|
Din CJ Bakal Dedahkan 10 Gadis Jelita Penuh Scandal?
KL, 1 OGOS 2011: Sebelum ini, Murai Batu ada kasitau tentang projek filem terbaru Din CJ iaitu Skandal yang sepatutnya diadaptasi daripada novel karya Richie Rachman.
Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan bersama syarikat publishing Alaf 21 yang telah mencetak serta mengedarkan novel Skandal sebelum ini, produser dan pengarah filem, Din CJ terpaksa mengolah semula jalan cerita Skandal serta menukar kesemua watak-wataknya. Malah, nama Skandal juga turut ditukar kepada Scandal.
Pendek kata, walaupun tak berjaya memindahkan Skandal ke layar perak, namun Din CJ masih mahu meneruskan projek pembikinan tersebut. Jadi, jalan yang terbaik adalah mengolah semula skrip Skandal ini dengan suntikan yang baru.
Cuma yang tidak berbeza adalah Din CJ tetap memburu 10 gadis jelita untuk ditampilkan di dalam filemnya. Daripada 10 gadis tersebut, 3 daripada mereka akan dipilih untuk memegang watak sebagai teraju utama di dalam filem ini.
Namun, sepertimana yang Murai Batu pernah beritahu sebelum ini, pemilihan 3 watak teraju utama itu akan dipilih menerusi undian secara online serta sms. Bila ia akan bermula, Murai Batu tak pasti.
Sebab, sebelum ini, Murai Batu diberitahu, jangan kata 3 watak sebagai teraju utama tersebut, nak cari 10 model jelita tu pun, Din CJ dah pening kepala. Punyalah hazab gila katanya nak cari model-model yang memenuhi kriterianya...
Ada yang cantik, tapi tak cukup tinggi. Ada yang memiliki kedua-dua, tapi kaku sangat pulak dan tak boleh berlakon. Ada yang cantik, tinggi dan boleh berlakon, tapi takde aura dan karisma pulak. Jadi, macam mana?
Paling mencabar adalah menghimpunkan di kalangan mereka yang cantik dan tinggi-tinggi. Sebab, hakikatnya, kebanyakan gadis Malaysia ni, tak setinggi mana pun.
Mahu tak mahu, terpaksalah Din CJ teruskan mencari menerusi beberapa siri uji bakat tertutup yang dilakukannya di beberapa lokasi yang terpilih sebelum ini. Lokasi yang terakhir adalah di Kajang.
Khabarnya, selepas uji bakat di lokasi terakhir itu dibuat, Din CJ tidak mahu berlengah lagi. Malah, dia akan segera mendedahkan siapakah 10 model jelita yang dipilihnya itu...
Audition:
Julia pon ada?

Raja Lawak?
 |
|