|
Minggu ini yunus bercadang pulang ke kampung. Emaknya bising bising kerana sudah enam bulan dia tidak balik menjenguk orang tuanya. Bukan sengaja mencari alasan tetapi kesibukan kerja membuatkan dia tidaj berkesempatan. Lagipun setakat cuti hujung minggu mahu balik ke pantai timur, tidak berbaloi dengan penatnya. Dia becadang mengambil cuti dua hari tambahan, bolehlah dia bermanja manja dengan ibunya nanti. Semenjak arwah bapanya meninggal, dia menjadi tempat ibunya mencurah rasa. Tambahan pula, dia satu satunya anak lelaki tunggal lelaki dari lima beradik. Dua kakaknya tinggak berdekatan kampung, sudah berkeluarga. Ada juga ibunya usulkan agar yunus pulang saja ke kampung dan berkerja disana tetapi bagi anak muda ini, dia lebih sukakan kehidupan di kota. Serba serbi lengkap malah agar sukar untuk dia pulang ka kampung kerana kekasihnya rina anak kelahiran kota yang cantik molek itu, tentu akan terlepas ke tangan orang lain seandainya dia berpindah ke kampung. Mulanya yunus bercadang untuk mengajak teman serumahnya, Rosman balik bersamanya. Asalnya kawan nya itu bersetuju tetapi disaat akhir, rosman ada kerja yang perlu disiapkan. Tinggallah yunus memandu seorang diri. Dia keberatan pulang sendirian tetapi memikirkan sudah berjanji dengan ibunya, dia teruskan juga perjalanan. Yunus lebih senang memilih perjalanan dimalam hari, tidaklah terlau panas, tambahan pula dia seorang diri. Boleh jugak layan mengantuk dengan memasang lagu sekuat hati. Sejam dua perjalanan, Yunus masih melayang lagu sekuat hatinya. Dia sengaja menyanyi mengikut rentak lagu. Tambahan pulak, lagu lagu sentimental rock membangkitkan rasa cintanya pada rina. "Nasib badan, ada kawan saat akhir, tarik diri pula," keluhnya dalam hati. SEsekali, yunus akan berselisih dengan bas express. Malah ada ketikanya bus express dipandu lebih laju dari kelajuan keretanya. "Tak sayang nyawa orang langsung," rungutnya didalam hati. Yunus akui ada kalanya orang memandu ikut perasan bukannya ikut peraturan. Andai bertembung dengan kenderaan lain, pasti akan meragut begitu banyak nyawa. Perjalanan tetap diteruskan tetapi entah bagaimana kali ini hatinya cukup berdebar debar, seolah olah ada sesuatu akan terjadi. Benarlah dugaannya. Sesaat tadi sebuah kereta mewah memotongnya dalam kelajuan dan dihadapannya kini, kereta tadi telah terbabas melanggar tebing jalan. Segera dia memberhentikan keretanya membantu, takut takut jika pemandunya mengalami kecederaan parah. "Saya ok, tak perasan selekoh tajam tadi, terbabas sikit," kata pemandu berbangsa cina itu. Setelah memastikan semuanya selamat, yunus meneruskan perjalanannya. Malah dia jarang jarang berselisih dengan kendenraan lain, mungkin sudah larut malam. Sesampainya dia di kawasan Bukit Tujuh, Merapoh, sempadan Kuala Lipis-Gua Musang, debaran dadanya makin memuncak. Kali ini tidak semena mena hatinya berdebar debar, semakin lama semakin kuat. Segera yunus terbayangkan seseuatu. Dia tahu, dari cerita yang disampaikan orang, kawasan Bukit Tujuh ini keras malah ramai yang pernah diganggu. Ada yang terserempak orang berlaru mengundur kebelakang ditengah malam, kehadiran puteri tujuh yang dikatkan dengan mitos dikawasan itu. "Simpang malaikat 44," demikian minta yunus. Anak mudaini terus memandu dalan kelajuan sederhana. Dia terus memasang lagu lebih kuat. Bukan untuk mendengar tetapi lebih kepada untuk 'memadamkan' resah dan debaran didadanya sendiri. Sedang dia memandu, dia melihat kelibat seseorang berlari mengundur ke belakang. Semakin lama semakin menghampiri keretanya. Yunus panik dan terus memecut laju keretanya. Dia ketakutan yang amat sangat. Malah kalau boleh dia mahu segera keluar dari kawasan yang menyeramkan ini. Makin lama dia memecut. kelibat makhluk yang lari mengundur ke belakang itu semakin menghampirinya. Dalam ketakutan yang amat sangat, Yunus gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar tebing. "Yunus, bangun nak," sayup sayup dia terdengar suara ibunya. Saat bitu barukah dia menyedari dirinya dihospital dan dia telah pengsan selama dua hari. Keretanya rosak teruk dan kaki kanannya patah. Bagi yunus, pengalaman disakat hantu mengundur kebelakang mameng menakutkan. Malah dia agak serik untuk memandu pulang seorang diri lagi. Kalau boleh biarlah berteman. |
|
|
|
|
|
|
|
mak yung...rajinnya ko menulis |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by madeinborneo at 5-10-2011 17:14
dah beberapa hari nih aku outstation...kena duduk umah company.
rumah company nih banglo ala2 style mat saleh..baru bukan zaman kolonial ke hape kot iye pun nak berhantu. tapiii...ada jugakkk...
rumah2 ni memang ada caretaker dan juga security guard. kiranya gated and guarded laa nih (agak rare coz nih the only yg gated guarded kat daerah ni).
setakat nih ada 2 orang engineer mat saleh yg dok bertenggek kat 2 bijik rumah kat sini (padahal ada 20 buah ko). Jadi, aku adalah insan ketiga yg menghuni..tu pun sebab aku tak larat nak bertenggek kat Tune Hotel or Seri Malaysia...sebab aku heret kiddo yg tengah cuti.
Maka, bermulalah horror yg tak berapa nak horror sebab dah biasa terkena kheennn..aku masa mula melangkah masuk dah rasa semacam. aku siap sound caretaker " Ada hantu ke tak nih Mr. K?"...terpinga2 uncle chinese tuh. Kaaahhhhh...
tapi bukan terpinga2 pasal pelik...terpinga2 kerana aku macam tetauu je kheenn. Mana taknya, masuk je dah rasa berangin ngan berdesing semacam telinga aku. bakal ada laaa nih...
so, berjimba2lah aku dengan bebudak sebab dah beberapa hari anak aku tak jumpa aku. berboraklah sakann...laki aku yg baru join semalam pun join borak...pastu laki aku beralih ngadap laptop kat meja makan...
dalam pukul 11pm, mata aku tetiba je ngantuk yahamattt...aku signal laki aku tapi dia plak signal balik tunjuk laptop. pahamlah sudahhh...aku pesan nak tido, sila tido ngan aku dalam bilik, jangan ngengada nak join anak2...aku biasanya tak kisah tapi semalam aku kisahhh...
aku baru rebah badan, rasa melekat kat tilam..macam best sangatlah nak tido nih..baru mata aku nak lelap...aku tetiba rasa dalam hutan..cepat2 aku buka mata semula...blinggg...dalam bilik semula! macam tu laa setiap kali aku nak lelap...entah bila laki aku masuk tido, aku tak sure. tapi sepanjang2 malam tu, aku dok tarik beliau bila lost body contact...mesti tensen beliau..kaaahhh..bukan apa, bila tak sentuh laki aku, aku macam dalam hutan semula.
pagi tadi, aku bangun pagi dengan kepala weng...laki aku pun sama..monyok je muka memasing..aku tanya kenapa..dia diam..aku pun malas nak layan laa..
pastu lunch tadi laki aku buka cerita...dia ngadap laptop, asyiklah 'kawan' turun naik tangga, ketuk pintu kayu, ketuk sliding door...hahaha..terganggu katanya...
yg buat dia masuk tido adalah.....
dia ingat anak2 tak tido lagi dan dok berborak dan bergelak sesama dia..bising lahhh...sekali dia angkat muka, haaahhh...anak2 tidooooo
suka sangat hantu2 ni immitate tauuu..hantu bukit beruntung laa ni...suka2 cetak rompak..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah seronok baca posting TT.....tetiba thread ni di "rogol"mak yung.....
Terbantut le sekejap....nasib baik TT sambung balik..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuu laaa pasal....tapi ayattt tuee waa tak tahan....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
TT aku pon kalau takut slalu nyendeng kat laki aku.. asalkan ada body contact sikit pon jadi la..*psychology* |
|
|
|
|
|
|
|
aiiii benang mcm ni punya best....takat ni jaaaaa.........aduhaiiii keciwaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Deyyyapedaa makyung nihhh... tak sopan sungguh!! :@
|
|
|
|
|
|
|
|
rajin mak yung share story ..btw crite seram+best ! :lol |
|
|
|
|
|
|
|
TT dh kemana menghilang...lama x hapdate |
|
|
|
|
|
|
|
Cite dari makyung tu mcm den ponah baco dedolu..tapi bkn kek forum nia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by madeinborneo at 9-4-2015 02:45 AM
Cari thread sepital tak jumpa pulak. Sambung sini laa...
Last month aku check up kat HUKM. Banyak buat prosedur. So dari pagi sampai petanglah kat sana.
Tak tahu laa nak kata ni berhantu atau technical problem. Aku dengan suami dari level G kalau tak silap. Ke bawah sikit dari G...gitulah. Tempat MRI. MRI tu sikit punya lama. Pening2 aku dibuatnya.
Bila masuk lift nak balik, ramai laa orang. Ada acik2 nurse, abang kakak pentadbiran, ada doktor2 keluar masuk lift. Aku dengan suami nak ke tingkat 7 specialist. Tak larat tekan nombor tak berhenti. Ikut suka hati lift tu nak berhenti kat tingkat mana2. Kejap turun kejap naik. Orang2 keep kuar masuk dengan jayanya.
Aku ngan suami terpinga2. Dia pandang aku, aku pandang dia. Sampailah kat satu floor tu, ada abang admin masuk. Dia nak balik kerja la ni. Siap bacpack. Dia pun tekan floor G. Aku tegur dia, saya ni dah nak dekat 10 minit dalam lift tak sampai2 tingkat 7. Ikut suka dia nak berhenti kat mana. Abang tu kata, "oh tak pe. Mereng lift ni datang semula laa ni." Sambil dia tekan2 button. Pastu acik nurse kat belakang aku kata, "oh ni biasa ni. Datang angin dia memang lift ni kena pakar je handle". Sambil gegelak. Abang tu tekan2 cam biasa je aku tengok. Tapi serius menjadi.
Aku selamat laa sampai tingkat 7. Aku cakap ngan abang tu and acik nurse...nasib baiklah akak abang cakap gini. Kalau tak memang saya ingat HUKM ni berhantu dah liftnya. Hahah. Pastu diorang cepat2 balas," ehhh tak de laaa. Jangan cakap gitu. Karang orang takut pulak nak datang HUKM". Motiffff. Kiki. So aku percaya je laa yg itu adalah technical problem even aku ngan suami rasa macam kena main dengan lift tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
agak brp bulan jugak jadi tetamu kat hukm.. x penah plak jd cenggitu...
fuh... harap xde dah nk jenguk hukm pasnih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2015 06:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-12-2015 06:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
halimi78 replied at 10-4-2015 10:26 PM
agak brp bulan jugak jadi tetamu kat hukm.. x penah plak jd cenggitu...
fuh... harap xde dah nk j ...
Aku pun tak nak jenguk HUKM lagi. Kalau jenguk tandanya sakit. Namoooo... |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak gi hukm
tempat iols spend 4th year buat klinikal tahun 2000/01
dah la baru siap
bilik kitorag plak nun level berapa ntah jauh dari manusia lain
nasibbaik masa tu inesen lagi so citer2 pelik ni mmg tak tahu so tak takut la even duk sorang2 dlm prep room tu
|
|
|
|
|
|
|
|
pi melawat oram sakit ok per..
|
|
|
|
|
|
|
|
sblm 4th yr d manakah....?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|