Pada 23 September lalu, Allahyarham Bob atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokman, 58, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu, pada jam 3 petang akibat komplikasi jantung.
Bagi menampung kehidupan, Relawati mengusahakan perniagaan makanan dan mengambil tempahan juadah. "Ketika arwah masih hidup, beliau tidak galakkan saya buka kedai. "Jadi, sehingga sekarang, saya masih menjalankan perniagaan makanan dari rumah ke rumah atau mengambil tempahan pelanggan. "Juadah dijual antaranya bubur daging dan beberapa sajian lain. Produk sedia ada seperti serunding daging masih lagi diusahakan seperti biasa," katanya. Arwah Bob terkenal sebagai penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama. Beliau juga cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Allahyarham Tok Kenali.
- Masih muda.
- Lagu Isabella punya lah meletopp.
- lagu Isabella , copy right M Nasir ke siapa?
|