pada pendapat aku citer ni tak berapa best sangat...walaupun dalam citer ni steven spielberg sebagai producer dan banyak pengalaman dalam penggambaran berkaitan dengan alien/monster,citer ni pada aku gagal untuk pikat aku...
SPoiler Alert!
durasi citer ni 2 jam dan agak lama ingatkan boleh dimanfaatkan sepenuhnya tapi aku hanya terhibur dengan scene budak2 kecil merakamkan penggambaran di sebalik kejadian2 pelik yang berlaku kat town tu...tapi bila part monster/alien menyerang town tu, aku tak rasa sedikit pun unsur suspend atau pun teruja nak tahu benda apa yang serang town tu...kalau korang selalu ikut filem2 steveb spielberg,dari kejadian kemalangan keretapi tu korang dah boleh agak benda apa yang keluar dari keretapi tu...Jadi bila aku dah dapat agak alien/monster yang serang town tu walaupun masa untuk memperlihatkan muka alien tu kat penonton agak lama, dah tak rasa berlakunya unsur suspend dalam diri...aku tak tahu berapa lama,tapi siyes sangat lama untuk JJ Abraham nak memperkenalkan alien tu kat penonton...ada sampai satu tahap rasa menyampah snagat kenapa tak nak terus tunjukkan saje alien tu kat penonton...hanya disogokkan dengan scene suspen dimana sorang2 demi sorang hilang dan barang2 berkaitan dengan tenaga seperti enjin kereta, microwave hilang...And then,mosnter/alien ni bila dan fokuskan kat muka dia,nampak mcm kartun sangat...Tiber satu part bila monster ni yang ganas menyerang town bole jadi cair dengan pujukan Joe sampai nak bunuh tak jadi bunuh...Dalam hati "WTH.." Baik sangat mosnter ni...
aku puji JJ Abrams sebab masukkan unsur humor dalam filem ni...Unsur humor dalam filem ni maksudnya terdapat scene sekumpulan budak2 kecil iaitu pelakon utama dalam citer ni yang mempunyai hobi buat filem dengan menggunakan video cam..
Dialog yang digunakan oleh budak2 ni agak melucukan tambahan pula dengan telatah diorang semasa nak buat penggambaran bagaimana zombie menyerang manusia agak kelakar...Aksi si gemok menjadi pengarah,si alice dengan si jongos menjadi zombie, si nerd menjadi inspektor polis dan, joe menjadi makeup menjadi...Aku tabik kat pelakon kecil ni sebab menghiburkan dengan telatah diorang masa nak create filem diorang yang berjudul "Kes"...Pada aku scene diorang ni sedikit sebanyak dapat menggembira hati aku yang terlalu kecewa dengan scene monster ni..Kalau takde watak budak kecil buat penggambaran filem diorang,filem ni tak ada apa2...Di akhir filem ni,baru korang dapat tengok filem pendek sepenuhnya yang berjaya dihasilkan ole budak2 ni dah agak menarik!! Aku gelak tengok si jongos jadi zombie sampai 2x...Haha
Secara kesimpulannya,filem ni bukan la filem baik mahupun terbaik setakat ni dalam musim panas di US...Baik korang tengok filem2 lain mcm Kungfu Panda ke,X-men ke,POC ke baru tengok citer ni...Kalau tak nak tengok pun tak rugi rasanya...
Aku beri 4/5 untuk budak2 kecil2 buat penggambaran watak zombie dalam Super 8 ni dan 2.5/5 untuk scene monster serang bandar tu...Aku lagi teruja nak tengok telatah budak2 ni create filem pendek compare dengan mosnter serang bandar ni...
pada pendapat aku citer ni tak berapa best sangat...walaupu ...
mjfh Post at 9-6-2011 09:14 AM
SPOILER ALERT jugak
Basically perjalanan budak hidup n monster tu sama....n finally budak tu sampai kan mesej tak kira bertapa peritnya hidup ni, smua org boleh teruskan...jangan berputus asa....pasal monster tu boleh switch perasaan dengan sapa yg dia sentuh, so dia dapat la "perasaan" budak tu....dia dapat rasakan mereka sama...so pasal tu la dia lepaskan.....memang secara kasar kurang meyakinkan tapi kita kena tengok dari sudut perjalanan hidup budak tu jugak....
Apa yg aku kurang suka pasal filem ni ialah susah sangat nak buat org mati....aku suka kalau filem ni "gelap-segelap-gelapnya" (tak kisahla sepahit The Mist atau kurang pahit mcm Insidious).....part keretapi meletup tu takda sapa2 pun bebudak tu mampus....bila si prempuan kena culik aku ingat dah kena baham dah, skali masih idup jugak....part bandar tengah berperang tu takda sapa pulak yg kena peluru buta....aku tak berapa nak suka la part tu....kalau cerita tunjuk ramai terkorban, akalku lebih bermurah utk menerimanya....
Ok la. A good film but tnot worth a watch. Plotnya simple sgt. Ending dia pon simple sgt. Aku sangka filem ni filem alien invasion ala-ala Cloverfield tp sebaliknya. Scene keretapi terbabas memang gempak la.
suka lakonan Elle Fanning. dah besor ek adik Dakota Fanning neh....
aku suka filem ni sebab hasil kerja krew seninya utk made up satu setting tahun 80 an yg sgt meyakinkan. monster bukan isu utama cerita ni. 30% je drpd cerita. selebihnya utk tonjolkan relationship anak-ayah, kawan-kawan.
kurang memuaskan. huhu.
lepas 2 citer psl monster, dpt disimpulkan jj abrams sbenarnya xde idea dh nak wat rupa alien/monster camne. sama je konsep mcm cloverfield, cuma kecik sket. koser sgt. :@
mmg btul la mcm ada sorg pengkritik tu kata, jj abrams ekceli imagination dia limited.
people need to see something new, revolutionary, bukan recycle punye idea. :re:
bab backdrop 70s n mcm reimagining spielberg's ET tu aku leh terima, sbb mmg ada sentimental value kt penonton(terutama penonton yg tua).
so aku tolak sudut sci-fi citer ni, n anggap more to drama/coming of age/father's day theme movie je lah.
pd aku filem yg bdk2 tu wat (masa kredit last) tu lg menarik!
*setuju dgn gaia psl semua org ala2 selamat tu.
lg satu hal, kereta yg ally bawak kat tmpt train wreckage tu pon selamat! WTH? baik je spot dia park xkne pape pun, pdhal dkt sgt dgn scene tren tu meletop2.
nak gi tgk sabtu ni...
tu pon sbb aku suka benor tgk fringe...
daripada review yg ada kat sini.. rasanye akan kurang menarik minat aku.. tapi anak aku part monster2 ni mesti dia suka....
Aku bagi 8.5/10. Pada aku sangat best, cerita ni mengubat kekecewaan aku pada potc4 yg tak sampai expectation aku..
Mungkin aku pergi dengan mindset 'oh cerita ni mesti macam ET'. Bila tengok, memang macam ET, cuma lebih ganass sikit+suspens. Aku pun tak expect tinggi sangat dengan alien tu, in fact, aku tak berapa gemar sangat pun dengan scene alien tu.. Mungkin tu aku rasa kurang sikit kecewanya bila part alien cuma tunjuk bila nak lassttt.. aku pun kurang gemar dgn alien.
Lagi satu aku suuuukkaaaa sangat tang cerita ni berlatarbelakangkan zaman2 70/80-an (tak sure la plak, tapi yang penting zaman walkman baru keluar). Pastu scene kereta api berlanggar tu memang mabelesss kot, campur lagi dgn gegak gempita dalam wayang.. habis je scene tu terasa gak trauma. T.T
Budak2 ni punya lakonan, ishh memang superb. Tak boleh dinafikan.
Bergantung pada mindset korang, kalau rasa nak tengok lebih banyak alien, mungkin korang tak akan gemar sangat cerita ni. Tapi kalau korang pergi dengan rasa nak tengok 'kanak2, zaman dulu2' bolehlah layan cerita ni.
tengah hari tadi... wat marathon movie... 1st tgk citer ni... 2nd tgk citer xmen
Super 8:
menghiburkan... sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur...
jalan citer yang begitu mudah difahami... ada ler sikit action dan yang penting... diselitkan humor yang bisa mengeletek usus pewot audiences...
paling kelako... biler full short movie yang dibuat oleh mereka ditayangkan time credit... kelakoooo sangattt...
spoiler lagi....
aku tak berapa best sangat cerita ni...
tapi budak2 tu berlakon memang superb lah... kalau ada filem cerita pasal budak2 tu semata2 memang aku tengok... meaning kalau dia buat cerita kenangan budak2, puppy love ke... contest buat filem ke (ada dlm filem ni)... ha.. mesti best .... bagi aku la... sebab lakonan diaorang convincing and promising.