pukul 2 pagi, saya tak leh nak lelapkan mata. sudahnya saya g bilik air ambik wudhuk. masa saya sibuk berwudhuk, saya nampak penunggu yang jaga kawasan rumah mertua saya tu duduk bertenggek atas kolah air. ada dalam 2,3 ekor jugaklah. tengok aje gelagat saya. tapi saya tak ambik kisah pon. usai berwuduhuk, saya solat sunat 2 rakaat, disusuli dengan taubat. sebab bimbang kalau punca anak saya demam tu disebabkan dosa-dosa saya.
~~dah siap solat, saya kembali baring atas katil. masa tu sekilas saya nampak kelibat putih duk terbang melewati bilik tidur saya. benda tu tak dapat masuk bilik tidur saya, sebab saya dah pagar siap bilik tu. tak laratlah asyik nak tepis je, sebb umah mertua tu sarang "dia".
~~esoknya, demam anak saya makin teruk. saya balik semula ke rumah mak abah saya. masa tu saya tak syak apa2 lagi. malam tu, anak saya tidur kejap2 je. baru nak lena, dah menangis macam kena histeria. saya dah buntu. fikiran dah serabut sampai saya lupa pada Allah (astaghfirullah). sampai ke subuh keadaan anak saya macam tu. sudahnya saya ambik wudhuk nak solat subuh. mak saya tolong jaga anak saya, suami saya dah tak tahu nak buat apa. usai solat subuh, saya sambung dengan lafaz zikrullah. sehingga jam tujuh pagi. waktu tu saya nampak segalanya...
~~seekor beruk berukuran saiz badan manusia berbaju silat (tapi compang camping) duk mencangkung kat kepala anak saya. dia duk sergah2 anak saya. geram sangat saya waktu tu. saya masih tak ceritakan pada suami saya lagi. biarlah ni rahsia saya sahaja. kemudian, tengahari tu suami saya nak balik umah mak dia sekejap. saya nak ikut. tapi dia tak benarkan. dia suruh jaga anak saya yang masih demam..dia kata lepas maghrib baru dia balik umah mak saya balik. saya setuju jelah.
~~bila suami saya dah pergi, saya bgtau mak apa yg saya nampak. abah pun kebetulan dengar. dan dia pon nampak apa yg saya nmpak. abah halau beruk tu balik ke tuan dia. siang tu anak saya eloklah.
~~sebelum saya solat maghrib, suami call. dia cakap lepas maghrib nanti baru dia balik dan nak makan kat umah mak saya. saya ok jelah, tak de masalah. kemudian, baru saya solat maghrib. ketika tahiyat akhir tu, saya nampak dalam kereta suami saya dah ada 3 ekor duk menumpang, kat atas bumbung kete ada lagi 2,3 ekor mencangkung. terus saya halau dari jarak jauh. pastu saya pagar kereta suami saya. saya pantau pulak jalan yang akan dilalui oleh suami saya. (kebetulan nak ke rumah saya ada satu selekoh tajam. penduduk setempat panggil selekoh maut), kat situ ada yg liar tunggu sengaja nak sakat suami saya (pocong), saya jegilkan mata pada dia, mencicit dia lompat. cute sangat.
~~alhamdulillah suami saya sampai dengan selamat. bila dia msk rumah, saya tanya dia, "abang, kat selekoh maut tu, rasa somethng tak?" dia sengih je. dia cakap kat situ yang paling rasa seram. siap pecut kereta lagi.
~~macam panjang je kan? nanti saya sambung lagi. hehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wow..bestnye pengalaman TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 52# ninja9
tak de pengetahuan pon. semua tu Allah pinjamkan sementara. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 57# EmbunSiang
seronok berkongsi dengan kawan2. insyaAllah buat masa ni setiap hari saya tulis pengalaman baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Sis, best baca story akak ni..tersenyum membaca pasal guru yg tak bertauliah ni aka takdak sijil..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Sis, best baca story akak ni..tersenyum membaca pasal guru yg tak bertauliah ni aka takdak sij ...
cawat Post at 27-12-2010 15:59
hehe, terima kasih dik. rajin2 la masuk ye. insyaAllah setiap hari akk sambung tulis. |
|
|
|
|
|
|
|
TT ni antara makhlukNya yang diberi kelebihan. Best baca story TT ni |
|
|
|
|
|
|
|
TT ni antara makhlukNya yang diberi kelebihan. Best baca story TT ni
wizz Post at 27-12-2010 16:25
alhamdulillah. semua makhluk ada kelebihan selepas rohani dirawat maka hijab akan terbuka, dan waktu itulah kekuasaan Allah terpamer, dan tika itu, terasa diri kita ini amat kerdil... |
|
|
|
|
|
|
|
salam warahmatullah,
kawan2, saya nak sambung lagi ni.
~~esoknya, saya dan suami balik semula ke klang (sebab anak saya dah sihat). sebelum tu singgah sekejap rumah mak mertua. saya tak pelik pun dengan perubahan anak saya. dia tak nak keluar dari kereta. kena paksa. pastu dia macam takut2 nak duk dalam dukungan mak mertua. (kawan2 dah faham, kan)
~~dah bersalaman, kami pun mula bertolak balik semula ke klang. sepanjang perjalanan alhamdulillah tak ada apa2. dah sampai rumah pun, tak ada apa2 yg berlaku. kiranya saya boleh tarik nafas legalah. tapi bila malam menjelang, perkara yang sama berlaku lagi. anak saya mula mengamuk...:cf:.. mula2 saya sedapkan hati suami dengan berkata, mungkin anak saya tu letih. yelah baru baik dari demam pastu terus balik port klang. mungkin badan dia tak selesa lagi agaknya. suami boleh terima.
~~tapi bila malam semakin larut, anak saya mengamuk lagi. saya pun dah naik pening dah. saya pujuk2, dia tidur balik. tapi sekejap je, pastu meraung lagi. kalau orang yang tak tahu anak tu kena ganggu, mungkin dah buat macam2 kat anak tu. kemudian, saya pejam mata nak tengok apa sebenarnya terjadi sampai anak saya ni meraung teruk sangat. masa tu, anak saya datang dengan pakaian jubah hitam kat tangan dia ada sebatang tongkat. dia macam kena paksa pergi ke suatu tempat tanpa kerelaan hati. masa tu, hati saya betul2 sedih, sayu sangat:cry:
~~fikirkan badan yg dah letih, saya malas nak ambik wudhuk, n solat taubat. saya paksa anak saya tu tido jugak. tapi cemana anak saya nak tido kalau benda jahat tu ganggu. sudahnya, suami saya cakap, "sayang, buatlah apa yang patut," nak tak nak, saya terpaksa amek wudhuk n sunat taubat seterusnya duduk berzikir. saya nak lepaskan anak saya dari belenggu makhluk jahat tu. saya terpaksa berlawan dengan "benda" ayah mertua saya. tapi saya tak musnahkan. sebab benda tu ada kaitan ngan ayah mertua saya. kalau saya musnahkan, apa pulak jadi pada ayah mertua. jadi saya lepaskan.
~~dalam saya duk berzikir tu, kerohanian anak saya datang, masa tu dia pakai jubah putih siap bertudung. "comel anak mama" tegur saya. dia semakin menghampiri saya. bibirnya terukir dengan senyuman. dia dikelilingi dengan cahaya putih. tak dapat saya terangkan bagaimana keadaan waktu tu. terasa aman dan suci sekali dunia tu. kemudian anak saya cakap "terima kasih mama," serentak air mata saya berjuraian kat pipi. syahdu sangat masa tu. kalau di alam realiti, mana mungkin seorang bayi berumur 1tahun boleh petah berkata2.
~~saya tak berhenti zikir, saya teruskan dalam 15 minit lagi, bimbang makhluk jahat tu masih ada. alhamdulillah dah tak ada. mungkin dia dah balik pada tuan dia.
~~suami saya cakap, serentak saya pakai telekung dan sunat taubat, serentak tu jugak anak saya terus tidur. nyenyak sampai ke pagi lagi. ..macam biasalah pagi tu saya tgk mata dia bengkak. semalaman menangis.
~~malam esoknya, anak saya alhamdulillah tak ada diganggu lagi. cuma makhluk tu datang jumpa saya. dia nak kacau anak saya lagi agknya. pastu saya cakap, (dialog biasa dengan jin) "kau nak balik pada tuan kau atau nak aku serahkan pada Allah" terus dia berlalu kuar dari bilik saya. maknanya dia pilih untuk balik pada tuan dia. kemudian saya nampak lagi 2,3 ekor beruk kecik(badan manusia, muka beruk) terkedek2 ikut makhluk jahat tu balik.
~~saya ingat ayah mertua saya dah tak hantar, rupanya dia hantar yang lagi kuat. dia duk menyorok belakang badan anak saya. macam tadilah, saya cakap dengan dia. tapi yang ni betul2 degil. dia tak nak balik. kalau saya dah tawarkan secara baik, dia tak nak, maka terimalah penangan Allah. dia meluru laju pada saya. waktu tu saya berbaring. mujur Allah tu ada. sepantas kilat, saya nampak kalimah Laa ilaha illallah berwarna putih meluru terjah bahagian perut makhluk tu. kemudian saya hantar pulak kalimah Allah, tepat pada tubuh dan muka dia, terbakar. padan muka. dahlah muka dan baju segalanya hitam. kena bakar lagi.
~~kemudian saya wat teori pernafasan dalam zikir tu untuk pagar bilik tido saya. nak pagar sekelian rumah, kesian pulak makhluk liar yang menumpang. mungkin makhluk tu agak kuat jugak, saya terburai muntah.
~~tengok jam dinding dah pukul 4 pagi. saya tak leh tido. kejutkan suami ajak lepak kat ruang tamu. masa tu suami cakap bibir saya pucat sangat. pagi2 buta dah call abah saya. (tak ganggu dia, sebab dah tahu abah setiap hari bangun kul 3 pagi)..saya ceritakan segalanya.
~~penat dah taip ni. sampai suami tegur, "sayang ni asyik karang kat forum je, bila nak siapkan novel" huhu..nanti saya sambung lagi pasal ni. yang tentunya permulaan perkelahian haq dan batil |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|