hasil google baru meols tau, Gus tu berasal dari perkataan bagus. Mmglah jawa sbb gelaran Gus digunakan oleh org jawa. Mamat nie bukan keturunan kiai atau family kiai yg layak dpt gelaran Gus, nama sebenar dia lain, sukati jer gelar diri sendiri Gus. Prasan bagus lah kot...
Gus merupakan nama julukan untuk keturunan atau putra kandung dari kiai, sedangkan Ning adalah sebutan untuk perempuan. Sebutan Gus dan Ning ini tidak hanya diperuntukan bagi keturunan kandung, tetapi juga untuk menantu kiai.
PUTRAJAYA: Insiden seorang pendakwah di Indonesia yang didakwa menghina seorang penjual teh dalam satu majlis ceramah sehingga videonya tular di media sosial wajar menginsafkan semua, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, insiden itu menjadi pengajaran besar, terutama kepada golongan berilmu serta yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat, supaya bersikap lebih mulia dan tidak mudah menghina golongan bawahannya.
"Di Indonesia, beberapa hari ini riuh rendah di media sosial seorang kiyai (pendakwah) dalam dakwahnya, dia menghina seorang penjual teh. Saya lihat ramai yang menonton.
"Di antara paling miskin, tapi dia pendakwah dan rakan-rakannya, dengan ketawanya. Sehingga Presiden (Indonesia), Prabowo (Subianto) beri kenyataan agak keras. Akhirnya dia (pendakwah) itu berkunjung ke daerah penjaja berkenaan dan mohon maaf.
"Ini satu contoh bahawa keangkuhan, sombong itu bukan saja dikalangan orang yang tak tahu agama, tapi orang yang faham agama, yang bicara tentang Islam akidah dan solat, tapi kadang-kadang boleh menghina," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada perhimpunan bersama kakitangan Kementerian Kewangan (MOF), di sini, hari ini, turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengajaran dari insiden itu juga harus dihadam kerajaan, khususnya dalam memberi kefahaman pelaksanaan dasar kerajaan kepada rakyat dari kelompok seperti itu.
"Apakah makna transisi tenaga bagi orang-orang seperti ini. Jadi carilah kaedah (untuk beri penerangan dan kefahaman kepada mereka).
"Di bank yang catatan keuntungannya besar, apa kedudukan orang termiskin yang bekerja dengan kita. Apa makannya, rumah di mana, gajinya berapa. Ambil perhatian.
"Dalam kerangka belanjawan dan negara begitu juga. Baik untuk pacu pertumbuhan dan tarik pelaburan. Tapi jangan lupa manfaatnya juga harus sampai ke akar umbi. Kita harus menyantuni semua," katanya.
Baru-baru ini, tular video memaparkan Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah menghina seorang penjual teh ais dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' terhadap lelaki berkenaan.
Media Indonesia melaporkan, perkataan hinaan itu dikeluarkan pendakwah berkenaan ketika berceramah di Magelang, wilayah Jawa Tengah pada 20 November lalu.
Susulan insiden itu, Prabowo menegur serta mengingatkan pendakwah terbabit supaya jangan mudah menghina golongan bawahan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Post time 6-12-2024 10:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
midori888 replied at 6-12-2024 08:36 AM
hasil google baru meols tau, Gus tu berasal dari perkataan bagus. Mmglah jawa sbb gelaran Gus digu ...
Gus dgn Ning ni macam kalau kita kat msia yg ada pangkal nama Nik, Ku, Nek, camtu ye ke bukan eh.
Btw thanks info. Baru tau rupanya mamat jawa ni memang takde pun nama Gus tu tapi dok gigih pakai jugak nama tu..so nama sebenarnya hanya Miftah je la ye. Yg nama arob tu mai mana pulak. Miftah tu pun nama arob jugak.
Post time 6-12-2024 10:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 6-12-2024 07:28 AM
Dia cakap jawa ke? Laju betul dan langsung tak faham. Minta nusaraya translate
Haah iols pun tak paham. Kalau ceramah ustaz somad tu iols boleh paham. Mungkin ustaz somad indon belah2 tempat lain, Riau ke mana ntah. Sebab bahasa melayu mereka masih difahami lagi.
geram betul aku tengok video tu.
macam lahanat perangai.
konoha ni mmg suka angkat orang2 bangang mcm ni jd pendakwah ka apa.
panggil ceramah sana sini.tp yg banyak merepek.
patutnya jadi pendakwah ini sebarkan ajaran islam yg betul.
dah dia pulak jadi setan kat atas tu.
eh panas betulll. aku sedih tengok muka pakcik tu.
bayangkan kalau ayah kita orang buat macam tu.
mmg aku cari lahanat tu,aku sumbat air ikut hidung dia!
Ada baca gak kat dalam page tu, pak sun ni terima banyak tawaran umrah, termasuk offer dari Taim ni. Tapi pak sun pilih offer umrah dari Taim tu jugak. Mulia sungguh hati pak sun ni. Memang jenis tak simpan dendam dalam hati tu. Mudah memaafkan kesilapan orang lain.